Showing posts with label recipe. Show all posts
Showing posts with label recipe. Show all posts

Berkongsi Minuman Kegemaran

Ok, entry ni dah lama tertunggak daripada minggu lepas lagi. Tapi ada sorang makcik ni rajin gila remind suruh aku tulis jugak. Kihkhkkih.. Sorry. This is for you, Wawa.


Sejak akhir-akhir ni blog aku makin banyak pulak resipi. In case kalau ada sesiapa sesat masuk blog ni and ingat ni blog makcik-makcik, saya redho. Redha itu ikhlas.


So, today aku akan mempersembahkan 2 buah resipi, resipi minuman ye kawan-kawan, in case kalau korang nak variety in life. Maybe ada bahan dalam ni yang susah untuk didapati, but u could always use a substitute. Takde hal punya. Takde siapa nak gred level air korang sedap mana.


Resipi Pertama: Susu Kasihku Abadi
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air ini ialah:

  •  Segelas susu segar
  •  2-3 tbs strawberry syrup (I use Hershey's)



1. Sediakan segelas susu segar.
2. Masukkan perisa strawberry ke dalam air tu. Kacau-kacau sikit.

Dah siap. Need me to explain more? Hasilnya akan dapat sebegini.


Berwarna pink uollsss


The reason why aku suka susu bercampur strawberry ni ialah sebab mak aku pernah cakap masa aku kecik-kecik dulu ni lah air feveret aku. Dah macam taknak minum susu kosong. Mesti nak kena letak strawberry syrup dalam botol tu jugak. Rasanya memang semulajadi dari lahiriah nya aku memang suka kaler pink. Benda yang warna putih pun aku nak jadikan dia pink waima susu sekalipun. Dasarrrrr~


Tapi rasa dia memang tak sama langsung dengan mana-mana susu kotak perisa strawberry yang lain. Sedap gilaaa.. Kalau nak try, buatlah sendiri. Sesiapa yang ketuk pintu rumah aku malam ni mintak air takkan dilayan. *kecuali yang hensem-hensem* Ehem.


Resipi Kedua: Caramel Coffee Cinta Bersemi
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • 2 tbs Coffee or Nescafe 3 in 1
  • 3 tbs Caramel syrup
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air panas
  • Air sejuk
  • 1-2 tbs gula
  • Ais
  • Whipped cream




Since kopi nescafe aku bawak from Malaysia dah habis, aku beli ni. Kopi perisa caramel.
But dulu aku pakai nescafe untuk buat air ni sama je rasa macam Starbucks.


1. Sediakan sesuku cawan air panas. Masukkan kopi and gula.


Benda yang tak best pasal kopi Starbucks ni ialah keladak-keladak ni. Serious tak suka.


2. Because of that, here comes no. 2. Filter semuanya using coffee filter. Tapi kalau setakat pakai nescafe biasa tak payah nak susah payahkan diri buat step ni. Sila skip.


Untuk ni aku kena gunakan penapis and coffee filter (macam bekas muffin and nipis macam tisu)
Sila rujuk gambar mula-mula tadi.


3. After that masukkan susu, ais, caramel syrup and top kan dengan whipped cream.
Dah siap!





The reason why I came with this idea ialah since duduk dekat US selalu gila craving nak minum Starbucks. Kalau sekali sekala boleh laa.. Tapi kalau hari-hari? (peringatan: jangan sesekali mula minum starbucks. anda akan ketagih) 


Biasanya aku akan order Caramel Frappe kalau pergi sana. Tu memang faveret aku. But since aku berjaya immitate rasa air tu buatan sendiri, aku dah jarang pergi Starbucks. Heheheh. Penjimatan!





That's all for now. In case ada sesiapa muntah hijau sebentar tadi bila baca nama air yang aku reka, sesungguhnya tu hanya trolling. Aku sebenarnya tak paham kenapa orang Malaysia selalu cipta resipi, tulis novel, lagu and buat movie mesti nak kena ada perkataan-perkataan seperti cinta, kasih, abadi, suci sesuci lebaran bagai. TAK PAHAM!


Kbye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lauk Peliks


Tadi aku masak. Seriously guys, kalau tengok lauk atas ni nampak biasa je kan..
"Elehhh ayam masak kicap dengan sayur kobis bunga goreng je." Eh apa? Elehhh kau cakap?


Tau tak daripada lauk ni datang satu idea yang sangat dan amat bijaksana yang belum pernah ada sesiapa try??!
Let me story first.


Untuk sesiapa yang hebat memasak, dia mesti tau kalau nak masak ayam masak kicap kena goreng ayam tu dulu. And ramuan untuk menggoreng ayam tu ialah serbuk kunyit dan garam ye. (At least ni style mak aku selalu masak) So masa aku bukak bekas yang selalu simpan serbuk kunyit, aku perasan warna dia tak macam biasa. Then masa aku gaul ayam tu dengan serbuk kunyit tu, aku bau dia macam pelik sikit. But takpe. Boleh lagi ni. Masa aku goreng, aku pakai minyak baru. But somehow ayam aku lagi coklat daripada biasa. Takkan minyak tu cepat kotor kot? Biasa aku goreng ayam takde masalah punnn..


After siap-siap masak, aku pun makan. Dia punya sedap tu luarbiasa. Agak mentekedarah aku makan tadi. But still, aku rasa tu bukan serbuk kunyit. Tu mesti serbuk lain. So after habis makan, aku tanya housemate aku.


Farah: Yang dalam bekas tu bukan serbuk kunyit kan?

Housemate: Bekas yang mana?

Farah : Yang paling bawah tu. Tu serbuk kari ye?

Housemate: Ha ah.. Asal?

Farah: Ohh.. Tadi aku goreng ayam salut serbuk kari.


Kehkehkeh... Sedap gila kot. Tambah sedap bile masak ayam masak kicap camtu. Marvelous!
Padanlah masa aku tengah masak, ada sorang housemate tegur aku..

"Kau masak kari ye Farah?"


Masak kari???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

How to Surprise Your Loved One

There are so many ways untuk bagi kejutan buat errr... pasangan? (blur vocab in malay sangat limited).
Well, tips yang boleh diberi ialah cari apa yang bf/gf korang minat, warna apa diorang suka, apa hobi diorang, and bagi la hadiah ikut kesukaan mereka. Kalau aku? Aku bagi hadiah kadang-kadang merepek. Sometimes bagi je random stuff. Tak payah tunggu special day ke ape. Markah bonus bila anda bagi hadiah masa time yang tak dijangka.


Masa dekat Malaysia dulu, aku belajar dekat Subang Jaya, and tunang aku pulak kat Melaka. So kitorang akan jumpa dalam average 2 minggu sekali masa weekend. And setiap kali dia balik mesti dia akan bagi hadiah. So macam seronok laa setiap kali jumpa dapat hadiah. Hehehe.. Aku pun sama. Bila dah dapat hadiah takkan nak biarkan dengan tangan kosong kan? So, sebelum aku jumpa dia mesti dah ready dengan hadiah nak bagi. Senang cerita masa tu saling tukar-tukar hadiah laa. How I miss that moment. Yeppp..


Aku rasa hadiah paling banyak aku pernah bagi dia t-shirt kot. Well, ada orang kata kalau masa couple bagi hadiah baju, nanti cepat putus. Well, i dont give a damn. Kalau betul, tunjuk proof from hadis or Quran. Mana? Mana? Hahaahha.. Tapi benda paling loser pernah aku bagi dia ialah haiwan peliharaan. Haiwan apaaaa??? Semut. Aku bagi dia semut and bungkus dalam bekas siap dengan gula and balut dengan reben lagi. Sweet kan aku? Sweet macam nak mintak penampar.


Well aku rasa hadiah dia yang paling best and bermakna sekali ialah buku coretan perasaan dia pasal aku and bunga ros. Actually bunga ros tu sangat sweet ok cara dia bagi. Benda ni jadi masa kitorang form 4. Masa tu aku dengan dia bergaduh, so aku set aku taknak cakap dengan dia masa tu. Tapi aku datang gak basketball court nak tengok dia main. (Dasar budak form 4 gatal) And then tiba-tiba dia datang dekat aku and keluarkan something from poket belakang seluar dia. Dia bagi aku setangkai ros merah ok. Ohh my feveretttt.. Masa tu dia hanya cakap, "Nah, untuk kau. Penat aku simpan dalam poket, malu kalau budak-budak lain nampak." Pastu terus blah sambil aku speechless and terpinga-pinga. Cam random gila kot. Padahal dalam hati dah berbunga-bunga.. Lepas dia dah habis main, dia datang jumpa aku and dia tanya kenapa aku tak cakap thank you? Aku tak suka ke? Sengal punya soalan. (-___-") Sape yang blah awal-awal tadi lepas dah bagi bunga?


So kalau korang (terutama budak-budak sekolah yang masih mentah) taktau nak buat ape untuk mengorat rempit pujaan di sekolah, jangan malu-malu. Boleh komen kat sini untuk tanya idea aku. Aku boleh share idea sampai mencurah-curah ke ladang gandum kalau boleh. Tapi dekat sini aku nak bagi cadangan untuk awek-awek sekolah untuk buat something untuk boyfriend dia. Well, awek suku dekad pun boleh try.. Takde hal punya. There's no age limit for this. And what Im gonna show you is how to make a Pavlova! Pavlova is an Australian dessert and sangat mudah untuk dibuat, but nevertheless sangat awesome and rare ok.


So, what u'r gonna need for this is...


5 egg whites
1 cup of superfine sugar
1 tablespoon of vanilla essence
1 tablespoon of vinegar
2 tablespoon of corn flour
Whipped cream and fruits.
Could be any fruit but it's better kalau guna buah-buah yang masam sikit.
Strawberry masam kan? Haaa pakai strawberry.


1. First, pukul semua putih telur guna electric mixer. Kalau guna pukul guna tangan, jenuh kau Timah.. Esok lusa belum tentu siap. Bukannye dapat hasil telur kembang, tapi muscle tangan kau yang kembang. Hah! Merepek dah. Ok, lepas dah agak-agak makin putih and kembang sikit telur tu, baru masukkan gula sikit-sikit. Take time untuk bagi dia dissolve dalam adunan tu. Tapi jangan terover pukul pulak. Dalam 10 minit cun dah.


2. Bila dah agak -agak telur tu dah stiff and pekat and fluffy macam kat gambar atas ni, matikan mixer tu. Lepas tu masukkan vanilla, cuka and tepung jagung. Gaul guna sudu je. So, adunan dah siap! Kan dah kata senang je..


3. Next, what u need is a tray untuk bakar benda ni. Tapi sebab aku takde metal tray, aku pakai je pan besar ni. Tak kesah la besar mana. Ambik baking paper, pastu lukis bulatan besar kat situ. Tapi kalau takde baking paper, just ambik kertas A4 and basahkan sikit dengan minyak masak. Jangan sampai basah lencun plak. Sikit-sikit je asal nampak basah.


4. Kemudian, letakkan kesemua adunan tadi dalam bulatan yang kita dah lukis.


5. And bentukkan ikut bulatan tu. Bagi shape sikit. Tak payah neat sangat pun. Asal sedap mata boyfriend kau pandang sudah laa.. Dah siap... 

6. Masukkan dalam oven and bakar dalam suhu 130c selama satu jam.


7. Sambil tunggu meringue dibakar, kita sediakan whipped cream pulak. Untuk first time aku buat ni, aku guna Duncan Hines Whipped- Cream Cheese. However, apa aku guna ni tak kena sebab krim ni terlalu manis, and bila makan dengan meringue yang dah sedia manis tu, dia macam over manis. So, cadangan aku ialah pakai whipped cream yang from full cream punya susu.Yang tu rasa dia tak la semanis ni and ok ok jela. Itulah gunanya guna buah yang masam. Untuk bagi rasa manis tu balance sikit.


8. Untuk krim ni aku pukul jugak sebab nak bagi dia lagi kembang..


9. Next, potong buah siap-siap.. Just bahagikan dua je.


10. Lepas dah siap, biarkan dia sejuk dekat dalam oven sambil pintu oven tu dibuka. Biarkan dalam setengah jam or sampai dia betul-betul sejuk. Then boleh la hiaskan lepas dah sejuk. It's normal kalau ade rekahan or pecah-pecah sikit. So, dont worry. At least boleh cover dengan krim.




Lepas dah hias-hias, siap dah pun.. Sory, saje bagi terang gambar ni sebab gambar asal nampak dull sangat. So, kalau bagi dekat boyfriend, mesti dia suka. But first of all make sure dia takde alahan dengan telur la. Kalau tak.... mampos. Hahahah! Ohh.. Btw, aku buat ni bukan untuk tunang aku. Mana nak bagi weh, sorang nun jauh kat Malaysia, lagi sorang nun jauh kat US. Haha.. Just bagi housemates merasa je. So, tak semestinya bagi dekat bf je. Boleh bagi dekat cikgu, jiran sebelah rumah, nenek korang, ibu bapa mahupun rakan taulan. Ikut suka korang lah nak bagi siapa. Untuk sesiapa yang belum rasa, try la at least once. Sangat sedap!


Ermm actually, aside from baca explanation panjang aku ni, korang boleh simply tengok cara nak buat from the video here. Lagi senang kot nak imagine macam mana process nak buat tu from watching this video.




So, that's all for today. 
Happy baking!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...... Dalam Botol

Hi everyone. 

Adalah menjadi lumrah ketika berada di luar negara terutamanya negara barat di mana lemang memang takde dijual di tepian jalan ye. Dan adalah melanggar undang-undang apartment sekiranya anda membakar lemang di luar rumah tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Alahhh, kalau mintak pun macam la dia nak bagi jugak kannn... Huh! Tau dahhhhh...


Maka, disebabkan itulah inovasi dan kreativiti pelajar-pelajar Malaysia di sini adalah sangat digalakkan. Dengan itu, terhasillah Lemang dalam Botol.
Ishk macam cerita Anu Dalam Botol je tajuknya..
Ahhh, persetankan semua tu.


Cara ni senior yang ajar. Memang kagum gila laa.. Berguna jugak aku korbankan masa study untuk tolong diorang buat lemang. Memula bila dengar dorang kata nak bakar lemang, terus semangat hilang nak study. Seumur hidup tak pernah buat or bakar lemang. So rasa excited sangat-sangat. Sekali bila datang, aku cam elehhh, mana tempat bakarnya? Cehh ingatkan ade bakar-bakar kat laman rumah. Aku pun pelik camne aku boleh pikir yang dorang akan bakar kat luar rumah. Kawasan kejiranan US ni bukan macam Malaysia.

So, alternatifnya kita buat lemang dalam botol. Cara-caranya ialah:-

1. Sediakan bahan-bahan untuk buat lemang ni.
Bahan-bahan
-beras pulut
-santan
-daun pisang
-minyak
-garam
-botol mineral banyak-banyak

2. Campurkan semua bahan tadi and kukus dalam pengukus kat dapur sampai pulut empuk.
Hasilnya anda akan dapat begini!



3. Buang kepala botol mineral seperti di bawah.


4. Maka, bolehlah sumbat pulut tu padat-padat dalam botol tadi.



5. Lepas dah dapat bentuk silinder macam lemang, keluarkan daripada botol tadi and balut dengan daun pisang yang dah dilayurkan terlebih dahulu.
Nampak macam hipokrit sangat lemang ni. Hahahahaah!
Haruslah nampak macam lemang sebenar.



6. Epppp, belum siap lagi. Next, susun lemang yang dah dibalut tadi dalam tray and bakar ikut suka koranglah nak lama mana. Maka terhasillah lemang moden ini! 


I have to admit, kalau aku taktau proses dia buat lemang ni macam mana, serius aku akan ingat yang lemang ni lemang real-real punya yang dibakar selama 8jam pada malam Aidilfitri. Nampak real gila ok! So kalau ada sesiapa yang nak impress mak mertua dengan mengatakan yang dia pandai buat lemang, maka silakan cuba. Or maybe kalau ada sesiapa yang nak saving duit atau kehabisan stok lemang beliau, takde hal punya kalau buat style ni. Sekali sekala tipu-tipu sunat dengan tetamu tiada salahnyaaa...
Aidilfitri kannn? Boleh maaf-maaf lepas tu.

OK! Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Love is Like A Rainbow

Sangat ironi kot kenapa aku da jarang update. Time sibuk dulu menyempat je nak menyelitkan masa tulis blog, tapi sekarang dah cuti sem terus taknak update. Lol.

Ok, so for this entry, aku nak kongsi resipi!! Ni sebenarnya main tibai je, aku dok beli-beli barang pastu baru sibuk nak usha camne nak buat from youtube. Actually aku buat cake ni for my mum untuk Mothers Day. Walaupun terlewat satu hari, tapi kira ok la daripada takde. Aku pun blur sebenarnya nak bagi ape time poket kering kontang ni..

So kawan-kawan, aku dapat inspirasi ni from cake tak sedap yang dijual masa ada event kat Taylor's dulu. Cake takdelah sedap, tapi memang lawa sangat. Lebih kurang camni la rupanya..



Tapi sebab aku ni jenis pemalas nak bake satu-satu warna at one time, and bancuhan cake aku sikit je, so aku pun jadikan cake ni sebagai hasil inspirasi.

Nampak colorful tak? Aku memang suka colorful-colorful camni..

Untuk permulaaan, kena sediakan bahan-bahan dulu. Bahan-bahan yang digunakan oleh aku ialah..
- Sekotak bancuhan kek Pillsbury (Butter Cake) = RM10.90
- Satu tub krim frosting Betty Crocker perisa Vanilla = RM8.90 (sumpah sedap gilaaa)
- Pewarna biru, kuning and merah= RM1.60x3
- 3 biji telur = RM0.25x3
- Minyak masak setengah cawan
- Air satu cawan.

Diingatkan ye yang kek ni versi pemalas and nak cepat siap. Dats why pakai everything semua ready to use je. Yela, kalau nak bancuh-bancuh kek sendiri ambik masa and tenaga kot.. Plus moneyyy.. Hehe!

So, let's get it starting! 

1)Mula-mula sekali masukkan telur, air dan minyak dalam bekas. 


Kemudian kita kacau bagi rata semua, lepas tu baru masukkan tepung mixed Pillsbury tu tadi.


2) Lepas dah sebati, bahagikan bancuhan tadi dalam cawan-cawan macam ni. Step seterusnya, masukkan pewarna ikut warna pelangi. Pandai-pandai la nak mix kan warna.. Dulu kan masa sekolah cikgu dah ajar dalam kelas Pendidikan Seni.

Gambar sebelum bancuhan tu diwarnakan
 3) Ok, step ni yang paling best skali. Dalam pan, griskan dulu and letak kertas pelapik siap-siap. Lepas tu  masukkan satu-satu warna from the center of the pan. Start dengan warna purple dulu sampai la ke warna merah. Kalau tak ingat susunan warna pelangi macam mana, hafal macam style yang aku selalu buat. (Michael  Jackson kena halau balik India Utara). I know it sounds so lame tapi cant help coz kadang-kadang aku pun lupa jugak susunan warna pelangi ni.. Hehe! Fail.

 Tuang satu-satu ye, nanti jadi macam gambar bawah ni.

Ok i know my purple and blue tak jadi, not that i failed Pendidikan Seni tapi bancuhan kek tu warna kuning laa.. 

4) Kemudian, jangan sentuh-sentuh lagi dah. Just masukkan dalam oven and bakar dalam 180'C selama 40 minit.


5) Tadaaa.. Kan dah siap. Sekejap jee.. Keluarkan kek from oven, and sejukkan sekejap sebelum boleh mula hias. Kalau nak cepat sangat, biarkan je bawah kipas..

Kek selepas dilitupi frosting.
 6) Kemudian barulah boleh menghias.. Biasanya rainbow kek ni orang hias simple-simple je coz centre of attention dia mestilah from the inside. Ok, part hiasan ni pun aku main tibai je. Pakai Betty Crocker punya frosting yang memang sedap gila.

 Effect tu aku buat guna sudu je and tabur gula manik kat atas kek.

7) Yeahh... Maka inilah hasilnya kek kita pada hari ini.. Nampak ok la.. Aku rasa kalau buat sponge cake mesti lagi lawa kan.. Hehe! Tapi pape pun, aku tetap berpuas hati sebab cubaan pertama hampir berjaya. Hampir sebab kek ni tak berapa tinggi laa.. Adoyai.. But anyways, sedap gakk.. Masa yang aku perlukan untuk semuanya just 2 jam je.. Sekejap je kan?



Thanks for reading!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS