Showing posts with label social media. Show all posts
Showing posts with label social media. Show all posts

Don'ts in Writing a Blog



Semenjak kebelakangan ni, aku sentiasa aware mengenai post yang aku tulis. Aku risaukan keselamatan aku and people around me. Bukan aku cakap pasal kes stalking yang bodoh-bodoh tu. No. Aku cakap mengenai threats, atau stalk yang membawa kepada something serious. And start dari semalam aku khatamkan balik blog aku ni. Aku baca balik all posts daripada awal sampai akhir and tapis. Dulu memang aku tak aware sebab dulu cara penulisan aku tak matang, more to personal stuff, maybe boleh exposekan orang lain dalam bahaya or boleh menimbulkan fitnah.


But setelah lama aku blogging ni, aku dah makan asam garam. Haha! Walaupun aku bukan blogger tegar, jauh sekali famous, tapi keselamatan haruslah diutamakan. Aku dah delete beberapa entry yang agak personal. And ingin aku peringatkan kepada sekalian pembaca, atau adik-adik yang ada blog untuk turut sama cek balik and tapis post yang lama-lama tu. Could be someone is looking after you. That could be dangerous, do you know that?


So here are some tips untuk elakkan perkara macam tu terjadi.


  • Jangan sesekali post gambar keseluruhan rumah kita. Atau gambar luar rumah. Lagi-lagi gambar yang ada nombor rumah atau alamat rumah. For example, jangan bagitau dekat blok mana kita tinggal, kawasan perumahan apa. Kalau boleh jangan bagi clue kepada pembaca. Bahaya sangat yang ni.
  • Jangan pamerkan no plat kenderaan.
  • Jangan sesekali tunjukkan info-info personal seperti no telefon, no ic. 
  • Limitkan gambar keluarga dalam blog. Bukan lah kata jangan tunjuk langsung. But limitkan. Info pasal diorang pun jangan bagitau detail.
  • Post pasal cinta- Elakkan upload gambar belangkas bersama pasangan. Aku pernah tengok kawan-kawan aku upload gambar bercium, berbaring atas katil sama-sama, berpeluk sakan... This is soo wrong ok! Benda ni boleh makan kita balik in the future kalau ada orang lain guna untk sabotaj kita.
  • Kalau boleh once kalau dah break up, hentikanlah cerita pasal ex atau keburukan dia.
  • Kurangkan tunjuk kelemahan sendiri dalam blog. Could be ada potential employer terjumpa link ke blog kita and tengok semua tu. Habislaahhh..
  • Jangan kutuk or mengumpat orang dalam blog.
  • Elakkan menulis pasal racism, discrimination and prejudice mengenai orang lain.

Bagi aku, banyak yang entry aku tarik balik tu sebab menunjukkan kebodohan diri sendiri, beberapa cerita pasal tunang aku, pasal benda dulu-dulu yang dah tak relevant dengan sekarang ni. Adelahhh.. Haha! 


Aku jugak pernah menerima beberapa threats sepanjang menulis blog ni. That's why kalau korang perasan, dah tak banyak entry personal aku ceritakan. Semua ni untuk protect diri sendiri and orang sekeliling aku. Gambar diri sendiri pun aku dah kurangkan upload sebab taknak lah jadi vain. Aku sedar aku dah tua. Haha! Tak semengah betul umur-umur macam aku ni nak buat duck face, tonggeng sana sini. Tak manis. Orang tengok pun meluat. Betul kan?


Dari segi penggunaan bahasa pun aku dah kurangkan guna perkataan kasar. Sebab sekarang ni blog ni dibaca oleh semua peringkat umur. Adik aku and kawan-kawan dia baca, kawan-kawan parents aku, saudara mara. Bukan setakat kawan-kawan kita je. So malulah kalau kita bercakap kasar dekat sini. Malu keluarga. Penggunaan aku-kau pulak aku susah nak ubah sebab aku tak selesa guna kata ganti diri lain. Rasa macam fake sangat. So maaflah kalau ada yang tak suka.


Next, sentiasa lah proof read and tapis dulu entry kita sebelum di publishkan. Aku akui kadang-kadang aku malas nak baca balik apa yang aku tulis and terus confident publish. Tapi tak lama lepas tu mesti aku baca balik and ubah mana yang patut. But it's better late than never.


And last but not least, jauhilah internet, social media and blog ketika kita dalam keadaan marah sebab perasaan tu akan mempengaruhi tindakan kita. Elakkanlah bermusuh, and gunalah medium ni sebagai perantara untuk kemukakan pandangan and cari kenalan baru. 



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Highlights of the Month

Two of my bestfriends are having their time in the media these couple of days.. Congrats to both of you. Mommy so proud!   T_T



Anis tulis an article pasal budaya mengucapkan terima kasih dalam masyarakat Malaysia and article tu keluar hari ni on The Star (Sunday July 22, 2012). What a great piece to ponder upon and reflect ourselves.




And Fairuz pulak got a spread in Hijabista magazine, July 2012 issue..




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surprised

This is sooo sweet.

He made my day! :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tolonglah Hentikan Fitnah di Facebook & Blog

Berapa ramai orang yang like, yang share information yang  tak betul ni to compare dengan berapa ramai yang betul2 buat research?


Facebook and blog memang merupakan medium yang baik untuk sebarkan information. Kita boleh share post, video, blog, information and ape-ape jelah yang kita suka nak share.


But the problem that we are facing now is lambakan info-info sampah yang dengan bangganya digelar sebagai FAKTA oleh orang yang tak bertanggungjawab. Banyak dah info yang aku tengok misleading and boleh memutarbelitkan keadaan macam for example tentang isu halal haram. Mustahil korang tak pernah encounter dengan orang yang sebarkan cerita pasal brand makanan ni letak babi laa, ape barang haram lagi laa.. If benda tu benar, then go ahead, gunakan FB sebaiknya untuk sebarkan kebaikan. But only IF benda tu BENAR. Kalau benda tu salah ape cerita? Bukankah kau secara tak langsung dah jadi agen penyebar fitnah? Think about that...


That's why kalau kau tengok blog aku ni tak banyak fakta or informasi pasal something yang aku sendiri tak tahu ape kebenarannya. Sebab tu blog ni kekal jadi blog peribadi, bukan blog info, hiburan, gossip, politik, ilmiah dan sebagainya. Well memang sometimes aku akui aku nak sebarkan ape idea and pandangan aku about something. Tapi next step aku fikir, adekah info aku nak sebarkan ni benar. How sure I am? And adekah aku dah ambik semua side yang sepatutnya should be into account? Aku dah buat research ke? Disebabkan persoalan yang terlalu banyak, aku end up tak tulis pun pasal isu tu. Sebab bagi aku adalah selamat kalau aku stick to something that I knew well before spreading wrong messages to public. Have integrity. Be responsible towards anything that you share in public.


If something tu kau sendiri ragu-ragu, take time buat research. Itulah gunanya information technology. Fungsinya bukan sekadar medium sebagai penyebar fitnah seperti di Facebook, but it's more than that and sangat beneficial. Aku tengok sekarang makin ligat pulak orang sebarkan something yang tak betul. Yang peliknya, kebenaran is everywhere kalau dia take time sikit je untuk buat research. Tapi kenapa someone tu sanggup take time dia baca artikel, mempercayai sesuatu (yang belum tentu benar) and dengan confidentnya menekan butang share tanpa hiraukan apa consequences nya kepada masyarakat? Taktau kah dia betapa misleading information yang dia sebarkan tu boleh memberikan kesan yang besar kepada seseorang?


And again, have integrity. Tak salah nak sebarkan informasi. Tapi make sure it's something yang benar, official (walaupun bukan semua official information adalah benar, but at least it's first hand), buat research, tak menimbulkan provokasi, and beneficial kepada semua orang.


Kepada pembaca-pembaca pulak, kalau dah baca sesuatu info yang korang tak pernah dengar and sounds pelik tu, tolong la jangan bulatkan mata terus percaya. Hanya orang yang kurang bijak sahaja akan buat macam tu. Media (semua jenis media) sangat hebat dalam membuat orang mempercayai dan mengikut kata mereka dengan mencipta fear. Please doubt everything in your mind, kalau tak info tu akan meracuni pemikiran korang. Kalau meracuni pemikiran korang sahaja, aku tak kesah sangat. Tapi yang menjadi masalah bila korang sebarkan kepada orang ramai serta anak cucu cicit korang. Itu ialah masalah besar and bakal memdatangkan penyakit kepada pemikiran society. Jangan persoalkan la kenapa otak kita tak membangun kalau kita sendiri tak memanfaatkan otak yang ada tu untuk berfikir sebaik-baiknya.


Aku paling tak suka cerita pasal iluminati and freemason. Walaupun kewujudan diorang masih lagi ragu-ragu bagi aku (sebab aku tak pernah buat research pasal ni), yang aku pelik kenapa orang suka mengaitkan isu iluminati and freemason dalam SEMUA aspect kehidupan korang? Yang tak tahan siap ramai yang percaya and sebarkan pulak tu... Get a life!


Walaupun kebenaran tentang sesuatu isu tu susah untuk didapati, believe in yourself. Kalau percaya yang Allah merupakan yang Maha Mengetahui, just tawakal lepas berusaha sebab ilmu tu datangnya daripada Allah. Jangan sesekali menempatkan diri kita setanding Tuhan dengan yakin menjatuhkan hukum terhadap sesuatu. Itulah gunanya akal untuk berfikir. To question everything in your life.


Itu saje buat kali ini. Tapi diingatkan lagi sekali...
1) Jangan percaya sesuatu bulat-bulat tanpa pemahaman dan tanpa mengetahui kebenaran.
2) Jangan sebarkan info yang belum tentu sahih.
3) Question everything in your life.
4) Have integrity.
5) Kalau dah buat research and still tak sure jugak, just keep it to yourself. Tak payah nak panjangkan sesuatu isu unless kalau kau merupakan researcher yang boleh membuat kajian akan isu tersebut.
6) Be responsible towards everything that you share.
7) It's even better kalau boleh quote and state kat mana source tu didapati.

A note to myself too..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS