Besties

<3
Fairuz
Farah

Syok hang out with my  bestie.
Photos, cake, chocolates and scooter.
Happy new year, babe!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

What's Inside My Bag

Masa kecik-kecik dulu, aku pelik tengok perempuan jinjit beg.
Pelik tengok mak aku, pelik tengok makcik kat pasar.
Ntah ape benda yang diorang isi dalam beg ntah.
Kenapa laki tak payah bawak handbag pun?
Hidup je..

Masa zaman sekolah dulu aku rasa akulah orang paling cool.
Ke mana-mana je yang aku pergi, tak payah bawak hanbag pun xpe.
Lagi hebat, semua sumbat dalam poket.
Tak cool lah pegang handbag..
Kalau kena ragut padan muka!

Bila aku dah habis sekolah baru aku tau jawapannya.
Banyak benda rupanya kena bawak merata-rata..
Masa part time keje, aku beli handbag pertama aku.
Time tu dalam beg tu aku simpan sweater, kertas-kertas conteng and duit.
Time tu mana ada istilah dompet lagi bagi aku..
Aihhh peliknyaa.. Dah la tak minat handbag,
Dompet pun tak suka pakai.

Sekarang, aku akui yang aku ialah pengumpul handbag.
Selain kasut and baju, aku paling suka kumpul and beli handbag.
Seronok tengok semua koleksi yang ada.. Hihi!
Separuh handbag ada kat apartmen Subang,
lagi separuh ada kat rumah..

So, kali ni aku nak share apa benda sebenarnya barang
wajib yang ada dalam beg aku.
So, let's check it out!

1. Ok, first of all mesti lah kena tunjuk beg nya kan?
Beg hijau Fossil tu ialah hadiah hari jadi yang mak Afir bagi kat aku..
Tu adalah satu dalam berpuluh-puluh koleksi beg yang ada :P

2. Sweets and chocolate.
Sangat berguna bila mulut rasa nak mengunyah or stress or
mengidam nak makan benda manis.. Hehe!

3. Shades
Aku suka kumpul shades jugak.
Memang setiap masa, paling kurang ada 2 shades yang
mesti ada dalam beg. Sebab selalu keluar dalam panas terik.

4. Dompet
Ok, sekarang sejak masuk kolej baru reti nak guna dompet.
Dompet ni memang akan dibawa kemana-mana walaupun
dia dah berat dengan macam2 isi yea kawan-kawan..

5. Pendrive
Memang perlu. Just in case kalau nak copy assignment,
nak print or nak mintak lagu or gambar baru dari kawan..

6. Hairband.
Ni item wajib mesti ada dalam beg sebab berguna bila rimas
dengan rambut time study.

7. Lipstick.
Aku tak gila makeup tapi takkan tinggal rumah tanpa secalit lipstick.
Semuanya sebab bibir pucat, so bila calit lipstick sket baru meletups!

8. Ear phone
Memang selalu dengar lagu.. So tak perlu explain dengan lebih lanjut.

9. Rantai dempak
Biasanya rantai ni digunakan untuk memberi life kepada baju
yang membosankan.. So dengan hanya pakai rantai, terus jadi better.
Tapi kalau taknak pakai, just simpan dalam beg je..


Hehe! so tu jela dia barang mesti ada dalam beg..
So, peace out!
Happy New Year everyone!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gold Coast

Seperti yang dijanjikan, aku upload jugak gambar-gambar sepanjang aku kat Gold Coast.. Gambar ada beribu-ribu tapi upload sikit je.. Hehe! So ni je la wat jamu mata. Kepada kawan-kawan aku yang ada FB aku, boleh la usha banyak-banyak.. :P


First Day

-Sea World


Second Day
-Movie World





Third Day
- Surfer's Paradise
- Dream World
- Harbour Town





Forth Day
- Balik Malaysia!





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jenis Hujan Yang Disukai


Oh hoh hoh hoh...
Kat sini aku nak cite pasal feveret band aku,
HUJAN!!!

Kalau nak tahu, aku sangat gilakan band ni..
Terutamanya vokalis dia, Noh.
Lead guitar die pun layan gak, si AG tu.
Perghh, kencang la weh dia main!

Kalau tanya kenapa aku suka band ni..
Actually start aku suka band Hujan ni time
aku form 4, tahun 2007.
Masa tu time tengah lepak dengan kawan baik aku, Hajar.
Dia bagi aku dengar lagu 'Meninggalkanku Sendiri'
demo punya.

Aku dengar cambest gila.
Suara si penyanyi tu macam radio rosak.
Style dowh!
Aku tanya member aku tu apa nama band tu...
Dia pun taktau.

Kat rumah, aku dengar satu lagu yang sedap abang aku pasang kat komputer.
Lagu 'Lonely Soldier Boy'.
Aku dengar suara sama je cam lagu yang Hajar pasang tu.
Baru tau yang nama band tu Hujan.
Time tu dorang tak femes lagi pun.
Memang underground habis.
Since that aku dengar semua lagu Hujan
and start syok kat Noh.

Masa November 2009,
Tu first time pegi gig diorang.
Itu pun sempena tour album 'Mencari Konklusi'.
Gila ramai la. Penuh KL Live Centre tu.
Then sesuatu yang memalukan jadi.

Disebabkan aku duduk depan, aku taknak tukar tempat.
View dari tempat aku berdiri terbaik dah.
Betul-betul depan and center.
Tapi badan aku cepat lemah.
Lepas 2jam layan concert, aku dah start lelah.
Tau-tau aku terpengsan plak kat situ.
Nasib baik kawan abang aku berjaya grab lengan aku cepat2
supaya tak jatuh tengah orang ramai tu.

Abang aku bawak aku kuar dari crowd, bagi aku minum air.
Lepas duduk-duduk jap, aku dah start fresh balik.
Tapi dah takut masuk dalam crowd.
Noh perasan yang aku pengsan, dia puji orang yang tolong aku.
And dia puji semangat aku, dia cakap kat microfon ok.
Aku dah kembang kempis time tu.
Bangga la noookkk!

Muka baru lepas pengsan


After that, ada wartawan interview aku, abang aku ngan kawan dia.
Mintak kitorang bagi review concert tu.
Aku yang jujur, bagi 4bintang jerrr..
Ngokngek betul.
Konsert tu kencang gila kottt!!
Then, tau-tau muka kitorang kuar kat Astro Box-office.
Hahahahahahah...

Ni buktinya..


Tahun ni plak, mak aku terlibat dalam
konsert Hujan vs. Bunkface.
Mak aku bendahari konsert tu.
So, masa press conference untuk promo,
aku ngan adik-beradik aku pun follow.
Perghh, time ni la aku bersembang jap ngan Noh.

Gila cool la dia sign beg aku.
Semangat tu singgah jap kedai depan beli marker untuk
dapatkan autograf dia pada beg aku.
Oh hoh hoh hoh..

Aku and adik-beradik aku dengan Noh.

Time ni ngah bermesraan dengan Noh.. Ohohohohh..

Ni haa yang dia sign tuuu..

Sekarang ni, album baru dia dah keluar.
Tajuk album: Lonely Soldier Boy.
Lagu yang terbaik bagi aku
-Bahgia
-Sentiasa Ada
-Kita Tak Peduli

Oh hoh hoh hohh..
Bagi aku lagu Hujan yang palig layan sekali,
lagu Mencari Konklusi, Empayarmu, Kotak Hati, Hampir,
2nd Airwave, Obsesi, Sangkar Besi di Hatiku.

Ikutkan semua lagu aku layan, susah gak nak pilih yang terbaik.
Memang cool la Hujan.
Suka gila kott!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hall of Shame

Ok, aku bosan.
Sebab tu aku wat mende alah mengarut ni.








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semangatku...

Bila orang tengok diri kau, diorang akan nilai..

Tak perlu kau kata apa-apa..
Tak perlu kau tunjukkan apa-apa..
Sebab tak semua orang berfikiran and beranggapan sama macam kau.

Macam kalau ko ingat kau cantik, tak semstinya orang lain fikir serupa.
Tapi tak semestinya semuanya ke arah negatif.
Kalau kau rasa kau pemalas, mungkin orang lain tak fikir macam tu.

Mungkin kau rajin, kau je yang tak ingat.
Kalau kau bodoh, tak semestinya kau tu bodoh.
Mungkin kau takde rezeki or keadaan yang tak tepat.

Senang cerita, berbalik lah kepada yang asalnya.
Redha dengan apa yang kau dah capai.
Ubah apa yang kurang.
Insya-Allah ko akan berjaya..

Aku bersyukur dengan adanya seseorang yang selalu sedarkan aku.
Yang bagitahu segala keburukan aku.
Jarang-jarang cerita pasal kebaikan aku.
Orang yang selalu buat aku geram.
Tapi tetap setia ada dengan aku
walaupun dia selalu kritik cara aku.

Pada awalnya aku tak suka cara tu.
Sebab aku dibesarkan dengan cara yang lembut and sopan.
Tapi lama-lama aku makin sukakan cara yang pushy macam tu.
Buat aku sedar dekat mana aku berdiri.
And banyak membantu aku berubah ke arah kebaikan.

The funny thing is, bila selalu sangat diberitahu yang aku ni lembab, menggelabah,
sengal, ntah pape, poyo, degil, and all that..
Agak bangga sebab di sebalik semua kritikan tu,
dia mengaku yang dia sangat kagum dengan semangat aku,
leadership, gaya, ketrampilan,usaha, and segala
yang mencorak diri and pencapaian aku.

Kekaguman dia melebihi segala-gala yang aku tahu.
Sangat jarang ada orang yang anggap macam tu.
Im glad that at least someone is adoring me.
Walaupun aku jarang dengar dia cerita pasal kekaguman dia,
but dia akan ceritakan pada ramai orang lain..
At least I knew for now
and will remember it forever..

Dia bukan hipokrit.
Aku sukakan tu.
Orang yang jujur itu adalah sebaik-baik orang..
Biarkan hari ni kau atau aku jatuh.
Esok lusa aku bangkit, kita akan kongsi kejayaan sama-sama.
Sebab semuanya berpunca dari kau..
Punca semangat aku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hoi Result Baik-baik la Sikit!

Ok, setelah 2 hari biarkan result berkemam dalam portal kolej tu,
akhirnya tadi aku memberanikan diri jugak untuk usha-usha.
Cuak nook, sape tak cuak!
Berdebar-debar jantung macam first love pulak dengan portal tu..
Akhirnya, Allah dah bagi aku kekuatan untuk beranikan diri jugak.

So, hasilnya subjek yang aku rasa screwed,
memang screwed tapi taklah seteruk yang ditarget.
Subjek yang aku bagi harapan cerah, taklah secerah mana..
Mendung kelabu jeee...
Pelik laaa...
Carry marks aku cantik-cantik je, kenapa gred tak lawa??
Seingat aku, final aku buat ok je..
Ciiisssss!!!
Masalah betul lahh..
Ni mesti lecturer tu ingat aku ponteng banyak and pendiam..

And Sociology memang dapat gred macam yang aku jangka..
Alhamdulillahh..
Boleh la aku major dalam bidang tu nanti..
Hehe!
Oklah, next sem boleh ambik Philosophy plak..

Oiii perempuan!
Next sem is the LAST one..
Jangan nak main-main, gatal-gatal sangat..
Let's make up subjek yang teruk-teruk tu!
Kita akan berjaya~

P/S: Ohh sayang.. Holiday lama sangat, shopping sakan sangat, kaki sengal sangat, bila nak siapkan application hahhh??? Berserabut la saya!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semut Gatal Bernafsu

Ape masalah ko semut?
Main nyorok-nyorok lak dalam coklat aku.
Aku tacink karang, tak terkejut lak ko nanti!
Mentang-mentang la dalam beg aku penuh dengan heaven..

Tak percaya?
Hambik ko!


Yang ni ko gatal nak..

Yang ni pun ko nak..

Clinkers aku pun ko nak..

Candy cane aku pun sama..

Sampai chewing gum aku pun ko nak gak?

Oh tak.. Semut mana boleh makan chewing gum.
Nanti sakit perut ko, bebal!

Aihhh tak kesah laa..
Ko dah bikin aku panas laaa camni..

*tacink*
-_-"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dah Kaya Sangat Ke Kak?

Asal nak pi holiday je, mesti associate dengan duit.
Well, kalau banyak duit dalam poket, seronok gila lah.
Even nak tempah Paris Hilton pun just a call away.

Masalahnya sekarang, bila tak banyak duit jangan la banyak cerita.
So, evethough aku dibekalkan dengan duit belanja yang mencukupi untuk
menjalankan aktiviti shopping dekat Aussie, aku ambik langkah bijak untuk
berjimat cermat.
Ye betul tu... Tak tipu punye.

Demi menjaga hasil dalam poket supaya tak mencurah-curah bagai di ladang gandum,
aku cuba sematkan azam untuk taknak bershopping masa kat Aussie.
Dengan confident nya aku cakap benda tu kat Afir.
Bapak baik kena menganjing, tapi takpe.
We'll see..

Cobaan pertama dalam flight from KL to Gold Coast.
Flight pukul 9.30 malam. Dah la sebelum tu tak lunch, tak dinner.
Tapi try gak taknak order makan dalam flight 9jam sebab dah set dalam kepala otak yang makanan dalam flight tu mahal.
Tapi alih-alih bila tak tahan sangat, aku nak makan jugak.
Tapi order Pringles je. Gila baik laa tahan lapar!

Then sampai kat kedai-kedai tengok barang banyak comel-comel.
Tapi sebab dah tekad taknak shopping, aku tak beli pape untuk diri aku.
Instead, aku banyak belanja beli barang-barang souvenir nak kasi family and kawan-kawan.
Cewahhh, sejak bila pandai utamakan orang lain ni??
Aihhhhh...

2 hari beturut-turut aku dapat tahan sabar.
Ntah dari mana kekuatan tu datang..
Masuk je hari ketiga, memang dalam plan nak pergi Harbour Town, tempat shopping.
Perghh, time ni lah boleh kalah.

Harbour Town


Cisss, dugaan pertama~ Cotton On.
Afir memang sedia paham yang kedai tu merupakan kedai feveret saya.
Bila masuk kedai tu je, mak oiii...
Tengah clearance sale.
So, mostly barang-barang dia jual around $2-$10 je.
Bapak murah!
Time aku tukar duit, duit AUD1 bersamaan dengan RM3.017.
So, apa lagi, borong selagi boleh.
Bukan sekali aku pergi, dua kali pulak tu masuk kedai sama.
Yang kali kedua sebab nak habiskan duit.
Dah la pekerja kedai tu nice gila, tu yang semangat tu.

Bayangkan jela, harga baju Cotton On kat Malaysia around RM45 boleh jadi AUD5 je kat sana..
Meleleh air liur..
Yang baju harga RM70 jadi AUD 10..
Yang tak boleh blah, ada satu tank dress tu corak animal print harga dia AUD2 jerrrr...
Bersamaan dengan RM6.40 laa..
Kat Malaysia jual baju tu RM65 kot..
Menangisss.....
T_T

Kasut-kasut pun sama.. Dia jual lelong AUD3 jerr?
Dekat Malaysia harga dia RM45 satu kot. Kalau beli dua, dapat la RM60.
Tapi kat sana berganda-ganda murahnya...

Kenapa lah dekat sana sangat heaven..
Dengan AUD70, aku berjaya dapat
11 baju
2 beg
3 kasut
1 sunglasses
1 selipar

Some of the things yang aku beli..


Tapi jangan percaya sangat apa yang aku cakap.
Harga camtu applies dekat kedai Cotton On dengan kedai yang seangkatan dengan dia je.
Banyak gak kedai-kedai lain yang harga dia mahal.
Well, kalau ikutkan harga AUD memang la bagi diorang murah.
Maksud aku, bila dah tukar ke ringgit, mahal la jugak.
Kiranya cam better lah shopping kat Malaysia.
Macam kedai Roxy, Quiksilver, Nike, Adidas semua tu harga bila convert ke RM, lebih kurang sama je macam harga kat Malaysia. Even Malaysia lagi murah.
So, ada baik and buruknya jugak laa..

Geleng kepala Afir tengok aku shopping.
Berapa banyak kali dia ungkit ape azam aku earlier..
Duhhh.. Benda bukan selalu dapat.
Bersabarlahh.. Hikhikhikhik..
Nasib baik dia tolong pegangkan beg-beg shopping semua..
Haha! Kurang beban sikit..

So, conclusionnya, memang puas hati betul la.
Just because kedai feveret saya ada sale yang menggilak.
Kalau tak, bosan je kot shopping.

Lagi satu, kat sana tak banyak makanan halal.
So, banyak ikat perut la, tahan air liur.
Tapi nasib baik kedai masakan Malaysia kat sana sedap.
Mahal pun, mahal laa..
Yang penting puas hati dapat nasi.
Ekekekekekekekkk....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hello Malaysia!

Apabila saya balik rumah saya semalam, tiba-tiba saya teringat.
Eh ehh, blog lama tak update.
Haha! So sad, saya ada banyak nak story tapi stok gambar tak sampai lagi.

Ok, story pasal Aussie takkan lupa punya.
After dapat pic, aku update kay,?


Btw, ni hanya gambar over excited dapat balik rumah
tapi bila termenung dalam kereta terindu plak Gold Coast.
Aku ingatkan aku takkan rindukan tempat tu.
Taknak emosi sangat, tapi harus aku akui tempat tu memang best gile.
Sampai hati aku terdetik, kalau aku dah kahwin, aku nak besarkan anak aku kat sana.
Hah?Ape aku melalut ni..??
But it's TRUE.

I miss Gold Coast

and him too..


Dreamworld Theme Park


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bye Bye Malaysia..

Mak aihhh.. Asal aku pemalas sangat ni?
Lagi 2jam nak gerak ke airport tapi still tak start packing lagi.
Bilik dah semak dengan segala macam baju dah..
Adoyai...

Owh ya.. For ur info, actually hari ni aku nak pegi melancong.
Pegi Australiaaa!!
Hahahaahah...
The best part is aku pegi dengan Afir sekali.
Tu yang best tuuu..

Pewwittt!
Ehehehehehhh..
*gelak gedik*

Kitorang nak ke Gold Coast.
Berapa hari ntah..
4-5 hari kot.
So maybe aku tak online dalam tempoh tu sebab malas nak bawak lappy.
Ok, tu saje nak update hari ni.
Bye bye!

Australiaaa.. Here I come!!
*berlagak seperti Superman*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

So Long...



New background.
New mood.
Saje je tukar background baru.
Fresh sikit.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Retro




Makeup by Fairuz

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Rembat Pelajar Cemerlang


Siapa yang taknak jadi pandai?
Aku ada tips macam mana nak dapatkan result yang consistent cam haremmm.
Macam aku.
Kepada yang sedia hebat, sila elakkan daripada baca post ni.
Hari ni aku nak share tips-tips belajar cara aku.
*Jangan expect cara ni cam Amalina 17A tu*
Duhhhh...

1. Ok, cara pertama untuk dapatkan result cam aku ialah cuba jangan baca buku awal-awal.
Bila lecturer/cikgu kata baca buku, ignore je depa tu. Bukan kata jangan baca buku langsung. Maksud aku, kita baca bila dekat nak test atau exam je. Kalau nak menyedapkan hati, selak-selak jela page by page. Usha gambar pun seronok gak.

2. Cara kedua ialah walaupun tak baca buku, cubalah fokus je apa yang cikgu cakap. Sekali-sekala bukak lah mulut dalam kelas. Keluarkan lah pendapat sikit. Kalau takde pendapat pun, just kata "Good Morning Miss" pun dah cukup dah.. Dengan cara ni, paling-paling koman, mesti lecturer tu akan ingat nama korang. (Nanti senang dapat markah participation lebih)

3. Seterusnya, dapatkan past sem question dari kawan-kawan yang rajin lagi bijak pandai. Hal ini demikian kerana dengan adanya paper-paper tu, korang boleh either meniru assignment/report diorang, atau dapat soalan yang bakal dikitar semula oleh lecturer tu dalam test yang akan datang. Serious berkesan! Paling tak pun, dapatkan nota lah. Senang nanti korang nak ponteng kelas tanpa rasa bersalah. Semua sebab nota dah tersedia ada dalam bilik tanpa perlu attend kelas.

4. Tapi tak bermakna boleh ponteng suka-suki je. Tak bolehh.. Takut nanti kalau selalu ponteng, confirm kena target baik punya from lecturer. Better jangan. Bila once dah kena target, ada certain lecturer sangat BIAS dalam pemberian markah. Gerammm... Ingat, jangan sampai anda ditarget lecturer garang.

5. Aku sarankan, kalau nak ponteng biarlah reason tu berasas. Macam kot kalau ada test subjek lain dalam hari tu, boleh la skip kelas lain kalau rasa-rasa nak masa study lebih. Hidup student ni, kena ar berkorban sikit.. hik hik hik.. Untung-untung boleh pulun lebih sikit untuk test tu.

6. Ni, nasihat emas ar. Memang aku praktikkan setiap kali ada test yang kencang. Selalunya terjadi time-time final exam. JANGAN TIDUR A NIGHT BEFORE HARI YANG ADA PAPER. Reason kenapa? Ok, merujuk kepada point nombor 1, kan dah mention yang kita takyah study. So, time last minute ni lah kena cekau habis. Serious cakap, habis-habisan punya. Takde toleransi. Btw, make sure stok Nescafe mencukupi.

7. Masa yang terbaik untuk study bagi aku ialah around pukul 2am-6am. Sebabnya time ni lah semua housemate akan tidoq, so takde gangguan bunyi tv atau hilaian ketawa yang annoying. Time ni bagus sebab bila penat balik kolej, takyah study. Tidur dulu. Pas tidur, bila dah fresh sume, baru study. Sejuk-sejuk je.. Ishk!

8. Jangan cari budak yang gila glamer untuk bekerjasama dalam group project. Ye lah, dah nama gila glamer tu, gila glamer lah jugak. Kerja macam haram.

9. Library bukanlah tempat study. Library ialah tempat perjumpaan kawan-kawan diadakan. Bukan maksudnya aku disrespect library. Cuma aku takde mood dok study dalam library. Pengalaman jadi Pengawas Pusat Sumber selama 7tahun dah cukup untuk wat aku muntah-muntah kalau study dalam library. Tempat yang selalu dituju untuk study: Surau.

10. Tips ni paling berkesan sekali. Walaupun berkesan, aku susah sangat nak praktikkan. Jangan mengumpat cikgu-cikgu yang mengajar kita. Takut sangat ilmu tak berkat atau cilaka datang. Ishkkk susah betul lah nak follow rule ni. Aihhh berat~

Anyways, sekarang dah masuk cuti sem dah pun. Aku pun taktau mengapa aku melalut macam ni.. Hurmmm..... *tengah pikir*

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2.20am Last 6 Hours With STAT230



Sunda sayang saya.
Saya sayang Sunda.

May this be the last post about him.
So long, Sunda Woonda..

Tolong jangan bias.
bagi markah lebih-lebih.

Aminnnnn...

Love love love!

OMG
Finally, it's gonna be over.
Pleasee cepat sikit...
Penat dah!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Dajalkan Birthday Saya :D


Yeaa, i know it's a bit too late kan nak update pasal birthday yang dah lepas minggu lepas?
Btw, kesibukan memang menyibukkan je tak abes-abes.
That's why hari ni baru dapat breathe easily..

Hari Selasa minggu lepas bersamaan dengan 30hb Nov,
genaplah usia aku 19 tahun.
Terima kasih untuk semua yang sudi me'wish'
Happy Birthday untuk aku.
I know it's a busy week kat Taylor's
sebab semua pun sibuk last minute nak siapkan segala project,
presentation, test, report and assignment.

So, tak ramai yang sempat bukak FB.
So tak ramai yang tahu tu hari birthday aku.
Heheheh!

Kitorang gi Sunway after class..

Ni muka aku umur 19tahun.

Nasib baik ada dia ni.. Kalau tak aku sedih kot!

And Anzari jugak sebab follow and drive sekali..

Then aku wat benda yang memalukan di mana kedai
ni tak benarkan customer ambik gambar sesuka hati dalam kedai.
Ngok!
(mana Anis? Dia pun pakai telinga pathetic tu jugak. Nyorok belakang aku)
Aihhh.. Sengal...

Then kitorang singgah kedai CD.
Misi mencari album HUJAN terbaru...

Yee... Itu dia!
Lonely Soldier Boy aku..
Tapi malangnya duit dah abes shopping time ni...
So tak beli pun...
T_T

Then balik... Kejap je pegi jalan..
Kata pun rumah dekat..

Menatang kaler hijau tu Anis bagi sempena birthday aku.
Kitorang bagi nama dia Froggeyhh!

Froggeyhh= Furbeyhhh

Yang teddy bear tu Afir bagi dah lama dah..
Aku taktahu nak bagi nama ape sampai skang.
Aku panggil bear-bear je..
Huhu!

Dan mereka tak ambik masa lama untuk menggatal..

Ok, tu je apa yang terjadi masa birthday aku..
Part paling best malamnya laaa..
Tapi malas nak story kat sini..
Lalalalalala...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS