Ketagihan

Aku perasan setiap kali nak final, mesti benda bukan2 je aku beli time tengah tension study tu. Macam sem lepas aku ketagih gula2 Polo and air Redbull kaler emas. Kali ni pulak time tengah menggila tak abes2 baca Wrel je, aku makan Clorets berwarna biru! Sedap woo.. Rasa sejuk2 mint je. Nafas pun jadi sedap. Hoh hoh hoh hoh... (>.<)


Kalau takde benda ni, memang hilang terus mood nak belajar!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Dapatkan Rambut Yang Sihat!

Ok, rehat daripada study kejap. Kali ni aku tak kedekut ilmu punya. Marilah sama2 memiliki rambut yang sihat bebas daripada menggerbang, kekeringan, kekusaman, keguguran dan pelbagai masalah lagi. Di sinilah pertolongan daripada Dr. Farah amat diperlukan.


First of all, jangan percaya cakap iklan syampu macam Rejoice, Sunsilk dan segala macam yang lain sebab mereka penipu besar. Siapa cakap cara nak dapatkan rambut cantik hanya dengan gunakan syampu je or lagi teruk, guna jari je? Hahahah! Palehotak die. Sumpah bodoh. Jangan tertipu. Dekat sini, aku sertakan pelbagai tips untuk dapatkan rambut sihat. Bukan ciplak daripada magazine, tapi aku sendiri yang dah cuba and amalkan.

1. Gunakan syampu DENGAN pelembab. Jangan beli shampoo cikai2 macam dekat Mydin. Biar mahal, asalkan berbaloi. Contoh: Aku gunakan syampu Dove sekali dengan pelembab dia sejak 4 tahun yang lepas. Korang patot try. Sangat lembut. Gunakan pelembab selang sehari or dua hari.

Ingat ye, dengan pelembab sekali.

2. Jangan ramas2 rambut dengan kasar guna towel lepas mandi. Ini akan menyebabkan rambut korang frizz and kasar. Just balut rambut dengan towel sudah.. Berkesan je.

3. Bawak lah gunting ke mana2 je. Kalau bosan, potong lah hujung rambut rosak yang tak best tu. Sangat berkesan ketika dalam kelas yang leh wat aku tido. Peringatan: sesuai untuk perempuan yang tak bertudung je. Kalau yang bertudung pun nak buat gak, susahlah.. And cover2 la sikit kalau buat.

4. Cuci sisa syampu guna air yang sejuk. Boleh buat rambut korang licin.

5. Jangan biarkan rambut terdedah dengan aircond or cahaya matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, sila pakai serum rambut or apa2 krim pelembab before keluar.

6. Jangan sesekali tidur or pakai tudung dengan rambut basah. Kalau tak nanti rambut akan serabai gile and rasa tak best langsung. Cara mudah, duduk lah depan kipas selama 15 minit. Dijamin lepas 15 minit, rambut akan kering and bolehlah korang tido.

7. Korang tahu kan rawatan stim dekat saloon? Memang lah mahal, tapi cara yang murah untuk dapatkan hasil tu banyak2 kali ialah korang just beli je dia punya krim yang digunakan untuk proses stim tu and pakai dekat rumah selang seminggu. Memang krim tu pun mahal, tapi lagi save duit daripada pergi rawatan tu dekat saloon banyak kali. Kalau buat sekali memang takkan jadi. Kena buat banyak2 kali. Contoh: aku pernah beli and krim tu tahan sampai setahun. Memang best!

8. Jangan ikat rambut ketat2. Nanti berbekas, serius tak lawa bila bukak balik ikatan tu.

9. Jangan selalu sangat apply heat dekat rambut macam nak curl ke, nak keringkan ke. Sangat tak bagus. Itu ialah jalan singkat kepada kerosakan. Kalau nak buat jugak, make sure pakai ape2 serum before buat.

10. Biasakan syampu rambut pada waktu malam and keringkan before masuk tidur. Sebelum tidur tu, pakai serum. Esoknya bila bangun, serius rambut jadi macam rambut Beyonce. Tak tipu punye.

Beyonce: Ye, betul tu!

Fyi, aku start jaga rambut aku lepas color rambut awal tahun ni. Sejak amalkan tips2 dekat atas ni, rambut aku makin sihat pulak. Serius korang patot cuba. And, ingin aku tekankan yang serum rambut tu sangat penting tak kira lah korang pakai tudung ke tak. Memang berbaloi! Hik hik hik!

P/S: Cara korang pulak camne?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku Teks Bermasalah

Final aku tinggal lagi 3 hari je. So, waktu yang lapang ni aku spend untuk study lah kan..

Ok, mengenai buku teks World Religion by Warren Matthews, aku rasa angin gila satu badan kalau baca. Subjek religion ni sangat menarik cuma garapan dalam buku tu buat aku rasa menyampah dan susah untuk paham.

The fastest time yang aku ambik untuk pahamkan satu page ialah setengah jam and aku rasa cam palat gila. Kebiasaanya, satu page sejam. Untuk pahamkan, cari maksud perkataan yang susah2 and ingat.

Setakat ni yang aku belum ulangkaji pasal agama Judaism (Jews), Christian and Islam. Jangan salahkan aku kalau aku tak paham. Kalau buku teks tu guna bahasa or vocab yang lebih mudah kan senang. Plus, die tak reti hubungkait antara perenggan. Kejap cite lain, yang ni plak cite lain. Ape kaitan? Tak diketahui.

Explanation tentang satu2 agama pun tak detail and boleh dipertikaikan. Macam aku ambik contoh sejarah nabi Musa yang terima kitab Torah dalam agama Judaism yang sepatutnye jadi sesuatu yang important bagi diorang. Separuh page je cerita pasal tu.

Sejarah Nabi Muhammad yang penting2 pun tak detail and kalau aku letak diri aku as orang yang baru nak belajar Islam, confirm aku tak paham langsung. Apetah lagi kalau baca tentang agama lain yang aku tak faham.

Nak cerita lebih pun malas. Nasib baik aku banyak fokus dalam kelas. And now, aku kena study lagi. Somehow aku percaya usaha tanga kejayaan. Bersamalah kita belajar hari ni. Chow!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Setahun


OK, sekarang ni dah genap setahun aku dekat Taylor's. Dah nak masuk sem 4 dah ni. Nak tau tak, nak tau tak? Aku suka betul tengok perubahan diri aku dalam masa setahun ni. Bak kata kawan2 aku, dulu comel sekarang cun. Haha! Aku bunuh sape yang cakap tu kalau dia menipu! Hmmm... Tapi takkan dorang tipu2 kot. Ramai gak yang cakap camtu.. Teeeettt! Jangan perasan lebih! Haha! Sila la tengok sendiri. :D

Ini ialah stok cam-whore aku dulu dan sekarang.

Dahulu-dahulu

Sekarang-sekarang :D


Apakah objektif entry ini? Tiada. It's a sign yang aku malas study. Peace!

P/S: Sekiranya tak gemar tengok muka aku, korang tak dibenarkan ketawa sedikit pun. Ketawa lah banyak2.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Benci

Tak suka sejak akhir2 ni aku tulis blog panjang berjelaaaaaaaa....

Adoyai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Best From Me

OK, blog kali ni just nak share2 je rahsia kecantikan aku. Haha! Kepada yang ada bertanya segala soalan tentang produk ape yang aku guna dan segala mak nenek tu, sini aku sertakan dengan gambar sekali ok? First of all, aku bukan anak lord. So, mane mampu nak beli barang mahal2 ni ohhh... Which is aku rasa appropriate sebab kita semua pun belum kerja lagi. So. Barang2 ini ialah barang mampu beli! ;D Every product yang aku guna mostly beli guna duit sendiri. Heeeehe! So pepaham jela kalau aku tak mampu untuk mencari product yang terbaik. So, let's see the best that i found!



1. Maybelline Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation
Produk ni aku beli secara tak sengaja disebabkan Ke'best'an die yang melampau. Ok, foundation ni sesuai untuk kulit org Asia. No matter tebal mana korang pakai, warna kulit muka korang still akan nampak natural. Cantikkk! Nasihat aku, sila pakai sekali pada leher ye. Lepas pakai ni, x payah pakai bedak pun xpa. Dah cantik.
Harga: Around RM35+. Sekarang dah murah kot. :D

2.Vaseline Healthy White Body Lotion
Body lotion ni best gak. Actually aku tak puas hati sebab lotion johnson2 yang latest aku beli tu tak best and melekit. Reason taknak beli Nivea sebab bau lotion dia maca bau jantan. So, Vaseline adalah yang terbaik sekarang ni. Bau dia sangat sedap and terasa kulit lembut gila bila pakai. Serious, aku suggest beli yang ni. Haha! Even hari ni pun Hanis Zalikha ada promote. (Link) Plus, harga sangat lah murah.. Heeee!:D
Harga: RM3.20 (12oml)

3. Pond's White Beauty Lightening Cream
Pelembab muka ni bagus ohh. Dah la bau sedap, tak sticky pada tangan n muka plak tu. Plus kalau korang pakai, nanti kulit korang automatically akan cerah macam korang pakai bedak. Untuk jangka masa yang lama, produk ni berkesan la bagi aku. Kulit pun cerah n licin. Hahaha! Pape jelah.. Anyway, aku sangat sukakan ape2 produk Pond's.
Harga: RM12.90 (40g)

4. Paris Hilton Heiress
Perfum ni boleh tahan lah bau dia. Aku suka kumpul perfum, so bau dia agak best la bagi aku. Bau macam bubblegum. Sedap! One thing pasal perfum ni, bau dia sangat kuat and tahan lama. So, kalau korang suka, boleh beli. Kalau tak suka, boleh beli tapi pakai jela sekali spray je. Hehe!
Harga: RM165 (50ml)

5. L'oreal total Repair Night Essence
Ni antara yang paling latest aku beli. Krim pelembab rambut ni boleh tahan bagus gak la. Before dis aku ada beli yang Loreal Cement Ceramide yang Maya Karin jadi model iklan die tu, tp krim tu tak berape nak best sebab melekit gile. Cume berkesan dlm jangka masa yang lama. Tapi krim ni, stil ada melekit sikit tapi dalam masa 5 minit hilang la. Bau boleh tahan. Sangat sesuai pakai masa rambut dah kering lepas mandi lepas tu tido. Bila bangun, rambut pun lembut. Sesuai untuk rambut kering, kasar, bercabang n macam2 lagi.
Harga: RM36

6. Flower by Kenzo (Summer Edition)
Perfum ni mak Afir kasi kat aku time birthday aku last year. At first aku tak berapa suka bau dia sebab terlalu feminin and bau bunga2. Tapi perfum ni la yang paling aku kerap pakai sekarang. Haha! Bila lama2 pakai sedap pulak. One thing yang aku suka pasal perfum ni sebab bau dia tak berapa kuat sangat. So, takde lah orang yang duduk sebelah aku dekat dalam bas rasa annoyed. Plus, kepada siapa2 yang sukakan bau bunga, dis is for u.
Harga: Tak diketahui

7. L'oreal Elseve Smooth-Intense Anti Frizz Serum
Ni produk paling feveret aku!! Aku pakai sejak form 3, and dah ramai dah yang pakai sebab aku suggest. Serum ni memang terbaik. Haha! Boleh buat rambut kau licin and lembut and kurang menggerbang. Rambut aku dulu yang rosak and kasar dah jadi lembut sebab aku rajin pakai produk ni. Sesuai dipakai anytime je or before keluar rumah. Plus, bau pun sedap. Sila try untuk percaya. Biasa aku pakai 2x pump. Untuk rambut yang kasar n panjang, aku suggest pakai 4x pump.
Harga: Rm34

8. L'oreal Elseve Nutri-Gloss Serum Lumiere
Serum ni bagus untuk rambut yang kasar n dull. Bila pakai nanti rambut licin je n berkilau bak mutiara. Cehh cehh cehh.. Ok la bagi aku. Cuma harga dia dengan size dia tak best. Walaupun cenggitu, produk die best walaupun botol die kecik. Pakai sepam pun boleh cover setiap helai rambut. Heee....
Harga: Rm36

9. Sunplay SPF 130
Sunscreen ni bagi aku sangat best. SPF dia tinggi gila, so menjamin la yang sinaran uv tu tak tembus masuk kulit korang. Dia punya texture ok, tak berminyak and macam air je. So, bagus untuk korang yang selalu outdoor. Plus, produk ni water proof and tahan lama.
Harga: RM32 (35ml)

10. Palmer's Skin Therapy Oil
Minyak ni ialah untuk kulit yang berparut, kering, streth mark dan berbagai masalah kulit lagi. Sesuai untuk muka. Yang aku suka sebab bau dia macam bau potpouri ros. Susah nak cari krim penghilang parut yang berbau wangi. Haha! Berkesan ke tak? Actually aku baru je beli tak sampai seminggu. Tapi according to review yang aku baca from internet, semua kata berkesan. So wait and see..
Harga: RM 26 (60ml)

11. Dalacin T Topical Solution
Ubat ni ialah ubat untuk jerawat. Hanya dijual di farmasi2 sahaja sebab ni ialah controlled medicine. Tapi korang semua boleh beli kalau nak. Aku suka gila dekat ubat ni sebab sejak pakai, terus semua jerawat aku hilang and dah tak naik2 lagi sampai sekarang. Member aku ada 3 orang yang jerawat teruk pun, semua hilang lepas pakai and aku dah tengok sendiri. So, memang berbaloi la beli.
Harga: RM36 (30ml)

12. Vaseline Pure Petroleum Jelly
Produk ni famous gila kot dekat dunia ni. Boleh guna untuk berbagai2 tempat macam kulit kering n bibir kering serta berbagai lagi. Bagi aku, aku suka pakai tebal2 dekat bibir sebelum tidur. So, bila cuci muka esok pagi, segala kulit kering pada bibir akan tertanggal sendiri and bibir takkan kering selama 24 jam. Haha! Untuk kulit pulak, aku pakai pada siku. Berkesan sebab sekarang siku dah licin, lemut and tak gelap lagi. Tahan lama kot.
Harga: RM4.50

13. Elizabeth Taylor for Elizabeth Arden
Perfum ni ialah perfum terbaik pernah aku pakai! Bau dia sangat la menarik and ramai yang teringat kat aku sebab bau ni. Memang meninggalkan kesan betul. Sedap dia memang aku tak boleh describe macam mana. Memang terbaik la. Tapi, korang jangan beli pulak. Saje je nak bagitahu sedap dia macam mana. Taknak sama bau dengan sape2 pun. Hehe!
RM 120 (30ml)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Weekend Paling Cemerlang!


Haha! Memang seronoknya weekend ni!

Ok, meh sini aku ringkaskan cerita. First cerita yang pasal aku keluar dengan Afir malam hari Jumaat tu. Pakai baju kurung siot.. Sumpah nak jadi macam ayu je. :D Dia bawak aku pegi jalan2 and kitorang makan dekat restoran tempat kitorang keje dulu. Siyes dah banyak perubahan dekat restoran tu. Ye ar, kata pun lama tak lepak situ.

Then terjadi lah kes langgar side jalan tu. Yang tu aku dah cerita, so x payah cerita lagi. Tapi malam tu aku kasi dia hadiah birthday die yang dah lepas berbulan2 yang dulu. Kasi kasut sneaker je. Hehe! Dia suka ar.. (berani2 la kalau kata tak suka) So, dia pun pakai kasut tu on the next day, hari Sabtu time kitorang pegi Taman Tasik Perdana kat KL.

Ade cite bodo sket yang jadi antara aku dengan ayah aku time nak pegi jumpe dia hari jumaat and sabtu tu. Time hari jumaat malam aku nak jumpe Afir, aku cakap dekat ayah aku. Ayah aku cam tanya "Yang kau pakai lipstik ni, nak kuar dengan dia pegi mana?" Adoyai.. malu aku. Aku kata la tu lipstik siang tadi. (actually memang aku ade touch up sikit pun. asal la ayah aku leh perasan pulak)

Then, hari sabtu pulak, aku nak keluar lagi dengan Afir sebab nak teman die pegi buat photoshoot. Ok, kali ni aku dah tak pakai lipstik. Aku pakai bedak je. So, berjumpa lah aku sekali lagi dengan encik ayah nak minta izin. Now ayah aku tanya "Ni yang pakai make up apesal pulak?" Adoyai ayah... Malu la aku lagi sekali. Tak boleh jadi ni. Dapat keluar dengan Afir, tapi aku padam balik bedak kat muka aku. Haihh.. Malu..

Tapi seronok keluar dengan dia. Haha! Bagus. Dah lama aku tak pegi Taman Tasik Perdana tu. Last time pun time form 1 kot. Tu pun setakat main2 dekat taman permainan die. Hehe! Pape pun, thanks la Afirrrrr... (malu nak cakap lebih2) Heeee... :D

Next, pegi rumah Mak Uda aku pulak. Ni nak pegi menziarah rumah baru dia. Cantik gak la. Depan Hospital Selayang je. Pastu malam tu pegi makan dekat kedai satay Mak Ita aku pulak. Perghh.. Sedap! Haha! Yang tak boleh blah, anak2 sedara aku dok beli gula2 zaman aku kanak2 yang dah rare sekarang ni. Rindu siot. So, memang sume pakat kena paw ar daripada aku. Heheheh..

Ahad pulak, cam biasa, aktiviti memasak lagi bersama mak n abang aku. Kitorang masak 4 jenis. 3 italian, 1 american. Aku taktau nama2 makanan tu ape. Yang penting satu, kitorang masak macaroni and cheese bakar and pumpkin pie. Sedap tak terhingga! Kalau macam ni, tiap2 kali aku balik rumah, memang heaven ar. Membesarkan perut je. Ahhahahah..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Korang Sangat Up-to-Date!

Haha.. Saje nak menganjing sikit. Actually korang takde aptudet aptudet nye.. Unless kalau korang dah beli majalah Eh! keluaran Ogos sebab ruangan fesyen die sangat lah up-to-date ok. Haha!


Kat sini just nak cerita sambungan2 kisah blog aku yang lama. And now korang boleh gelar diri korang aptudet lepas habis baca entry ni. :D

Ok, first sekali untuk blog yang cerita pasal aku nak start balik menyanyi tu. Untuk sape2 yang taktau, sila tekan sini. Mengenai persembahan aku tu, aku rasa ok je. Bila aku tengok video yang member aku record, errr.. Cam haram gak la. Tapi bila lama2 dengar rasa cam sedap pulak. Hahahaha! Kawan aku kata ak cam Zee Avi. Tak memasal je laa.. So, ape future bagi nyanyian aku lepas ni? Ntah. Maybe terkubur, or maybe aku akan nyanyi dalam bilik saje.



Ok, next pasal kes kereta bf aku tu. (Link) Now dah servis segala bagai tu, tukar tayar ape semua, so dah ok la. Cuma hari tu bila dia bawa aku pergi Taman Tasik Perdana, dia drive agak laju. So, tauke kedai servis tu cakap kitorang bnasib baik sebab tayar tu kan dah terkopek. So bila bawak laju, tayar tu akan jadi panas bila bergesel dengan jalan. Kemungkinan heat tu untuk kena tiub kereta tu agak tinggi so boleh menyebabkan tiub dalam tayar tu meletup. Fuhh! Selamat tak jadi... Plus, bf aku pun dah nak wat spek baru pun. So, pasni takde lah silau2 lagi.

Ok, tentang junior-junior plak, alhamdulillah.. Semuanya ok2. Walaupun pada mulanya aku ade la geram2 sikit, tapi sekarang ni dah ok dah. (Link) Cuma one thing, aku masih belum dapat masuk lagi ngan diorang. Tapi kalau setakat menyembang yang bukan2 tu boleh la. Cuma aku busy kan sejak akhir2 ni. So peluang untuk bercakap tu kureng sket la. Dorang ok je. Pembersih gak la. So, bersyukur sangat2 sebab doa aku termakbul. Haha! Puas hati! Tadi time aku tengah menggelabah nak turun buka puasa, tetibe dorang tahan aku sebab nak mintak izin nak buat jadual buang sampah. Ok. Ini sangat mengkagumkan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Himpunan Fakta Bodoh Tentang Farah.

1. Suka cerita pasal hal cinta tapi tak suka kepoh2. Malu! Actually nak jugak cerita, tapi tahan.. tahan....

2. Tak suka menipu and mencuri. Bak kata orang tua, mula2 menipu lama2 mencuri. Haha! Tak kena mengena..

3. Teramat gila-gila. Yesss.. Sangat. Kalau tak tahu, sila kenal aku dengan lebih lanjut. Cuma tak suka menunjuk. Nanti kena label as GEDIK. Haha!

4. Kanak-kanak dan bayi sukakan aku. Aku tak tahu kenapa.. Aku x buat apa2 pun. ???

5. Suka gila tengok cermin. Vain gila. Tapi takpe, menurut Merriam Webster Dictionary, orang vain bermaksud seseorang yang having excessive pride in achievements and appearance. So, bukan sahaja aku sukakan rupa aku, tetapi kagum dengan kejayaan. wth. Haha! (nak cover je)

6. Aku tak suka minum air panas atau air yang terlalu sejuk. Suka air sejuk je. Bukan terlalu.

7. Somehow, tak minat makan ice cream. Tapi pernah sekali pusing Sunway Pyramid 3x dengan Afir semata-mata sebab nak cari kedai ice cream faveret aku. Camne tu?

Yeahh! Ice cream!! Haha! Tetibe tersuka pulak kan?

8. Aku ingin menjadi seksi tapi tak suka berpakaian seksi. Haha! Pelik je. Tak boleh. Tak boleh. Nanti lelaki gatal suka usha. Perempuan gatal pun sama.

9. Suka berfikir tentang masa depan yang merepek. Bukan pasal pekerjaan atau perkembangan diri. Tapi tentang bakal laki, bakal rumah, bakal gaji dan berbagai-bagai kebakalan lagi.

10. Setiap kali aku kata aku suka fesyen, maksudnya bukan aku pandai bergaya. Aku suka fesyen je. Fyi, gaya aku sangat selebet. Walaupun orang semua cakap aku pakai cantik, tapi cuba tanya bf aku. Dia mesti ada banyak benda untuk diperkatakan tentang gaya aku. Haha! Lame..

Hah.. Selebet je kan? Sebab tu bf tak sayang. Haha! Tak. Tu tipu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Directness ini membunuhku..

Aku belajar Interpersonal Communication. According to Deborah Tannen," Indirectness is better than talking directly. However, indirectness also meaning that one's manipulating the message."


Adoyaii.. Ok fine la, relate kepada theory tu tadi, memang lah dia cakap indirectness or cakap berlapik2 ni bagus. Memang tak dinafikan ade side bagusnya. Tapi itu aku yang dulu. Yang mulut terkunci, haram nak keluarkan pendapat yang menyinggung orang.

Sekarang aku diserapkan dalam American education. Aku kena biasakan diri dengan culture yang sangat lah berterus terang tu. Tambahan pulak sejak akhir2 ni aku rajin tengok cerita2 from US macam Desperate Housewives, How I Met Your Mother, Glee, 2 and a Half Man, Everybody Loves Raymond etc. sume tu la.

So, aku makin terikut2 dengan cara percakapan diorang. Bagi aku bagus jugak. Aku mula apply in real life. Ok, ni masyarakat Malaysia that we are talking, ade yang terasa, ada yang ok. Yang side baiknya, ramai yang boleh terima cara aku. Diorang admit, lagi senang communicate dengan aku daripada communicate dengan orang yang jenis simpan dalam. Masalah pun senang settle, keje pun jalan lancar, each side punye problem pun senang nak difahami.

Kepada yang cepat terasa, lantak korang lah nak cakap apa pun, im telling the truth. So, suck it! Hahahah.. Yang penting hati aku puas, mesej aku sampai. Nak kecoh lebih, sila datang face to face. TAK BAIK MENGUMPAT ye... Hoh hoh hoh hoh...

P/S: Ape yang aku tulis contradict dengan tajuk tak? Hahaha.. Lantak!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adventurous Night

Rasa macam nak menjerit sekarang. Perasaan gembira campur cuak bercampur-gaur. Ape ni? Bahasa pun tak betul. Haha!


Ok, tadi aku sangat hepi spend time dengan Afir. Cuma masalahnya datang bila dia terlanggar bahu jalan yang hitam putih tu. Adoyaii, terus malam jadi slack.

Actually, dia ada masalah silau pada waktu malam. So, keadaan tadi pulak dengan gelap takde lampunya, tingkap berkabus and dia tengah hepi2 sembang dengan aku, tiba2 terlanggar.

Terus berhenti sebelah jalan sebab dia nak check. Dia cakap la yang ade scratch and sport rim die kemik. Aku dengar macam serius je. Cuak gak bila dapat tau apa yang parents dia mungkin akan buat kalau dapat tau pasal tu.

Tapi bila dah sampai rumah aku, dia suruh aku tengokkan pulak. Aku tengok ok je, cuma sport rim tu macam nak tercabut je. Lagi lah dia cuak. Dia suruh aku panggilkan ayah aku tapi ayah aku dah tidur.

Bila aku pergi balik dekat dia, dia dah cabut sport rim tu. Pastu dia pasang balik. And then, TARAAAA... Keadaan kembali seperti sedia kala. Cuma ada minor calar sikit yang kalau kau pandang sekali lalu pun takkan perasan.

But still, dia masih cuak. Hahaha! Serius buat aku cuak jugak. Tapi mana boleh camtu. Mestilah aku kena tenangkan dia. So, dia pun balik. The End.

P/S: Cerita cuak ni mesti tak mencuakkan korang. Aaihh, berat!
(-_-")

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Impian yang mungkinkah tercapai?

Tadi time lepak-lepak tunggu member aku settele hal dekat luar kedai, tiba2 terpandang ada satu lot kedai ni tempat model agency. Baru perasan ada model agency dekat sangat dengan kolej aku.


Tibe2 terberangan pulak.. Cuba bayangkan kalau aku jadi model. Hmm.. Mesti best kan? Aku kan suka ambik gambar. Suka posing syok sendiri. Tapi slack, bila kamera hala ke arah aku, segala posing mak nenek tu semua hilang. Terus takut.

Banyak kali kot Afir cuba wat photo shoot dengan aku. Konon2 aku model la ni.. Tapi hasilnye sangat lah menyedihkan.. Tak nak provide gambar tu kat sini. Haha! Kalau gambar tangkap sendiri ok la. Tapi kalau orang lain tangkap, mesti hancur. Tapi aku kata kat Afir.. "Alah, gambar kalau ko tangkap buruk la. Aku segan nak posing depan ko. Kalau professional photographer tangkap, cnatik la kot aku posing.."

Ye la Farah.. Alasan... :P

Tapi dulu ada sorang uncle owner satu saloon ni pernah tawarkan aku jadi model untuk sorang penggunting rambut from Jepun. Ada L'oreal punya showcase dekat Times Square time tu. Senang cite, jadi model rambut, at the same time kena buat catwalk and photo shoot sekali la. Aku punye excited, semua orang aku bagitahu. Tapi sayang, timing tak betul. Hari showcase tu ialah hari first day final exam aku sem lepas. Huhu.. So, peluang pergi macam tu je... T_T

Name: Farah Bahiyah
Age: 19
Height: 163cm/ 5'4 ft
Weight: 48kg
Cutting: Rahsia woooahh!







Selama ni kalau setakat jadi model dekat sekolah selalu la.. Alasan kenapa aku dipilih, sebab aku tinggi and kurus. Tu je? Tak market langsung la aku ni.. Haha! Ok la.. Hajar la ni yang ajar aku jadi Tyra Banks sebab syok tengok cerita America's Next Top Model masa cerita tu baru sampai Malaysia time kitorang form 2 dulu.. Adoyai.. Kenangan betul! Haha!

Persoalannya, mungkinkah satu hari nanti aku akan jadi? Mungkinkah..??

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku rindukan dunia tu!

Tadi ada sesuatu yang dah lama aku tak buat, aku buat. Haha! Sesuatu yang jadi makanan aku dulu selama 9 tahun. Semuanya gara-gara aku teman Nikki main piano dekat dalam Mini-Auditorium, Mezzanine.


Aku dah mula menyanyi balik!!! OMG! Haha! So, jamming kejap la tadi dekat dalam audi tu dengan Nikki, Anzari and Nasrul. Semuanya sebab preparation untuk performance weekend ni sempena Welcoming Newcomers (event untuk welcoming the juniors). Nikki main piano, Anzari gitar, Nasrul nyanyi, aku nyanyi and gitar.




So, alamat aku lepak jugak la kat Subang Jaya ni weekend ni. Ohh no! Tak sukenye! Somehow i have to admit this.. Aku rindukan family aku!! Huhu! Anak ayah btul.. Tapi xpe.. Aku akan balik gak naik KTM. Tak kira! Tak kira! Tu la semangat sangat nak nyanyi. Dulu beriya2 je tolak taknak join. Lepas dah practice, terus gatal nak join.. Farah memang.. (-_-")

OK, berbalik kepada cerita, maybe aku akan bawa 3 lagu.
1) The Only Exception- Paramore
2) The Scientist- Coldplay
3) Cinta Sempurna- Yuna

Tapi lagu ke-3 tu x sure lagi la.. Aku rasa tak kot. Haha! Sje je nak list. Nampak macam banyak sket kan. Hoh hoh hoh... Dah la pasang mic tu kuat2, perghh memang sedap. Kalau aku bawak gitar aku tadi lagi best kot. Haha!

Kecintaan ku.. Passion ku..
Dah lama tak admit pasal benda ni. Aku rindu nak menyanyi sebenarnye!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aku senior, so aku nak bully kau!

Adoyai.. Budak baru nak masuk pulak rumah aku ni. Ada 5 orang yang akan masuk esok. (sabtu) Aku baru je bersihkan toilet luar tadi and ingat nak ajak Afir lawat rumah aku. Cehhh! Potong stim betul! Baru ingat nak bercanda esok (tu tipu)..


So, memandangkan budak housemate baru nak masuk (kemungkinan budak sem 1), aku rasa aku nak bully ar diorang. Aku nak buat strict rules yang kalau ko langgar, ko mati. Baru ada respect sket kan. Haha!

Pastu, aku nak buat peraturan2 baru.
Err.. contohnye camni la.

1. Tak boleh memasak dekat rumah (kecuali megi)

2. Tak boleh basahkan seat toilet. Aku geli.

3. Takde sesape dibenarkan untuk guna toilet master room kecuali aku and Laila. Exception untuk kes emergency. Mandi pagi kat toilet aku pun x boleh. Kalau tak nanti aku lambat pegi kolej. :P

4. Budak2 baru kena beli rak kasut, kain lap, berus toilet, penyapu, mat untuk toilet sendiri. Jangan harap aku nak belikan. Nanti korang naik lemak.

5. Aku nak buat timetable kemas rumah. Korang kena follow. Kalau tak....

6. Takde siapa boleh conquer sofa macam sofa tu bapak ko yang punya. And, tak boleh tido hari2 dekat sofa sebab aku suka study malam2 dekat situ.

7. Kemas semua barang and simpan dalam bilik sebelum masuk tidur malam2.

8. No shoes inside the house. Kalau dalam bilik, tu lantak ko.

9. Jangan tinggal apa2 makanan dekat kaunter kabinet dapur. (Jangan ikut perangai budak housemate sebelum ni)

10. Jangan pasang lagu kuat2 dekat living room. Aku tak suka. (kecuali kalau tu lagu Hujan, aku maafkan)

Ok, actually banyak lagi rules yang aku nak buat.. Baaaanyaaakkk lagi. Tu la, siapa suruh dapat housemate yang perfectionist macam aku. Haha! U may like me, u may hate me. Kalau nak best, kite boleh jadi geng.

Errr.. Boleh tak aku request nak housemate yang cool and tak skema.. Please.. Please...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Semenjak Mereka Pergi...

Tanggal 5 Julai merupakan tarikh yang sangat bermakna untuk aku.
Sebab! Tarikh ni merupakan hari
HOUSEMATES AKU KELUAR DARI RUMAH UNTUK SELAMANYA!!!

Perghh.. Siapa tak gembira weh.. Potong jari la kalau aku tak hepi. Siap menari poco2 lagi bagi meraikan kepergian mereka..

Tetapi..
Tak bermakna diorang keluar macam tu je.
Bak kata pepatah melayu, "harimau mati tinggalkan belang"
"housemates keluar meninggalkan sampah"

Haihh.. sampai bilalah korang nak belajar yang tempat buang sampah ada dekat depan lif, tong sampah ada dekat dapur, dan sinki bukanlah tempatnye untuk buang sisa makanan.

Apa2 pun, aku tetap redha.. Pengalaman yang menyakitkan hati selama setahun ni betul2 membuatkan aku sabar dan memahami. So, aku n Laila pun kemas saki-baki yang diorang tinggalkan untuk kitorang.


Hasilnya, lima plastik sampah hitam aku jadi mangsa. Yang menyedihkan, aku terpaksa mencemar duli aku buat seketika sebab nak kemas toilet diorang tu. Haha! Tapi takpelah, walaupun penat, aku sangat puas hati.

Dan nasib baik En. BF teman aku malam ni. Haha! Fuhh.. Hilang semua penat!

Hasil lepas dah kemas. Dah macam hotel pun ada. Haha!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Heartbreak

Why reality hurts?

Why u cant trust someone u love at the fullest?
Why why why i always get through the same thing..

Dont hope so much in life,
Dont reminisce so much of ur past
Dont ever break someone's heart

To confess is easier than to accept
To lie is easier than to please

Leaving u is not an option
As the love i give to u is for eternity..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS