Kesan Winter Terhadap Tubuh Badan Saya

Hi everyone. Ok aku malas nak mukadimah panjang, esok ade paper lagi satu untuk final exam, maka mari kite ke topik utama.


Memandangkan sekarang dah masuk musim winter, ok hello, tak sedar sekarang dah pertengahan bulan Disember dah pun, maka ade beberapa perkara yang terjadi kepada badan aku dari sudut biologi. Ni apa yang aku experience, aku belum tanya lagi penduduk local atau pun kawan-kawan aku sama ada ini normal ke tak, tapi dulu sebelum aku datang US memang aku dah sedia maklum pasal hal ni.




Aku taktau la orang lain, tapi aku perasan badan aku dehydrated sangat-sangat. Antara symptom-symptom yang dialami ialah

  • Satu badan kulit kering macam scaling and flaky. Satu badan ok.
  • Kulit muka pun flaky. Benci tau. Bile pakai foundation, ketara sangat nampak.
  • Flaky skin around nose.
  • Ketara sangat garis-garis halus pada tangan. Nampak macam orang tua sangat.
  • Part knuckle (buku jari?) macam kemerah-merahan and rasa kasar. Bile tengok dekat-dekat, dia ade byk luka kecik-kecik macam calar pada garis halus tu.
  • Walaupun aku disiplin pakai pelembab bibir sebelum tido and lepas tido, tapi bila dah agak lama sikit, bibir akan kering and luka walaupun aku tak usik langsung.
  • Rambut rasa kering and everytime belai rambut dia akan ade elektro statik, maka sometimes boleh buat rambut kasar.
  • Sampai kelopak mata pun menggelupas memang melampau lah!
  • Hidung berdarah... Sepanjang masa.


Aku tahu banyak faktor daripada sudut environment yang buat keadaan jadi macam ni. Antaranya ialah sebab cuaca terlalu sejuk and kering dekat luar, penggunaan heater dalam bangunan or rumah, and mandi dengan air panas.


And dari sudut diri sendiri ialah kurang minum air and tak pakai pelembab badan.


Aku ada baca artikel kat dalam website ini. Dia cakap dari sudut biologi, benda ni terjadi sebab minyak semulajadi dalam kulit mulai kering, maka tubuh pun kehilangan lembapan semulajadi (air dan minyak). Then, kulit pun jadi kering and menggelupas. Haaa skema sangat jawapan aku.


Aku dah la malas gila kot nak pakai krim pelembab and nak minum air banyak-banyak segala. Penat tau gentel muka nak dengan kain nak hilangkan kulit menggelupas tu. So, satu je cara untuk selesaikan masalah ni...


KITA BALIK MALAYSIA!!!!! Wooohooo!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Latest Pink Item


Aku baru je balik daripada Walmart, and ni yang aku beli. Macam random gila kot.

Aku beli kamera for the first time!!! 

Disebabkan aku macam malas gila nak survey pape, aku ambik jela yang tak berape mahal. Tapi walaupun tak mahal, superb kot gambar dia. Boleh tahan laa.. 


Reason kenapa beli sebab..
  •  Tension dengan kamera yang ada sekarang. Dah putus asa...
  •  Nak pergi trip yang bermakna lagi dua minggu. Kena snap gambar cantik-cantik!
  •  Harga dia mampu milik.
  •  Warna dia pink.


Hahahahha! See, walaupun aku dah tua tapi still tak tahan kalau jumpa apa-apa barang yang berwarna pink. So, lepas ni tak payah lah sibuk-sibuk ambik gambar guna BB lagi. Gambar bukan cantik mana pun. Asyik-asyik kena adjust lighting and warna bagi nampak cantik. Pakai kamera sendiri lagi best. Hihi! So bawah ni ialah contoh-contoh gambar testing aku ambik masa dekat library. Jakon sangat sampai dalam library pun nak snap.





Setting panorama.
Part hujung kelabu tu tak sempat nak snap, aku dah lari nak kejar bas. 


Cantik kan warna dia? Actually ada banyak setting, so aku suka get my hands on this thing. So conclusionnya, kamera ni sangat senang nak guna, and sangat user friendly. Baru godek tak sampai 10minit dah expert. Setting and scene dia cantik-cantik la kalau nak nak compare dengan kamera Olympus aku before this, color and lighting teruk. 

Mesti korang ingat gambar kat atas ni masa siang kan? SALAH. Ni masa pukul 10malam. 
Nampak macam effect siang kan? Hikhikhikhik..

Btw, sekarang Walmart tengah ade Season's Greetings Sale, so aku beli purse untuk kamera ni $1 je. Murah kan? Rambang mata kot banyak design lawa-lawa.
So mari kita beramai-ramai memeriahkan Walmart pada musim cuti sekolah ini.
Kbye.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Super Siblings

Since aku taktahu nak blog pasal apa, let me introduce u to my siblings! To those who don't know, aku merupakan anak ketiga from enam adik beradik. Aku ade dua orang abang, 2 adik lelaki and sorang adik perempuan. Takde kakak coz akulah kakaknya. Kalau nak compare semua adik beradik aku, semuanya macam fokus more on arts, termasuklah aku. Hehe! 


1. Hafeez
Since Hafeez merupakan anak sulung, dia punye sifat leadership sangat tinggi. Masa aku jadi pengawas pusat sumber dulu, dia jadi pengerusi masa aku form 2. So, aku macam inspired nak jadi ketua dalam semua bidang sebab dia la. Banyak sifat leadership dia turun kat aku. And dia jugak seorang yang banyak cakap and sukakan budak-budak. Bab minat, dia agak hampeh ar dalam seni. Tapi dalam ekonomi or business, tu memang bidang dia. Aku rasa hobi dia suka baca Wikipedia kot? So dia ada banyak knowledge la. Dulu masa kecik-kecik, dia selalu sepak or tumbuk aku, tapi sekarang dia lah yang paling pijak semut tak mati. Untung laaa sape awek dia... (lawa woo awek dia)


Dia ni sangat aktif la dalam persatuan dekat sekolah and masa dekat Uitm. And dia pernah jadi MPP kat Uitm Segamat dulu. Aku cakap 'dulu' sebab dia dah tua. 23 tahun tahun ni. Oh kekadang aku panggil dia budak Korea sebab dia suka perasan yang dia tu Gu Jun Pyo. Ada hati nak jadi model, tapi buncit and tak cukup tinggi. Fail.


2. Hakeem
Ni ialah abang aku yang paling aku suka sembang. Dia ni agak pendiam dengan orang yang tak rapat, tapi once kau dah kenal dia, kau takkan kering gusi. Aku paling suka bila dia buat lawak. Macam siot je semua. Walaupun dia ni sengal-sengal, blur, careless, hidup dalam dunia dia sendiri, suka senyum and tak pernah couple, tapi dia ni sangat berbakat. Bukan takde awek yang try nak mengurat dia, tapi hati dia ade dekat Mugi sorang je. Nak tahu siapa Mugi? Ni dia...


Ni Mugi yang dia lukis. Karektor from cerita anime, K-On.


Bila aku kata Hakeem berbakat, dia berbakat dalam main gitar and melukis. Dia ialah gitaris untuk band yang dia buat sendiri dengan kawan-kawan dia. Aku rasa dia ada dua band kot. 1) Steal Sunday. 2) Pocket Rocketeers. Almost every weekend ada orang invite band dia main kat event mana-mana ntah, tapi dia main for fun la. Bukan sebab duit. 


Lagi satu, dia ni terel melukis. Dulu masa kecik-kecik, seingat aku masa umur aku 5 tahun and dia 6 tahun (beza umur kitorang setahun je), aku mintak dia ajar aku lukis orang lidi. Mula-mula dia ajar basic orang lidi. Lepas tu dia buat bukan-bukan dengan orang lidi tu. Macam-macam pose dia buat. Sebab dia jugaklah aku suka melukis jugak. Banyak pertandingan melukis dia pernah masuk and semuanya dia menang. Dia jugak ade design tshirt. Abang aku ni agak famous lah dalam Deviant Art. So kat bawah ni ialah koleksi lukisan dia yang aku curi from Facebook. Semua dia lukis pakai tablet and photoshop. So, nilailah sendiri.

Audrey Hepburn










3. Farah 

Farah tu akulah. Hehe! Secara ringkasnya, aku ialah hasil gabungan personaliti kedua-dua abang aku. Aku minat seni and jugak business. Kalau bab seni tu, aku more dalam nyanyi, fashion design and potret. Tapi sorry, hasil lukisan aku tak boleh tunjuk sebab semua koleksi aku tinggal dekat Malaysia. Aku suka design, jahit baju. And dalam lukisan potret pulak, media aku ialah oil pastel. Memang minat sangat-sangat. Cita-cita aku nak ade clothing line aku sendiri. And bila aku maksudkan clothing line aku sendiri, maknanya aku gabungkan business and minat altogether. See, the best of both world! 


Bab personaliti pun aku sama cam kedua-dua abang aku. Sometimes aku konfiden, suka lead orang, banyak cakap, gila-gila, suka buat lawak bangang, sukakan budak-budak, but at the same time aku ni kadang-kadang sangat blur, suka sengih, sengal and suka hidup dalam dunia aku sendiri. So, memang ketara sangat yang aku ada kualiti yang kedua-dua abang aku ada. 



4. Hanif
Hanif ialah yang adik yang bawah aku. Dia baru je masuk Uitm. Dulu masa kecik, aku ingat lagi. Dia ni la yang aku rasa paling nak sepak-sepak je sebab dia dulu suka cari gaduh ngan aku. Dalam adik-beradik aku, dia ni lah paling nakal dulu. Dah la nakal, suka sangat belasah aku. So, memang aku tak tenteram la dengan dia. Tapi sekarang ni since dia dah matang, bahagia sikit hidup aku. Aku perasan dia ni sangat protective pasal aku. Dulu dia berani tegur aku tak pakai tudung. Haha! Dia akan defend aku dalam segala hal. And kalau aku keluar ke, mesti dia yang hantar aku. Bila aku kerja, dia yang hantar and ambik aku. Memang dia takkan tinggalkan aku lah tanpa orang jaga. Baik budak ni. 


Lagi satu, aku suka bercerita dengan dia. Walaupun dia kata cerita aku poyo, tapi dia akan dengar semuanya. Lepas aku dah fly pun, dia lah paling kerap chat dengan aku kat Facebook. Nampaknya ada orang rindukan aku. Haha! Minat dia more to photography and guitar. Agak aktif la dalam ambik-ambik gambar ni. Dah ramai pernah upah dia ambik gambar. Tapi dia takdelah serious sangat. Buat semua sebab minat je. Tapi sekarang dia tengah study diploma dalam Perancangan Bandar kot tak silap aku. Bawah ni ialah sebahagian artwork dia.








5. Hykal
 Ni Hykal, still sekolah lagi. Next year dia masuk form 5. Bagi aku, dia ni sentiasa baby-baby lagi. Sampai la aku tengok gambar ni, tak sangka dah besar rupanya dia ni. Dalam kepala aku, dia masih darjah 5. Walaupun baru form 4 this year, dia dah start tunjuk leadership. Dia kapten basketball sekolah, aktif dalam majalah sekolah and ape ntah lagi jawatan dia. 


One thing yang tak blah pasal dia, budak ni kasanova ke ape. Aku tak ingat bila last time die single. Daripada darjah berapa sampai lah sekarang ada awek. Ntah aku taktau kenapa perempuan-perempuan suka dia. =.= Dia ni pandai ambik hati orang la. Yang tu memang aku tak nafikan. Dia rapat dengan sedara-sedara kitorang, sama cam abang aku yang first. Kuat bersembang jugak budak ni. Pasal tu kot perempuan suka. Sejak akhir-akhir ni aku nampak minat dia dalam photography jugak la, sama cam Hanif. So, below here ialah artwork dia.





6. Sofeya
Sepatutnya nama dia masa lahir dulu Farah/Sarah Sofeya. Tapi sebab semua adik-beradik aku taknak nama dia macam aku (sebab jealous) so, diorang semua vote untuk nama Saira. Maka dari situlah dapat nama Saira. Dia ni adik bongsu. Bila kata bongsu, mestilah manja and kuat makan. Tahun depan nak masuk darjah 4 tapi aku tak rasa cam dia nak darjah 4 pun. Walaupun dia manja, dia ni kuat bersembang and pandai bergaul dengan orang tua. Tapi malang ar sebab selalu jadi bahan buli adik-beradik aku yang lain sebab gap umur kitorang dengan dia sangat jauh.


Disebabkan dia kecik lagi, aku nampak hobi dia main game. Kalau tak game kat pc, main game kat Facebook and PS2. Camtu jela. And disebabkan dalam adik-beradik aku takde sorang pun yang berminat nak masuk bidang science, so kitorang tengah bentuk dia untuk jadi sorang doktor. Memang daripada kecik kitorang suruh dia jadi doktor. Tapi apa-apa pun bila besar nanti terpulang lah dekat dia nak jadi apa. Sebab sekarang aku nampak minat dia terarah untuk jadi photo editor je. Ni artwork dia..



LOL. Just kidding. Hikhikhik!



Ok aku ade quiz hari ni. Muka siapa paling dekat dengan aku? 
Siapa berjaya jawab, dapat hadiah tiket flight ke US kalau korang ade dapat tawaran scholarship laa.. Lolzzzz...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alone, But A Memorable Birthday

Birthday ialah penanda aras bahawa kau ni dihargai atau tidak. Well, hidup aku too awesome, aku tak pernah experience surprise party yang kawan-kawan buat, kena baling tepung, telur, or kena prank masa birthday aku. Aku tak pernah ada celebration grand-grand, and aku tak pernah imagine nak ada birthday macam sweet 16 or legal 21, aku just bersyukur dengan apa yang ada. I know my life seems dull, but itulah hakikatnya. Pathetic right?


No one cares to celebrate my birthday except for my family. So every year, I would celebrate my birthday with my family dekat rumah. My dad/mom would buy me a cake, then adik beradik aku semua akan duduk dekat meja makan mengelilingi cake tu and pose for the camera. Gambar-gambar ni macam koleksi every year laa how much we have changed in our lives. Tradisi ni daripada aku kecik sampai lah sekarang tak pernah berubah. Pernah 3x je dalam hidup aku family aku throw a party. Sekali masa 6 tahun dekat tadika, second masa10 tahun, and third time masa 17 tahun. Selainnya, kita celebrate macam biasa lah.


Makan kek tapi gigi takde. Hihikk..
Ni masa surprise birthday party dekat tadika masa umur 6 tahun. (1997)
"Teacher Gita, now Farah dah jadi orang berguna! Hehehhe.. "
She was my favorite teacher...


Ohh, budak lelaki yang hensem yang pakai baju uniform, berdiri sebelah teacher ialah my first crush. I kinda forgot his name, but I guess it's Azlan. Sebelah Azlan yang pakai baju putih yang muka penuh tekun tengok kek aku ialah Eddy. Dia ni Indonesian and dia suka aku masa ni like hell! Parents dia selalu kata nak kahwinkan aku dengan dia. A BIG NO OK? Hahahaah! Zaman kanak-kanak..


Ok part ni muka ngeri sebab tak pandai lagi nak pakai pencuci muka. So agak oily.
Reason kenapa mata lebam, masa ni baru lepas menangis handphone kesayangan hilang dekat Midvalley.
U know what a hp worth during this time. Ni masa form 3, baru lepas PMR. (2006)


Kalau diperhatikan kesemua muka-muka hitam-hitam belaka.
Yela, semua muka jalan kaki balik sekolah masa tengahari and bajet mat salleh suka berjemur luar rumah.
Ni masa form 4. (2007)


Ohh motif sangat pakai baju Hujan. Masa ni aku fanatik gila Hujan, even gambar ni ambik masa aku baru lepas attend gig Hujan kat KL. Heeee :D
Ni masa first year dekat kolej, birthday yang ke-18. (2009)


Masa ni muka da cerah sikit dah. Hihikk..
Ni birthday last year, yang ke-19. (2010)
Ni sebelum bertolak ke kolej, so agak pagi lagi. The reason why semua muka tak mandi.


Celebrating birthday with my family is always the best. I tried to find photos of my birthday tapi ni jela yang jumpa. Yang lain tak tau la dekat mana. Well, tadi tu semua macam flashback la. Now I'm 20.. Expectation for this birthday tak tinggi, tapi semua crushed. I was sad. I should feel sad walaupun dah tua macam mana pun aku, aku tetap nak orang ingat birthday aku. Hahaha. After kecewa, the only one thing left yang boleh buat aku happy balik ialah kalau aku celebrate my birthday with my fiance. Well, the reason behind it ialah kitorang dah 5 years together, tapi kitorang tak pernah celebrate my birthday together. Tak pernah ok. Haha! So this is the only opportunity.


He was so kind, dia lah tukang nyanyi lagu happy birthday untuk aku for the first time in his life, and aku pun potong kek after that. Just a small thing like this, aku rasa macam happy yang teramat sangat. At least aku tak lah pathetic gila potong kek sorang-sorang. Dah lah kek beli sendiri kat Walmart, first time birthday cake aku takde candles and tulis 'happy birthday' or ada nama aku, but I'm fine with that. Imagine kalau aku nyanyi lagu birthday sorang-sorang and potong kek sorang-sorang, without anyone snapping a picture of me smiling, what would I feel? Duduk kat oversea pun forever alone.. Yeah, no one cares about me. Thank God my family and fiance are always there. Good thing about this birthday, aku rekod kesemuanya dalam video, so that one day we would sit together and watch zaman muda-muda dulu kitorang sweet macam mana. Ohh scratch that last part. Haha!


Happy birthday to me...


Perasan tak ni kek ape? Ni kek for Christmas. Sedih kan birthday cake dah sold out?
But apa-apa pun beli jela. Dah ni je flavor yang sedap tinggal.


Ni masa aku celebrate birthday. Skype sambil buat assignment, coffee, bantal, blanket and birthday cake.
It was -1c during this time. 


Ever since aku masuk university, aku akan belikan hadiah untuk diri sendiri on my birthday. So, this year aku jalan-jalan kat Tj Maxx. What I got for myself? Oh aku tak belanja banyak sebab nak save duit beli flight ticket nak balik Malaysia and nak pegi NYC trip lagi dua minggu, so aku hanya beli...



  • A trench coat warna merah terang. Uww sexayy nyah!
  • Dompet Steve Madden
  • A pink lipstick

This is my first pink lipstick. Ni first in pink sebab before ni aku sangat gilakan lipstick merah.
Red lipstick defines me and we were made for each other.
But it's time for me to change to something that is fresher than before. I want a new look.
So, that's why the pink lipstick is on my hand.
Sweet je color dia. Next time nak beli banyak-banyak la!



Next is a wallet. Dah dua tahun aku pakai wallet yang sama, so it's time to change to a new one. So, setelah berbulan-bulan mencari dompet yang sesuai dengan lifestyle aku, akhirnya dompet ni yang paling fit dengan semua criteria yang aku nak. Besar, nampak glamor, banyak pocket, and detail dia sangat cantik. Disebabkan warna dalam dompet ni sangat menyerlah -gold and pink- so aku pun tertarik and terus beli.


So that's all for my 20th birthday. Walaupun sedih, tapi bila first time celebrate dengan Afir, it's definitely a memorable one. Walaupun sangat simple and and macam takde pape, tapi a small thing like this yang aku takkan lupakan. Tapi tak sempat nak celebrate dengan family sebab aku hanya online tengah-tengah malam, masa office hour kat Malaysia, so tak sempat call. By the time diorang free masa waktu malam, aku dekat US tidur terbungkang sampai tengahari. 12pm dekat US sama dengan 1am dekat Malaysia. takde maknanya parents aku nak berjaga tengah-tengah malam buta. So, tak sempat call lagi. Weekend ni aku call la. And untuk sesiapa yang wish aku dekat Facebook and sms, thank you so much. Aku tak sempat lagi nak reply all each one of you, but I will masa free nanti. Yang pastinya aku akan reply jugak semua orang ok. 


So, that's the end of my teenage life. Tahun-tahun yang penuh dengan pengalaman baru, mencabar, cinta, benci, girl fight, kawan-kawan, tahun mengenal apa itu freedom, date, teknologi, power, alam remaja, buat jahat, reject cinta orang, make up, fashion, music, gig, arts, university life, junk food, entertainment, travel, drive kereta, study oversea, bayar bil api and rumah, handphone.. There are so many things I did that I will cherish forever in my life. Tak pernah sekali pun aku menyesal dengan setiap decision yang aku buat sepanjang hidup aku coz semuanya ada hikmah yang aku akan ingat sampai bila-bila. 


And thanks to my family, good friends and Afir yang jadikan hidup aku sangat bermakna. And to all of my readers, termasuk silent readers yang buat aku bersemangat untuk tulis blog ni selama 2 tahun, thank you for reading and for all of your comments and support. 


Duduk sendirian dekat luar negara is indeed hard. Tapi dah banyak mengajar aku erti hidup and jadi lebih kuat, walaupun tu bermakna aku perlu sambut birthday sorang-sorang. Haha! I miss everyone in Malaysia..


Thanks Afir for making me happy on a very sad day...


T_T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS