Gatal Gatal

Gambar-gambar ni merupakan iklan ubat gigitan nyamuk dari Jepun, nama nya Mopiko. Brand ni kalau tak silap aku pernah terkenal lah dekat Malaysia. Senang cerita bukan zaman kita ar muda-muda remaja ni.

Somehow aku rasa ad diorang sangat cool. Buat orang yang otak suci jadi otak blue, then eppp! Jadi suci balik.



Mesti rasa teruja tu dah hilang kan? Hahahaahh.. Aku tau, korang semua gatal. Sama macam aku. Peace!





P/S: Gambar diambil daripada blog Budu & Belacan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Susahnya Perempuan Nak Bersalin!!!



Arrghhh! Ngeri gila aku!! Aku baru lepas usha satu video perempuan bersalin kawan aku post dekat fesbuk. Pergh, close-up dia terbaik. Sangat fokus ok dekat anu die tu. Tapi die censor sikit la, ishk korang ni.. Aku tak rasa lucah langsung pun. Rasa ngerrriiiii..... >.<



Selama ni aku ingat aku perempuan tough. Ni bukan kali pertama aku usha video perempuan bersalin. Nak tau asal aku rasa aku perempuan tough? Sebabnya setiap kali tengok video ngeri ke, seram ke, video yang sangat cilake ke, hantu ke, aku tak pernah takut. Aku tak tutup mata, aku tak menggedik suruh stop. Aku lagi gelak besar ada ar. Or kalau aku tengok video yang teramat sedih pun, susah sangat la nak menitis air mata. Orang lain dah selautan dah. Ahhh, shadap!


Tapi kali ni aku betul-betul tak tahan. Duration video tu around 11 minit, tapi aku berjaya tengok 1 minit 35 saat je. Sudah, berhenti! Aku tak sanggup nak tengok lagi. Video yang setakat seminit lebih tu je tunjuk betapa susahnya nak keluarkan kepala budak tu. Perghh, dia tarik-tarik lubang keluar tu macam elastik sangat je benda tu. Tapi kepala budak tu tak keluar-keluar pun. Aihhhh berat ni~ Aku tengok dia punya susah je nak keluarkan kepala tu. Taknak la pulak aku tengok yang lain-lain. Setahu aku, kepala budak tu baru first part je. Part yang paling seksa sekali mesti ar bahagian bahu. Tak pikir pulak berapa lebar bahu budak tu nak keluarkan... Ok fine, aku dah insaf.


Selama ni aku ingat setakat nak bersalin ni no big deal sangat la. Bukan apa, aku pikir macam ni. Dah berapa billion perempuan yang dah melahirkan anak sejak zaman Nabi Adam? Dah berapa billion anak pulak yang lahir? Mesti besarkan nombor tu. Mesti dah berbillion perempuan yang dah melahirkan, hidup je depa. Tak mati pun. Ok, kes mati tu tak la sebanyak population dekat dunia ni. Or, contoh paling dekat, mak aku and atuk aku la. Mak aku dah melahirkan 6 orang anak(termasuk aku) and atuk aku lagi hebat, 11 orang anak. Tak ke kau rasa sudah cukup tough mereka ni? Yang penting, badan still mantap ok. So, daripada contoh terdekat tu, aku rasa takdelah payah sangat bersalin ni. Cikgu aku kat sekolah dulu lagi la, setiap tahun bukak kilang. Business baik betul.


Berbalik kepada video tadi, the only reason kenapa aku tak sanggup nak hadap sampai habis ialah sebab aku taknak video tu mempengaruhi pemikiran aku. Dah elok-elok aku pikir bersalin tu senang selama ni, taknak la ada anasir jahat yang bawak ideology baru bahawa nak bersalin tu sangat susah and menyiksakan. Takut karang bila dah besar, aku taknak anak pulak. Ishk, tak boleh jadi ni. Kesian bakal laki aku. Tak memasal je lah!


Tapi nak buat macam mana, sedikit sebanyak video tu dah berjaya mempengaruhi otak aku. Aihhh, kes berat~ Tapi takpe, jangan risau ye kawan-kawan perempuan aku. Bersalin tak sakit pun. Kalau orang lain boleh, takkan korang tak boleh kan. Ye tak? Haha! Kalau nak tau, setakat ni dah ada 2 orang kawan sekolah aku yang sama batch dah ada anak. Bagus kan, muda-muda dah ada anak. Anak tu la yang akan selalu teman dia nanti. So, kalau mereka boleh, satu hari nanti korang semua mesti boleh. Hehe! *Semangat*


So, conclusionnya, kenalah terima lumrah hidup dengan redha. Kan senang dunia ni kalau laki yang mengandung. Aman damai je... Hahaha! Teeeetttt! Tak boleh imagine laki bawak perut ke hulu ke hilir sambil tanya, "Berapa bulan?" Ewww... Enough!


Kalau siapa-siapa yang ada bran nak usha gak (atau saje nak gatal-gatal), sila lah bukak link ni. Jangan risau, video from Youtube je. Kalau tak kuat semangat, jangan lah bukak. Or u'll end up jadi macam aku. Peace!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shit Happens


Hari ni aku memang tension gila dengan sorang lecturer ni.
Setelah sekian lama aku sabar dengan dia.
Hari ni aku betul-betul rasa nak meletup.

Perlu ke kau maki-maki orang macam aku bodoh sangat?
Disebabkan aku salah letak nama dalam borang bengkel tu,
kena maki gila-gila.
Bukan aku sorang je, ada lagi sorang kawan aku kena.
Hello, people dont call others IDIOT easily ok!
Hinanya aku..!

Disebabkan ramai yang kata lecturer tu bias dalam bagi markah,
aku malas la nak cari gaduh dengan dia.
Bila aku dah betulkan nama aku,
aku pulangkan borang tu siap cakap thank you lagi.
Dalam hati, memang maki gila-gila ar.

Serious rasa nak mengamuk masa keluar kelas.
And then another shit happened.
Masa keluar kelas tu, ada sorang kawan laki aku tunggu dekat luar.
Dia tanya aku ok tak?
Then dengan tak memasalnya, aku tumbuk muka dia.
Bukan sengaja ok!
Tu macam reflex action.
Aku macam tergamam lepas tu.
Terkena rahang dia. Ouch!

Masalah baru pulak datang.
Serious aku rasa serba salah.
Aku sangat tak kawal emosi tadi.
Dia ok je, gelak-gelak.
Aku tau dia sakit. Takyah nak cover ar.
Aku tau ar aku tumbuk kuat mana.

Dalam kelas memang tak boleh fokus langsung.
Rasa serba salah tu sangat tebal.
Kenapa aku bodoh sangat?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS


Love the necklace.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Anis My Baybee

Anis ialah kawan yang baik.
Yang cool.
Yang best.
Ramai kot ingat kitorang ni lesbian.
Tapi tak dow.
Anis hot ramai laki minat.
Aku plak dah ada bf.
Absolutely bukan lesbian.

Kalau mak aku tahu yang aku lesbian
Pancung kepala.

First sem

Second Sem

Third sem

Forth sem

Owh, gambar ni baru ambik tadi.

I love u baybee...
Hihihi..


Saje gatal nak upload gambar banyak-banyak. :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kenapa Aku Pilih Kau

Kenapa Afir yang aku pilih? Susah nak jawab soalan ni. Ada je yang tanya.. Setiap kali aku jawab soalan ni, terdiam jugak la sekejap. Ada orang yang kata, there's no reason for us to love someone. Memang aku setuju, tapi there must be reasons kenapa ko pilih seseorang tu instead of orang lain. Sebab someone tu unik la yang buat kita pilih dia.

Apa ciri-ciri dekat dia sampai aku suka sangat? Well actually dulu masa before couple aku selalu rasa yang kitorang ada chemistry sebab perangai almost the same. Ciri-ciri yang aku nak semua ada. Kelakar, athletic, jujur, boleh memahami aku, sempoi, tak skema, baik-baik, tak jahat. Semua kena. Markah lebih sebab dia pandai main basketball. Memang syok abes la time tu. Full mark! So, kitorang pun couple. Tapi bila dah lama couple, baru tau yang ciri berlawanan tu lagi banyak. Tapi tak bermaksud perkara tu negatif. It is called complement.

Masa awal-awal couple tu ialah fasa paling lawak sekali. Bayangkan, couple dengan lelaki yang still fresh baru keluar dari sekolah asrama lelaki yang taktau couple tu macam mana. Perempuan tu macam mana? Paling bodoh sekali masa first week couple tu masing-masing tulis surat clash. Sebab dua-dua still takleh nak diffuse dalam perubahan baru tu. Aku kira baik la. Tulis surat tu comel-comel pakai crayon, colorful gila kau, tapi tak sampai hati nak bagi die. Die plak kejam sebab die tulis and memang berniat nak bagi. Die lagi hebat siap tulis pakai bahasa Inggeris lagi. Tapi selalu terlupa nak bagi kat aku, so niat tu pun makin pudar sebab makin lama, dah boleh get used to each other.

First reason kenapa aku pilih dia sebab dia jujur. Sangat jujur. Bab ni aku paling suka. Apa-apa yang dia buat, dengan siapa die berkawan, kisah-kisah die yang memalukan, perasaan dia, apa yang dia tak puas hati semua dia akan bagitahu aku. At first aku macam xboleh terima jugak la kalau ada story yang aku rasa aku taknak dengar macam cerita pasal hal pompuan lain semua, tapi tu la cara dia untuk jadi jujur. By telling the stories, dia harap aku tak fikir lain or aku discover something yang boleh mendatangkan tanda tanya. So, before aku fikir bukan-bukan, dia dah bagitahu everything. That's why senang nak percayakan dia. Rasa curiga pun hilang.

Second reason, sebab dia sangat kelakar. Suka buat orang ketawa, menganjing bukan-bukan. Kalau depan kawan-kawan dia, memang susah nak jadi serius. And aku perasan ramai budak-budak perempuan suka lepak and kawan dengan dia sebab hal ni. Jealous ok. Bukan aku je yang suka, orang lain pun sibuk la nak suka-suka jugak. Ishk.. Kacau daun. Tapi hakikatnya memang betul. Ok fine, dulu before couple aku syok kat dia sebab hal ni la. Time tu mana tau lagi pasal dia jujur ke ape ke. Yang aku tau, bila aku selesa lepak dengan dia, aku suka dekat dia. Tertarik gila ok!

Then dia sangat sempoi. Ingat aku suka ke mat-mat jambu, pakai comel-comel, rambut bukan-bukan sume tu? Or, ingat aku suka ke bakal laki aku sentiasa skema, bawak buku or beg besar merata-rata, study sana, study sini macam takde life? No no no... Taste aku simple je. Laki yang sempoi and laid back sangat cute pada pandangan aku. Tak perlu la jadi romantik, macho or whatsoever. Afir ada ciri-ciri ni. Taknak laki macho, nanti sume syok kat dia. Taknak laki romantik sangat, sebab takut semua tu dibuat-buat. Bersederhanalah dalam segala hal. Tak payah nak cover-cover. Aku bukan nak couple dengan mannequin pun yang perlu segalanya perfect pada luaran untuk menarik perhatian orang. Imperfection makes everything perfect.

Next point, dia sangat sabar dan memahami aku. Aku tau kadang-kadang aku gila sikit. Kurang asam sikit. Kurang ajar sikit. Mengada-ngada sikit. Baik sikit. Cilake sikit. Dan sebagainya. Kadang-kadang aku taktahu macam mana dia boleh tahan dengan perangai aku seteruk ni. Dulu masa zaman sekolah, aku selalu nak jadi yang terbaik untuk dia. Bila jadi macam tu, segalanya hancur. So, aku rasa aku kena tunjukkan diri aku yang sebenar so dia lebih paham. Sekali, ambik ko! Bila perangai sebenar yang bukan-bukan tu keluar, makin sayang lak die kat aku. Haha! Sengal. Anyways, aku suka sebab dia sangat la penyabar and memahami sangat. Dia lelaki yang paling kenal aku la senang cite.

Ok, kali ni additional feature plak. Aku suka laki pandai main gitar sebenarnya. Main basketball pun sama. Before aku kenal nama dia siapa, dia sekolah mana, aku dah nampak skill dia main basketball. So, tertanya-tanya la aku siapa la budak ni. Aku tau nama dia pun from nametag yang dia pakai pada baju sekolah. Senang cite, cinta pandang pertama la ni. Pastu aku suka laki yang sempoi but romantik sikit. Teeett, korang mesti taknak dengar cerita ni punya. Heeee.. Err.. Tu jela kot. Taknak high taste sangat. Bab dia main gitar pulak, memang sangat macho aku rasa.. Bagi aku la.. Haha!

Last but not least, dia memang setia. Tu memang sangat buat aku rasa bertuah and bersyukur sebab ada dia. Mana-mana dia pergi pun, aku tak susah hati fikir pasal dia. Member aku from Indonesia, Vienna kata, dekat Indon, kawan-kawan dia yang sebaya dengan aku tak pernah ada satu pun yang kekal dengan pasangan masing-masing. Paling lama pun setahun. So, dia kata dia kagum dengan aku and dia akan cerita kisah aku dengan Afir dekat kawan-kawan dia dekat sana. Haha! Tak sangka pulak aku. Aku biasa-biasa je. Adoyai.. T

Senang cerita, jangan expect sangat nak laki perfect. I mean like seriously. And tip terbaik yang aku boleh kasi, carilah orang yang terbaik. Jangan cari orang yang tak deserve to be with us. Dengan ada nya orang terbaik, jangan risau. Kau akan bahagia.


P/S: To Afir, this is for u. Tapi aku malu~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tulang Belakang Saya

Bila fikirkan apa yang aku dah jadi sekarang ni, aku sangat bersyukur sebab ada tulang belakang yang selalu support aku. Mereka ni lah yang selalu buat aku bersemangat and selalu fikir positif.


1. Umi and Ayah
2. Liza
3. Afir

Umi and Ayah

Liza and Afir (2008)

Daripada dulu lagi, diorang la yang selalu percayakan aku. Selalu kata aku boleh buat something beyond my ability. Macam bila aku kata aku takkan dapat lebih daripada 6A masa SPM, Umi dengan Liza mesti akan bangkang. Umi kata aku mesti boleh dapat 9A or 10A (bukan straight A sebab aku selalu lemah dalam Add Math). Sekali bila result keluar, apa yang diorang cakap betul-betul jadi!

Then bila apply JPA, aku taknak. Petronas lagi lah aku taknak. Kalau nak Petronas, kena ada minimum 9A ok.. Pelik gak aku macam mana aku boleh dapat sedangkan Prinsip Akaun and Add Maths aku hancur. Bagi aku competition sangat tinggi. Memang confirm la takkan dapat. (Sebenarnya malas nak apply)... Rasa macam nak menangis sebab ayah suruh aku apply jugak. Sebab at first aku ingat kalau aku apply, then aku kena fly terus after SPM. Tu yang aku takut. Maksud aku, aku memang nak belajar dekat oversea, tapi time degree la. Then ayah naikkan semangat aku. Ayah kata aku mesti boleh buat. Ayah cerita pengalaman dia dekat US macam mana. Eventhough sedih sebab kena tinggalkan family and kawan-kawan, tapi seronok dapat pengalaman. So, malam tu aku isi jugak borang permohonan biasiswa JPA.

Then bila berjaya dapat panggilan pergi interview, aku rasa macam tak percaya. Masa pergi interview JPA dekat Putrajaya, sepanjang dalam perjalanan tu ayah bagi tips macam-macam untuk jadi terbaik masa interview. Even seminggu before interview, ayah bagi aku tips on the internet yang die cari and print untuk aku. Tebal gila ok! So, perkara yang kecik-kecik macam ni yang buat aku terharu.

Aku seronok interview aku berjalan dengan bagus. Tapi interview Petronas aku agak hancur la. Serious rasa nak menangis time Petronas tu sebab aku rasa macam orang lain semua jauh lagi hebat and aku macam failure sebab time interview aku stuck. Malam tu Afir bagi semangat dekat aku. And i appreciate it.

Bila dapat tahu aku dapat scholarship JPA tu, happy gila aku. Memang betul-betul tak sangka, dalam 20,000 students cemerlang yang apply, aku dalam 1,500 yang dapat. Umi memang happy, semua orang pun sama. Tambah lagi happy, aku dapat pergi tempat parents aku belajar sama-sama dulu. Tempat lahir aku yang dah lama sangat aku tinggalkan. Aku mesti dapatkan balik pengalaman lama tu.

Liza memang rasa bangga sangat dengan aku. Afir pulak, at first aku ingat dia macam tak kesah. Dia tak banyak komen pun. Tapi sebenarnya dia suka sangat cuma susah untuk dia nak biarkan aku pergi. Aku pun fikir macam tu jugak. Sekarang, lagi berapa bulan je lagi aku dekat sini. Roomate aku yang tersayang tu nak pergi dah 15Nov ni. Tahun depan dia fly pergi Australia. Pasni aku duduk dalam bilik tu sorang-sorang la. Maybe aku pindah masuk rumah kawan aku yang lain pulak. Haihhh, cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam je hari pertama aku tido dengan dia. Cepatnya masa berlalu....

Ok, tujuan entry ni bukan nak cerita macam mana aku dapat scholarship, cuma nak cerita pasal orang-orang kuat belakang aku. Umi and ayah selalu bagi nasihat dekat aku. Pasal masa depan, karier, study and macam-macam. Sanggup buat apa-apa je untuk aku. Diorang takkan tolak sikit pun permintaan aku. Bila dah besar ni, makin relax plak bercakap pasal cinta. Haha!

Liza pulak, everytime aku sedih atau down, selalu aku call dia. Aku berani cakap, nasihat dia sangat tip-top, terbaik gila! Kadang-kadang bila tengah nangis time kol dia pun, ada 2 kemungkinan yang akan berlaku. Sama ada aku menangis lagi lebat sebab nasihat dia yang menusuk ati aku or tergelak and stop crying sebab nasihat die berjaya buat semangat aku naik and lebih yakin dengan situasi yang aku hadapi. One thing pasal dia, eventhough die tak pernah couple, nasihat dia dalam masalah cinta sangat terbaik ok!

Afir pulak, selalu buat aku happy. Dia pun antara penasihat terbaik jugak. Walaupun kadang-kadang ayat dia memang makan dalam, tapi memang betul pun apa yang dia cakap. Dia selalu support aku dalam apa-apa je yang aku nak. Bagi aku, dia antara yang banyak bagi influence dekat aku and banyak jugak perubahan aku sebab dia. Walaupun dia xdela jauh sangat, selalu nak risaukan pasal aku.. Aku harap aku dengan dia akan kekal. Haha! I know that u always love me.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The New Lecturer

New Econs Lecturer:

"Marginal, quantity, demand, companies, cost, profit, average variable cost, curve, point, intersect, Microsoft, business, monopoly, competition, trade, micro chip, vista, america, money, dollar, price, utility, competition, average cost, marginal revenue, graph, pepsi, customer, supply, lowest point, yellow color, shaded area, perfect competition, oligopoly, total utility, change in total revenue, average revenue, branch, economy, expectation, taste, satisfaction, calculus, integration, equality, elasticity, unit elastic, long run, average variable, short run, movie tickets..... yada yada yada..."

"Any questions?"


Class: ...........................................................................



Total output: 199%
Total input: 0.5%




Sir, tak paham....

Long hours.
No jokes.
No pause.
Nonstop.
No Foofull.


Im lost.



P/S: What do u expect from freshly graduated young microecons lecturer who loves to cakap about computers and techno-stuff at 4pm when ur only friend in class is not there and this is the last day of ur favorite previous microecons lecturer. Thankfully, Mr Poobalan threw a farewell party today.. Makan pizza free dow! Yesss! Take-take some pictures lagi.. Goodbye Mr. Poobalan...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ishk!

Sepanjang minggu ni apa yang merisaukan aku ialah perasaan bodoh tu sangat lah memuncak.
And aku taktahu kenapa..
Aku cuba control.
Dan sabar.
Dan tunggu.
Dan lihat.

: (

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Dekat Kolej Aku Pakai...

Bila tengok macam-macam jenis baju yang budak-budak junior pakai, tiba-tiba teringat zaman aku baru first sem dulu. Boleh kata before enter college, aku tanam azam nak jadi budak yang hot la.. Bukan hot yang meletup tu, tapi maksudnya tak selekeh, tak revealing sangat dan sesuai dengan weather, suhu dan keselesaan at the same time nampak menarik la.


Time tu boleh kata desperate jugak la. Nak lawan akak2 senior memang tak boleh. Manakan tak, ramai gila kot senior aku yang part-time model and rata-rata anak lord belaka. So, langkah terbaiknya, bersederhanalah dalam apa-apa pun.

Kalau siapa-siapa kenal aku, mesti tahu yang aku suka shopping, suka baca magazine pasal fesyen, tapi tak berani pakai lawa-lawa bila nak keluar rumah. Lawa untuk aku, ialah lawa macam semua orang biasa pakai. Senang cerita, aku tak beranilahh! Kalau pakai different sikit mulalah rasa tak selesa, rasa janggal, and macam-macam lagilah sedangkan orang lain kata cantik je. Semua main dekat otak okayy!

Bila dalam bilik, kemain lagi try macam-macam, padankan gitu gini tapi setakat tu jela. Kalau keluar pun jarang-jarang pakai baju pelik-pelik. Bukan tak suka, tapi rasa lain.

Setiap pagi, perkara pertama yang aku buat before masuk toilet ialah bukak almari aku and ambik masa panjang untuk pikirkan apa nak pakai. Confuse betul kadang-kadang. So, bila dah start confuse tu, cara mudah untuk lari dari masalah, sarung je t-shirt rasmi Taylor's. Habis cerita.

Bila datang mood nak pakai something different plak, lagi lama la aku duk depan almari tu. Tapi kadang-kadang baru sampai tengahari, dah cabut segala cardigan, accessories segala mak nenek tu, maka jadilah ordinary me.

Berbalik kepada junior-junior aku tu, ingatlah, satu hari nanti korang akan penat nak melawa. So, aku rasa semua akan end up pakai selipar, tshirt bodo, jeans and sweater macam aku. Haha!

First Sem


Second Sem


Third Sem


Forth Sem


Makin lama, makin simple, makin jarang ambik gambar... So, memang terasa gak la perbezaan semua tu. Yang penting makin tua, makin matang... Cool~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Random #1

-Noh Hensem-
-Barbie ganas-
-Ken Bapok-
-Noh hensem lagi sekali-
-Model hot meletup-
-Furby comel 3x-

Randomness. Benda-benda yang aku suka.
Noh ialah feveret singer aku of all time.
Model ialah kegemaran aku.
Model Victoria's Secret terbaekk..
Barbie and Ken, couple sehidup semati.
Furby- Nama panggilan aku dekat kolej.

Dats all.
kthanksbye

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kangaroo and Koala


I miss u.
Bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jom Kita Berjimat!

Memandangkan sekarang dah dekat nak habis semester, mesti masalah utama kebanyakan student ialah duit poket kan? Ye, kenapa aku cakap macam tu? Sebab duit dalam bank aku hampir habis ye. Rasa macam tak mencukupi untuk tanggung aku sampai Disember ni.
Disember~ lagi 10 minggu. Kalau ikutkan bajet, dalam bank aku perlu ada rm1000 untuk kasi aku hidup mewah. RM1000? Kasi aku heart attack celah mana pulak nak korek.

Tapi malangnya tidak. So, untuk feel nak hidup mewah jugak tanpa buat muka seposen mintak duit parents, kita kenalah berjimat cermat.

1.Langkah pertama untuk berjimat cermat ialah berhenti shopping. Untuk pengetahuan semua, sepanjang 2 minggu lepas memang aku banyak spend untuk benda bukan-bukan. So, benda bukan-bukan tu la yang kena tiup jauh-jauh. Kalau teringin jugak nak beg baru, baju baru dan segala yang baru, pergi cari balak kaya. Dekat sini xde.

2. Jangan indulge diri beli makanan mahal-mahal. Aku tau ramai di antara kita semua memang anak lord. Tapi apa salahnya kalau sekali sekala ikat perut sikit untuk tak membebankan ibubapa or dalam kata lain belajar hidup berdikari, pakai duit sendiri. Ingatlah, bagi student-student IPT, sedar-sedarlah diri. Masing-masing dah besar, pandai-pandailah hidup. Jangan asyik mintak kaki je dari parents. Sila diet!

3. Elakkan diri daripada melakukan perkara sosial di luar. Dalam rumah takpe. Maksud aku, kalau syaiton di sekeliling ajak pergi karoeke, shopping, tengok wayang, katakan TAKNAK. Ingatlah, kalau duit habis, boleh ke kau merasa nak main snooker, berkaroeke sume tu? Nak makan pun takde duit.

4. Mahirkan diri dalam ilmu mengorek tabung kawan. Sangat berguna. Tadi aku berjaya keluarkan duit syiling rm2 daripada hasil jolok dan korek tabung member aku. Tapi bukan aku mencuri. Saje nak gilap balik ilmu yang dah lama aku tinggalkan tu. Hehe!

So, tu dia langkah-langkah berjimat yang mesti diamalkan. Aku pun dah mulakan daripada minggu ni. Ni contoh menu makan dan harga untuk hari ni. For your info, makanan dekat Subang Jaya, atau spesifik lagi, dekat SS15 memang mahal nak M. So, memang kena berhati-hati sikit kalau makan dekat sini.

Menu hari ni.
Breakfast
Roti telur (RM1.90)
Air kotak(Free, bawak dari rumah)

Brunch
2x Cocopie (Bekal dari rumah)
Air kotak (Bekal dari rumah)

Lunch
Nasi campur(Rm5.70)
Ais kosong (Free)

Makan petang
Cocopie (Bekal)

Dinner
Nasi putih (RM1)
Rendang daging (Priceless, bekal umi masak)
Air kosong (Free)

Total makan 12 Oct 2010: RM8.60

Kalau aku tak jimat, purata harga makanan aku sehari ialah RM17.
So, hari ni aku dapat jimat RM8.40
Haha! Berjaya!

Eat healthy,
Stay alive!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gitar dan Lalang

Hari Sabtu lepas aku tolong Afir dengan projek fotografi dia.
Jadi model sehari pun ok laaa..
Dah la aku buruk time ni, tambah lak pose ntah ape-ape.
So, aku rasa macam tak membantu sangat laa.
Tengok gambar pun dah tau yang aku kekok depan kamera.
Adoyaii..
Bila laa nak jadi berani...
Aside from lalang yang tajam and weather yang terik,
Seriously, hari ni sangat seronok.

Memang seronok.





*Btw, gambar ni semua tak edit lagi.
Creds to Afir :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awek & Beg Hot


Ok tak kalau aku jadi model handbag?
Serious, baby minum susu pun boleh muntah dekat gambar aku.
Cheittt!

Ok, bab model tu tipu je...

Tetibe ter'search pulak kan pasal model campaign handbag ni.
Perghhh.. Ni merupakan koleksi gambar terbaik yang aku search tadi selama 30minit.
















Seriously, kena belajar ni macam mana diorang pose!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Ini Di Taylor's 2

Ok, ni versi kedua punya..
Perjalanan hari Selasa, 5 Oktober 2010.

6.40am~Perkara wajib pertama setiap hari..
Menilik muka dekat cermin

7.00am~ Pemandangan pagi dari tingkap Casa Subang

Aku paling benci tunggu bas.. Lembab!
Usha sket line die punya panjang tuu..

7.20am~ Hehe! Bosan masa traffic jam.

8.20am~ Tolong Dz and team dia set booth untuk Expo-nomix

Dan lagi... dan lagi....

9.00am-1.15pm~ Study untuk test Statistics

1.30pm~ Lepas study, pergi lagi lepak dekat event Expo-nomix tu...

Then menu lunch kita pada hari ni~ Chicken Chop!! :D

Pastu lepas balik, tidoq!

-End of story-







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS