Drug Store Make Up Review

Hi! Selepas lama tak buat review pasal produk, now tiba-tiba ada mood dah. Semua sebab inspired dengan Michele Phan punya video. But video tu nanti last-last2 baru aku tunjuk. Now nak buat review pasal make up yang aku guna sekarang. Lately tak tahu kenapa aku makin berminat dengan make up.. Maybe sebab make up dekat US murah gila kot. Like seriously, murah gile! Nak tahu murah berapa banyak? Nanti aku gitau one by one.


Now rutin aku setiap pagi lepas siap cuci muka and gosok baju ialah pakai pelembab muka, foundation, concealer, compact powder, and 2 warna lipstik. Kalau rajin pakai mascara. Haaa dah advance dah. Kalau tak before ni kalau kat Malaysia just pakai pelembab, foundation and lipstick yg nipis je kot.


 Kesemua barang wajib yang perlu dicapai dengan senang setiap pagi.


Ok, so where should we start? Hmm... Oklah, kita start dengan things that I don't really like or ok2 je. Nothing special.

Covergirl Instant Cheekbones in Plum

Why do I hate this thing so much? Warna dia ok, it's cheap- I bought it for $5.99. Well, not the cheapest price la sebab beli kat CVS Pharmacy. Kalau kat Walmart lagi murah kot. Ok berbalik kepada persoalan kenapa aku sangat tak suka benda ni? The smell SUCKS level 374. Busuk gila ok! Macam bau rempah ratus, bau perempuan baru lepas bersalin, ntah ape bau ntah. Tengik gila! I cant stand the smell. Well, memang la kalau dah pakai tu tak berbau, cuma masa nak apply tu tahan jela hidung. DONT GET THIS. U deserve something better. And lagi satu, bekas dia buruk. Macamkan aku beli blusher berharga RM2 je. Macam takde kualiti.


Well, aku beli ni sebab this is the cheapest and ada 3 warna, so boleh buat effect contour dengan lebih berkesan. But kalau ada option lain, sila beli yang lain. Tapi sebab aku jarang pakai blusher, so tak kesah lah.


Clinique Acne Solutions: Emergency Gel-Lotion Intensif

I am a Clinique fan, but this particular product doesn't worth your money. Go buy something else. Aku beli benda ni $15. Tu dah kira mahal bagi aku. Harap nama je emergency gel, tapi ntah ape ntah emergency solutionnya. Aku punya jerawat yang sebijik dua tu dah 2 bulan tak surut-surut lagi. Still merah lagi and ada cecair putih dekat dalam jerawat tu. Dah 2 bulan ok berkepam kat situ taknak hilang. Pelik aku. Ntah apa ntah krim ni buat. Membocorkan poket aku kot?


Tapi kalau baca review, orang kata diorang pakai benda ni dalam masa semalam atau 2 hari dah surut. Tapi bagi aku takde effect pape pun. Tak bagus!


Maybelline Hyper Diamonds in Peach

Bukan tak suka, tapi warna eye shadow ni terlalu glittery. So, tak sesuai kalau nak pakai hari-hari biasa. Tapi part yang tak suka, walaupun dia ada 5 warna berbeza, tapi macam takde beza kot. Warna coklat tu pun tak gelap. Pigment tak cukup agaknya sebab nak letak glitter banyak-banyak. Hahahaha! Even nak cuci make up ni pun susah sebab glitter dia still melekat kat mata. Btw, aku beli ni dulu sebab nak make up untuk tunang, pasal tu nak ambik yang warna-warna glitter camni, baru glamor uollss.. OK tapi sekarang dah tak glamor. Harga masa beli RM29.90. ( kat US berganda-ganda lagi murah)


Maybelline Baby Lips Lip balm

Aku sebenarnya not a fan of lip balm. Kau bagi lah aku apa-apa jenama pun, memang aku pandang sepi je. Semuanya sebab aku hanya pakai Vaseline tebal-tebal sebelum aku tidur. Serious, cara tu berkesan so that waktu siang aku tak payah pakai lip balm, sebab just nak pakai lipstick. Tapi disebabkan ada sorang member ni excited suruh aku try beli, sebab lip balm ni lain daripada yang lain sket, so aku pun give it a try. 


Kelainan lip balm ni daripada lip balm lain ialah dia guarantee akan mengurangkan garis halus and tanda-tanda kekeringan pada bibir lepas sebulan pakai. Maknanya nanti bibir jadi comel and plump like baby's. Ok lah.. Kalau pakai tu memang rasa macam garis halus pada bibir tu less visible, tapi aku tak suka la benda melekit kat bibir and berbau/ mempunyai rasa. Yang aku punya ni perisa strawberry. Tapi aku memang tak minat apa-apa jenis lipstick yang berbau atau ada rasa. Lagi satu, benda ni tak tahan lama pada bibir, dalam sejam je kot. So, minus point on that. But kalau nak compare dengan lip balm aku yang terdahulu, this is not bad sangat laa.. Harga: $4


Ok, now kita beralih kepada stuff that I like.


Covergirl Concealer (forgot the name)

Dah lama aku nak cari concealer yang sebab seumur hidup tak pernah beli. But since parut jerawat ada laa sikit-sikit, so rasa macam nak beli satu. Lagipun hari-hari tidur dalam 4jam, maka tiap-tiap hari ada eye bag. Benda tu yang sepatutnya di'cover'. So, beberapa hari lepas aku beli concealer ni. I thought this is the cheapest one (ye, aku agak sengkek time-time tengah kering akhir bulan macam ni) so harga dia aku beli dekat CVS Pharmacy $7.29. 


Not bad la. Semenjak pakai ni dah tak nampak pape parut pada muka. Senang nak blend dengan warna kulit around parut tu. So, aku takde masalah pakai benda ni. Lagi pun benda ni senang sebab tak perlu nak sharpen guna sharpener. Just pusing je. Recommended. :)


 
Sally Hansen Line Fix Lip Repair

Actually aku tak pernah sedar akan kewujudan produk ni. Tapi masa tengah belek-belek produk yang tengah sale, aku nampak benda ni on sale and just tinggal the last one. Harga asal: $13.50, tapi aku beli dengan harga $3.37 lepas tolak discount. Aku tertarik pasal benda ni memang does what it claims. Memang sesaat je lepas apply benda ni pada bibir, terus hilang garisan halus tu, and bibir nampak lembap. Benda ni bagus untuk orang yang nak immediate result. One of the ingredients ialah collagen, so collagen tu yang fills the lines sebenarnya. Haha! Cakap macam pandai je... Taktahu la. Tapi itu yang ditulis pada kotak. Btw, nice packaging.


Maybelline The Magnum Volum Express

Ada sorang make up artist ni pernah cakap, kalau nak beli mascara, bagi dia mascara ni yang terbaik. So, aku pun pegi beli kat pharmacy and try. Memang bagus. No clump, nampak natural, rasa macam lashes lagi tebal and panjang, takde effect mata panda/ black metal or sememeh. Ok lah bagi aku. Even Michelle Phan pun suggest benda ni. Tapi tak ingat lah berapa harga dia. Kat Malaysia aku beli dulu around RM30+ kot. Kalau dekat US, $5.50 je.


Revlon Lipstick

OMG! I really really love Revlon lipstick. Suka yang amat. Setakat ni aku takde apa-apa problem dengan lipstick Revlon. Banyak pilihan warna, tahan lama, melembapkan bibir (pakai satu hari dalam cuaca winter tak buatkan bibir aku kering. Amazing!) Kalau pakai sekali, tak payah apply lagi dah sebab warna dia memang melekat. Boleh pilih dalam 3 jenis sama ada Pearl, Creme atau Matte. Tapi aku prefer Creme. Takde bau, takde rasa, nice packaging, murah. Senang cerita, everything that I want in a lipstick, ada pada Revlon. Maybe dekat Malaysia takdelah murah sangat. Rasanya around RM30 tak silap aku. Tapi dekat US murah gila. Kalau dekat Walmart dalam $5. Tapi aku pernah beli kat CVS Pharmacy masa sale, dalam $2.30 je satu. Memang time tu borong macam-macam color. Memang puas hati. 5 bintang!


         My favorite:
  • 616: Wink for Pink
  • 677: Siren




Ok, now nak compare 3 foundation yang aku pernah pakai pulak.

Maybelline Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation.

Yang ni aku beli masa zaman-zaman naif pasal make up masa mula-mula masuk kolej dulu. Warna ok la, agak pekat. Sesuai untuk coverage. Cuma mungkin tak sesuai untuk orang yang kulit berminyak sebab kalau pakai masa waktu pagi, by tengahari kulit dah berminyak. Untuk orang kulit kering sesuai la kot. Harga: RM34.00


Revlon Photo Ready

Foundation ni aku beli masa nak tunang dulu. Disebabkan dah memang sah-sah waktu tunang nak ambik gambar banyak-banyak, aku beli foundation yang sesuai untuk photography. The reason why benda ni sesuai untuk ambik gambar ialah, dalam foundation ni macam ada shimmering effect. So, shimmering effect tu akan pantulkan balik cahaya so that kamera dapat capture wajah yang flawless. Wahh, kelas tauuu.. Bagus jugak benda ni. Aku pakai ke kelas selama berbulan-bulan jugak. Muka masa keluar rumah and balik rumah maintain sama, meaning muka tak berminyak. Puas hati la, cuma maybe kurang sesuai untuk dipakai hari-hari sebab ada sikit shiny2. Tapi coverage bagus, boleh cover semua parut and uneven skin tone. Beli pada harga RM65.


Revlon ColorStay Mineral Mousse

So far, this is the best foundation yang aku pernah beli. Dah la murah gila aku beli sebab beli masa tengah sale. Harga asal $13.50, tapi after discount dapat lah dalam $3.37 (bersamaan dengan RM10.50) Somehow, bila pakai rasa macam make up aku light sangat. Walaupun terasa light, tapi dia mampu untuk cover semua parut and mencerahkan kulit. Rasa sangat smooth! Sama macam Photo Ready tadi, foundation ni langsung tak buat muka aku berminyak. Kulit maintain je sampai ke petang. Definitely worth your money! (aku tak dibayar ok untuk buat statement ni, but im really a satisfied customer) The winning part is, foundation ni buatkan kulit aku nampak natural even after pakai concealer and compact powder after that. It feels sooo goodddd... Buy! Buy! Buy! Buy!


Btw, aku nak let go lah benda ni. Sesuai untuk dipakai sebelum mengerintingkan rambut atau untuk tame kan rambut kerinting yang kasar. Im selling for RM20(boleh je kalau nak mintak kurang lagi) Baru pakai once. Reason for selling sebab benda ni dibeli beberapa hari sebelum I decided to wear headscarf. So, since dah pakai tudung ni, dah tak kerintingkan rambut. So if ada sesiapa interested, boleh je bagitau. Kalau dapat pun most probably bulan 5 nanti sebab aku nak balik Malaysia bulan Mei.
Lambat lagi.. Hehe!


Sedikit sebanyak nasihat from Michelle Phan.










Ok, thanks for reading. If anything, hit the comment box yaww..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Future Room Idea

Memandangkan sem ni aku agak relax sikit, tak banyak kerja macam sem lepas, so aku ada banyak masa terluang. Since takde siapa sudi nak melayan aku Skype and Facebook, aku macam lost jugak lah. So dalam hilang arah tu aku banyak window shopping dekat website-website famous kot-kot lah ade sale. Then terfikir nak masuk Ikea. Tiba-tiba rasa nak redesign balik bilik aku yang nun jauh dekat Malaysia tu.


Serious dow, walaupun aku jangkakan akan balik Malaysia lagi 4 bulan, aku dah macam excited gila about everything macamkan esok aku nak balik. So, dalam keghairahan nak balik tu, aku pun roughly sketch apa yang aku nak dajalkan bilik aku lepas aku balik Malaysia nanti. So, ni lah lakaran awal nya.









Bilik aku kecik je, so kena pandai gunakan ruang. That's why ada banyak gila storage sebab kat mana lagi nak simpan baju, handbag and kasut yang banyak gile tu. I wish I had a walk-in closet. Sumpah bahagia!


Actually lukisan ni dilukis based on apa yang aku nak beli.. Maka, barang-barang yang nak dibeli ialah..


Cadar katil yang kena dengan tema akan datang.


Wall shelf.. Dah lama teringin nak beli benda ni.

At last, roller blind yang murah dan sesuai untuk bilik aku!

Perlu untuk menghidupkan wall yang kosong

Nak beli katil ni!! Katil yang ada sekarang ni dah separuh lagi roboh dah.


Laundry basket

Untuk bersantai letak kaki atas ni atau letak laptop atau letak bontot.

Kotak untuk simpan baju dll

Storage box untuk bawah katil


 Untuk menyimpan pakaian lebihan




Spotlight untuk gantikan lampu yang ada sekarang. Baru terang sikit bilik.


Maybe tema kali ni nak buat something POP. Aku suka kalau guna warna macam oren, pink and purple. Macam smart je.. Dinding pulak tak sure lagi nak buat warna apa. Kalau buat feature wall warna  pink pekat and the rest warna putih macam smart gak. Haha!




Ni episod berangan je ok. Fulus tak confirm lagi. Hmmmphhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Laptop Rabak






Well this is my notebook. Nothing new.. Biasa je. Lenovo Ideapad. Aku dah guna since 2009. Sekarang dah 2012. Nak masuk 4 tahun dah. Laptop ni mak aku pilih and belikan sebagai hadiah aku baru masuk Taylor's College dulu. And until now aku angkut laptop ni sampai lah ke US. Kalau orang lain dah pasang laptop baru kot. Tapi aku masih setia pada yang satu.


Masa nak fly dulu, ehem ehem Afir ada offer suruh aku angkut sekali laptop second dia pergi US sebab nanti senang aku nak tengok movie kalau bosan-bosan (notebook aku tak boleh main movie/video ok. sedih). Memang aku nak angkut, tapi sebab carry on dah berat and luggage dah sampai limit, so aku tak bawak. Aku pulangkan balik kat dia. Now, bila ada masalah laptop baru aku menangisi nasib kenapa aku tak bawak laptop dia datang sini. T_T


Problem aku sekarang ialah INI. Sila tatap puas-puas.






Ye. Ianya dah rabak.


Semalam masa Skype, aku dah cakap awal-awal kat Afir yang laptop aku ni tunggu masa je retak menyembah bumi. Dah tak lama dah ni. Sejam lepas tu "Krakkk" dahh memang betul sangkaan aku. Terus aku menggelabah gila. Duit elaun dah habis. Kalau next round dapat pun aku nak beli tiket flight balik Malaysia. So budget untuk beli laptop baru tu adelah lagi kena tunggu 4 bulan lagi. Adoyaiii...


Aku tak kira. Lagi 4 bulan aku nak ganti laptop baru.


AKU TAK KIRAAAA!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cara Untuk Ketahui Ada Dara ke Tidak

Rekahan Bibir
Kita dapat mengenal pastinya jika bibir seorang wanita itu sangat mengancam dan berwarna kemerah-merahan. Dan rekahannya pula cantik. Selain itu, bibirnya juga bergaris-garis dan dapat dilihat dengan jelas. Dahi Yang Berkedut, Gadis yang masih memiliki dara akan mempunyai dahi yang licin. Berbanding dengan dahi wanita yang tidak berdara yang mempunyai lapisan sebanyak tiga lapis walau masih muda. Ini dapat dilihat ketika mereka bercakap, berbual dan ketawa. Kedutan ini adalah berbeza dengan kedutan wanita yang berusia.



Bentuk Punggung
Bentuk punggung juga akan menggambarkan samada seseorang itu masih ada dara atau tidak. Bagi wanita yang tidak memiliki dara, punggunggya akan kelihatan seperti terjatuh ke bawah kerana sel-sel punggungnya mengembang kerana ransangan nafsu ketika melakukan hubungan. Apabila mereka berlari-lari dan bergerak akan kelihatan ianya seperti bergoyang-goyang. Berbeza dengan gadis yang memiliki yang pejal dan tidak bergoyang.



Telinga
Telinga gadis yang mempunyai dara akan kelihatan warna kemerah-merahan dan cantik. Wanita yang tidak punyai dara telinganya akan kelihatan leper dan tidak menawan lagi.


Tumit
Cuba lihat tumit anda. Di hujung tumit anda, cuba picitkan sedikit. Sekiranya selepas picit darah anda akan kembali ke posisi asal dengan cepat, ini bermakna anda masih berdara. Jika tidak, kawasan yang dipicit itu akan pucat dan darah kembali dengan lambat. Awas! Jaga tumit anda. Banyak kepentingan dan rahsianya lagi.


Inilah kaedah-kaedah untuk anda mengenal samada seseorang itu masih dara atau tidak. Tak payahlah nak pi test kat orang yang dah berkahwin dengan halal. Selain dara-dara yang tadi, kita masih mempunyai dara yang lain iaitu yang berkaitan dengan sensitiviti apabila berhadapan dengan lelaki.


Pipi
Jika pipi gadis itu licin, gebu dan kemerah-merahan serta tidak langsung memakai peralatan solek seperti pemerah pipi, bedak atau cecair pelembab muka, bermakna gadis itu masih berdara.



Gadis yang berdara selalunya tidak suka mengenakan make up. Terdapat juga gadis yang masih suci suka bermake-up, tatepi cara mereka bermake up tidak terlalu menonjol seperti seseorang yang ingin memikat lelaki. Sebagai contohnya sesetengah GRO, bohsia atau pelacur. Mereka akan mengenakan make up keterlaluan kerana mahukan diri mereka kelihatan jelita. tetapi disebalik kejelitaan mereka terserlah suatu rahsia, jelas mereka bukanlah lagi wanita bermaruah.


Pada raut pipi gadis yang masih dara, kelihatan merah apabila disentuh lelaki yang bukan muhrim. Terkadang raut wajah mereka menjadi merah apabila berbual atau berhadapan dengan lelaki. Mereka agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan lelaki. Berbanding dengan wanita yang tidak berdara. Mudah sahaja mereka menyesuaikan diri dengan lelaki. Bagi yang sudah berumah tangga, kerana mereka sudah biasa dengan suami mereka. Tetapi pada golongan sebaliknya kerana mereka telah hilang dara dan sensitiviti dengan lelaki kerana sebab-sebabnya yang tadinya.


Kelihatan beberapa garis melintang pada pipi kiri dan kanan seseorang gadis yang telah berhubungan. Jika seseorang itu mempunyai lesung pipi, lesung pipinya kelihatan melekuk ke dalam dan terserlah kejelitaannya. Berbeza dengan gadis yang sudah pernah berhubung, lesung pipinya tidak terlalu dalam dan sisi lekukan itu diikuti dengan garisan yang menyambung lesung pipinya. Garis ini menunjukkan mereka telah tiada dara.


Telinga
Ketiadaan dara juga dapat dilihat dengan meneliti bentuk pada bahagian telinga kanan dan kirinya. Sedikit anak rambut akan kelihatan sebelah pipinya. Anak rambut ini berjuntai dan lembut serta halus. Anak rambut wanita pula tidak berdaya dan seolah-olah tidak bermaya serta tidak lembut lagi. Ini dapat dilihat jelas jika anak rambut itu ditiup angin. Ia mudah terselerak dan agak tidak teratur ketika ditiup angin dan apabila anak rambut itu kembali pada posisi asalnya. Pipi sisi anak rambut ini juga dilihat agak lebam dan ianya simbol wanita itu telah berkahwin.



Hidung
Hidung sesorang itu juga mampu menunjukkan samada dia pernah disentuh atau tidak. Hidung seorang gadis akan kelihatan menarik dan cantik. kedudukannya juga molek. Di hujung hidungnya kelihatan kemerah-merahan. Ini bukan kerena dia selsema atau ada masalah hidung tetapi ini kerena darah banyak tertumpu pada hidungnya. Jika anda masih dara, lihatlah hidung anda. Apabila hidung seorang gadis disentuh lelaki, hidungnya akan kelihatan begitu merah.
Begitu juga dengan wajahnya. Ini kerana sensitivitinya terhadap sentuhan. Bagi yang tidak merah pada hujungnya apabila disentuh lelaki, ini bermakna dia telah hilang dara sensitif ( dara kecil ).





Di atas ni ialah blog diambil daripada blog ni (link) dimana penulis blog ni pun copy paste daripada blog lain tanpa kredit. (aku tahu sebab dulu aku pernah terjumpa petikan ni dulu kat blog orang lain. lagipun blog yang aku link kan ni memang terkenal dengan entry copy paste)




And nak tahu apa reaksi aku?




Soon after that tak memasal ada orang komen kata aku pernah buat. Dafuq?
(Komen dibawah ni ditulis semasa tengah bengang level 3421)



Tak lama lepas tu ada sorang hamba Allah ni kata penting untuk kita kenal pasti sorang gadis tu dara ke tak sebab nak jadikan calon isteri terbaik. (but somehow komen tu telah dideletekan lepas kena hentam dengan orang ramai)


Errkk brader.. Dalam Islam tak pernah gariskan pun panduan untuk mencari bakal isteri sama ada dia dara atau tidak. What if perempuan tu dah takde dara tapi dia dah bertaubat? What if perempuan tu dah memang sah sah janda? What if perempuan tu kena rogol tanpa rela? What if perempuan tu hilang dara sebab tercedera atau kemalangan? Pernah fikir benda-benda ni? Kau fikir nak sedap jela kan dapat anak dara. Ntah-ntah kalau untung kau tak baik, dapat isteri yang dah kena tebuk. Kalau macam tu, nak ceraikan terus laaa? 


Aku tak faham betul dengan bangsa Melayu yang suka nak ambik tahu hal dalam kain, spender orang. Ambik tahu hal ko sudah laa.. Jaga diri elok-elok, tak payah nak sibuk menilik muka orang, tapak kaki orang, hidung orang sebab nak tahu dia ada dara ke tak. Lagi baik jaga amalan sendiri, dalam kain sendiri. Nuff said!


P/S: Aku tengok model Victoria Secret semua body mantap je. Kulit cantik je. Takde pun bontot jatuh. U mad bro?


EDITED
Btw, aku pernah terbaca kajian saintifik pasal isu ni. Orang tu kata fakta ni semua tak betul. Semua yang dilistkan dekat atas ni ialah berkaitan dengan faktor usia and faktor dah melahirkan anak. Takde sangkut paut dengan persoalan ada dara ke tak. (tapi source dia aku tak ingat. Sorry) 
So people, please stop claiming that "Aku hebat, boleh tahu perempuan tu ada dara ke tak." 
Aku lempang kau boleh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Berkongsi Minuman Kegemaran

Ok, entry ni dah lama tertunggak daripada minggu lepas lagi. Tapi ada sorang makcik ni rajin gila remind suruh aku tulis jugak. Kihkhkkih.. Sorry. This is for you, Wawa.


Sejak akhir-akhir ni blog aku makin banyak pulak resipi. In case kalau ada sesiapa sesat masuk blog ni and ingat ni blog makcik-makcik, saya redho. Redha itu ikhlas.


So, today aku akan mempersembahkan 2 buah resipi, resipi minuman ye kawan-kawan, in case kalau korang nak variety in life. Maybe ada bahan dalam ni yang susah untuk didapati, but u could always use a substitute. Takde hal punya. Takde siapa nak gred level air korang sedap mana.


Resipi Pertama: Susu Kasihku Abadi
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan air ini ialah:

  •  Segelas susu segar
  •  2-3 tbs strawberry syrup (I use Hershey's)



1. Sediakan segelas susu segar.
2. Masukkan perisa strawberry ke dalam air tu. Kacau-kacau sikit.

Dah siap. Need me to explain more? Hasilnya akan dapat sebegini.


Berwarna pink uollsss


The reason why aku suka susu bercampur strawberry ni ialah sebab mak aku pernah cakap masa aku kecik-kecik dulu ni lah air feveret aku. Dah macam taknak minum susu kosong. Mesti nak kena letak strawberry syrup dalam botol tu jugak. Rasanya memang semulajadi dari lahiriah nya aku memang suka kaler pink. Benda yang warna putih pun aku nak jadikan dia pink waima susu sekalipun. Dasarrrrr~


Tapi rasa dia memang tak sama langsung dengan mana-mana susu kotak perisa strawberry yang lain. Sedap gilaaa.. Kalau nak try, buatlah sendiri. Sesiapa yang ketuk pintu rumah aku malam ni mintak air takkan dilayan. *kecuali yang hensem-hensem* Ehem.


Resipi Kedua: Caramel Coffee Cinta Bersemi
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
  • 2 tbs Coffee or Nescafe 3 in 1
  • 3 tbs Caramel syrup
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1/4 cawan air panas
  • Air sejuk
  • 1-2 tbs gula
  • Ais
  • Whipped cream




Since kopi nescafe aku bawak from Malaysia dah habis, aku beli ni. Kopi perisa caramel.
But dulu aku pakai nescafe untuk buat air ni sama je rasa macam Starbucks.


1. Sediakan sesuku cawan air panas. Masukkan kopi and gula.


Benda yang tak best pasal kopi Starbucks ni ialah keladak-keladak ni. Serious tak suka.


2. Because of that, here comes no. 2. Filter semuanya using coffee filter. Tapi kalau setakat pakai nescafe biasa tak payah nak susah payahkan diri buat step ni. Sila skip.


Untuk ni aku kena gunakan penapis and coffee filter (macam bekas muffin and nipis macam tisu)
Sila rujuk gambar mula-mula tadi.


3. After that masukkan susu, ais, caramel syrup and top kan dengan whipped cream.
Dah siap!





The reason why I came with this idea ialah since duduk dekat US selalu gila craving nak minum Starbucks. Kalau sekali sekala boleh laa.. Tapi kalau hari-hari? (peringatan: jangan sesekali mula minum starbucks. anda akan ketagih) 


Biasanya aku akan order Caramel Frappe kalau pergi sana. Tu memang faveret aku. But since aku berjaya immitate rasa air tu buatan sendiri, aku dah jarang pergi Starbucks. Heheheh. Penjimatan!





That's all for now. In case ada sesiapa muntah hijau sebentar tadi bila baca nama air yang aku reka, sesungguhnya tu hanya trolling. Aku sebenarnya tak paham kenapa orang Malaysia selalu cipta resipi, tulis novel, lagu and buat movie mesti nak kena ada perkataan-perkataan seperti cinta, kasih, abadi, suci sesuci lebaran bagai. TAK PAHAM!


Kbye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lauk Peliks


Tadi aku masak. Seriously guys, kalau tengok lauk atas ni nampak biasa je kan..
"Elehhh ayam masak kicap dengan sayur kobis bunga goreng je." Eh apa? Elehhh kau cakap?


Tau tak daripada lauk ni datang satu idea yang sangat dan amat bijaksana yang belum pernah ada sesiapa try??!
Let me story first.


Untuk sesiapa yang hebat memasak, dia mesti tau kalau nak masak ayam masak kicap kena goreng ayam tu dulu. And ramuan untuk menggoreng ayam tu ialah serbuk kunyit dan garam ye. (At least ni style mak aku selalu masak) So masa aku bukak bekas yang selalu simpan serbuk kunyit, aku perasan warna dia tak macam biasa. Then masa aku gaul ayam tu dengan serbuk kunyit tu, aku bau dia macam pelik sikit. But takpe. Boleh lagi ni. Masa aku goreng, aku pakai minyak baru. But somehow ayam aku lagi coklat daripada biasa. Takkan minyak tu cepat kotor kot? Biasa aku goreng ayam takde masalah punnn..


After siap-siap masak, aku pun makan. Dia punya sedap tu luarbiasa. Agak mentekedarah aku makan tadi. But still, aku rasa tu bukan serbuk kunyit. Tu mesti serbuk lain. So after habis makan, aku tanya housemate aku.


Farah: Yang dalam bekas tu bukan serbuk kunyit kan?

Housemate: Bekas yang mana?

Farah : Yang paling bawah tu. Tu serbuk kari ye?

Housemate: Ha ah.. Asal?

Farah: Ohh.. Tadi aku goreng ayam salut serbuk kari.


Kehkehkeh... Sedap gila kot. Tambah sedap bile masak ayam masak kicap camtu. Marvelous!
Padanlah masa aku tengah masak, ada sorang housemate tegur aku..

"Kau masak kari ye Farah?"


Masak kari???

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2012 Resolutions

Amat jarang ye bagi saya untuk buat azam. I cant remember when was the last time.. Form 4 maybe? Alhamdulillah.. Umur dah menginjak ke dewasa- 21 years and finally I'm LEGAL!!! *though my birthday lambat lagi but who cares*


Masa petang tadi sambil duduk-duduk menghayati cuaca yang cantik (8c ye kawan-kawan.. sangat nyaman) tiba-tiba aku tersenyum sendirian.. Banyak kali pulak tu. Sambil-sambil senyum tu aku pelik sendiri, aku senyum pasal ape ye? Pasal hidup aku indah sangat ke? *that's doubtful* Kalau bukan, pasal apa ye? Dan kenapa ayat saya skema ye? Gahhhhhhhhhhhhhhhhhh..


Stop all the merepekness. Please.


So let's jump to my resolutions for this year. We start with small steps first then only we can move on to the next bigger ones. So jangan gelakkan my resolutions for this year. Some of them might sound peliks then again, who cares. (I CARE!!!)


1. Cuci muka and gosok gigi everyday sebelum tidur. YEVERYDAY OK! No skip skip.
2. Menjadi lebih baik.. Haha! (soooo typical)
3. Mendapat gpa yang lebih baik daripada last sem.
4. Make new friends and have at least one very good friend in the US
5. Usahakan business dengan bersungguh-sungguh.
6. Jadi lebih menawan? Kihkihkih.
7. This is very important- BALIK MALAYSIA. Jumpa family, kawan-kawan and him. T_T
8. Start my own clothing line
9. Be more zeriouz will ya?
10. Accomplishkan impian untuk beli laptop baru. Ehem. Ehem.
11. Sekiranya saya meningggal dunia tahun ni.. Saya berdoa saya mati dalam keadaan bertaubat.


Kaki saya size 40. Kau hadoooo?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2011 in Memory

Dah lama aku tak conclude tahun-tahun yang dah berlalu, tapi sebab tahun 2011 dah tinggalkan kenangan yang sangat lah bermakna dalam hidup aku, so aku decide aku nak ceritakan the most obvious ones.


First of all, before kita start, aku nak check list 100 Things to do in Life yang aku pernah buat masa tahun 2009 dulu. Walaupun ada some things dalam tu yang aku tak rasa nak buat dah, atau dalam kata lain dah expired, tapi ada some yang still reliable. And I will surely teruskan buat mana-mana yang aku mampu untuk jadikan hidup aku lagi bermakna. Tahun 2011 ni banyak jugak yang aku dah accomplish, and those are..



  • No. 10: Be a magazine covergirl.
  • No. 11: Be an active blogger and write more than 30 posts
  • No. 14: Adopt two cats and name them Miang and Gatal
  • No. 15: Be a video clip model
  • No. 16: Organize a fashion show
  • No. 32: Expert in cooking and baking (well at least there is improvement...)
  • No. 34: Have a dinner with famous celebrities
  • No. 48: Have a gay friend
  • No. 51: Befriend with all of my ex-es
  • No. 52: No cheat with my partner
  • No. 55: Be a bride's maid to a friend
  • No. 62: Have at least 50 bags and shoes (YES! I DID IT!)
  • No. 64: Be a strict and assertive person.
  • No. 65: Have RM20,000 in my account
  • No. 71: Gain weight until I reached 50kg before the age of 21
  • No. 72: Be Fairuz's bestfriend as long as I live. (at least up until now :)
  • No. 79: Wear tudung consistently. (Alhamdulillah...)
  • No. 83: Experience at least 3 jobs in life
  • No. 85: Join an environmental club to help create awareness about the mother nature
  • No. 89: Make a large snowman
  • No. 92: Never fail to say 'I love you' to the people that I love
  • No. 93: Arrange a day for orphans
  • No. 95: Learn to cook every dishes that my mom can cook



Wahhh.. Now boleh tersenyum bangga sebab dalam umur baru cecah 20 tahun November lepas, aku berjaya capai 23 out of 100 impian yang aku patot capai in a lifetime. TAK SANGKAAA MAKKK! Benda yang paling tak sangka sekali yang aku dah capai ialah untuk jadi covergirl. Even sampai sekarang susah nak percaya. T_T
And now kita alihkan pandangan ke azam tahun lepas pulak.


So far, Alhamdulillah tercapai semua impian aku untuk tahun lepas. Memang saje je aku set yang senang-senang sebab nak bagi senang sikit accomplish. Hehehehe.. *gelak evil*
Azam untuk tahun lepas ialah:-


  • Be punctual. Always on time and kalau boleh, dah ada/siap 5 minit before the actual time.
  • Stay as long as I can and still in love with Afir
  • Lepas semua JPA requirement, and fly ke US dengan senang hati.
  • Jadi lebih kemas and bergaya. (though this is still doubtful...)
  • Beli Blackberry phone dengan duit sendiri.

Whatever it is, aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku dah capai. Walaupun ada slack sikit-sikit, tapi aku tak rasa menyesal atas apa yang aku buat sebab aku percaya ada hikmah di sebalik semua tu. 



2011 has left me with remarkable memories. Banyak sangat dah terukir sampai tak berapa nak ingat apa yang dah jadi. The highlights of this year are my engagement, offer untuk study ke Penn State, hidup berdikari seorang diri untuk first time ever in my life, graduate from Taylor's College, have a long distance relationship, excel in studies and lots more. The most priceless experience is the holidays in NYC with my bestfriends which has wrapped up my 2011 perfectly. Be there in Times Square, which was my lifetime dream is more than making me speechless. I'm thankful to Allah who has blessed me with these rezeki yang melimpah ruah and amazing experience in life. What more can I say...


Worked in FBB for the last time.


Got engaged to the man I love


Leave Malaysia to pursue my studies

Last moment with Afir

Raya in Malaysia through Skype.

Finally, I decided to wear tudung though not fully committed. Pray that I will insya-Allah.

Celebrate Raya for the first time without family.

My birthday

In NY with besties


THANK YOU FOR THE PRECIOUS MOMENTS, 2011.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS