Setelah Sekian Lama Menyepi...

Hi semua! Lama aku tak jengah masuk blog ni. Dah lebih sebulan ye. Apa kata kali ni aku update tentang diri sendiri. Asyik-asyik buat post merepek je kan. Aku sekarang dekat Malaysia!!! Dah sebulan balik, malas nak bagitau orang. Balik senyap-senyap gitu. Haha! Awalnya taknaklah paparazzi datang cari, tapi since ramai kawan-kawan and sedara mara yang taktau lagi aku dah balik, meh sini aku isytiharkan yang ye aku sekarang ada dekat Malaysia.


Not much to do here. Since aku balik ni macam-macam benda yang tak terduga dan tak diingini berlaku, bukan pada aku tapi pada kawan-kawan. Kawan baik aku yang sorang ni ditimpa masalah kecurian, yang lagi sorang pulak mak dia meninggal. Serious aku sedih, so aku respect diorang and try not to disturb them. Maka itulah dia, aku duduk rumah tak buat apa. Kawan-kawan semua masih lagi busy dengan kolej, aku sorang je cuti.


4 minggu pertama aku balik, internet rumah aku down sikit. So memang aku jarang online. Tapi sekarang alhamdulillah, since orang TM repair modem wifi aku semuanya dah kembali pulih. Sekarang aku tengah ambil kelas summer online. Minggu ni final exam, tapi so far carry mark aku bersih. So im hoping for the best, insya allah. Aktiviti seharian aku sekarang just main-main dengan anak kucing and siapkan hantaran tunang abang aku. Majlisnya next week. Haha! Excited sikit sebab ni kali pertama adik beradik nak buat majlis, walaupun sebelum ni aku dah buat majlis tunang diri sendiri. Haha!


Ni baru gambar sebelum buat. Gambar selepas nanti aku akan up kan post baru beserta dengan bajet.


 Anak-anak kucing yang dianggap seperti anak sendiri. Eh?


Semalam aku baru dapat tahu pasal Perdana Fellow program, iaitu program internship dengan menteri-menteri kabinet dan PM. Serious aku sangat excited nak join, since aku teringin sangat nak buat suggestion untuk perubahan berkaitan cara hidup masyarakat di Malaysia dan juga isu-isu wanita dan keluarga. Adalah beberapa dasar dan isu yang takde orang nak bangkitkan aku cuba nak sampaikan pada kerajaan. So program ni sangat sesuai dengan aku. Kriteria dia pun semua aku ada. Cuma bab komunikasi dengan ilmu tentang dasar-dasar kerajaan, ekonomi and politik ni aku agak lemah sikit. So aku rasa tu minus point aku. Haishh aku bab-bab berkomunikasi dalam bahasa melayu yang bagus dan canggih ni kureng sikit. Nak buat speech depan orang pun takut-takut. Ilmu pasal Malaysia pun banyak nak kena tambah ni! So aku rasa aku kena gilap sikit bab tu and try lagi tahun depan.


Oh by the way, Sabtu lepas aku ada buat minor surgery sikit. Aku tak sure la aku nak up kan entry pasal ni ke tak. Nantilah aku decide. Cuma nak cakap yang aku sangat berpuas hati dengan resultnya. Heheheh.. First time kena bius. Terasa kebal pulak, cuma ngilu tu masih terasa masa operation tu. Tapi tak sakit pun. Apa-apa pun sekarang ni physical aku dah berubah sikit and aku masih menunggu bila luka tu nak sembuh sepenuhnya.


Duduk dekat rumah ni membuatkan aku rasa nak tengok movie je. Yelah sekarang kan summer, semua movie producer berlumba-lumba nak keluarkan cerita. Aku nak tengok 4 cerita. Kil, Monster University, World War Z dengan Man of Steel. Tengah menunggu bila Afir boleh keluar, kalau tak aku pergi je Jusco yang dekat dengan rumah and tengok 4 movie sekaligus sorang-sorang. Oh, hari Isnin lepas ialah anniversary aku dan Afir yang ke 6 tahun. Kitorang memang tak berapa nak sambut sangat pun so chill je. Tapi tak sangka dah 6 tahun. Kalau dulu aku kata cukup 7 tahun kita kahwin, tapi nampaknya sekarang ni kena postpone lah sebab aku still belum bersedia and ada banyak lagi benda nak accomplish sebelum aku settle down. So please lah jangan bertanya lagi bila aku nak kahwin. Haha! Kadang-kadang aku layan je kalau orang tanya, tapi kadang-kadang it gets so annoying bila ada orang bertanya disertakan tazkirah pendek. When the time comes, it will happen. So tunggu dan lihat jelah.


And memandangkan aku kesunyian je sekarang ni, kalau ada kawan-kawan nak ajak lepak call je aku. Aku masih pakai nombor Malaysia yang sama dari 7 tahun lepas tak berubah. Macam forever alone pulak perenggan ni. Tapi tu la, aku sendiri pun tak contact orang, nak harap orang contact aku pulak. Pigidahhh.


Oklah sampai sini jelah entry membebel aku ni. Ada ke orang nak baca? Haha! Aku bersyukur kalau ada yang dah baca sampai perenggan ni. Lol. Terima kasih. Itulah dia, 16 cerita dalam satu post. Moga terhibur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS