Random #3

Aku bukan nak demand lebih..
Tapi aku sangat disrespect lelaki yang cakap kasar dekat perempuan.
Fine la kalau perempuan tu sangat annoying,
Ko nak maki apa pun boleh jerr...

Tapi please laa..
Aku cepat sensitip betul kalau berdepan dengan lelaki macam ni.
Kalau dulu boleh je aku makan dalam.
Tapi sekarang sorry laa..

Ko nak maki aku?
Aku boleh maki ko balik double, triple lagi baik.
Rasakan..

Kalau lelaki asyik nak menjatuhkan perempuan je..
Direct je aku kata lelaki tu sexist.
Tak sedar diri ke apa selama ni ko membesar dengan siapa..

Ntah laa... Maybe sebab aku dah berkawan dengan terlalu ramai lelaki yang baik.
So, bila terjumpa lelaki yang ayat cam cilake,
Aku tanpa susah hatinya akan balas balik
Then epppp..!! Tau pulak terdiam..

Mana ego laki ko hilang?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenangan Sekolah Agama..

Tadi aku pergi ke majlis kahwin bekas student mak aku.
Akak ni pengawas pusat sumber dekat sekolah menengah masa aku darjah lima.
Setelah hampir sedekad tak jumpa dia, akhirnya tadi aku datang majlis kahwin dia.
Gilaa woaaa... Rumah dia dekat sangat dengan sekolah agama aku dulu..

Bapak berbeza la keadaan semua.
Kedai runcit tempat aku selalu beli coklat dulu sekarang dah jadi dobi.
Kelas aku masa darjah satu yang attached dengan surau lama yang macam nak roboh tu dah takde.
Sekarang dia ganti dengan masjid yang lawa gila.
Tempat perhimpunan dekat sekolah agama tu pun dah berbumbung jadi tempat parking ke ape ntah..

Then ternampak kilang pau yang kitorang dulu selalu panggil kilang pau babi.
Still ada lagi dekat situ.
Kalau tak masa kecik dulu setiap kali lalu kilang tu mesti taknak pijak lopak air dia.
Selang dua rumah daripada kilang babi tu rumah Rasyid.
Rasyid ni kawan abang aku masa kecik.

Aku still ingat lagi Rasyid pernah tumpang tinggal dekat rumah aku seminggu sebab mak ayah dia outstation.
Setiap malam kitorang main wrestling.
Dia mesti nak jadi Stone Cold, aku lak The Rock.
Tak fair la dia laki, selalu belasah aku.
Aku mesti kalah.
Dah la pakai skirt time main wrestling.
Mana la dia tak bising tak habis-habis ternampak spender aku yang comel.


Pastu lalu kat rumah India ni.
Dulu dia ada bela anjing dalam sangkar.
Abang aku dulu sengal sikit pergi tembak anjing tu dengan pistol yang ada peluru bola.
Pastu lari sebab takut owner tu marah..

Lalu pulak dekat rumah cikgu kelas aku masa darjah satu dulu, Cikgu Tominah.
Tiba-tiba teringat dulu mati-mati aku percaya dia bela harimau dalam rumah.
Dulu cikgu aku kata kalau kitorang nakal sangat dia nak bawak kitorang pergi rumah dia kasi jumpa sama itu harimau.
Cehhh! Kena tipu hidup-hidup aku..

Haihh.. Lama aku tak datang sini.
Bas Metro pun dah bertukar jadi Rapid..
Betapa masa dah berlalu sangat cepat.

Bila Piya tanya dekat mana kelas aku terletak?
Aku tunjuk bangunan dekat hujung kanan tingkat tiga.
Kelas tu la yang pernah menang pertanding kelas tercantik 1999..
Hebat tak kelas gua??
Hahahahah...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Otak Ni Kena Berfikir Secara Kritikal

Apa kata start from after this aku mula tulis blog pasal tips macam-macam.
Mostly on shopping, macam mana nak style kan baju and something lebih kurang camtu la.
Macam mana nak create ilusi untuk muka, ilusi warna pada baju ke... kan?
(aku memang suke main-main ilusi ni)
And aku boleh je nak promote kedai-kedai or online shop yang terbaik bagi aku.
Haha! Bak kata Liza 4 tahun lepas, sharing is caring!

Tapi aku takdelah expert dalam bab-bab macam ni.
Pegi kolej pun gitu-gitu je.
Cuma aku suka experiment and research and most importantly nak share!
Yela, maybe ada yang dahagakan tips-tips ke kan?
Nanti aku bagi air milo secawan.
Ehh.. Dahaga kan?

So if siapa-siapa nak mintak aku bagi tips atau firasat
pasal bakal husband korang camne ke, nak style pegi pasar malam camne ke,
macam mana nak mengurat jejaka-jejaka ke?
Sila la komen kat sini or mesej kat FB.
Kalau nak komen as anonymous pun boleh.


Semoga berjumpa lagi di waktu dan hari yang sama.
Assalamualaikum.. (ececeh.. first time bagi salam)
Mumumumumumumumumu... (*_*)


Ideology aku bakal menguasai dunia!
(nampak buku-buku kat belakang.. takut?)

Heeheheheheheh..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

My Own Tudung Tutorial?

Hari- hari aku ke kolej bawak selendang pashmina yang my bestie, Fairuz bagi for my last birthday.
Warna dia menarik sangat! Hahaha!
Biasanya selendang tu aku pakai untuk cover daripada kelas yang sejuk macam peti ais tu laa..

Semalam masa lepak dengan Ee and Iqbal dekat library,
aku rasa macam bosan je sebab laptop dah habis battery.
So, aku pun main-main dengan selendang tu and pakai kat kepala.
Ingatkan memula nak buat macam style Siti nurhaliza, tapi tak mencabar langsung la kan?

So, aku pun buat macam style Illy selalu buat.
Yeahhhee! To Illy, Farah memang suka style Illy pakai tudung..
Hahah! Actually aku tiru macam style Hana Tajima or Maria Elena pakai tudung laaa..
Creative gila kot... Heeeeeheeee..

Aku ada jugak basic knowledge tentang cara-cara pakai tudung or selendang yang panjang-panjang ni.
Bila takde kerja hari tu, aku bukak-bukak blog and Youtube belajar cara nak pakai selendang.
Kagum gak la, cantik-cantik cara diorang pakai.
So, aku pun ingat step by step and adelah jugak try-try pakai.

So, masa bosan dekat library tu, aku pun pakai tudung style Illy.
Well, takdelah kemas mana cara aku pakai
Dengan dibantu reflection dari skrin laptop yang tak bernyawa tu,
aku pakai je.

Iqbal and Ee amazed kot tengok cara aku pakai.
Bila elok-elok cantik aku pakai, diorang suruh aku bukak balik and tunjuk cara pakai.
Hehe! So, aku pun buat tutorial step by step camne nak pakai.
Bila dah habis satu gaya, diorang suruh aku buat gaya yang lain pulak.

Gaya yang second ni aku belajar from video Hana Tajima kot.
Tapi diorang kata nampak macam style Arab sangat.
So, aku pun pakai balik style yang first tadi.
Then datang Amir Safwan kat library.
Tak memasal je tanya aku mimpi ape..
Hahahah! Saje je...

Disebabkan benda ni, Ee and iqbal nak tau sangat siapa Hana Tajima.
So, diorang pun google image minah tu kat handphone masing-masing.
Haihhh.. Sengal-sengal je semua orang hari ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3 Years, 8 months..



Hehe..
Happy.. Happy..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

This Is What We Call Camwhore-ing

I've been camwhoring a lot with friends lately..
Haha! Saja suka-suka.
Well camwhore is not like what Wikipedia claimed it to be
" Individual who performs sexual services on the Internet with webcam software in exchange for money, goods, or attention, usually by a fixed per minute fee or by encouraging viewers to purchase items on their wish lists or add to their online accounts"
It's basicly ambik gambar banyak-banyak la bagi aku..
Bagi aku laa.. hehe!

Well since this is my last sem..
Nak jugak simpan something.
Maybe lepas ni masing-masing pun busy,
So, sementara masa masih ada ni..
Bantai jela!!






 
















Misi seterusnya ialah..
DAPATKAN LEBIH BANYAK PICTURE WITH DIFFERENT PEOPLE!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kau Artis Lah Sangat..

Bila duduk lepak-lepak sembang pasal blog dengan sorang member aku,
tiba-tiba member aku kata, "Farah upload gambar dalam blog macam nak tunjuk dia hot je.."
Aku cam what??? Mana ada post gambar sangat macam certain orang kan..
Yang nak bajet-bajet dalam gambar mintak penyepak satu.
Haha! Aku punye gambar biasa-biasa je..
Ape ada hal kan?

"Farah tangkap gambar macam effortless sangat."
"Buat pose sikit, senyum sikit, dah..... Perfect!"

Then sorang lagi tambah..
"Ye la, dah artis kan.. Ambik gambar semua jadi.."
"Tiba-tiba rasa duduk dengan artis.."
"Setiap kali aku duduk dengan Farah je, terasa ada aura artis di situ"
"Farah, kau pergi la berhenti kolej terus.. Pergi la jadi pengacara ke apa.."

Amboi-amboi.. Senang cakap laa.. Haha!
Masalahnya bukan tak teringin nak jadi pengacara...
Dulu pernah apply UiTM, yang second choice mintak masscom.
Asal tak dapat?
Reasonnya UiTM tak panggil aku interview sebab dah confirm dapat first choice nak buat business.
Haha! Nasib badan..
Ingat Uitm tu ada masa nak hadap aku?

Ok, terkedu I dengan statement tu..

Then lagi sorang member beriya-iya nak aku masuk modelling.
Mak aihh.. Layak ke?
Bila ikutkan hati, memang la teringin..
Cuma tak nak la sebab dua perkara.

1. Kalau jadi model kena rela pakai sexy-sexy, kalau tak takde job.
Duhhh... Aku nak pakai sexy-sexy? Not my style ok..

2. Facial expression aku macam haremm..
Takde variety langsung.. Hahaha! Tak layak.. Tak layak..

OK, so conclusionnya tak layak.. Tak layak..
Saya sedar siapa diri saya sebenarnya wooo..

Tadi lecturer aku tanya apa impian yang aku nak sangat-sangat capai dalam hidup.
And i was like blur gilaa.. Dok mencari (or create) apa impian aku.
Yes, kalau ikutkan aku pernah buat list sebanyak 100 impian aku.
Tapi yang paling aku ingat, aku teringin nak buat catwalk dalam fashion show.
Wah wah.... Nak jugak kan actually..

Tapi bila fikir balik, aku pernah je buat catwalk kat sekolah dulu..
Bukan sekali, tak terkira kot banyaknya..
Haha! Tu pun diterima ke?
Errr boleh..? Tak boleh..?
Lantak pi..

Tetiba teringat dulu pernah ada sorang owner saloon kat Subang ni lamar aku untuk jadi model untuk event L'oreal punya hair product.
Siap ada hairstylist from Japan yang nak buat rambut.
Tapi aku tolak sebab hari yang event tu, ada final exam..
Wakakak.. Melepas satu..

Dah la aku dump orang yang lamar tu.
Aku terima pada awalnya, tapi tak confirmkan pun pada orang yang organize event tu sama ada aku nak atau tak..
Diam-diam je, biar diorang cari orang lain sendiri-sendiri.
Haha! Kejam lak..
Sekarang setiap kali aku lalu depan saloon tu, aku buat-buat tak pandang je.
Takut jugak kena serang sebab dah menyusahkan semua orang..
Just in case kalau orang tu ingat muka aku lagi..
Hehe! Bese la tu.. Tak remaja la kalau tak menyusahkan orang...
Lol!

Kau ada rasa macam duduk sebelah artis? Takde kan?
Haaaa.. Memang laa.. Sebab aku bukan artis.
Ok? Sekian, terima kasih. : )

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Rekod Baru!

Semalam dengan jayanya kau potong rambut member aku.
Wahh! Straight cut ko tau, menjadi!
Punya la bangga for the first time buat, menjadi pulak tu.
Tak sangka aku ada bakat potong rambut orang.

Before this paling-paling yang aku pernah buat pun potong fringe member2 aku
termasuk la fringe aku sendiri.
Kalau suruh gunting semua, pernah la banyak kali.
Tu pun potong rambut Barbie aku masa kecik-kecik dulu.
Tapi mana pernah sentuh rambut orang.
Kalau rambut budak kecik ok lagi..
Ni rambut member sendiri kot.
Perempuan ok.
Berani-berani ar ko..

Tapi disebabkan member aku percaya yang aku boleh buat,
tu yang buat semangat berkobar-kobar tu..
Hahahah! Berkat kesabaran, akhirnya cun gak.
Kau ada?

Pasni boleh la bukak kedai saloon sebijik.

Haa.. camni la aku buat semalam.. Macam pro gile dah.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kau Buat Aku Tersenyum.. Dunia Pun Memancar Ceria

Demi memuaskan hati satu pihak, aku pun tulis la entry ni...
Hahah! Sounds soo tak ikhlas!

Well during weekend, aku selalu gila kot keluar ngan sorang minah ni.
She's my ex enemy..
Dia bukan enemy kepada ex aku walaupun kitorang mempunyai ex yang sama.
Tapi nak kata yang dia bekas enemy aku pada masa lalu..
Hahahahh!
Ayattt.. Err boleh la kan?

Macam last week, kitorang jalan-jalan cari baju petang-petang kat pasar malam.
Aku terjumpa satu booth vintage ni.
Pergghhh.. Baju-baju lawa tak hingat!
So, beli la..
That was so much fun to do.

Then last week jugak kitorang lepak kat PCP.
Saje nak bagi dia movie.
Pastu ambik-ambik gambar..
Then story hal-hal orang dewasa..
Budak kecik tak boleh tau..

Tengok gambar macam bahagia je..
Tak buleh la belah la gay..







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bila Rusa Masuk Topshop

Have you ever been in this situation
when u said "Weh, jom makan kat mamak Casa..
Kalau tak pun kat kedai Haikal. Kite makan nasi bungkus jela.."
Then your frens pulak macam..
"Eii boring laa.. Jom makan kat Summit"
Sedangkan you wanna control your habit suka membazir and and
nak cepat sebab kena study for a test.

But then u tought,
"Ok jugak ye makan dekat Summit.. Lama tak pegi situ..
KFC, deal?"
Your frens: "Eii KFC?? buhsannn..buhsannn..!!"
You: "Whyy.. Zinger dia sedap what.. Mengidam kowtt..."
Your frens: TAKNAKK!!!!
OK fine...

After u arrived, baru je lepas escalator naik tu terus ternampak kedai handbag..
Then u pun turned on.
Pastu dengan niat 'nak usha-usha je', u pun tarik kawan u tengok2..
Then terminat pulak kat satu handbag yang dah lama dicari selama ni..
Pastu2, dengan desperatenya keluarkan RM100 from ATM sebab ngade2 nak beli jugak.
Kemudian dengan konfidennya pergi kedai tu balik and tanya harga..

Then, MAK DATUK!
RM150..?? Kat kedai macam stall tengah2 mall tu?
Without any brand, boleh bantai letak harga camtu?
Salesgirl: It's ok, I give u discount 20%..
(kira-kira guna calculator), Ok, after less is RM120.
Me: (Buat muka disgust..) Eerrghh..
Salesgirl: Ok2, i give u RM111..
Me: Taknak, if u bagi harga RM100 baru i beli.
Salesgirl: (macam taknak tapi siapa nak tolak rezeki beb)
Ok la, one hundred is ok laa..

Ohhkayyy.. Aku terus angkut!
Gila betul zaman sekarang ni.. Suka letak harga bukan-bukan..
Err, apa kaitannya dengan KFC and makan-makan tadi?
Ok, sambung cerita.

Kitorang makan kat Mandy's..
Aku yang pada asalnya lagak nak tekak Melayu, nak makan nasi jeee...
Tapi akhirnya aku tunduk pada keadaan, aku order Lamb Chop.
Tu pun setelah intai2 duit dalam dompet ada berapa and calculate dalam pale otak..
Kalau campur air, RM2.80.. so total tak sampai RM17..
Err.. Takpelah, sebab lama tak makan.. Aku ambik je.
So, dalam dompet tinggal kosong..
Pastu pegi balik ATM keluarkan duit lagi..
Adoyaii..

So, this is a life of college student yang tinggal kat tengah bandar sangat.
Summit is just walks away..
Ni pun nasib baik bukan duit parents or PTPN..
Dugaan sangat besar kot..
Shopping complex bersepah tak terkira, no one to control u.. etc etc..

Ramai yang cakap, kalau budak kampung tercampak kat sini ntah ape jadi..
Yupp.. dats so truee.. Well, only to some of them.
Ada kawan-kawan aku yang memang totally berubah sampai tak ingat asal usul bila sampai sini..
Asalnya from pedalaman saje, tapi dah taknak mengaku.

Sekarang cakap la "Aku budak KL"
"Aku tak main la bebudak kampung"
"Aku sekarang clubbing kat La Queen je"
"Aku lepak kat Pavi jerr.."
"I ni high class je.. U ols semua kampung"
"Boyfriend I ada banyak."
But then bila rumah sendiri kena banjir, baru nak cakap,
"Rumah I kena banjir.. Rumah I kena banjir kat @#$$ tu.(bukan nama tempat sbnr)
Oh stupid, please stop.
Time ni baru mengaku?
Bro, kalau rumah kau asal KL la sangat, KL tak banjir pun.
Duhhh..

Some people kena culture shock.
Well, I admit at first aku pun terkena jugak.
Lifestyle kat sini tak macam kat tempat asal aku.
I mean, yang the dark side or yang dalam-dalam lagi.
But I still hold my values, I know why Im here.
Takdelah sampai terlajak gatal nak berubah ape semua.

Change is good.
Tapi jangan sampai lupa diri, lupa daratan..
Jangan jadi kacang lupakan kulit
atau seperti rusa masuk kampung.
Just be yourself..
Kalau nak upgrade diri sendiri, dipersilakan.
Tapi tak payah sampai nak keji orang yang sama-sama dengan kau dulu
atau kutuk orang yang 'dah tak selevel'

Well, to that person.. My personal view is..
Kau berubah macam mana pun, jakon kau still terserlah..
Haha!

Ingat, ni baru dekat Malaysia..
Kalau dah dekat US nanti, ntah perangai kau lagi haram macam mana ye?

Alamak... Terlari pulak dari point sebenar yang aku cuba nak sampaikan..
Takpelah, just forget it..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Sweet Escape

Lama dah aku teringin nak post pasal bilik tidur aku.
Selama ni asyik-asyik post pasal bilik kat apartment je.
So sekarang aku nak tunjuk apa yang ada dalam bilik aku pulak.

Aku tidur sorang-sorang setiap malam.
So, hanya bilik aku la jadi tempat aku luahkan kreativiti aku.
And ni lah satu-satunya tempat yang aku rasa sangat relax bila lepak.
Dah banyak kali bilik ni alami transformasi.
Banyak kali dah aku cat.
Kalau nak tau semua benda aku buat sendiri.
Daripada cat, hias, susun atur, semua laa..
So, kalau tak lawa, memang padan muka aku laa..

Ni ialah bak kata Eric Leong, feature wall aku..
Aku tampal beratus gambar-gambar masa zaman sekolah dulu.
So, banyak la muka kawan-kawan sekolah ada.
Yang tak boleh blah, kalau sesape member aku datang bilik ni,
mesti dia kira berapa banyak muka dia ada dalam gambar.
Muka aku? Tak terkira banyaknya..
Malu pulak kadang-kadang kalau ada tetamu usha..



Ni pulak gambar potret terbaik yang aku lukis masa tingkatan 3. Aku memang suka pakai media pastel. So, aku frame kan and gantung la.
Koala tu pulak aku beli kat Aussie hari tu.. Hehe! Suka.. Lama dah teringin nak beli.
And kalender pulak sangat important bagi aku sebab aku selalu tak ingat tarikh. Tambah2 lak tarikh cuti.. Penting wooo..



Gambar-gambar kat sebelah ni adik bongsu aku yang lukis. Aku pernah post dulu pasal lukisan ni. Dia memang suka lukis pasal aku and dia and tampal dalam bilik aku.

So, memang ada side khas untuk lukisan dia je..
Tampal jela selagi boleh..
Gambar pintu ni ialah pintu bilik aku.
Memang penuh dengan tandatangan kawan-kawan aku masa form4. Aku dah kata banyak kali jangan tulis tulis "good luck for SPM" sebab apa yang diorang tulis tu kekal sampai bila-bila.. Tapi tulis jugak..
Hahahah..
Mostly ni semua autograph kawan-kawan sekelas dulu..
And semestinya semuanya mencapap bila tulis kat pintu.
Semua stok nak perli aku je..
Cehhhh!

Yang tulis panjang gile sampai ke bawah tu Hajar yang buat..

Yang love-love ni pulak member aku, Zeehan yang buat.. Dia conteng buku aku masa sekolah dulu.
Tapi aku tengok comel plak..
So, aku tampal jela kat bilik..
Ok, seterusnya apa yang ada dekat almari rak aku plak..
Dulu rak ni kaler wood.. Tapi aku cat kaler putih bagi match dengan dinding.
Dekat rak ni la aku letak semua benda..
Daripada magazine, beg, mainan, macam-macam laa..
Sorry, memang semak sikit..

Aku seorang yang sentimental kot.
So, satu bahagian khas untuk letak frame gambar aku masa kecik2 dulu.
Cenderahati yang aku pernah beli, and Barbie doll yang tak sempat aku main..

Dulu aku suka membaca!
So, ni semua stok buku-buku dulu-dulu laa..

Now suka baca magazine..
Ni ialah sebahagian daripada stok magazine aku..
Biasanya baca EH!, Cleo, Cosmo, Female.. Gitu-gitu laaa..
Mostly fashion magazine..


Semua piala aku dari zaman sekolah!
Bangga kot..
Walaupun tak banyak, tapi at least ade laa..
Trofi yang paling tinggi tu paling bermakna bagi aku..
Anugerah tokoh pelajar 2008..
Haha.. Kembang kempis hidung, bontot..

Err.. Ni actually baju-baju yang terlebih.
Dah tak muat 3 almari baju aku..
So, biar jela atas lantai.
Senang jugak nak capai..
Huhuhuhhuuhuhh..

So, kesimpulannya, I LOVE MY ROOM!
Walaupun tak cantik mana, tapi sangat bermakna bagi aku..
Hehehehh..

Sorry for kualiti gambar yang buruk..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Masa Cuti Terhabis Dengan..

Hehe.. Setelah lama menyepi, akhirnya aku nak update jugak.
Actually disebabkan kesibukan and ketiadaan idea yang buat lemah tu.

Cuti raya Cina ni best gila.
Dah la aku dapat cuti paling lama kalau nak compare dengan orang lain.
Daripada Sabtu lepas sampai Rabu minggu depan.
So, memang banyak gila lah enjoy dengan yang tersayang..

First-first sekali, after habis kelas hari Isnin,
terus meronggeng dengan Fairuz and Afir pegi kolej and Sunway Pyramid.
Nasib baik test and presentation berjalan dengan lancar, so memang seronok laa..

Actually aku dengan Afir jarang keluar dengan kawan yang lain.
Tak sangka jugak keluar bertiga macam ni seronok.
Huhuhu..
Thanks coz belanja aku pizza yang sedap!
And and and...
Malu nak cakap.

Masa dekat dalam kolej
Fairuz yang cantekk..
She's my beshfwen!
Senang je nak teka aku tengah makan dekat mana..
Maluu nye.. huhu..
Ok, part ni memang taktau malu
It's all mineee.... Not!

Then bila dah selalu keluar tu,
kena la kurangkan..
Tapi liat jugak, kemaruk nak jumpa dengan Afir..
So, kitorang pun pasang plan baik..
Kita pergi Templer Park and bawak all bibiks and adik-adik dia.
Ok, aku tak mandi pun.
Afir ar asek-asek ambik gambar aku je.
Makan aiskrim and baca majalah Eh sahaja..
Oh hoh hoh hoh..


Cousin and adik Afir tengah melepak.
Makcik Farah
Lovely Echa and bibik.
Antara gambar yang Afir tangkap kandid..
Muka taknak ayu je.. haha!
Ok, caught on camera.
Ade ke patot si Afir cakap ni muka budak sekolah tak matang?
And pape pun, thanks to him sebab tak jemu-jemu bawak jalan-jalan hari-hari.
Hahaha! Agak-agak berapa banyak duit minyak habis kat aku je..

Actually banyak laa lagi keluar time cuti ni.
Cuma tak ambik gambar sangat.
Hari Khamis sampai Sabtu aku balik Ipoh.
So, just main-main dengan cousin jela..

Pasni mission seterusnya ialah menyiapkan segala assignment!!
Yawwww...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS