Showing posts with label yummy tummy. Show all posts
Showing posts with label yummy tummy. Show all posts

My 21st Birthday

30 November ialah birthday aku! Sampai hati takde sorang follower wish pun.. Haha! Memang aku suka perasan artis, we all do. But it's ok coz birthday korang pun aku tak ingat bila. So 0-0 la. Birthday aku pada tahun ni jatuh pada hari Jumaat, which means partayyyy. For those of u who dont know, Friday in US means party and get drunk. But since Im a Muslim, i dont drink, so what do we do? Hurmm let's get to that in details.



Duduk dalam dua negara yang sangatlah berbeza time zone pun untung jugak sebenarnya. Beza masa US dengan Malaysia ialah US lambat 13jam dari Malaysia. Which means, kalau Malaysian wish bithday aku pukul 12am Jumaat, dekat US baru pukul 11am Khamis. Get it? So basically aku sambut birthday aku 2hari. Selagi belum pukul 12am Sabtu, selagi tu kita party.


Masa hari Khamis tu aku tak teringat pun pasal birthday. Aku bangun pagi pukul 10.30am sebab mengenangkan yang turn aku masak hari Khamis. Tapi pelik kenapa Afir bbm dengan aku time-time ni. Ohh, baru teringat, dia dah ready nak wish birthday aku setengah jam earlier rupanya kalau ikut waktu Malaysia. So die suruh aku bangun, cuci muka sebab dia nak skype, nak tunjuk hadiah birthday. Cancel plan aku nak memasak pagi tu sebab he made me feel so happy, surprised and seriously nak jerit!! First he sang me a happy birthday song sambil main gitar in different versions. Kejap slow, kejap rock, metal. Then baru dia reveal what he got for me. Serious it's like thousand times more than what I expected!! Next post I'll tell you what is it. He made me smile all day :)


Then satu hari tu I was showered with love and wishes from my family and friends. Padahal baru hari Khamis, baru 29hb. Belum birthday aku lagi. Malam Jumaat tu aku dengan kawan-kawan aku pergi ke event Kazakhstan Independence Day. Ada sambutan menari-nari, ade awek and lelaki hensem dan jugak food galore. This is my second time attend Kazakhstan event. Tapi kali ni serious ramai kawan-kawan aku pun ada sekali dekat situ. So lama jugak kitorang lepak. Daripada pukul 7pm sampai 12am baru balik rumah. Happy sangat time ni.

With some of my friends at Kazakhs event. I think there was more than 10 Malaysians I met at this event.


Delicious Kazakhs food.


Lepas balik rumah pukul 12am tu, ni baru official hari birthday aku, sebab dah hari Jumaat. Lepas aku sampai rumah, aku baring-baring je sambil main internet. Sekali dalam pukul 1am, ada orang ketuk pintu rumah kuat gila. Aku bukak la pintu, rupanya ada delivery guy deliver hadiah birthday aku. Awwww rupanya from kakak senior aku. Dia send chocolate chip cookies and sundae cookies. Ada kacang walnut, vanilla icecream and a large cookie.

My late snacks.


Maka hari Jumaat pun bermula. Masa siang, macam biasa aku pergi kelas, pergi post office, untuk post barang ke Malaysia. Then kawan aku ajak ke Berkey Creamery untuk celebrate birthday aku with icecream. Seronoklah aku, Lee Ying and Fiqri lepak sambil bersembang bukan-bukan. Dalam pukul 8pm baru balik. Lepas balik rumah, aku main gitar, rekod lagu sikit, nyanyi and skype with my bestfriend, Fairuz. 

With Lee Ying

Those spoons indicate that Im 21 right now. Hehe!


Then dalam pukul 1am, housemates aku semua and Kak Fatin terjah bilik aku sambil nyanyi lagu birthday. Awww... Siap ada cookie cake and cupcakes... Like always, aku blur sikit sebab taktau nak react macam mana kalau orang buat surprise. Hehe! But rasa grateful to have all these people to be my friends. Kitorang makan dekat dining room, and makan popsicle sekali. Pada batang popsicle tu ada macam quiz/joke so kitorang main guessing sampai lah pukul berapa semua tak reti tidur. We kept eating more popsicles sebab nak dapatkan new questions. 






So kesimpulannya, I am so happy. Memang takdelah grand macam birthday ehemm korang, but I really appreciate all the littlest efforts to make me feel special on my day. Even dengan ucapan birthday on Facebook pun dah buat aku happy. So, kalau ada lebih tu kira bonus lah.. And for Anis, she really made me feel special beberapa hari sebelum birthday aku sebab dia buat countdown to my birthday everyday. Dia yang remind aku berapa hari tinggal untuk birthday aku on Twitter, or else aku sendiri tak ingat bila birthday aku sebab leka sangat terlupa tarikh. Haha!


And last but not least, thanks to my parents who raise me up sampai dah besar panjang macam ni. Im 21 now and legal, so thanks to them sebab berjaya membesarkan anak sampai ke tahap ini. Huhu! Without them, I dont know where I would stand right now. I love my family and I love y'all who made me feel so special.. Please tell me when is your birthday so I would return the same favor to you guys back. Hehe.. Bye-bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blue Rosette Cake

Beberapa hari lepas aku berjaya buat kek yang aku teringin nak buat since raya Haji lepas tapi tak menjadi. But kali ni jadi! So I was so overwhelm, rasa puas hati sangat. Afir kata kek ni cantik, so maknanya aku berjaya. Funny thing, we were planning to make our own wedding cake satu hari nanti. Tersangatlah confident. Tapi since hari tu aku fail, aku macam down sangat. But this time menjadi, so angan-angan tu still possible. Haha!


Last time aku buat kek warna pink, kali ni warna turquoise pulak. Sepatotnya nak buat kek ni sempena birthday kawan aku, Anis. Tapi hajat dia untuk melawat State College tak kesampaian, so takpelah aku buat untuk housemate and lima orang tetamu yang ada dekat rumah aku masa tu. Setelah berjam-jam berhempas pulas, maka inilah hasilnya..





Overall, memang aku sangat berpuas hati. Walaupun takdelah kemas mana, tapi sebagai percubaan pertama, boleh dimaafkanlah. Aku buat 3 tone untuk kek ni, but somehow nampak macam dua tone. Ni first time aku hias kek dalam bilik. Sebab nak mengelakkan dapur yang panas, takut frosting dia cair nanti. So memandangkan sekarang tengah winter, aku bukak tingkap bagi udara sejuk masuk bilik and start decorating. 


Kepada sesiapa yang bertanya macam mana aku hias kek ni, benda yang penting ialah kepekatan frosting and piping tip yang betul. 


Make sure tip ni bersaiz besar untuk dapatkan bunga yang besar and mekar.


Selebihnya aku tak reti nak terangkan, so tengoklah video yang aku bagi ni. :D



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Things To Do if You're Visiting Penn State

In case you dont know, aku belajar dekat Penn State, US. Walaupun dah setahun lebih aku belajar dekat sini, most of the time aku pergi kelas and balik, so macam aku tak menghayati sangat life as a student here. Aku tak pernah anggap diri aku as a tourist, hence that's why aku tak pernah nak bergambar merepek-merepek dekat campus. So since this Thanksgiving holiday campus cuti seminggu and semua orang balik kampung, I decided why not aku buat photoshoot and tour area campus ni. Terus aku mesej kawan aku and ajak dia keluar petang tu jugak.


Sekarang ni Maghrib masuk awal. So by pukul 5pm dah gelap. Hence we dont have enough daytime. So kalau nak buat planning apa-apa, make sure sebelum matahari terbenam. Afir pernah cakap, waktu terbaik untuk bergambar ialah dari pukul 8am-10am and 5pm-7pm sebab time tu matahari rendah, so kita akan dapat pancaran cahaya yang cantik. But since matahari terbenam sekarang pukul 5pm, so pukul 4pm kitorang ambik gambar. Eh ok, dah lari tajuk ni.


So let me present you ways to waste your time at Penn State. (If you were happen to get stuck here)


1. Take Photos at the Lion Shrine.

Lion Shrine ni ialah Penn Staters' pride. It was presented to Penn State as 1940 class gift; and since then, it's being the most photographed site on the University Park campus. Hari-hari aku lalu depan shrine ni tapi tak pernah berpeluang untuk ambik gambar (sebab ketiadaan photographer), but yesterday I made my first time!


Bila sentuh lion ni rasa sejuk sangat and I didn't know this thing was huge! Aku memang gayat time panjat ni, and beberapa kali macam nak tergelincir. Nak panjat ni pun satu masalah sebab kaki tak sampai and sumpah kena kangkang besar gila. Serious kangkang besar -.-


However, aku berjaya buang perasaan gayat tu and panjat jugak (and berjaya kangkang besar juga). Lihatlah prove ini!


Time ni bergambar sambil mengigil kegayatan.

Masih mengigil tapi tunjuk berani

Kelegaan.



2. Chasing Squirrel

Squirrel, atau tupai dekat sini sangat-sangat comel!!! Tapi aku masih belum berpeluang untuk tangkap seekor. Kalau dapat memang aku kurung dia dalam rumah sebab comel sangat. Huhu. Kejar and bermain dengan squirrel memang dapat mereleasekan tension lepas habis kelas or lepas screwed an exam :)

Cubaan memujuk gagal.

Next time kena bawak a bag of peanuts coz they love em.


3. Get Some Ice-Cream at Berkey Creamery

This is the best part of being at Penn State. You'd get to eat the world-reknown, Berkey Creamery ice-cream! Ice-cream dekat sini memang best sangat-sangat, and I'm sure you'd love them too. Kalah rasa Baskin Robbins and Haagen Dazs. Serious aku tak tipu. Memang sedap. Setakat ni aku dah rasa 9 jenis perisa, but I still haven't decided on which one is my favorite. Huhu. But so far, Butter Pecan paling sedap bagi aku.. Maybe.. Banyak lagi tak rasa ni. And icecream ni hanya available di Penn State sahaja. Keluaran Food and Science Department dekat sini.


Satu cup dalam USD3 so takdelah mahal sangat and kita akan dapat banyak gila icecream. Like, satu cup tu boleh kongsi dua orang. So amat-amatlah berbaloi.




Hurmmm can't decide which one to taste first.

Yesterday I got Butter Pecan and Coffee Break (coffee with choc chip). But I like the Butter Pecan more.



4. Chillin' at the Old Main 

This is the main building and being renowned as a landmark for Penn State. Dulu building ni sangat penting, but now it's just an administrative building. Aku tak pernah masuk pun bangunan ni, but it's nice to take photos with it as a background, since bangunan ni ialah mercu tanda Penn State. Means that kau dah berjaya jejak Penn State kalau ada bergambar depan bangunan ni. Biasanya during Summer, students akan duduk berbaring dekat padang ni, main frisbee, study bawah pokok. So agak menyamankan...  Masa Winter pulak, ada je student yang buat Snowman dekat sini. So agak seronok berada dekat sini.




Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati macam Pattee Library, The Mall, Arboratum, Beaver Stadium, and macam-macam lagi cuma aku tak sempat singgah semalam so takde gambar. Huhu. Hopefully post ni membantu future Penn Staters, or kawan-kawan yang ada di US yang berhasrat untuk singgah Penn State. Jumpa di next post. Sekian, trimas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tragedi Kek Raya Haji

So ni kali kedua aku merayakan raya haji dekat US. Last year tak celebrate pun sebab takde sape bother nak celebrate? Tahun ni pun sama jugak, cuma kitorang macam usahakan jugak untuk jadikan hari ni special.


Raya nye hari Jumaat, tapi kitorang sambut hari Ahad sebab tu je masa yang semua orang can make it.  

Menu rumah aku buat ialah:
Ayam masak merah
Nasi himpit
Pulut
Lontong
Strawberry cicah coklat
Puding karamel
Cream puff
Farah's special cake. *Harus letak nama special*

Makanan yang orang lain bawak:
Laksam
Egg tart
Nasi tomato
Sambal ikan bilis
Nasi putih


So here is the story about my 'special' cake. Pada asalnya plan aku terbaik je. Plan haruslah yang paling baik je. Dah nama pun PLAN. Confident gila yang cake ni akan turn out well. Satu rumah tanya aku wat kek apa, aku jawab ni cake special. (Padahal taktau nama ape) Huhhu..


Plan asalnya nak buat kek berupa macam ni..






This is called the rosette cake. 
Cantik kann?


Walaupun aku dah plan baik but still macam ada rasa tak sedap hati. In case frosting aku buat nanti tak boleh hold shape ni. Sekali memang betul apa aku jangka. Cream cheese yang aku buat untuk frosting lembik. Taktahu mana silapnya. I kept adding confectionary sugar untuk kasi dia kental sikit, but tak tak hold gak acuan dia.


So we changed to plan B. Plan B ialah buat ruffle cake. Ni nama aku bagi sendiri. Lol. Rupanya ialah macam ni..



Isn't this pretty??


But no. My frosting won't let it happen. Like she hates me. Aku punya la whipped kan dia and masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkan sikit, but still cair jugak. I spent the whole day tryna figure out how to work this frosting. But in the end it fails me. Rasa macam nak menangis bila cream tu melt. Meleleh banyak sangat sampai banyak gila tisu digunakan untuk bersihkan cream yang cair tadi.


So this is the end look.

Kecewa gila aku..


Ni warna sebenar..


However lepas aku post gambar expectation-reality tadi, so much love was poured on me bila ramai yang like and puji cake aku. Rata-rata cakap yang cake aku looks more real and yummy to eat. Ermmm hopefully tu pujian yang ikhlas ok. Haha! I dont expect people to love this cake. Thanks so much from the bottom of my heart to those who compliment this cake eventhough takdela tempting sangat physicalnya. Pengajarannya ialah, next time please use buttercream. 


My cake.


Lapisan kuning ialah perisa lemon. Warna merah perisa vanilla. 
Covered with cream cheese frosting. 
Walaupun tak cantik tapi tetap sedap. Lol.
*puji kek sendiri*


So, sambutan hari raya hari tu went well walaupun ada kelewatan sikit. So ni ialah makanan yang terhidang..


Time ni laksam tak sampai lagi.


My personal favorite is strawberry coklat. Serious coklat tu sedap gila and bila combine dengan rasa strawberry yang manis and besar... HEAVEN.





Dengan periuk kuali semua bawak keluar. Haha!


 With all of my housemates

 SELAMAT HARI RAYA EVERYONE!


WEEEEE!!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Agar-agar Kering yang Awesome

Thought of writing this for my dear readers but have been delayed for so long. Glad that my mom asked me to explain how to make agar-agar kering, so this is for all of you who have been wondering and asking..


It's not that hard to make agar-agar kering. Walaupun aku sering mengeluarkan fatwa sendiri dengan mengatakan kuih tradisional susah nak dibuat and sensitif, but definitely not this one. Ok I lied. Actually nak masak agar-agar ni is easy peasy, tapi proses nak bagi kering tu memang menggugat keimanan and kesabaran tambah-tambah pulak sekarang ni bulan puasa.


First tips yang aku boleh bagi ialah kalau nak buat agar-agar kering ni, paling lambat pun seminggu sebelum raya. Sebab memang take time lama sangat untuk bagi dia betul-betul kering depan belakang.


Bahan-bahan untuk buat ni senang je, takdelah complicated pun. Just pakai gula, gula batu, agar-agar, air, daun pandan, pewarna and perasa kalau suka.


50g agar-agar
400g gula
1 cawan gula batu
6 cawan air
daun pandan/ perisa
pewarna



First of all, masukkan air, daun pandan and agar-agar dan masak sehingga agar-agar totally cair.



Then baru masukkan kesemua gula and larutkan sampai dah takde berbiji-biji. Jangan risau kalau warna dia berubah jadi kehijauan. Tu warna daripada gula and daun pandan. Tapi once dah masukkan dalam acuan or bekas, warna akan jadi jernih balik.



Lepas dah siap boleh lah masukkan ke dalam bekas. Ok here are some tips. Tuangkan dalam bekas about 0.7mm height. Jangan sikit sangat letak sebab nanti lepas dah kering, dia akan jadi lagi nipis sebab proses pengeringan dah sejat air dalam agar-agar ni. That's how we get agar-agar kering.


Lagi satu, kalau boleh masukkan ke dalam bekas yang berbentuk empat segi sebab nanti lagi mudah untuk potong and dapatkan bentuk yang sekata dengan lain-lain. Kalau nak tuang ke dalam acuan pelbagai bentuk pun boleh, tapi rugi sikit la nanti. Better letak dalam bekas empat segi and nanti potong guna pisau berlingkar.



Lepas dah masukkan ke dalam bekas, masukkan 2 sudu kecil perisa and pewarna sikit. Then kacau sampai sekata. Kalau boleh, masukkan pewarna lebih sikit sebab proses pengeringan nanti akan buat warna makin pudar.



Banyak ni dapat untuk 2x bancuhan daripada resipi tadi. Biarkan kering sampai boleh disentuh (about 10minutes) then baru boleh dipotong.



Lepas dipotong, susun semuanya dalam dulang or apa-apa bekas untuk dijemur. Selepas pengalaman yang lepas, pendapat peribadi aku ialah kalau boleh jemur guna bekas plastik and elakkan guna pan besi sebab agar-agar tu maybe akan ade sikit rasa and bau besi lepas dia kering.


And untuk 3 hari pertama proses pengeringan, elakkan cover dulang or bekas dengan menggunakan plastic or apa-apa penutup yang menghalang pengaliran udara. Kalau tak nanti dia akan 'berpeluh' sebab dalam proses evaporation. If it needs to be covered, cover dengan menggunakan kain or surat khabar. Tapi digalakkan untuk exposekan agar-agar ni kepada cahaya matahari supaya makin cepat proses pengeringan.



Selepas 4 - 5 hari atau sehingga bahagian atas dah kering and keras, barulah boleh balikkan ke muka yang bawah, so that atas bawah akan kering sepenuhnya.




Inilah hasilnya lepas dah siap. Luarnya kering and keras tapi dalam masih lembut and kenyal macam jelly. Sedap sangat. 




Kemudian bolehlah disusun and disimpan dalam bekas. Kalau sanggup, tunggulah sampai raya baru makan. Kalau tak sanggup, sekarang jugak pi serang!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi Kuih Raya 2012

Memandangkan yang aku memang dah lama tak buat kuih raya, rasanya memang amat lama.. Last time masa form 4 which was 6 years ago (yes, im that old) so tahun ni aku ada banyak sangat free time and bosan, so aku dah plan awal-awal yang untuk buat cookies tahun ni.


Disebabkan semangat yang membara sebab hari-hari bukak youtube tengok baking show, aku sanggup je keluarkan duit sendiri untuk beli hand mixer and bahan-bahan untuk kuih yang lain. Banyak jugak la telan duit, tapi disebabkan minat, kita chill jela. Dalam kepala aku, aku dah set nak buat tujuh jenis kuih..


1. Meringue
2. Chocolate chip cookies
3. Kuih Semperit
4. Agar-agar kering
5. Sugar Cookies
6. Biskut Arab
7. Cornflakes madu


Meringue
Slrrrppp.. Meleleh air liur. (telan balik)


Soooo... Barang-barang dah ada, boleh la mula kan? Waktu mula-mula semangat je konon-konon nak jual la ape la.. Saje cari side income. Tapi sekarang macam malas gilaaaa... Tambah lak duit dah ada, so tu yang buat malas nak cari duit lebih. So setakat ni aku baru siapkan 2 jenis biskut which is Sugar Cookies and agar-agar kering.


The best thing about sugar cookies yang aku buat kali ni ialah sebab aku rasa belum pernah lagi jumpa orang buat sugar cookies as kuih raya. Maybe sebab leceh kot nak design and all.. Tapi disebabkan minat, aku buat jugak. And lagi satu sebab resipi ni aku reka sendiri menggunakan 3 jenis gula. Gula merah, gula perang and gula castor, and letak satu secret ingredient supaya rasa dia jadi lagi menarik. Tak sangka menjadi! Sedap sangat-sangat.


Well actually semuanya bermula sebab aku tersalah baca resipi akibat daripada tulisan aku yang sangat buruk. Benda sepatutnya masuk 1/4 cawan, aku terbaca 1 1/4 cawan. Tengok, lari gila kan? So terpaksa lah tambah semua ingredients yang lain so that rasa dia stabil. Dari situ datang idea nak rombak resipi tu and make it my own. So inilah hasilnya..

Mass production of sugar cookies





I personally like the flower and the crown shape..


Actually design ni dibuat sebab warna pink dah habis. But somehow I really like this design.


Comel kan? So kalau rasa-rasa nak order boleh la contact aku.. Hihi.. Somehow nampak macam kebudak-budakan design dia, but who cares as long as it's cute.


Next, aku buat agar-agar kering. Agar-agar kering ni actually kuih tradisional yang tak ramai orang tahu akan kewujudan dia. (Ni just assumptions aku je sebab ramai kawan-kawan aku tak pernah dengar pasal kuih ni). Since every year opah aku takkan miss buat kuih ni, it has been one of my raya favorites. Maybe I'll show you in the next post on how to do it.. Benda ni nampak je senang nak buat, tapi paling mencabar kesabaran aku tambah-tambah lak time puasa camni..


Dia mencabar sebab mengambil masa yang lama untuk betul-betul siap. Proses pengeringan ambik masa dalam seminggu (depends on the weather and ketebalan agar-agar). Seminggu ok? No wonder la tak ramai orang jual, sebab memang leceh.. Nanti lah next post aku cerita apa yang lecehnya pasal nak buat kuih tu. So sementara waktu ni silalah jamu mata menghadap kuih-muih ni. And again, if you want to order, can contact me.. Hihi..




These are my first batch. But the second batch is better in shape and color. I'll show it in the next post.


Proses pengeringan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS