Taylor's Memang Terbaik..


Semalam, 29 Sep 2010, Taylor's University College telah di updrade menjadi Taylor's University! Haha! Dah dapat title university, tercapailah misi diorang.. Daripada first day aku masuk kolej lagi diorang duk sebut-sebut pasal impian Taylor's untuk jadi sebuah universiti swasta di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, bukalah link ni from Bernama. (LINK)

For those yang taktau, Taylor's University ialah private college tertua di Malaysia(Founded in 1969). Tahun lepas(2009), Taylor's dah berjaya capai standard pusat pengajian tinggi yang dapat status 'Excellent' atau Tier 5 setanding dengan universiti-universiti terkemuka Malaysia macam Universiti Malaya, and Universiti Teknologi Petronas(UTP). UiTM Shah Alam and UniKL pun fall kat kategori ni jugak. Bukan calang-calang university boleh dapat title tu. Kalau ada sesapa yang university dia takde dalam list di bawah ni, sila cari di sini.


Tier 5 (Excellent)
2Curtin University of Technology Sarawak Campus
1International Islamic University Malaysia
2International Medical University
2Management and Science University
2Monash University Sunway Campus
2Sunway University College
2Swinburne University of Technology Sarawak Campus
2Taylor’s University College
2The University of Nottingham Malaysia Campus
1Universiti Kebangsaan Malaysia
2Universiti Kuala Lumpur
1Universiti Malaya
2Universiti Multimedia
1Universiti Putra Malaysia
1Universiti Sains Malaysia
1Universiti Teknologi Malaysia
1Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam
2Universiti Teknologi Petronas

Sungguh! Aku berbangga jadi Taylorian atau spesifik lagi, ADPian... Hahahahahh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Birthday Sedih

Aku dah cek calendar ADP untuk sem ni. Calendar tu sangat penting untuk aku plan aktiviti-aktiviti aku.

Sekali tengok, birthday aku jatuh pada minggu final exam aku. Macam harammm... Fyi, birthday aku tak pernah jatuh pada hari sekolah or di kolej sebab by the time hari birthday aku, confirm tengah cuti akhir tahun.

So, bila sem ni dia extend, birthday aku pulak yang jadi mangsa. Sedih ok.. Aku dah plan macam-macam dah untuk birthday aku since ni merupakan last time celebrate dengan kawan-kawan n family.

Dah la tengah final pulak tu! Sengal.. Even last year pun semester aku habis beberapa hari sebelum birthday aku, eventhough takdela seronok pun.

Haihhh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Ngorat Aku Boleh?

Pada petang yang indah dan sejuk dan hujan rintik-rintik, aku pun nak la turun makan. Anis, kekasih hati aku tu dah tunggu dekat kedai makan awal-awal dah. Cuma tinggal aku je yang menggelabah nak turun sebab tak suka turun lambat walaupun seminit daripada yang dijanjikan.


Masa nak ke lif tu, dari jauh aku nampak kelibat pak itam yang duk kat unit nun hujung sana tu. Aihhh.. Berat betul! Aku benci dia. Ni kali kedua aku berdua-duaan dengan dia masa tunggu lif sebab dia tinggal sama level dengan aku.

Aku buat-buat la ignore dia. Ingatkan dah selamat, sekali dia tegur aku. "Hi!" Aku pandang tepi. "Hi!" Dia tegur lagi... HISHHHH!! Aku dah agak confirm die tegur aku punya. So, aku pun pandang la dia and angguk je. Diingatkan, dia laki Negro ok, tak pulak ko cuak kalau berdua je macam tu..

Aku ingat lagi betapa gatalnya laki tu sebelum ni. Ni bukan kali pertama dia buat macam tu. Kali pertama time pukul 7am masa nak turun lif nak ke kolej. Dia tegur aku. Aku nak ignore je, tapi kalau dah sampai dia tegur banyak-banyak kali aku tak balas balik, tak best pulak kan.. So sebab nak jaga hati dia, aku just angguk jela, senyum kelat terpaksa. Dalam lif tu agak penuh, tapi somehow dia tenung je aku lama-lama dalam lif. Tenung.... Lama kot, pandangan dia macam nak makan aku. Babeee betul!

Kali ni, lif tu yang terbukak kosong. Langsung takde orang. Aku rasa dia malu kot masa dia tegur aku tapi aku buat tak layan, so nak cover malu dia, die pun call kawan dia. Haha! Dia pun manusia yang mempunyai perasaan malu! Aku pulak, bila tengok lif tu kosong, taknak la aku naik! Bahaya kot kalau berdua je macam tu. Dah la dengan Negro gatal. So aku biarkan je lif tu berlalu. Dia pulak, disebabkan leka on phone, dia pun tak sempat naik. Hiee,, bengong tul! So, langkah terakhir, turun tangga cepat-cepat!

Dan sesuatu terjadi masa aku dekat kedai makan. Kena serang dengan kelkatu yang tengah berhijrah.. Jeng jeng jeng.... Cerita habis.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

100 Things About Me.

Iman suruh aku buat. So, aku pun buat. Penat buat, penat lagi korang membacanya.

100 TRUTHS ABOUT ME
LAST
1. Last beverage:
air kosong masa tunggu bas tadi.
2. Last phone call: anis zee. Call tanya dia dekat mana.
3. Last text message: Mesej goodnite dari Afir
4. Last song you listened to: Romantik- Hujan. Dengar sambil baring-baring.
5. Last time you cried: Isnin minggu lepas. Tension dengan lecturer.
HAVE YOU EVER
6. Dated someone twice: Date dengan bf tak terkira ada la..
7. Been cheated on: Tak pernah lagi.. Hehe!
8. Kissed someone and regretted it: Menyesal?
9. Lost someone special: Pernah tapi dia datang balik.
10. Been depressed: Bila presentation postpone sampai 5x. Memang wat aku mengamuk!
11. Been drunk and threw up: Never.

LIST THREE FAVORITE COLOURS
12. blue
13. red
14. pink
THIS YEAR HAVE YOU (2010)
15. Made a new friend: haha! Ade je..
16. Fallen out of love: takkk...
17. Laughed until you cried: Tak :(
18. Met someone who changed you: Ramai yang mengubah aku ke arah kebaikan tahun ni.
19. Found out who your true friends were: Hehe! Sekarang dah ada bff di Taylor's
20. Found out someone was talking about you: Ohh, dengar pasal ada budak jatuh crush dekat aku lepas aku perform masa WNC Day. Heee...
21. Kissed anyone on your friend's list: Dah mencuba banyak kali. Masih tak berjaya. (Perempuan ok!) Ahahahaahhh..
22. How many people on your friends list do you know in real life: Aku tak kawan dengan orang yang aku tak kenal.
23. How many kids do you want to have: Lebih kurang 3 or 4.

24. Do you have any pets: Kura-kura aku and Laila. Si Gemuk n Si Comel.
25. Do you want to change your name : Dulu pernah nak tukar, sekarang aku sukakan nama aku sangat2!
26. What did you do for your last birthday: Membebel dekat bf aku.
27. What time did you wake up today: 6.10am. Ada kelas pukul 8am.
28. What were you doing at midnight last night: Isi borang TOEFL and tidoq.
29. Name something you cannot wait for: Dapat degree. Penat dah belajar ni...
30. Last time you saw your mother: Ahad lepas. Sebelum dia fly ke Aussie.
31. What is one thing you wish you could change about your life: Sikap pemalas nak mampos.
32. What are you listening to right now: bunyi tv cite ape ntah si Laila ni pasang.
33. Have you ever talked to a person named Tom: Tom ialah nama yang sangat rare. Tak pernah.
34. What's getting on your nerves right now: TOEFL test.

35. Most visited webpage: Facebook, Blogger, Gmail, Yahoo, Youtube.
36. Whats your real name: Farah Bahiyah Bt Abdul Harris

37. Nicknames: Furby, Furby Woorby, Farah B, Farah.
38. Relationship Status: In love dengan Afir, bf aku.
39. Zodiac sign: Sagittarius.
40. Male or female: perempuan
41. Elementary: SK Selayang Baru 2, SK Bandar Tasik Puteri.
42. Middle School: SMK Bandar Tasik Puteri.
43.
High school/college: Taylor's University College, American Degree Program.
44. Hair colour: Coklat kejap cerah, kejap gelap.
45. Long or short: Medium. Tapi nak sampai panjang2 lagi.
46. Height: 164cm. And proud of it.
47. Do you have a crush on someone : Nak buat ape?
48: What do you like about yourself: Independant, matang, sangat menghormati orang, confident, mata sepet, ada taste yang boleh tahan, tak kuat makan.
49. Piercings: Ada satu dekat kedua belah telinga.
50. Tattoos: Tatoo ialah seni terburuk bagi aku. Tak suka.
51. Righty or lefty: Righty.

FIRSTS
52. First surgery: Belum lagi.
53. First piercing: Masa umur lima tahun. Piercing tu pun ape, aku pun taktau lagi time tu.
54. First best friend : Nora masa darjah 2, tapi alih2 gaduh besar sampai laa ni tak berjumpa.
55. First sport you joined: Basketball. Masa darjah 3.
56. First vacation: Ayah bawak mengelilingi US masa umur 1 tahun lebih. Haha!
57. First pair of trainers: Masa form 2 kot.

RIGHT NOW
58. Eating: Tadi makan Grilled Chicken Burger dekat Ayam A1. Pasni makan malam plak.
59. Drinking: Air mineral je.
60. I'm about to: Tido petang yang nyaman.
61. Listening to: Bunyi tv tu lagi~
62. Waiting on: Malam ni nak kena siapkan assignment.

YOUR FUTURE
63. Want kids: Nak, nak pakaikan baju lawa2. Haha!
64. Get Married: Best! Best! Confirm nak!
65. Career: Business, kerja kerajaan.


WHICH IS BETTER
66. Lips or eyes: Sukakan mata aku yang sepet ni bila senyum.
67. Hugs or kisses: Dua-dua pun best. Tapi prefer peluk lagi.

68. Older or Younger: Younger. Sangat fresh!
69. Shorter or taller: Taller! Boleh jadi model. Haha!
70. Romantic or spontaneous: Spontaneous susah nak dapat, so spontaneous la!
71. Nice stomach or nice arms: Nice stomach. Kalau slim kan bagus.
72. Hook-up or relationship: Aku sangat serius dalam bab ni. So, relationship.
73. Trouble maker or hesitant: Not a trouble maker. Hesitant, maybe.

HAVE YOU EVER
74. Kissed a stranger: Ewww...
75. Drank hard liquor: Never.
76. Lost glasses/contacts: Tak pernah pakai spek. Camne nak hilang?
77. Sex on first date: Ni memang keje gila. Never.
78. Broken someone's heart: Baaaanyaaakkkkkk GILA!!! Ahahahahhh..
79. Been arrested: Tak pernah.
80. Turned someone down: Hehe! Ni confirm pernah!
81. Cried when someone died: Belum lagi.
82. Fallen for a friend: Haha! Kalau setakat suka-suka dulu pernah laaa.. Taknak lebih.

DO YOU BELIEVE IN
83. Yourself:
Ye!
84. Miracles: Maybe.
85. Love at first sight: Yes. Afir ialah cinta pandang pertama.
86. Heaven: Ya
87. Santa Claus : TAkk
88. Kiss on the first date: Ewwww lagi sekali..
89. Angels: Ya.

ANSWER TRUTHFULLY
90. Had more than 1 girlfriend/boyfriend at a time: Tak pernah. Sangat setia.
91. Did you sing today: Lagu Hujan kot. Haha!
92. Ever cheated on somebody: Nope.
93. If you could go back in time, how far would you go: Masa darjah 3. Disebabkan satu incident, buat aku fobia dengan Math sampai sekarang.
94. If you could pick a day from last year and relive it, what would it be: Takde. Last year ialah tahun terbaik!
95. Whose car did you ride in last: Kereta Acap. Dia tumpang aku ngan lain2 balik masa kelas habis lewat.
96. Who was the last person to call you a bitch: Haha! Either Nikki or Anis.. Tak ingat!
97. What color shirt are you wearing: Tshirt baru ADP kaler hitam.
98. Has anyone recently told you something you didn't want to hear: Ada. Tapi aku terima semuanya dengan positif. Hidup mesti diteruskan.
99. Has anyone recently disappointed you: Takde kot.
100. Posting this as 100 truths: Aku sangat jujur.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cinta Kau Di Hujung Sana

Bercakap pasal hubungan jarak jauh, dah banyak kali aku dengar ramai yang tak boleh pertahankan. Err, semalam aku telah menjadi perantara di antara sepasang kekasih jarak jauh di mana aweknya di negara di sana dan boyfriend dia berada di sini. Actually aku taktau la macam mana nak kekalkan cinta jarak jauh tapi at least aku pun melaluinya lahh kan.


Tambah buat aku rasa aku boleh paham masalah diorang sebab diorang pun dah bercinta lama, sejak zaman sekolah lagi. Sama la macam aku. Haiihh, pening jugak kepala aku memikirkan diorang.

Nasihat aku, kalau dah tau bercinta jarak jauh tu, kena lah pandai-pandai bahagikan masa untuk orang yang tersayang. Kalau banyak masa spend main kad Happy Family, lepak tengok blue ke ape, kan ke lebih berfaedah kalau masa tu kita buat orang tu happy. Kan seronok???

Kalau busy gila sangat study pun, cukup lah hantar satu mesej sebagai tanda yang orang tu masih tak dilupakan. Kesian tau awek-awek yang menunggu macam orang bodoh ni. Aku tak cakap kawan aku tadi la, semua orang pun pernah rasa perasaan tak dipedulikan ni. Biasa la tu. Jangan la sibuk masa terluang tu mesej ngan pompuan lain boleh, awek sendiri di anak tirikan.. Tak baekkk....!!

Aku tak tujukan ni pada sesiapa. Generally, semua orang akan mengalami perkara yang sama. Kalau ada yang termakan cili, dia yang terasa pedasnya. Cinta jarak jauh pun indah jugak sebenarnya kalau masing-masing pandai jaga hati and jujur. Aku bertuah sebab orang yang aku sayang masih begitu.

So, conclusionnya jagalah hati dia. Tak baik biarkan dia menunggu. Sakit tau. Tak baik!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mencari Iman

Iman! Ke mana ko menghilang??
Sunyi sepi je blog aku tanpa ko.
Ko paham kan maksud aku ape?
Kalau paham sila kata YE!
Ohh hoh hoh hohh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indahnya Kalau Aku Ikutkan Hati

Kalau zaman kecik-kecik dulu, seawal usia darjah 4 aku rajin jahit baju-baju untuk patung Barbie aku. Bila tengok mak aku jahit baju kurung banyak-banyak, teringin plak aku nak jahit baju. Bermula daripada tu, ke mana je aku pergi, mesti bawak kain, jarum, benang and patung Barbie aku ke mana je. Daripada blouse, dress, skirt, segalanya aku buat. Bila dah besar sikit, aku stop sebab dah pandai simpan duit untuk beli baju yang lawa-lawa untuk Barbie aku.


Masuk darjah 5, aku up sikit. Kali ni aku berjinak-jinak pulak dengan manik. Time ni la aku hiaskan baju and seluar jeans aku dengan labuci and manik-manik. Zaman ni seluar jeans bercorak-corak tengah hot ohh.. So, bila aku hias and design sendiri seluar jeans aku, kira cam agak cool la time-time tu. Haha!

Time darjah 6 pulak, aku still main dengan manik, tapi kali ni aku buat rantai and gelang. Tak kisah la design macam mana pun. Masa ni seronok la. Opah aku pulak banyak ajar macam-macam cara nak buat rantai manik yang cantik. Siap boleh buat bunga-bunga lagi kau! Aku seronok buat benda-benda macam ni. Bila dah siap, kalau ada kawan-kawan aku nak beli, aku jual la. Rm1.50 je, tak mahal pun. Kad Happy Family lagi mahal. Then kalau kawan yang baik-baik dengan aku, aku kasi la free. Selebihnya, aku pakai sendiri.

Bila dah besar sikit, aku mula design baju-baju. Kononnya nak jadi fashion designer. Punya la banyak buku sketch design aku. Kawan-kawan aku, tak kira lah laki ke perempuan awal-awal dah book aku untuk design baju kahwin diorang bila besar nanti. Haiihh, gatal la korang! Bila ada masa lapang, aku try la jahit baju-baju tu. Setakat ni baju yang paling best pernah aku buat, aku buat baju kebaya guna kain sulam tebuk. Aku modernkan dengan jadikan baju tu nampak macam korset, but at the same time nampak macam baju kebaya pendek. Haha! Tapi sumpah bodoh. Baju kaler biru, jahit pakai benang kaler pink sebab malas. Tapi setakat ni, baju yang aku design yang boleh dipakai ada kat Afir satu. Zaman die slim dulu, muat la pakai. Sekarang confirm dah macam balut nangka kot sebab baju tu memang kecik. Haha!


Sekarang, aku mula nak berjinak-jinak dengan bisnes online. Insya-Allah kalau dah settle macam-macam nanti, aku promote la. Sekarang masih dalam proses. Haha! Walaupun aku tak dapat ambik course yang aku minat dekat college, tapi semangat tu masih ada. Nak tau ke aku nak ambik ape kalau aku ada pilihan? Ok la, aku actually nak masuk fashion design or fashion merchandising. Fashion merchandising tu bisnes dalam fesyen la. Menarik jugak bila combine kan. Haiihh.. Aku pun taktau la ape nak jadi dengan future aku. Minat dah ada, cuma halangannya ada je. Ramai yang cakap bila dah kerja nanti, buat la dua kerja. Boleh tu memang la. Tapi andaikan kalau aku kerja kerajaan (JPA), then handle macam-macam bisnes lagi, kot pulak at the same time kalau aku dah berlaki, dah beranak.. Tak ke sibuk???

Aiihhh... Berat!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketupat Youtube

Hari ni aku rasa sangat teruja sebab aku berjaya untuk pertama kalinya membuat satu KETUPAT YANG SEMPURNA!!! (sedangkan pakai reben plastik je)

Bangga tetap bangga. Semuanya sebab sambutan Hari Raya yang di organized oleh American Degree Program. Ehh, Student council laaa yang organize sebenarnya. Punya banyak Hari Raya celebration kat kolej ni, pening aku persatuan mana yang anjurkan.. Haha!

Ok, semuanya bermula bila lepas habis kelas and buntu taktau nak membazir masa macam mana. So, lepak kat library, tengok Mei Ting buat ketupat banyak2 untuk decoration sempena Hari Raya ADP tu. Gila kagum ar aku sebab separuh kotak dah ketupat tu dia buat sorang-sorang je.

So, aku pun mula try-try buat sendiri dengan bereksperimen tanpa usha siapa-siapa. Sekali sappppp! Ambik ko! Siap sebijik! Punya la aku bangga sakan.. Kira kagum ar sebab buat tanpa bantuan kan.

Pastu aku tanya Mei Ting, macam mana dia tau buat ketupat? Then dia cakap belajar from Youtube je.. Haha! Ye, kita semua mesti mengaku yang kita generasi YOUTUBE! So, ok! Kali ni aku nak buat ketupat yang kedua plak. Kali ni mesti menjadi ni! Mesti kena potong rekod masa tadi. Hehehehehhh..

Dengan langkah penuh gaya, aku mulakan. Ye!

Satu jam setengah berikutnya...

Tak siap-siap lagi. Kepala otak dah pening. Semangat dah mula luntur. Nak mengaku kalah rasa cam tak patot sebab usaha dah makan masa lebih setengah jam. Takkan mengaku kalah pulak kan? Puas la aku tanya Mei Ting, camna nak siapkan. But still tak menjadi jugak. Then datang sorang.. sorang guru tak bertauliah nak bagi tunjuk ajar. Tapi bila tanya, diorang pun taktau nak buat camne. Datang hanya bagi suggestion je. Bukan aku taknak terima, tapi aku dah deal ngan masalah ni lebih sejam. Mengadap benda tu je. Bila aku rasa benda tu dah tak mendatangkan kebahagiaan, malah membazir masa aku. Aku decide untuk stop gak. *Sambil mengkonyok-konyok kan benda alah reben tu tanda tak puas ati! Dengan rasa kuciwa, aku turun pegi makan dekat Ayam A1. *Pokk pokk pokk pokk.. (bunyi ayam)

Sumpah bengang gila! Hasil pun tak dapat. So, ni jela satu-satunya hasil yang aku bangga-bangga kan pada awalnya tadi..

Ketupat pertama dalam hidup aku!

Ni dia cikgu Mei Ting. Di belakang, hasil dia sekotak.

Ni dia muka-muka taktau buat ketupat tapi mengaku buleh! Mesti buleh!

P/S: Ramai yang tanya, Cina pun dah macam Melayu mengalahkan Melayu sendiri... Adoyai malu aku... WOI! Racist woii! Aahhhahahah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembali Menjadi Melayu

Hari tu punya excited nak kaler rambut. Yess.. Aku memang selalu excited dengan benda remeh-temeh. So, beli la pewarna rambut dengan umi. Malam tu jugak lepas puas beraya pergi warnakan rambut. Aku warna kan rambut umi, umi warnakan rambut aku.


Hasilnya sangat lah mengejutkan. Warna coklat merah-merah sikit. Dah macam minah Korea ok! Mak aku plak suka sangat dengan rambut baru aku sedangkan aku plak masih culture shock.
Memang jiwa kacau.

Dulu aku pernah guna warna yang sama tapi sekadar highlight jela. Sekarang buat full hair, tu yang rasanya lain. At first aku terkejut, then rasa macam cantik pulak. Lepas tu rasa tak selesa, kejap happy, dan lastly rasa cuak. Bila dah rasa macam tu, mula lah rasa nak gelapkan warna rambut pulak.

Memang ramai yang kata cantik, tapi ada gak kata aku dah tak rupa melayu. Apakah muka aku cam omputih sangat?? Errr...

Identiti yang hilang aku datangkan balik. So, aku warnakan sikit rambut yang terlebih cerah tadi tu dengan coklat gelap. Hehe! Maka inilah hasilnyaaa.... Tak obvious kan? Haha! Terbaekk...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ohh.. Sekarang Baru Tahu!

Aku rasa minggu ni aku ada banyak belajar perkara-perkara baru and some memang bagi pengajaran terbaik punya dalam hidup. Semoga aku akan terus belajar dan terus belajar.. (exception untuk perkara yang aku belajar dalam kelas la..)


1. Jangan dye rambut kaler coklat kemerahan kalau taknak identiti Melayu hilang.
2. Salah seorang lecturer aku this sem memang jenis yang langsung tak boleh tolerate. So, jangan memain!
3. Bas Metro yang bernombor 13 pun lalu dekat Mydin. Hehe!
4. Jangan potong rambut dekat btp kalau taknak rambut buruk macam aku. Tapi kalau korang rasa cantik, sila la potong rambut di kedai tersebut..
5. Walaupun band Avenged Sevenfold tu punya lagu gila metal n sreamo-screamo, tapi lirik salah satu lagu diorang sangat la jiwang and aku sukeee...!
6. Baru perasan sejak akhir-akhir ni aku suka beli barang warna biru kehijauan, so aku assume warna tu dah jadi warna faveret aku sekarang!

Serta lain-lain yang tak berape nak ingat sangat...
Err.. Nanti aku update pasal perkara no. 1 tu.. OKIES!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Hati Ni Rasa Terharu~

Walau berapa banyak kali gaduh, tepuk tampar, masam muka, diam seribu bahasa, tapi ternyata dia masih sayangkan aku. Aku tahu entry kali ni agak jiwang sikit and aku agak malu sebenarnya tapi kalau aku luah guna mulut confirm dia ingat aku menganjing dia. Tapi aku betul-betul ikhlas. Aku terharu dia nyanyi lagu ni masa jamming semalam.


Dia banyak kali kata lagu tu buatkan dia teringat dekat aku. Dia main lagu ni sebab aku. Dia dedicate dekat aku. Kalau dulu aku tak ambik port sangat, tapi sejak dia selalu cakap pasal signifikan lagu tu dengan aku, aku pun search lirik dia. Ternyata memang buat aku terharu. Aku paham apa maksud lirik tu dan kaitannya dengan aku. Dia tak tau masa dia nyanyi aku ada record diam-diam. Hehehheheh! Gasak la ko.. Tiap-tiap malam leh nganjing lagi.. Ohh hoh hoh hohh... :P

Ku Takut Kau Hilang- The Times

Ku takut kau hilang
Jadi bayang-bayang
Sesat dalam lurah yang gelap
Tiada udara

Ku takut kau hilang
Dalam ribut taufan
Entah mengapa cepat berubah
Ternyata kau lemah

Madu atau racun normamu
Bunuh saja kecil hatiku
Awan mendung telah berarak
Nafas mula segar kurasa dunia

Ku takut kau hilang
Karam di lautan
Dipukul ombak dihempas badai
Hilanglah arahnya

Thanks Afir. Walaupun kau kata aku nyanyi ntah ape-ape and terpaksa rolling lagu banyak kali sebab aku tak tau nak masuk verse tang mana, tapi lepas jamming kau tunggu aku pakai kasut sedangkan aku ingat kau dah turun sama-sama dengan kawan kau.

Walaupun aku tolak kau kuat-kuat suruh kau balik, tapi kau tetap teman aku jalan kaki balik rumah sebab kau tahu dalam hati aku memang aku nak kau teman pun and kau risaukan pasal keselamatan aku. Benda-benda kecik ni buat aku terharu. Hehehe! Thanks again..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bergaya Dengan Berfikiran POSITIF (+)

Ok, aku rasa semua orang pun dah tau yang aku benci gila rambut aku sekarang. Kalau ada yang ikhlas kata cantik pun, aku anggap itu semua hanyalah ayat-ayat menganjing belaka.. Hahahahakikat...


So, kali ni aku nak jadi positif la. Kalau positif, semua perkara akan jadi indah-indah belaka. Walau pakai baju sehodoh alas kaki toilet pun tetap akan jadi cantik kalau kita berfikiran positif dan berfikir seperti: "Ohh, baju ibarat alas kaki ni sebenarnya menarik juga. Warnanya sangat lah in trend dan rambu-rambanya sama seperti kasut yang diperagakan di pentas Chanel untuk rekaan Fall/Winter, 2010! Lady Gaga confirm akan cuba lepas tengok aku pakai." Begini caranya, baru betul.

Bila aku telek muka aku puas-puas dekat cermin and dok belek-belek rambut aku, aku rasa: "Wow, tak ramai yang ada rambut macam ni. Rambut aku macam rambut minah rempit lah. Minah rempit kan makin pupus sekarang, so trend ni dah jadi rare laaah! Kalau rare tu, alamatnya aku bergaya lahh sebab berani mencuba!" (edisi positif+negatif)

Tapi aku tak boleh selamanya macam ni. Aku kena ubah pemikiran aku. So, aku kena mula dengan bercakap seperti: "Wahh, rambut aku time baru bangun pagi cenggini nampak macam rambut model 80-an la. Fesyen 80's kan tengah up sekarang ni. Kira aku ni orang yang bergayalah? Cool~" Haha! Confirm aku akan jadi bahagia lepas tu.

Haaa.. Camni la rambut aku kalau bangun pagi. Style kan? Sama cam model ni.

Tadi aku jalan dekat highway. Sekali terbaca billboard besarrr punya kat tepi jalan. Petronas punya. Gambar die bodoh-bodoh je. Gambar budak sekolah 2 orang tengah tolong orang buta lintas jalan. Cuma mesej yang disampaikan menusuk terus ke dalam sanubari. "Kekuatan Sebenar Terletak Pada Hati" Ye, betul tu! 100% markah untuk siapa yang punya ayat tu.. Takde apa yang boleh menghalang kekuatan sebenar kita kalau ia datang dari hati. Ia bukanlah sama seperti kekuatan Stone Cold atau sesape jela yang rasa badan dia kuat. Kekuatan menolak kerusi meja pun dikira sebagai kekuatan jugak kan..?

Maka tidak perlulah anda khuatir tentang diri sendiri. Setiap orang punya kekuatan masing-masing. Dengan kekuatan hati tu la kita kena jinakkan minda kita untuk berfikiran positif dan create imej baru dalam kepala hotak yang kita sememangnya terhebat dan terbaek! And confirm, kalau korang berjaya berfikiran macam tu, bermakna korang akan lead hati and minda korang ke jalan yang lurus!

Itulah sepatah dua kata untuk hari ni. Renung-renungkan. Dan selamat jalan bebeh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Popcorn Di Bontot Saya


Ok, kali ni aku boleh kata agak bengang gak ar dengan peristiwa petang tadi. Tapi lawak pulak, so nak gelak jap ahh.. Ahahahahahhhh... Gelak sorang-sorang memang seronok~ Kalau nak tahu, sila cuba. Ok. Boleh stop.


Tadi aku pergi tengok wayang dengan Afir dekat Sunway Pyramid. Macam biasa la, kalau buat movie marathon memang setia berdua. Untuk hari ni, kitorang tengok cerita Step Up 3 dengan Resident Evil: Afterlife. Step up tu aku yang nak tengok. Afterlife tu Afir laaa..

Lepas habis cerita Step Up, terus masuk pulak panggung untuk cerita Afterlife. Memang siot. Dah la nombor bilik panggung yang sama, no seat yang sama dengan movie Step Up. Rare gila.

Kata pun aku tak berapa minat tengok movie action, so aku diam jela cam orang bodho time tengok cerita Afterlife tu. Mengenangkan cik abang ni banyak kali bising sebab aku kerap tido time tengok movie faveret dia, aku try jela tahan mata untuk tak tidur. Tapi mulut jangan cerita berapa banyak kali menguap.

Cerita tu bermula sangat slowwww. Sangat-sangat. Tengah scene sorang perempuan tu berdiri diam-diam macam patung sedangkan keadaan sekeliling huru-hara. Haihhh.. Lembab betul starting dia... *Menguap lagi~ Lepas tu, jeng jeng jeng...! Dengan tak semena-menanya perempuan tu berubah jadi zombie yang bermulut gigi seperti anjing tiba-tiba nak makan lelaki Jepon sebelah dia!!!! SANGAT MENGEJUTKAN SEMUA PENONTON! Tak pasal-pasal ada sorang budak lelaki cina umur dalam 14tahun yang duduk depan aku terkejut gila babeyy sehingga membuatkan separuh daripada bekas popcorn beliau tercampak and mengenai kaki beta, perut beta, tangan beta dan maruah beta. WTH??

Ni penyebab segalanya...

Cilaka betul. Aku bengang ar time ni. Tak boleh jadi ni. Riba aku and lantai penuh je dengan popcorn dia. Dah la sepatah haram "sorry" pun tak cakap. Dengan penuh perasaan, aku ambik popcorn tu, aku baling-baling dekat dia. (Ye, aku tau perangai aku pun sama cilake). Bila agak-agak kewarasan dah datang balik, baru aku stop. Tak berani budak tu nak toleh pandang aku. Tau takut!

Pastu Afir tanya, apa yang jadi. Hek eleh.. Budak depan tu buat drama free pun dia tak sempat tengok? Ye ar, time budak tu terkejut, dia pun sama terkejut. Mane la nak perasan benda-benda celah gigi ni jadi. Aku je yang tak berperasaan time scene terkejut-terkejut tu. Tak pasal-pasal jadi mangsa.

Lepas cerita tu dah habis, aku keluar jela panggung macam biasa. Lepas dah masuk shopping mall balik, tetiba Afir terperasan sesuatu yang aku tak sedar selama ni. Dia kata, "Weh Farah, asal kat belakang ko ada popcorn?" Aku jawab la yang budak laki tadi buat. Then aku suruh dia tepis buang popcorn tu. Sekali dia cakap, "Macam mana aku nak buang, dah semua melekat kat bontot ko je. Takkan nak aku buat kat sini kot?" Ye, memang banyak popcorn-popcorn yang melekat dekat bahagian bontot aku seperti yang dapat aku rasakan masa tepis-tepis tu. Memang budak bertuah. Petanda tu..

Haihh.. Sengal betul. Camne la buleh tak perasan. Haihhh...


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dilema Seorang Cucu

Aku perasan sejak aku kecik, opah aku selalu dok sebut-sebut nama aku. Ntah ape yang sedapnya nama aku pun aku taktau sampai takleh keluar dari ingatan dia. Ye, nama aku Farah. Aku sorang je nama Farah. Orang lain nama lain laaar...

Sejak dari dulu lagi, kalau dia nak panggil aku, dia panggil Farah. Kalau dia nak panggil mak aku, dia panggil Farah. Dia nak panggil aunty aku, adik aku, sepupu aku pun nama Farah jugak.

Fine la kalau dia confuse. Nama panggilan mak aku dia panggil Faza, aunty aku Fiza and aku plak Farah. So bunyi cam nak dekat-dekat la dats why dia selalu confuse. Tapi kalau adik aku nama Piya, cousin aku nama Liyana, Siti, Nariza, Hana pun dia panggil Farah jugak, ape kejadahnya? Sebab dah lali sangat, setiap kali aku dengar dia panggil Farah, aku takkan toleh sampai la memang confirm dia panggil aku. Kan senang..

Makhluk dalam gambar ni namanya Farah, Piya and umi saya, Faza.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Saya dan Mereka

Sila jangan tanya kenapa aku tak wish hari raya and mintak maaf secara 'official' pada tahun ini. Semakin aku membesar, makin banyak aku jumpa orang yang tak ikhlas atau dalam erti kata laennya, hipokrit.

Keikhlasan dan keamaafan yang sebenar-benarnya bukan dengan menghantar forwarded mesej or ayat berbunga-bunga. Itu pada pendapat aku semata. Ikhlas perlulah jujur dan personal. Ada je kualiti ni, jangan risau. Kemaafan akan diterima. Ohh hoh hoh hoh...

Sejujurnya bagi aku, raya bukanlah perkara yang menyeronokkan sangat. Suasana girang bersuka ria tu mula pudar. Bak kata sorang pakcik teksi yang aku pernah tumpang ni, makin pudar perasaan gembira masa raya tu menandakan usia kita dah tak lama. Haha! Ada gak betulnya..

Apa yang menggembirakan aku masa raya bila sama2 tolong untuk persiapan raya, jumpa saudara yang terdekat, ambik gambar tak hengat dunia, makanan yg sedap2 and semestinya baju-baju baru. Tak lebih daripada tu. Aku bukan jenis suka jumpa family yang tak dikenali or membazir masa datang rumah macam-macam tapi tak buat apa-apa. Memang membosankan!

Pasal duit raya, aku dah tak kisah. Kalau tak dulu time kecik-kecik, dengan duit raya tu la aku beli segala koleksi tuk nenek Barbie and aksesori-aksesorinye. Sekarang, duit raya tu tup-tup habis buat sara hidup kat kolej. Mercun pun tahun ni memang tak sentuh langsung. How pathetic!

So, itu la raya bagi aku. Ada setengah perkara menyeronokkan, ada setengah lagi memang membosankan.

Di kesempatan ni, aku nak lah memohon maaf buat kawan-kawan sekolah, kawan-kawan kolej, sedara-mara, and kawan-kawan blogger aku kalau apa tindakan or kekurang hajaran aku ada menyinggung hati or membuatkan korang jiwa kacau. Honestly, sepanjang aku tulis blog, tak pernah terlintas nak menjatuhkan orang or membuat siapa-siapa tersinggung. So, maafkanlah aku yang tak berniat nak buat salah ni.. Hehehe! Ikhlas tau! Semoga bergembira di hari raya semua! Peace! :P

p/s: Gambar riang ria raya si jakon ni akan diupload nanti. Sekarang tak boleh. Masih di ipoh and online guna phone je. Hehehe!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malangkah aku?

Tadi masa berbuka, aku and family aku makan sambil dengar tv yang terpasang. Then ada satu iklan ni kata 'Terasa sejuk perut mak mengandung'.

Pastu tetibe mak aku buat muka pelik. Dia persoalkan, ada ke time mengandung perut terasa sejuk? Ape kejadahnya maksud ayat tu cuba sampaikan?

Dalam hati aku kata, alah lepak la. Peribahasa je kot.. Bukannya real-real pun maksud die yang perut mak tu betul-betul terasa sejuk sebab anak dia bagus.

Pastu tetiba mak aku cakap, dalam banyak-banyak anak dia, time mengandungkan aku perut dia panas. Adik-beradik yang lain sejuk je. Haihh, musykil aku! Bila dipikirkan, aku mana ada setan pun. Boleh tahan je hidup aku, takdelah dilahirkan jadi malang atau bebal.

Sekali mak aku cakap, ye la. Time mengandungkan anak yang lain semua ada aircond. Time dia mengandungkan aku je pakai radiator.(kalau sesape xtahu, radiator tu pemanas suhu). Sebab time aku lahir kan time fall nak masuk winter. Mesti la kena pakai benda alah tu. Adoyai, sengal-sengal je story. Bikin cuak je!

Aihh.. Berat.. Berat.. (-_-')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sumpah Pelik Ohh!

Dalam entry aku yang lepas, kan aku kata aku nak potong rambut kan? Memang entry tu dah memberi aku inspirasi and semangat Bedah nak potong jugak rambut aku semalam! Kalau ikutkan plan nak potong raya yang minggu kedua, tapi sebab gatal miang semua dah naik, aku pun potong jugak.


Memang aku sangat berterima kasih la dekat Fiza and Wawa yang teman aku potong rambut sekali and Afir sebab tolong hantarkan ke saloon. Hehe! Aku ni suka je menyusahkan orang. Biasa ar, budak manja gedik memang macam ni. So, ni la hasilnya...

Before start gunting. Muka nak excited je!

Last gambar berambut cenggini.

Ye, aku tau muka aku cam budak umur 5tahun.

Muka Wawa n Fiza stok bosan~

Hasil yang macam siot.
(Muka happy tu dibuat-buat je ye!)

Actually aku taktau la aku suka ke tak rambut baru aku. Rasa cam perubahan dia keterlaluan pulak. Aku mintak U-cut, dia kasi V-cut. Aku mintak potong fringe sampai bawah kening, dia potong atas kening. Haihh, marah aku! At first rambut aku dah ok, dah ada shape. And then bila dia buat layer V terus hancoss!

Aku macam tension sebab dia potong terlebih and fringe tu pendek sangat. Tak sesuai dengan aku. So, alamatnya, aku kena tunggu 2minggu lagi untuk tunggu rambut depan panjang sikit. Baru lawa kot.

Ishk, masalah time pergi saloon rambut mesti jadi macam ni. Setiap kali potong rambut mesti tak jadi macam apa yang aku nak. Instead, tokey kedai tu buat macam style budak-budak Cina ke, or Jepun ke.. Aku rasa rambut aku dah macam rambut budak emo kot. Haihh! Jahanam! Takpe ar. Ada iras-iras rambut Liyana Jasmay dalam cerita KAMI pun jadi la... Ohh hoh hoh hoh...

P/S: Kawan Fiza kata muka aku dah macam Nicole David dah. Adoi, celah mana tu weh? Hahhaahahh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fringe Or Not?

Aku sangat jelez tengok perempuan berambut cantik and ikal secara semulajadi. Rambut aku sangat lah lurus dan potongan pun lurus. Sangat membosankan kalau dah hidup macam ni hampir 19tahun. Paling-paling pun yang aku pernah buat dengan rambut aku- potong fringe, v-cut, curl suka-suki, potong rambut pendek gile and warnakan dengan kaler coklat yang tak berapa obvious sangat. Memang tak adventurous langsung!


Masalahnya, aku bukan berani nak buat rambut pelik-pelik. Nak buat perm pun takut. Takut nanti rambut rosak selama-lamanya! Actually memang teringin pun.. Haihhh!

So, straight to the point, aku ingat nak ubah gaya ar.. And, diulangi, aku tak berani buat rambut pelik-pelik. So, aku decide nak buat fringe and potong rambut jadi u-cut. Mesti boleh jadi cun ohh cam model ni.



Perrghh.. Kalau dapat ni memang cool! Hahahahh..
Persoalannya sekarang, patotkah aku buat fringe? Patot? Tak Patot?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Im Done With It! :D

Fuhh.. Selesai jugak aku finalize list of universities yang aku nak apply nanti. List ni nanti nak kasi dekat JPA untuk tengok-tengokkan. So, aku hope diorang approve kan jela. Jangan banyak soal. Penat kot aku search ni lama-lama. Huhhhuhuhuhhhh..


Kalau dulu aku banyak macam nak sangat pergi west coast macam California, tapi disebabkan reason-reason tertentu, keselamatan dan bencana alam, aku cancel kan jela niat tu. So, aku pilih tempat-tempat dekat belah east macam New York, Indiana, Michigan, dan lain-lain. Aku rasa ok je kot tempat-tempat ni. Tempat ni lebih meaningful bagi aku...

State University of New York at Buffalo
(salah satu u dalam list)

Aku tekad nak pergi. Biar lah pilihan aku tak sama dengan kawan-kawan aku. Yang penting, aku nak secure kan future aku. Buat apa nak ikut orang kalau requirement university tu tinggi or tempat dia aku tak berkenan sangat. Hehh!

So, that's it! Im done researching.. And now boleh focus sikit pada college. Yes yes baby... :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Independent Woman

Kepada sesiapa yang menganggap aku ni spoilt kid, sila ubah persepsi anda. Aku berumur lebih daripada 18 tahun and aku tahu cari duit sendiri.


Muka wanita bekerjaya. Menunjukkan usia yang matang!

Dah banyak kali aku pegang title wanita bekerjaya, so macam-macam kerja pernah aku try.
Antaranya, cashier, waiter, pengemas stor, camping facilitator, pembuat kek, pembantu penjual di pasar malam, pengecat rumah dan bermacam-macam lagi. Sekarang pun tengah keje gak. Tapi part time jela.. Jual topup kat kolej/ kawan-kawan.

Masa jadi cashier dekat restoran. Kerja yang paling seronok and enjoy sekali!

Perempuan kuat shopping.

Dengan segala hasil titik peluh aku tu la aku memuaskan nafsu aku. Macam nak beli beg, baju, kasut, treatment rambut, handphone baru dan macam-macam lagi.

Even, dengan duit tu jugak aku gunakan untuk bayar fee untuk test TOEFL ibt aku Disember ni. RM500 untuk satu test ok, bukan sikit-sikit!

Tujuan kenapa aku kerja bukan sebab parents aku tak berduit. Cuma aku tak suka bebankan diorang. Kan bagus kalau duit diorang yang aku tak sentuh tu dibuat simpanan atau belikan barang untuk adik-adik aku. Aku suka pegang and spend duit sendiri. Lagi bagus kan?

Aku pun puas kerja. Duit pun masyuk, pengalaman pun dapat, koleksi baju pun bertambah-tambah. Actually, pengalaman tu yang paling susah nak dicari. Kerja memang seronok, tapi there will always be something behind it. Ada yang best, ada yang tak best. Well, untuk semua spoilt kids, korang kena kerja untuk rasakan macam mana pengalaman tu.

Selain daripada tu, aku jugak dapat biasiswa JPA. So, memang beban kewangan parents aku memang takde langsung la. (Kecuali time penghujung semester time duit dah habis terpaksa gak la buat muka seposen mintak duit dekat umi and ayah... Huhu!)

Bukan apa, honestly la, even kalau parents aku kaya-raya sekali pun, aku tetap akan berusaha sendiri. Aku dah diajar berdikari sejak aku umur 6tahun. And perkara-perkara yang aku buat masa aku umur 6 tahun dulu aku takkan sampai hati nak suruh adik aku yang berusia 8 tahun tu buat. Bukan sebab nak manja-manjakan dia, cuma apa salahnya kalau aku boleh take care dia, aku akan buat yang terbaik untuk dia.

Kalau adik-beradik aku nak pinjam duit pun, no hal punya. Kadang-kadang jugak kalau diorang tolong aku, aku hulur la sikit upah buat beli topup. Senang la nanti diorang nak bermesej dengan awek diorang.. Hik hik hik.. Kakak mithali tak? Cool~

Aku nak lakukan yang terbaik dalam hidup. Aku nak kerja yang bagus, personaliti yang menarik, gaya yang mempesona, kepetahan yang mengagumkan, dan ilmu yang luas. Cewahhh! Senang cerita, aku nak jadi wanita yang hebat dan all-rounded. Dengan langkah-langkah kecil ni la aku mampu buktikan yang aku mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri. And aku bersyukur sebab dapat parents yang sangat supporting and cool... Terbaekkk!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS