Showing posts with label engagement day. Show all posts
Showing posts with label engagement day. Show all posts

Awesome and Memorable Wedding!

kredit: google image



I loveeeeeeee wedding!


The best part kalau datang wedding mesti nak tengok pelamin, kek, goody bag, make up and baju pengantin. Well that's me. Kalau cantik aku puji laa.. Kalau buruk, well memang jadi bahan la, lagi-lagi kalau ade pengantin make up macam disaster gila. That's why it's important to make everything perfect on that day. Bukanlah nak mengutuk kalau pengantin tu tak berapa lawa or whatsoever, cuma kadang-kadang simpati kalau ade pengantin yang dimain-mainkan oleh mak andam dia sendiri, atau pun silap pilih mak andam ntah ape-ape. Worst nightmare ok!


Cerita pasal make up, masa aku tunang dulu aku ade plan nak tempah sorang make up artist ni untuk make up kan aku untuk majlis tunang. Tapi dia charge mahal gila. Aku just nak make up simple je, natural make up sebab Afir alergik sket perempuan make up tebal. Pastu dia letak harga RM400. To me it's quite expensive sebab majlis aku simple je. Tunang je punnn, bukan kahwin. Kalau dia pakai make up high end brand takpela jugak. Ini pakai brand yang aku boleh beli dengan harga USD5 kat US.. Time kasih jela.

Ni harga standard ye kalau pakai brand biasa-biasa. Now paham kenapa aku cakap  harga akak tu mahal?


So aku pun nak cancel kan. Tapi takut nak cakap. Majlis hari Jumaat, tapi keberanian datang untuk cancelkan make up tu masa hari Rabu. Tiga hari sebelum majlis. Mengamuk ok akak tu. Dia reply mesej aku CAPITAL LETTER ok! Sengal. Nasib la kan. Siapa suruh set harga mahal sangat? End up aku beli make up sendiri and suruh kawan baik aku yang memang expert make up kan. Rambut aku set sendiri. Haha! Cantik je. Perfect je. (Actually dalam hati takut gak kalau-kalau akak tu curse majlis aku jadi disaster kan?) But alhamdulillah, all went well.




Lepas majlis selesai, seronok tengok gambar cantik-cantik walaupun takdela 100% macam apa yang aku nak, but at least sedap la mata memandang. Cuma satu je yang kureng. Video tunang. Jiran-jiran yang tolong rekodkan majlis tunang aku, tapi macam untuk dibuat simpanan jela. Aku penah tengok video tu sekali je, then simpan tak bukak-bukak dah. Memang ade niat nak bagi orang editkan supaya benda tu jadi kenangan yang terindah, cuma belum jumpa lagi orang yang layak.


But now tidak lagi. Hari tu sembang-sembang dengan kawan aku, Danial. Dia ade tunjuk aku video yang dia shoot untuk wedding and macam-macam majlis lagi la. I was like, ternganga ok! Seriously aku taktau yang dia ade produce video untuk wedding. So aku pun click semua video dia dalam vimeo. Tak sangka langsung yang dia ade bakat terpendam rupanya. Style editing dia dah macam pro habis! Bila tengok video dia, rasa macam esok jugak aku nak kahwin and panggil dia shoot everything. Haha!


I can't imagine bila tengok video-video dia and imagine yang tu ialah wedding aku.. Haha! Level perasan: 4789634 (tinggi nak mampos). Lagi satu yang buat aku terkejut sebab dia ni budak architecture, kawan abang aku from Uitm Sri Iskandar. Tak sangka ade bakat terpendam. Pandai buat duit budak ni. Dah ramai client dia, and mostly semua sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja dia. Aku tengok pun dah kagum, apetah lagi pengantin tu sendiri. Kompom meleleh sebab sweet sangat. Awwwww :D


Well sila klik pada video ni kalau nak tahu apa yang aku maksudkan!

Link to video yang ohhsemm gila!


There is a lot of videos to watch... And to daydream... Ahh berangan tak habis. Kau kahwin laaaaammmbattt lagi ok! Well, dia bukan buat wedding je. Dia buat jugak video untuk baby shower, birthday party, engagement day, majlis cukur jambul, majlis berkhatan dan segala macam majlis that you could think of. (Kalau nak dia ambik video sambut baby dalam labor room pun boleh. Almaklomlah, dah banyak kes bapak-bapak pengsan takutkan darah. Ihikkksss!)


Kalau ada yang betul-betul berminat, boleh contact beliau. Sekiranya anda di Malaysia, sila lah telepon dia.
Danial Ismail: 016 903 6105 
(dia juga merupakan seorang yang hot. So kalau anda mahu berjumpa dia, sila cari makcik-makcik, kawan-kawan atau jiran-jiran yang nak kahwin and paksa diorang tempah si Danial ni.)


Untuk video, dia biasanya record highlights of the event, but somehow aku rasa macam dia berjaya capture every moment dengan sempurna. Dari saat persiapan sampai lah habis majlis semua ade dalam video walaupun biasanya duration dia buat untuk 4-6minit je. So try la tengok. It's worth it. Nanti seronok nak tunjuk dekat bekas makwe, anak-anak dan cucu.


Hurry up and book him! Any inquiries, do contact him personally.
Facebook: facebook.com/danialismailmdi
Email: danialismail@rocketmail.com


Thank you!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Engagement Day

Warning: Entri ni ada baaaanyaaakkk sangat gambar.


Tanggal 29 Julai 2011, bersamaan dengan hari Jumaat aku bertunang dengan kawan sejak sekolah menengah, a very good friend of mine, and bf aku sejak 4 tahun lepas, Afir. Takde siapa expect kot yang aku akan bertunang awal gila macam ni, tapi dah takdir tu kuat, maka kitorang pun bertunang.


Malam tu memang meriah sangat. Kitorang jangka guest yang datang dalam 200 orang je, tapi rasanya lebih kot. Actually majlis ni dibuat sekali dengan doa selamat untuk aku fly nanti, dats why jemput ramai orang. Tapi sorry, aku hanya jemput kawan yang betul-betul rapat je sebab aku ingatkan majlis ni kecik-kecik je, but it turned out meriah sangat. I was very happy!


Rombongan Afir datang dalam pukul 9.00pm. Sepatutnya diorang datang awal sikit, tapi sebab aku tak ready lagi time tu, so aku pun call suruh diorang datang lambat sikit. Haaaa, menggelabah gila nak set make up and rambut semua. Tu laaa, bijak lagi pergi fire sorang make up artist ni last minute. Nak make up sendiri sangat kan? Rasakann... Walaupun lambat siap, tapi everything semua perfect. Except for rambut laa. Aku set sendiri, tapi disebabkan time tu tangan menggeletar sebab dah lambat and nervous, maka rambut tu tak la menjadi seperti yang diharapkan. Pape hal pun, aku berbangga sebab make up and buat rambut sendiri pada hari tunang aku dengan dibantu oleh Fairuz yang pun sama terkena badi menggelabah daripada aku.


Jangan ngada-ngada nak tanya aku nak kahwin bila sebab perancangan nak kahwin tu jauuhhhhhhhh lagi and silalah percaya bila aku kata aku pun tak tahu bila. Cumanya tunang ni ialah satu langkah yang diambil untuk eratkan lagi hubungan antara aku, Afir and keluarga sebab kitorang pun dah lama couple. Tak elok tau couple lama-lama sangat! Selebihnya berserah pada jodoh. Tapi aku hope sangat yang dia ialah jodoh aku. Yang pasti aku akan kahwin lepas habis belajar laa.. Yang tu for sure.


Cakap pasal hantaran, Afir bagi 5 dulang dibalas 7. Tu memang standard laaa kan. Tak mampu aku nak bagi banyak-banyak. Lol. Yang penting majlis ni berjalan lancar, memang bersyukur sangat. Malam tu jugak aku banyak layan tetamu yang datang sebab mostly banyak muka-muka tu ialah muka yang terakhir sekali aku jumpa before aku fly jauh-jauh. So, terima kasih sangat untuk yang datang.


Malam tu aku sibuk sangat layan tetamu sampai tak makan tau (atau dalam erti kata lain tak lalu nak makan, happy sangat). Aku order caterer tu masak ayam masak merah, tapi memang tak rasa langsung sebab tu yang paling awal sekali habis. Tapi tak kesah pun coz dengarnya ramai sangat yang puji makanan sedap. Ohh yeahh? Aku pun tak tahu. Haha! Tapi aku ada rasa daging masak gulai yang dia buat, memang sedap sangat.


So, nak cerita lebih pun tak sedap, jom usha gambar!!! :D






Nervous gilakkk ok time ni!

This is Akmal, my favorite cousin. Hahhaahah! Punya banyak laa favorite cousin aku kan? Takde... Ni favorite cousin aku kategori lelaki. Why? Sebab dia ada a big crush kat aku... Shhhh! Jangan bagitahu Afir.. Kami saling suka sama suka, tapi I have to let him go sebab he's too young. Hahahah! Sory sayang, u should find someone on your own age. Tapi memang tak bolehh laaa... Dah la kita pakai baju matching hari tu, kaler pink tau.. Even Afir pun tak pakai pink. Haha! He's adorable kan? I know... Confirm bila besar nanti hensem gilerr..

Masa tengah rushing bersiap.


Yang warna pink/purple tu hantaran Afir untuk aku. Yang warna pic/kuning tu hantaran aku untuk Afir.

Sesi menyarung cincin

Dalam sesi perbincangan dan persetujuan.


 Two of my bestfriends, Hafiz and Fairuz.

Happy faces
Tetamu yang hadir... Haaa, ramai kan?
Family portrait.
Kawan-kawan rapat yang datang and banyak membantu.


Nampak hiasan hantaran and pelamin yang cantik tu? Semua tu Kak Intan from Debunga Deco yang buat. At first memang dalam kepala aku, nak something yang simple-simple je. Tapi Kak Intan ubah from simple tu jadi something yang lagi menarik, but still maintain simple. Walaupun Kak Intan tengah sarat mengandung 9 bulan masa tu, tapi dia awesome sangat. Siapa expect orang yang sarat mengandung tu untuk tolong gubah semuanya? Tapi dia macam takde hal je. Orang lain pulak yang risau. Pape pun, great work la. Malam tu macam malam yang penuh bunga. Bukan macam. Memang penuh dengan bunga pun.


Anyway, special thanks to sesiapa yang datang terutamanya yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak raikan majlis ni. Mereka-mereka seperti Muzammir yang datang from Kedah, Eqbhal from Terengganu, Fairuz from Kelantan, Hafiz Raslan from Shah Alam, Anis from Putrajaya, Ean from Sabak Bernam, Iqbal from KL, Dz from Subang Jaya, Shifa from Kajang, and ramai lagi lah yang sanggup datang dari jauh, drive malam-malam, ada yang naik motor, naik bas, carpool, ishh ramai laa. Serious terharu sangat-sangat. Nak nangis boleh tak? Huuuuuuuuuuuuu.... T_T


And jutaan terima kasih untuk Umi, Ayah, adik-beradik aku, family Afir, Hajar, Ean, Liza, Fairuz, kawan-kawan ayah and jiran-jiran yang datang tolong-tolong masa kenduri. Terutama sekali adik bongsu aku, Piya. Dia punya penat buat kerja, sampai terlentang dekat ruang tamu even masa majlis belum tamat lagi. Penat betul dia bagi orang cupcake, ke depan ke belakang nak fill up balik bakul. Ye la, excited, the only kakak dia nak tunang. Hahahaha! Tengok laaa.... Piya... Piya...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS