Spring Snow
Lagu di Kala Ribut
Hurricane Sandy dah seminggu berlalu, tapi still ada satu kenangan yang aku memang tak boleh lupakan. Iaitu moment beberapa jam sebelum hurricane tu berlaku.
Disebabkan ini hurricane pertama yang aku hadapi, aku memang agak takut and taktahu apa nak expect. So, I did my research and start baca macam-macam report and tengok balik hurricane yang lepas-lepas macam hurricane Katrina and Irene.
But somehow it's not a good idea.. I got so scared macam nak menghadapi mati. Aku dah start imagine rumah aku kena hempap pokok sebab belakang rumah and depan rumah ade pokok besar, aku risau rumah ni kena tiup angin sampai runtuh, aku takut wayar elektrik terputus, macam-macam lah aku takut. Sambil tu merangka apa survival plan dalam kepala. Plan dekat mana nak lari kalau rumah runtuh, kalau cermin tingkap pecah ape kena buat, kalau banjir apa nak buat. Something like that lah. Siap prepare barang sebelah katil dengan passport in case anything happened, barang tu lah yang diangkut keluar dulu.
But then aku still takut jugak. Dalam kepala aku fikir, kalau tu merupakan last day aku jumpa family aku, Afir and kawan-kawan macam mana? If anything jadi kat aku macam mana? Then aku bangun and tengok tingkap. Angin serious kuat gila. Memang aku tak berani nak keluar langsung. Sambil tu aku BBM dengan Afir. Dia risaukan aku jugak, so aku suruh dia tenangkan aku.. So we decided to skype.
Bukak je video skype, aku macam tak cakap pape terus nangis. Nangis sebab takut yang amat. No, bukan nak gedik. Tapi memang time tu aku takut sangat-sangat. So Afir pulak main gitar and nyanyi untuk aku so that aku jadi relax and chill sket. Dua jam aku nangis ok. Kalau nangis lama camtu maknanya memang real-real lah tu.
But then time dia main gitar, dia dapat idea untuk buat satu lagu. So, time tu jugak dia bawak keluar pensel and kertas untuk tulis lirik.. Then main gitar untuk cari bunyi. Aku rasa agak sejam dia main gitar ulang lagu tu. Yang lawak sambil dia main gitar, airmata aku still tak stop lagi. (-.-") Bila dia dah siap lagu tu, dia pun rekod. Aku rasa dia rekod lama gila sampai aku dah tertido mimpi dah macam-macam pun still tak siap lagi.
Bila dah siap, dia send lagu tu kat aku. Sedap pulak. Bila dengar taktau nak happy ke nak sedih. Tapi rasa seronok sebab dapat lagu baru! Haha.. Walaupun dah banyak lagu dia tulis untuk aku, aku rasa ni special sikit sebab lagu ni dicipta untuk tenangkan aku yang tengah takut. So inilah lagunya...
Pengalaman Mengharungi Taufan Sandy
As some of you might know, hurricane Sandy baru-baru ni dah melanda US east coast and agak teruk jugak. So, memang dijangka kena tempat aku, which is dah habis dah pun, and alhamdullilah, im still alive or else there wont be no one updating this post. Lolz.
State College, Pennsylvania is very fortunate sebab hurricane ni tak mengakibatkan malapetaka kepada penduduk kat sini. There are some minor destruction and flood, but seriously, everything is fine down here. Paling-paling pun just angin kuat, 65mp/h which is agak kuat gak and hujan. Lepas hurricane dah habis, aku keluar rumah and tengok ada tong sampah kosong dalam swimming pool, ada dahan kayu tua yang patah and paling teruk pun ada pokok yang dah senget. Macam nak jatuh tapi tak jatuh, so ok je kot. At least tak timpa kereta, rumah or manusia.
Ok, since this is my first experience menghadapi natural disaster like this and been a part in some kind of history, I would like to share my experience to all of you, especially to my friends and family who were worried so much about my safety when the hurricane hits my city.
Aku dapat tahu pasal hurricane ni masa hari Jumaat, masa tengah shopping. Masa tu terdengar announcement dekat local radio. Time tu ingat macam biasa-biasa je. Well, dah banyak weather alert aku pernah dapat since duduk kat sini, but nothing ever happened. Hurricane dijangka untuk melanda kat tempat aku hari Selasa, 30 Oct 2012.
Masa hari Ahad, rumah aku hosted a raya celebration. Kitorang just buat makan kecil-kecilan, berpakat antara 3 buah rumah untuk gather ramai-ramai and makan-makan. Lepas tamat makan-makan, masing-masing online guna laptop. Time tu baru aku dapat banyak info pasal hurricane ni. Asalnya ingat macam takde pape sebab takde siapa kesah kot. Sampailah keluar gambar university post dekat FB yang dekat Walmart and kedai yang sewaktu dengannya semua kehabisan roti, mineral water and torchlight sebab orang dah mula buat preparation untuk menghadapi hurricane ni. Dijangka akan ada banjir kena kat tempat aku and bekalan elektrik and air terputus. So memang patut kena risau pasal stok makanan in case naik banjir jadi.
Walaupun hari Isnin esoknya aku ada exam, tapi aku pujuk housemate untuk keluar pergi kedai and cari barang-barang penting malam tu jugak so that we wouldn't missed out if anything out of stock. Mana lah tahu something terrible happened kat rumah kitorang nanti. So, kitorang pun cari barang-barang sampai ke 3 kedai sebab memang betul barang yang penting semua dah out of stock. Boleh refer pada post sebelum ni macam mana keadaan malam tu.
Keseokan harinya, iaitu hari Isnin, aku memang tak tidur the whole night sebab nak study untuk exam. Sepanjang stay up tu, aku banyak baca pasal hurricane ni. And time tu jugak satu-satu notice keluar yang banyak university kat affected area ditutup. Pennstate pulak awal-awal cakap takde cuti-cuti. WAJIB datang kelas. University dibuka seperti biasa. Padahal semua kolej lain ditutup kot. Aku start cuak lepas tengok image ni.
Preparation for the Coming Hurricane
Kesan Winter Terhadap Tubuh Badan Saya
Hi everyone. Ok aku malas nak mukadimah panjang, esok ade paper lagi satu untuk final exam, maka mari kite ke topik utama.
Memandangkan sekarang dah masuk musim winter, ok hello, tak sedar sekarang dah pertengahan bulan Disember dah pun, maka ade beberapa perkara yang terjadi kepada badan aku dari sudut biologi. Ni apa yang aku experience, aku belum tanya lagi penduduk local atau pun kawan-kawan aku sama ada ini normal ke tak, tapi dulu sebelum aku datang US memang aku dah sedia maklum pasal hal ni.
Aku taktau la orang lain, tapi aku perasan badan aku dehydrated sangat-sangat. Antara symptom-symptom yang dialami ialah
- Satu badan kulit kering macam scaling and flaky. Satu badan ok.
- Kulit muka pun flaky. Benci tau. Bile pakai foundation, ketara sangat nampak.
- Flaky skin around nose.
- Ketara sangat garis-garis halus pada tangan. Nampak macam orang tua sangat.
- Part knuckle (buku jari?) macam kemerah-merahan and rasa kasar. Bile tengok dekat-dekat, dia ade byk luka kecik-kecik macam calar pada garis halus tu.
- Walaupun aku disiplin pakai pelembab bibir sebelum tido and lepas tido, tapi bila dah agak lama sikit, bibir akan kering and luka walaupun aku tak usik langsung.
- Rambut rasa kering and everytime belai rambut dia akan ade elektro statik, maka sometimes boleh buat rambut kasar.
- Sampai kelopak mata pun menggelupas memang melampau lah!
- Hidung berdarah... Sepanjang masa.
Aku tahu banyak faktor daripada sudut environment yang buat keadaan jadi macam ni. Antaranya ialah sebab cuaca terlalu sejuk and kering dekat luar, penggunaan heater dalam bangunan or rumah, and mandi dengan air panas.
And dari sudut diri sendiri ialah kurang minum air and tak pakai pelembab badan.
Aku ada baca artikel kat dalam website ini. Dia cakap dari sudut biologi, benda ni terjadi sebab minyak semulajadi dalam kulit mulai kering, maka tubuh pun kehilangan lembapan semulajadi (air dan minyak). Then, kulit pun jadi kering and menggelupas. Haaa skema sangat jawapan aku.
Aku dah la malas gila kot nak pakai krim pelembab and nak minum air banyak-banyak segala. Penat tau gentel muka nak dengan kain nak hilangkan kulit menggelupas tu. So, satu je cara untuk selesaikan masalah ni...
KITA BALIK MALAYSIA!!!!! Wooohooo!

























