The Pinky Girl is Gone

Teringat masa dulu-dulu. Aku selalu ingat pink ialah the coolest color everrr. Jadi pinky macam seronok and unik. Pakai pink sama macam kau buat statement yang kuat tentang diri kau yang kau ni feminin, cute and hot (as a teenage girl). Ye ar, orang tua2 mana pakai kaler pink. So, menunjukkan yang kau ni jiwa rumaja la kirenya... Cehhh!


Pastu kalau pilih baju, kriteria utama ialah warna. Kalau takde baju berwarna pink, aku takkan belek. Takkan! Kalau boleh semua baju and barang nak warna pink. Memang hantu betul!

Pink Archive
Aku agak-agak start nak berubah bila ter'obses dengan cerita KAMI the series. Sumpah best dow cerita tu. Minat aku terhadap muzik rock makin melampau-lampau pulak. Still ingat lagi, first gig yang aku pergi dengan cousin and adik aku. KAMI The Gig dekat Central Market. Aku ialah satu-satunya manusia yang memakai baju berwarna pink. Shocking pink pulak tu. Orang lain semua pakai baju rata-ratanya warna hitam atau warna-warna gelap. Itu ialah first time aku rasa malu pakai baju warna pink. Maluuu laaa siot!

Saat yang sikit punya malu tak beragak!

Antara sebab lain aku nak tinggalkan dunia pink ni ialah sebab aku rasa aku dah matang. Pink ni hanya sesuai untuk budak-budak form 2.

Lagi, sebab aku mula ikut perkembangan fesyen sekarang. I mean, perkembangan trend warna. Aku mula into warna-warna yang aku kurengg minat dulu macam merah, biru, kuning, hijau, hitam and oren. Aku jugak mula suka warna yang aku paling benci satu masa dulu iaitu warna kelabu. Sekarang ni apa-apa yang berwarna kelabu, mesti aku nak usha. Memang sengalll...

So, sekarang secara officialnya aku nak mengisytiharkan pembebasan aku daripada warna faveret aku satu ketika dulu. The pinky girl is gone with the wind of change.. Ahahahahahhahh! Ayat cam gampang.

Black is COOL yawww..

P/S: Baru aku tau selama ni Afir bukan suka pun bila aku gile pink. Fyi, takde sorang laki pun suka. Thank God, zaman tu semua dah berlalu. Hehe! Byebye bebeh! :P

Kenapa blog aku ade sikit kaler pink?? JANGAN TANYA!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Ini Di Taylor's

Haha! Macam nak buat diary pulak perjalanan hidup aku hari ni. Ok, intro jangan sampai mintak kaki. Aku tulis la segala apa yang aku buat hari ni.


2.30am
Baru nak tidur lepas ubah suai blog aku. Taktau la lagi cantik ke, lagi hodoh. Malas dah nak pikir. Tidur!!

5.40am
Mak aku baru kejut bangun sahur. Adoyai.. Bangun lambat plak pagi ni. Nak taknak, kena ar speed makan..

7.00am
Masuk kereta. Mak aku drive hari ni ke kolej. Sebab malam semalam aku tak balik Subang, that's why pagi ni kena gak pegi kolej. Malasnya nak masuk kelas... Nak cuti sampai esok..

7.45am
Tepat pada masanya sampai kelas. Bengong punya Hafiz. Pagi2 dah fake aku. Kelas Statistic time kul 8am. Asal la aku asek2 kena attack ngan lecturer tu. Mentang2 la nama aku senang untuk diingat...

9.10am
Kelas Sociology. Geng lagi dengan budak2 Korea tu. Nice gak diorang..

10.10am
Habis kelas pagi. Bosan. Lepak kat library dengan geng2 JPA. Taktau kenapa Mei Ting sangat seronok jumpe aku. Excited! Haha! Best2.Tapi time ni tekak terasa perit sangat macam nak demam. Badan pun dah start panas... Haihhh~

11.30am
Lepak sorang2 dekat surau. Perghh, best gile ar surau die. Time2 ni la layan jiwang sorang2. Pastu Emira and Dz join. Best ar bergossip. Haha! Lama tak bersembang perkara2 camtu. Lepas tu tidur sampai pukul 3.00pm.

Lepak kat surau yang best sorang2.

Sebelum tidoq, kite study dulu!!

Pemandangan Subang Jaya dari tingkap Taylor's ADP

Dan camwhore ni lagi. (-_-")

3.00pm
Terbangun dari tidur. Sesat aku cari kelas Microeconomics. Naik tingkat 7, pastu turun tingkat 3, pastu naik lagi ke tingkat 6. Rupe2nye kelas kat tingkat 2. Cam siot je... Ni first time aku masuk kelas tu. Gila ar, tak sangka aku sorang je Melayu. Nasib baik lecturer ok.

4.30pm
Kelas habis. Aku tunggu Umi dekat luar bangunan. Jumpa Preetha, Amir and Faiz. Lama tak jumpa diorang. And then Umi sampai. Jalan jam gila. Singgah office Umi kejap kat Bukit Kiara, beli Domino's Pizza then balik rumah. Haha! Terbaik.. Tapi demam makin teruk~

6.50pm
Call Afir. Alahai dia tengah penat ke.. Kesian.. Then call Iman. Mamat tu kata die masak sup ayam hari ni. Gile rajin ar. Haha!

And now tengah online. Sumpah bosan taktau nak buat apa. Haihhh... Bosan~ Bosan~
Tu la dia kesimpulan hidup kat kolej. Kepada Laila, sorry aku tak balik apartment. Lupa nak inform ko yang aku tukar plan. Hehehehehe! Tidur la ko ngan Si Gemuk and Si Comel tu... :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shopping Raya Terbaik!

Aktiviti tahunan yang paling aku sukeee sekali ialah shopping raya! Time-time camni la duit umi n ayah keluar macam air and aku pulak sakit kaki pusing-pusing shopping complex tu cari barang yang terbaik.


Semalam pergi OU. Daripada pagi sebelum kedai2 kat OU tu bukak sampai la pukul 6.15pm. Aku bengkek gile sebab tak banyak kedai ada sale. Kalau ada pun sale bodo2 je. And lagi satu, somehow aku rasa tak banyak barang menarik yang aku jumpe. Ishk, time aku nak shopping, sume barang best nak menyorok.. Bengang~
Hasilnya, aku beli...

1 beg
4 kasut
3 baju
1 sweater
3 Aksesori..

Pastu duit habis, tak sempat beli jeans.. Haihh.. Minggu depan la aku keluar shopping ngan Fairuz plak.. Hari tu dah beli baju kurung and baju kebaya segala macam so dah banyak dah baju melayu. Tambah lak ada 3 helai lagi umi tengah jahit, so raya sakan la aku.. Ye ar, ni maybe raya terakhir aku sebelum aku fly nanti so sedih la nanti tahun depan raya sorang2.. Huhuhuhu.. T_T

Yang paling best sekali, semalam gak umi belikan aku kamera dslr Nikon D3000. Gile ar, tak sangka dapat secepat ni. So thank u umi!! Muahhh3x.. Hehe! Pasni leh la aku tangkap gambar banyak2 lagi.. Yeaaahaaaa!!!
Ok, jom cuci mata!!

Testing.. Testinggg~

Baju Seed ni try je tapi tak beli. Tak cukup besh...

Hasil titik peluh sepanjang hari..

Kesemua 4 pasang kasut yang aku beli.. Hehehehe!

My Favorite!!! :D

Ni baju2, beg and accessories yang aku beli. Aku tak suka emas but somehow accesories aku beli sume kaler emas. And aku tak suka purple tapi beli sweater purple. Memang taste pelik...

Suka gile rantai Forever 21 tu.. Dia emas and dilekatkan dengan bulu burung merak. Unik and tu ialah the last piece. Hehe! Selamat~

So conclusionnye, semua misi tercapai! Tapi masalahnya kemungkinan besar aku akan pakai baju2 ni semua dekat kolej je sebab cuti aku sampai raya ketiga je.. Huuuu... T_T Haramm tul..
Haihh.. Bosan.. Bosan.. Time2 ni la rasa cam nak masuk Uitm. Dapat cuti panjang.. Hoh hoh hoh hoh... Teeeeettt! FAIL.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Your Miss Sengal

Hari ni..

Ada orang panggil aku Little Miss Sunshine.

Haha! Agak pelik..
Sebab aku hanya ada tshirt Little Miss Trouble which does sound not so good.

Im in trouble, but im still adorable.. Hik hik hik...

Adakah sebab aku bersinar seperti sunshine atau sebab gambar aku pakai tshirt LMS tu dijadikan screen saver handphone..

Haha! Yang pasti, someone is trying to be sweet today.

Yess.. Ni memang muka nak mintak kaki hari ni...
Sangat tak adorable!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Percayaaaalah...

Kepercayaan dalam cinta memang susah nak kekalkan.
Terutama bagi pasangan yang baru couple.
Tambah-tambah pulak hubungan tu jarak jauh.
Pastu tambah lagi kalau gf/bf tu susah nak dipercaya.
Haha! Gasak laaa..

Rata-rata orang kalau ditanya pun mesti kata kepercayaan tu penting.
Yessss, memang penting, tapi kalau diri sendiri pun tak percaya pasangan sendiri, takde guna gak.
Mau pulak yang jenis kaki jealous tak bertempat.
Aihh.. Berat.. Berat...~

Aku bukan nak komen lebih pasal couple lain, tapi sikit nasihat la bagi aku.
I've learnt from my mistakes yang banyak sangat.
Zaman sekolah dulu aku kuat jealous.
Dah tu, banyak pendam perasaan, pendam perasaan marah.
Disebabkan hal tu, aku jadi failure.



Baru-baru ni pun, ada sesuatu yang jadi yang hampir buat aku hilang semua kepercayaan yang aku dah bagi.
Api kejealousan aku meluap-luap gak la.
Tapi satu je yang buat aku sedar betapa semua tu tak menguntungkan.
Jujurnya seseorang tu tanda die percaya and sayang pada kita.
Dia percaya kita akan terima dia walau dia dah melakukan kesalahan yang besar sekali pun.
So, kepercayaan harus dibalas dengan kepercayaan.
Kita kena la terima orang yang sayangkan kita dengan sejujurnya..
Hahahahahahahah!

Tu tandanya aku dah matang..
So, matang tu ialah bila kita...
Errr.. Taktau la.

**************

Wth, ape aku tulis ni. Sangat tak menarik.
Baru je nak berjinak-jinak tulis kolum pasal cinta.
Cubaan pertama~ FAIL.

Lalalalalaaa~ Whatever!

So, pengajaran kat sini... Ahh, nevermind!
Pengajarannya, ikut suka hati engkau lah nak couple macam mana, nak percaya apa-apa.
Aku tak berhak nak instruct orang buat apa pun.
Kalau dah bf/gf tak guna tu, elok2 la bawak clash. Haha!
Or, kalau susah sangat nak percaya pasangan sendiri pun, percayalah pada diri sendiri.

Cam contoh, aku tau password and email bf aku yang die guna untuk macam2. Tapi mana ada aku bukak fb die ke, email die ke semata-mata nak stalk. Tambah lak aku tak pernah geledah hphone die. Tak guna ok! Please, percaya pada pasangan anda.

Pada pandangan aku, orang yang buat macam tu tak respect privacy orang yang dia sayang unless kalau bf/gf dia di inform terlebih dahulu.. (no offense)

Terimalah pasangan masing2, tapi setiap perkara ada batasnya.
Di bulan yang mulia ni meh la kita saling nasihat menasihati.
Dan semoga berbahagia bebeh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pening~

Is currently busy searching for universities to apply..

Susah laa.. Mengantuk pun ada nak menggeledah semua website segala macam u ni.
Tapi bak kata Kak Zura, peluang datang hanya sekali.
So, kena la buat yang terbaik and usaha.

Sementara tengah sem baru mula ni and ada kelapangan, baik buat research.
Setakat ni yang university cambest yang aku dah search
-San Diego State University
-Indiana State University
-Washington State University
-Pamona College, California
dan banyak lagi...

Kenapa banyak state u? Sebab bagi aku state u ni senang nak masuk.
Requirement die tak banyak and acceptance rate die tinggi.
Plus, dia sangat mengalu-alukan kemasukan international student.
So kesimpulannye, senang la aku nak masuk nanti.

Memang ada yang kata state u tak best sebab pembelajaran tak kondusif and ramai sangat student, tapi aku tak kesah. Senang nak bergaul kalau ramai orang.
Plus aku tak berapa minat la kelas kecik2 ni. Aku tak suka attentionnnnn..
Huhuhuhuhhu! Aku belajar hanya untuk dapatkan degree.
And biasanya state u ni aktif dalam club and sport.
So, nanti leh la usha abang2 ensem main football dow..
Hoyeaahhhh!!! Mantap bergaya!Mantap bergaya!

Pape pun, aku kena settlekan hal ni cepat. Aku rasa cam aku sorang je yang tak sure mana nak pergi lagi. Major ape pun still tak confirm. Tapi memang aku nak pergi dalam fakulti Arts and Sciences la.. Maybe ambik Sociology. Cambest sket. Application dah boleh start September ni woahhh... Aihhh berat...~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Honeymoon?

Malam sabtu lepas, aku and Afir pergi Tesco Rawang. Pergi berdua je sebab nak cari hadiah untuk birthday adik lelaki die.

Pastu tibe-tibe ada sorang makcik ni approach ktorang. Ada ke patot dia tawarkan pakej honeymoon kat ktorang? Pulau Redang plak tu..

Aku malas ambik port, biar ar Afir layan makcik tu.. Punye la excited dia nak tawarkan pakej. Sampai Afir bagitau yang ktorang stil belajar lagi, baru makcik tu terdiam. Pastu tanpa cakap apa2, terus chow.

Ak rasa nak tergelak je time tu. Rupe ktorang ni dah macam laki bini ke? Haha! Sengal..

Lepas dah beli barang pe sume, nak balik la. Ada lagi orang pakej pelancongn tu tegur. Kali ni orang lelaki pulak. Aiihh lantak ang la.. Ak tau, kalau lepas aku kahwin aku nak honeymoon kat Venice and Paris ar.. Baru mengancam sket kan.. Ahahahahah..

Pape jela.. Berangan.. Berangan... Aiihh berat..
(-_-'')

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam Mana Baby Terhasil?

Aku confirm mesti ramai antara kita yang mempunyai imaginasi and pemikiran sendiri masa kecik2. Macam aku dulu, selalu pikir benda bukan2. Yang paling bodoh sekali, ada ke patot aku nak kahwin dengan abang aku?? Macam haram je.. Ahahahahah!


Kali ni aku nak cerita pasal ape yang aku pikirkan tentang macam mana wujudnya baby dalam perut ibu2. Actually aku start pikir benda ni masa umur aku 6 tahun time jiran sebelah aku mengandung. Pelik gak aku camane baby boleh ada dalam perut dia. Nak tanya umi, segan pulak. Sebab aku rasa macam soalan tu ada unsur2 18sx je kan.. Ahahahahhahh! Bangang!

So, aku pun buat kesimpulan sendiri. Bagi aku, setiap perempuan ada teddy bear yang kecik je dalam perut dia. Semakin perempuan tu membesar and capai umur matang (20-an), so baby tu akan semulajadi membesar dalam perut dia jugak. So bila dah cukup bulan, maka lahirlah baby tu.
Kenapa perempuan berkahwin je yang dapat anak? Sebabnye, lelaki tu la yang menandakan usia perempuan tu dah matang. Dia hanya buat cukup syarat je. Laki takde ape2 yang menyebabkan perempuan tu mengandung sebab setiap perempuan ada teddy bear dalam perut dia. (Gila suci ar kaum laki ni bagi aku.. Haha!)

Dah tu kenapa ada perempuan tu anak dia ramai, ada yang anak dia sikit? Sebab dalam setiap perut perempuan ada banyak2 baby. Jumlah sel baby tu ada dalam badan dia sejak perempuan tu lahir. So kalau dia ada banyak teddy bear dalam perut dia, banyak lah anak dia nanti.. Kan logik tuuu..

So, bila agak-agak teori aku lengkap dengan segala fakta dan bunyi macam masuk akal, aku mula sebarkan ideology aku dekat kawan2 aku.. Yang bengapnye, diorang bleh lak bantai pergi percaya dengan cakap aku. Tapi ada sorang je yang bantah. Perempuan tu kawan baik aku masa kecik, Nora. Aku tanya ar kalau dia pandai sangat, jawab ar camane baby ada dalam perut!

Dengan konfidennye, dia jawab "Eleh, Tuhan yang cipta baby tu. Bila Tuhan kata dia kena mengandung, dia mengandung lah!" Ni lagi sorang minah kreatif. Lagi satu jawapan yang tak lengkap. Aku tahulah Allah yang cipta baby tu. Tapi macam mana caranye??? Tension pikir jawapannye.. Dan sorang pun member aku taktau ape jawapan sebenarnye...

Aku pun taktau lah bila aku dapat tau fakta sebenar yang melenyapkan semua pemikiran sesat aku sebelum ni. Rasanya time aku darjah tiga kot. Tu pun abang aku yang bagitau. Siot, ternyata aku salah...

Ni lagi satu. Dulu aku selalu pikir yang baby keluar ikut lubang belakang. (paham2 la lubang apa) Bila kawan aku kata kakak dia lahirkan anak guna pintu depan, aku bengang ar. Dah tu siap gaduh2 lagi siapa yang betul. Bila aku balik rumah, aku tanya makcik aku. Makcik aku cakap betul la apa yang kawan aku cakap tu.

Lepas dengar je jawapan makcik aku tu, terus aku rasa ngeri. Ouuchhh! Takkan baby boleh keluar ikut situ kot! Mustahil! Koyakk arr! Seram~~ Tapi tu la kebenarannya. Nak taknak, kalau aku nak bersalin nanti, kena gak ar kan. Nak buat camane lagi. Pastu aku mula pasang plan. Aku taknak la rasa sakit time aku nak beranak nanti, so aku nak bedah kat perut jela. Kan senang.

Tapi bila dah besar sekarang, takde makna ar aku nak belah perut aku unless kalau kes emergency. Nak bersalin normal arr. Merasa gak susahnya mak aku beranakkan aku dulu.. Haha! Mak aku pernah cakap dalam enam adik beradik aku, beranakkan aku paling susah. Hahahaa! Memang ar. Sebab tulaaaa aku ni.... sengal!!! Hahahahahah!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Errr.. Kurus ek?

Memang aku dah kurus ke or diorang je yang perasan lebih?


Sepanjang cuti ni aku banyak jumpe orang yang dah lama aku tak jumpe.
Tak kisah la kawan2 ke sedara-mara.
Rata2 kata aku dah kurus..
Kalau setakat dua tiga orang je yang cakap,
takde ar aku ambik port sangat..

Ni kalau dah setiap kali aku jumpe orang, sume cakap benda yang sama
ni yang aku start musykil ni! Hahahahaha..

Adakah aku kurus atau takde shape?
Ni yang lagi musykil ni!
Kalau dah xde shape memang siot ar kann..
Tapi memang aku perasan muka aku makin cengkung.
Dulu kan tembam2 baby.
Hahahah! Menggelabah siot!!

Aku pun dah lama tak timbang berat ni..
Sejak akhir2 ni even bfore bulan puasa pun aku jarang makan.
Well, makan is not my thing..
Aku kan pemalasss.......
So, nak makan pun malas.
Tu la pasalnye badan aku macam ni tak ubah2.

So kesimpulannya, lepas ni makan banyak2!!!!
Ye! Makan banyak-banyak!!:D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perempuan Gedik & Kamera Ajaib

Aktiviti di kala bosan.

Aku budak tak pandai. Hanya edit guna Paint je.. Heheheheh.. Dah la tak pandai, pemalas pulak tu. Aiihhh berat...

Hasil kerja bosan di waktu subuh hari...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

21 Days Without You

Ituu diaaa.... Mode jiwang telah ter'on!

Haihh.. Dah berapa lama lah aku tak berpisah dengan dia selama ni.
Tu la, ari tu orang ajak kuar, menyombong, banyak keje..
Now ambikk... Terus tak jumpe2 langsung.
Pastu tanggung la sendiri akibatnya..
Hoh hoh hoh hohhh..

Hidup aku cam tak normal kot.
Ade je benda nak dipikirkan..
Adoyai.. Bila nak jumpe ni??
Penat lahhh tunggu!

Dia dah confirm ahad ni balik.
Mak dia dah reserved table utk aku berbuka sekali nanti.
Tapi tetibe pulak umi cakap maybe weekend ni balik Ipoh.
Opah buat moreh dekat masjid kat sana..


Saya mahu jumpe dia.
Sekarang.... Atau ahad ni.
Hahahahahahahah!
Aku sudah angau. Gila kan dia.
Bodo. Memang bodo.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peminat saya! Saya sayangkan awak semua!!

Ok, bukan nak kata ape, makin lama makin banyak lak peminat aku..


Hahahahaahah! Tolong laaa... Tolong jangan perasan.
Gile mabuk todi aku...

Begini, tadi Iqbal tulis kat status dia kata dia ialah peminat terbaru blog aku.

Then beberapa minggu yang lepas pulak Anis kata dia suka blog aku.
Story ni cam siot. Mati2 aku ingat ade pompuan bleh bantai girl-crush dekat aku.
Tengok2 Anis je?? Memang nak kena hambat arr.. Hahahah!

Muka bila sudah kembang. Bersedia depan kamera. Dan perasan.

And tadi jugak Lee Ying komen dekat pic atas ni kat FB aku, kata "Farah, im your fan!"

Ye, Lee Ying time kasih. Ailebiu bebeh soooo much! Haha!

Berkenaan performance aku time aku first time main gitar tu, roomate aku cakap yang ade budak perempuan course dia (SAM) ade punya gilak minat dekat aku. Adoyai.. (>.<)
Hik hik hik hik...

And now aku sedang perasan...
But still kepoyoan aku tak melampaui batas seperti dR Rozmey kita ni. Jutawan Melayu terkenal di suratkhabar Metro and Kosmo! ni..

Yaaa ituu diaaa... dR Rozmey.. Dia punye poyo dan riak sangat lah luarbiasa, ekstravaganza hingga membuat kita merenung diri masing2 adakah kita sehebat dia..

Ok, pape hal pun, aku sangat berbangga punya kawan2 yang support aku. Tu je conclusionnye.. Haha! Takde menda pun. Buat abes beras weh ko baca ni.. :P

P/S: Kepada Illy and Azyra. Happy birthday ye kawan.. :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti sem tu apaaaaaa?

aku macam benci semua orang disebabkan seseorang!

dush! dush! pegi mati!

cuti sem ni paling membosankan.
dah la tak keluar rumah.
plan sume fail.
keje pun takde member.
aku dah boleh bunuh diri dah.

cam gampang betul!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aiii, Aku Penat!

Aku baru balik daripada kerja dekat bakeri daripada pukul 2pm sampai 2am.

Ade gak kesengalan bahu aku ni cukup terasa.
Aku nk bf aku woaaahh..
Lama tak jumpe dia..
Haihh berat..

Ni takde la aku amende sangat pun.
Nak membuat brape ratus ntah tempahan hamper
untuk raya. Patah pinggang saya. T_T

Cam biasa la keje cashier ni.
Tapi kali ni agak mencabar sket sebab guna mesin.
Pape pun, trime kasih la dekat Shira yang banyak tolong aku.
Then bila malam lepas customer dah kureng,
kitorang ramai2 buat hamper.
Ade gak terus semak habis tunggeng terbalik la bakery tu.
Ni bukti dia!




Biarpun penat, tapi demi mengumpul duit yang telah hilang hasil joli tak hengat dunia tu, aku redha.. Somehow ade jugak hikmahnya. Dapat aku tengok2 kan kedai ni. Kata pun bos kecik. Hahahahahhahh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Bebeh

Cakap pasal bestfriend, aku memang ade ramai.

Ramai yang mengaku aku bestfriend die, tapi aku tak meng'approve dengan hati pun.
Haha! Lantak la..

Bagi aku kawan yang betul2 kawan ialah
-sanggup susah senang sama2
-sentiasa nasihat demi kebaikan
-tolong kawan dalam ape jenis situasi pun
-berkongsi rahsia sama2
-boleh mengubah diri aku
-sangat influential dalam hidup aku
-tak kedekut ilmu
-sanggup temani aku ke mana2 je

Ok, itu baru kawan.
Aku akui yang aku bukanlah kawan yang baik terhadap member2 aku.
Most of the time boleh kata aku fake jugak la.
Tapi apa salahnya kalau aku try jadi kawan yang baik.
Untung2 satu hari nanti aku akan jadi baik.

Belajar dekat Taylor's, aku jumpa ramai kawan2 yang ada ciri2 cam yang aku dah listkan.
Cuma satu je yang kureng.
Susah sangat nak cari yang sekepala.
Bagi aku, diorang semua baik2 belaka.
Walaupun tak sekepala, boleh masuk jugak lah.
Setakat minat tak sama tu, ape lah sangat kan..
Yang penting, dah ramai yang sanggup berkorban demi aku.
Cuma aku je yang menunggu masa untuk balas balik.

Thanks for being there..
Love,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Heheeee!

Tadi ada member kolej aku, sama2 scholar jpa jugak kata tulis dekat wall aku. Tak sangka aku dia cakap aku ade great style.


Bukan aku nak bangga ke apa, cuma aku terkejut sebab pujian tu datang dari Kay.

Thanks Kay Chai. Good luck in US. U r the best! :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I wish I wish I wish...

Perghh, kasut2 idaman aku.. Malas nak cite pnjang, memang syok abes la kalau dapat.





Sayang, nak kasut ni sayang! Heeeeeeeeeeeeehehehehhehehh....

P/S: memang menggelabah gila lah.. Hahahahah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

I Love My Room

Boleh bayangkan tak time tengah struggle2 nak final exam, aku pegi ubah suai kedudukan bilik? Dengan berape hari memang tak tido, terkontang-kanting study cam pompuan mabuk, penat2 lepas habis first paper, bukan tido or study untuk paper esoknye.


Bila sampai bilik, aku rasa serba tak kena. Takde mood aku nak study tengok bilik tu. Alang2 tengah semangat ni aku terus call laila nak mintak permission die nak ubahsuai bilik tu. Fuhh, lepas dapat izin, pe lagi angkat bontot la kemas bilik. Aku tolak lah segala katil and meja yang besar2 gabak kesemuanya. Ade la gak sampai 5 jenis susunan aku try tapi tak berapa berkenan. Then yang last punye susunan baru aku suka. Hehe! Mari lah tengok hasil usaha saya! :D

Sebelum

Selepas


Sorry kualiti gambar buruk. Taknak tunjuk side Laila. Haha!


Hehe! Ade ke pakai Paint je nak buat illustrate kedudukan perabot dalam bilik aku. Saje je nak tunjuk bilik baru atas hasil usaha sendiri.. Peace!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Saya Bangga dengan 'Produk Saya'

Hari tu adik aku mengidam tau nak makan waffle. So, aku bawak lah dia ke bakery aku. Tapi machine nak buat waffle tu dah rosak. Pastu dia pun beli la roti je. Then bila sampai rumah baru aku perasan yang plastik pembalut roti dekat kedai aku ada cop dah. Hehe! Rasa bangga pulak.



By the way, aku dah decide nak kerja part time dekat situ. Maybe start khamis or jumaat ni. Yeahh! So, kepada peminat2 aku yang nak tengok muka aku secara dekat, sila lah datang ke bakery itu. (Saksikanlah muka selebet aku yang tak seberapa ni..) Huhu!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS