Indonesian Cultural Night

Semalam aku pergi ke cultural event. This time it's Indonesian Cultural Night. I love any country's cultural night coz boleh experience and kenal culture lain dengan lebih mendalam. Selain tu boleh bersembang dengan kaum lain pasal negara diorang. Like semalam masa Indonesian cultural night punya booth, dia ada pamerkan mi goreng segera Indonesia. And dia cakap dekat Indonesia, dia panggil semua mi segera ni Indomie, berbeza dengan negara kita. Kita panggil semua brand Maggi. Haha! Aku macam dah takde topik lain dah cerita pasal maggi. Next week Korean punya cultural night pulak. Nak pergiiii....


Ini merupakan kali pertama Indonesian di Penn State organize cultural night ni, sedangkan Malaysian student dekat sini dah organize banyak kali, setiap tahun. So aku nak jugak tengok dorang punya first time macam mana. Permulaannya, lelaki yang jaga kaunter pendaftaran tu cute jugak. Haha! Then bila masuk dewan, ramai Malaysian ada dalam tu.

Sebahagian kawan Malaysian yang datang.

Banyak persembahan tarian. Tapi yang hairan, orang yang perform dia lah yang jaga booth makanan, dia lah yang jaga kaunter, dia lah yang jaga booth pameran... Senang cerita diorang recycle semua orang. Bila aku cakap dekat kawan aku, dia kata Indonesian di Penn State cuma ada 17 orang je. Padanlaaaa... Compare dengan Malaysian dekat Penn State, ada dalam 200 orang lebih kurang. So agak kagum dengan diorang yang cuma ada 17 orang tapi mampu nak organize event macam ni.

Pembukaan dengan Saman Welcome Dance


Sesiapa yang pernah tengok Siti Nurhaliza perform lagu Nirmala dalam AJL dengan video clip dia, sama la dance tu dengan ni.

Makanan pada hari itu.

Ya Allah, dont get me started on food. Sumpah awesome. Sedap gilaaa! Semuanya sedap. Ada mi goreng, satay ayam, nasi putih dengan kari telur rebus dengan tauhu and keropok. Tapi semuanya sedap. Ramai yang puji makanan dia.


Kalau sesiapa yang kenal aku, tahu aku tak suka makan mi. Tapi yang ni first time aku makan mi yang boleh diterima tekak and sangat sedap. And aku bukanlah peminat kari, tapi kari dia serious sedap. Satay pulak memang the best. Lembut je ayam dia and kuah kacang dia memang sedap. Senang cerita, makanan dia je buat aku rasa macam nak pergi Indonesia. Haha!


Tarian Piring

Persembahan gamelan.

Part ni memang agak lengthy. Kalau dia main satu dua lagu je ok la. Ni banyak sangat rasa bosan.

Tarian Lenggang Nyai.

Tarian Tor Tor

Penutup oleh Tarian Poco-poco

Overall hurmm so-so jela. Pada pendapat aku, banyak sangat tarian. Kalau dia variasikan dengan persembahan wayang kulit, fashion show, lakonan, or apa-apa yang lain maybe boleh buat event ni lagi menarik. And ada transition antara Tarian Lenggang Nyai dengan Tarian Tor Tor tu ambik masa lama gila nak tunggu penari tukar baju, sampai separuh daripada penonton balik. Kalau dia tukar baju dalam masa 10minit takpe jugak, tapi lebih daripada 20minit. So dorang patut baiki part tu. Apa-apa pun pujian harus diberikan dekat diorang sebab diorang hanyalah seramai 17 orang tapi mampu untuk jalankan event ni dengan baik and dapatkan ramai sponsor. Disebabkan sponsors tu lah, kita dapat makan sedap-sedap and dapat doorgift yang menarik secara percuma.

Doorgifts yang diberikan.

Muka happy dapat kipas cantik.


Overall, boleh dibaiki lagi. Terima kasih buat student Indonesian yang dah menjayakan event ni. Tahun depan buatlah lagi and dijemput hadir ke Malaysian Night lagi 2 minggu. Huhu!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Spring Snow

Where is the sun when you need it?


Sekarang seminggu musim spring atau musim bunga sudah tiba. Tapi bayang bunga, dedaun, matahari masih belum muncul. Kalau compare dengan awal musim bunga tahun lepas, sekejap je cuaca berubah jadi panas. Bunga-bunga pun cepat tumbuh. Tapi sayangnya musim bunga tahun ni still suram. Sejuk  pulak tu. Salji memang cantik. Tapi dah 5 bulan aku experience salji, so cukup-cukup lah tu. Bukan tak bersyukur, cuma rindukan cuaca yang panas and dah letih pakai baju sejuk, layers and boot yang sama hari-hari. 


Btw, bawah ni ialah gambar-gambar photoshoot dengan housemate aku. Gambar ni ditangkap 2 minggu lepas sebab ingatkan tu merupakan last day of snow. Rupanya since gambar ni diambil, snow dah turun sampai 4 kali dah dalam tempoh 2 minggu ni. Rinduu nak tengok daun-daun, bunga-bunga and sinar matahari :(






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Aktiviti Seorang Student: Spring 2013

Hi everyone! Lama dah tak update cerita pasal life. Ok kali ni aku cerita what's been happening this semester. Okiaq let's go!


This sem boleh kata aku involve dalam banyak benda compared dengan semester-semester sebelum ni. Aku join lion dance, swing dance club, choir (tapi baru minggu ni quit), jadi ajk makanan untuk malaysian night and comittee untuk prom night nanti. Kesemua event ni disumbatkan ke dalam bulan April. So do expect next month aku akan busy gila tak menang tangan. Lol.


One thing I love about this semester is Lion Dance. Lion Dance ni ialah kelab under Malaysian Student Assosiation di Penn State. Kitorang dapat banyak invitation untuk perform, tapi banyak jugak kena turned down sebab waktu tidak mengizinkan. Meriah betul masa Chinese New Year last month, dalam seminggu tu kitorang perform up to 3 performances. Macam artis kannnn? Hehe. Persembahan kitorang berbayar, so duit tu digunakan untuk beli props and lain-lain perbelanjaan untuk kitorang punya ultimate event, Malaysian Night 2013. Huuu can't wait!


Aku memang enjoy sangat Lion Dance ni. Kesemua yang dalam team ni ialah kawan-kawan aku yang rapat. Almost every week ada practice. So it feels like a little gathering.


Jakon seketika

After our first performance, Malaysian CNY celebration at Parkway Plaza.


Our third performance during Penn State Business Club CNY Celebration


Teammates.

They never fail to make me laugh.

Penn State Malaysian Lion Dance Spring 2013 line up:
Standing from left: Mei San (leader), Farah, Jamine Teo
Sitting from left: Lee Ying, Najmi, Haziq, Muzakkir, How Soon and Belle.


Btw below here are the photos from yesterday. Kitorang a bit pressure sebab Malaysian Night semakin hampir. So kena lipat gandakan usaha dengan formation and lagu baru. 






Gambar tuan blog harus ada. Lulz.


Lain-lain aktiviti macam biasalah. Ada meeting setiap minggu. Next month aku ingat nak start kerja, so masa makin kurang. Huhu. At the same time nak catch up with studies sebab sem ni kena jaga sikit GPA, tak boleh main-main. Btw bercakap pasal studies, semester ni aku cuma ada kelas pada hari Selasa and Khamis. Hari lain sama ada aku sibuk merendek, tidur, pegi meeting/practice atau study. Haha! Tapi most of the time memang aku study, kite tak tifuuuuuuu.... 


Aku ambil 4 subjek je sem ni. Taktau kenapa malas sangat. Lol. Kelas-kelas aku ambil sem ni ialah:
  • Social Stratification (SOC429)
  • Sociology of Mental Illness (SOC497A)
  • Biology of Human Bodies (BIOSC004)
  • Introduction to Drawing (ART20)

Aku enjoy kesemua kelas kecuali Social Stratification sebab taktau lahhh. Asal kelas je aku rasa nak tidur. Dah lah banyak kerja pulak tu. Huhuuu...


Tapi kalau nak cakap pasal kelas paling banyak aku bagi attention, rasanya kelas drawing sebab aku minat sangat drawing. Btw ni ialah assignment yang aku baru je lepas submit tadi. 


Self-portrait
(maafkan saya buat mereka yang terer art sebab saya hanya budak baru belajar)


Aku rasa kelas drawing ni demanding sangat. Banyak pakai duit, banyak masa dan kesabaran. Tambah-tambah pulak bila tetiba datang angin lecturer tu suruh hantar 8 lukisan detail dalam masa satu hari. Fuhhhhh. Tak pun time mood melukis takde, rasa macam nak lukis orang lidi dengan rambut penyapu je. Actually aku tak merungut pun. Takde siapa paksa aku ambik kelas ni, aku yang suka-suka nak ambik. Memang aku minat sangat bidang seni, tak kiralah apa jenis seni pun, semua aku suka. Cuma peluang tu jarang dapat, plus aku tak berbakat sangat. Asal boleh jelaaa...


Bawah ni antara assignment yang pernah submit. Walaupun kelas tu barely ajar apa-apa sebab aku ambik kelas online, tapi through practice yang banyak, somehow aku boleh nampak improvement dalam skill aku. Tak sia-sia usaha melukis siang malam..


Media: Drawing pen

Media: Drawing pen

Media: Drawing pen

Media: Charcoal

Media: Charcoal



Media: Ink wash

Media: Pencil

Media: Drawing pen

Media: Pencil



Media: Pencil



Media: Pencil


Makin lama makin sibuk, so maybe dalam bulan April ni aku akan jarang update blog. Tapi of course aku akan update tentang 2 big events yang dalam perancangan, which is Malaysian Night and Senior Prom Night. Hehe! Till then, see you on the next post.







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sparkles


Lol. New addition to the wardrobe.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Fakta Tentang Merawat Jerawat

Selama 22 tahun aku hidup, baru tahun ni muka kena attack dengan jerawat kaw-kaw punya. Memang serious horror. Lama jugak aku try macam-macam product untuk hilangkan jerawat ni and buat research. After aku apply everything yang aku belajar, now muka dah alhamdulillah clear balik. Not fully cleared lagi, tapi dah kurang secara mendadak. Now ada siapa tahu cara nak hilangkan parut?




1. Jangan sentuh muka jerawat tu langsung.
Memang banyak kali kita diberitahu pasal perkara ni tapi still berdegil jugak nak kopek or picit jerawat. I know how it feels... Tapi disebabkan habit ni lah elok-elok dapat dua jerawat, esoknya terus naik lagi lima biji. Ok this is why kita tak boleh sentuh jerawat. Sebabnya jerawat terhasil melalui sebum dan bakteria. Memang manusia ada menghasilkan sebum pada muka, tapi kalau tambah dengan bakteria, dari situlah jadi jerawat. Tangan penuh dengan bakteria, so kalau sentuh muka, ia akan menggalakkan lagi penyebaran bacteria pada muka. Just make sure if you really need to touch your face, basuh tangan dengan sabun dulu.


Second reason, jerawat terhasil juga bila pori-pori tersumbat yang dah dicemari dengan bacteria. Bila kita picit jerawat, kita akan bagi pressure pada gland yang ada kotoran tu, hence gland tu akan bocor dari dalam and merebak ke kawasan sekitarnya. This is why kita tak boleh sentuh jerawat sama sekali.


2. Untuk mereka yang ada acne-prone skin, elakkan pakai pelembab yang jenis cream. Carilah pelembab yang jenis lotion atau lebih bagus lagi dalam bentuk gel. Ini akan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan pada muka. Make sure it's oil-free. Tapi kalau nak lagi bagus, cari yang ada 99% kandungan aloe vera. Works for me!


3. Fakta hari ini: TIADA PENAWAR UNTUK JERAWAT.
Tapi ia boleh dikurangkan dengan pengambilan ubat and penjagaan yang betul. Antara yang berkesan untuk kurangkan jerawat ialah benzoyl peroxide, salicylic acid, etc tapi cuba cek kadar kandungan dia. Kebiasaannya cuma 2%. Ini antara chemical yang berkesan untuk jerawat kes biasa, tapi untuk jerawat batu atau cystic acne, kena jumpa doktor untuk prescription sebab kemungkinan benzoyl peroxide and salicylic acid ni tak cukup kuat. Peringatan: Benzoyl peroxide and salicylic acid ni boleh mengeringkan kulit. So itulah gunanya kena pakai pelembab. Kalau tak pakai pelembab, ada kemungkinan kulit akan jadi berminyak lagi teruk.


4. Ingat, there's no such thing as shortcut untuk lawan jerawat. If you found one then good for you. Tapi kebiasaannya apa yang kita buat hari ini untuk rawat jerawat, sebenarnya bukanlah work untuk jerawat yang ada sekarang. Tapi ia berkesan in the future untuk elakkan penghasilan jerawat baru. Ia ambil masa yang lama untuk kurangkan jerawat, do expect about 2 months. So that explains why kalau kita pakai ubat jerawat tapi tak berkesan. Sebenarnya bukan tak berkesan, cuma dia takde effect sangat pada jerawat sekarang. Kemungkinan berkesan untuk keringkan jerawat sekarang and elakkan dia daripada merebak je.


5. Kalau ada jerawat yang sedang aktif, elakkan pakai scrub. Memang ada orang kuat pakai scrub sebab scrub mampu tanggalkan kotoran pada muka, tapi cuba kurangkan pakai. Sebabnya particle scrub tu boleh mencalarkan muka and ada kemungkinan jerawat tu akan terluka. Boleh pakai, tapi seeloknya tunggu sehingga jerawat tu kering. And kalau pakai, jangan urut terlalu lama pada muka and jangan buat secara kasar. Same thing jugak dengan cleanser.


6. Rajinkan diri pakai sunblock sebab sunblock mampu kurangkan parut jerawat daripada jadi lebih gelap.


7. Elakkan pakai makeup. Untuk orang yang nak jugak pakai makeup untuk cover jerawat, elakkan pakai foundation. Kalau cara aku, just pakai loose powder, so that pori-pori masih ada ruang untuk bernafas. Just make sure basuh cepat-cepat after sampai rumah.


8. Tentang pemakanan, tiada bukti kukuh tentang relation antara makanan tertentu dan jerawat. Tapi kalau korang rasa korang makan something and benda tu menyebabkan jerawat lagi teruk, kurangkan atau berhenti makan makanan tu.



Ok itu sahaja untuk fakta yang aku tahu. Kalau ada salah, sila tegur. Now these are the products that I use to treat my acne.


SIANG

1. Cuci muka dengan Clinique Facial Soap

My all time favorite. Takkan berubah!


2. GNC Aloe Vera Gel
Very cheap but works wonder! I bought it for only $1.50


3.  Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion.
A bit pricey but this is the best moisturizer I've tried so far.


4. Ocean Potion, Face Potion SPF 45.

Love love this! Tak buat muka berminyak langsung.




MALAM

1. Clinique Acne Solutions Cleansing Bar

Still baru 3minggu pakai but somehow it works. 

2. Noxzema Triple Clean Anti-Blemish Pads


Really love this stuff. Sangat murah and ada 90 pads at $4. 
Sangat-sangat berkesan dalam mengurangkan jerawat aku.

3. GNC Aloe Vera Gel
4. Clinique Dramatically Different Moisturizing Lotion.


I no longer wear any acne spot treatment pada jerawat coz somehow I feel that it clogs my acne even more. Not sure if it's working or not. Macam takde beza je? Lol. However it's just me. Kalau korang rasa acne spot treatment korang berkesan then go on.


Ok itu sahaja perkongsian pada hari ini. Good luck!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Who The Heck is Furby?

Sorry to those yang search keyword 'furby' and end up ke blog ni. Untuk sesiapa yang tak tahu, furby ialah sejenis mainan macam robot yang mata and telinga dia boleh bergerak (not in the creepy way I think) and is cute. Untuk kanak-kanak yang lahir tahun 80an and awal 90an tahulah apa dia Furby tu, but now macam dah tak berapa popular dah.



But why this blog named Furby? Well semuanya bermula masa zaman dekat Taylor's College. Masa icebreaking session, ada dua orang nama Farah. Sorang diberi nama Farah A and sorang lagi Farah B. Memang since sekolah ada beberapa orang panggil aku Farah B tapi tak berapa meluas sangat. B is the initial for my middle name, which I decided not to reveal, coz it's internet... You never know. 


Start dari Taylor nama Farah B digunakan secara meluas, sampai la my bestfriend started to call me Furby, coz to her it's cuter and simpler to mention. After that, semua orang panggil aku Furby, hence the blog name.... But then my friend got really creative and transform it to Furboobs and stuff...... -.- But oh well, I really dont mind. 


Tapi tak ramai kawan sekolah or kawan dekat Pennstate tahu pasal nama ni, which is why I came with this post. Hope it clears things up. Ok bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

First Concert in US

Overall boleh dikatakan semester ni agak fun sebab aku banyak involve dalam banyak benda and kawan-kawan pun bertambah ramai. So 2 minggu lepas aku pergi ke satu konsert. Konsert pertama aku dekat US, well sebelum ni aku pernah beli tiket konsert Greenday tapi cancel sebab Billie Joe masuk rehab... dammit. Kali ni aku pergi konsert Bon Jovi sempena tour dia untuk promote album baru. Dia datang university aku so dekat sangat dah tu.


To be honest, Im not really a fan of him. Aku datang sebab suka-suka sebab ada seat murah available and plus he's a legend? So nak merasa la pengalaman pergi konsert artis hebat-hebat ni. Bukan selalu dapat peluang.


Btw, persembahan memang hebat and energetic, stage and lighting memang gempak habis. Cuma sayangnya camera aku tak dapat capture the moment dengan elok sebab well u know, camera cokia beli kat Walmart je pun. Lulz. Cuma benda yang buat bosan sebab aku punya seat dekat belakang stage (that explains why it's cheap) so bila kekadang belakang stage ditutup dengan prop on certain songs, aku rasa terpinggir dan dipinggir. Tambah pulak makcik depan aku berdiri and mamat belakang aku duduk. So buat aku serba salah nak berdiri sebab nanti halang view mamat kat belakang pulak. So end up aku duduk je mengintai di celah ketiak makcik depan aku. Oh btw concert ni memang ramai gila orang yg lebih tua or should I say veteran? Sebab Bon Jovi bukanlah artis untuk generasi zaman 90an, so tak ramai college student yang ada. Banyak golongan ibu-ibu yang datang.


Masa pertengahan concert tu, aku makin stress dengan makcik depan aku and stage belakang ditutup. Dah la takde skrin tv untuk tengok muka dia. So aku start mengantuk. Serious rasa nak tidur sampai aku terfikir kawan aku ada letak ubat tidur ke apa dalam air aku. Haha! Kawan aku pulak duk seronok menari and nyanyi lagu-lagu yang aku tak tahu. Time tu I feel really bad for my mom, coz she's like the biggest fan and she memorizes all of his songs. As for me? Aku mengantuk dalam tu! It would really make her happy if she's in my seat at that time.










 When I saw this, my university pride button was pressed real hard. Lol.


The concert lasted about 2 hours, then after that kawan-kawan aku ajak tunggu backstage sebab nak tunggu in case dia akan keluar and stop untuk bergambar. And this is their idea of the backstage -.-


It was freakin cold that night I tell you. -12 degree celsius and we waited for more than an hour for him to come out. There were about 2-3 groups of people waiting at the gate, desperately hoping that he would stop and pose for us. And one of them was me. 


Setelah lama menunggu, sorang-sorang guard datang kat kitorang cakap Bon Jovi dah blah naik van yang dah berlalu tadi. Masa mula-mula kitorang tak percaya sebab maybe tu taktik dia untuk halau kitorang dari tunggu dekat situ. Tapi makin ramai pulak, after sorang sorang pak guard and staff datang and bagitau benda yang sama, aku pun percaya lah. Cuma kawan-kawan aku still nak tunggu so aku tunggu jela.


We kept the optimist smiling face though the guards said that he has left already.


Sampailah satu saat yang dah lewat malam and kitorang pun dah penat and menggigil tunggu, so we decided to go back. Balik rumah jalan kaki ok from the stadium. Agak penat but we had fun.




For the conclusion, aku seronok for the concert but at the same time rasa sedih sebab sampai hati dia lalu pergi tanpa stop untuk peminat dia yang tengah tunggu dekat gate tu. Menurut kawan-kawan aku, selama diorang tunggu kat gate tu untuk mana-mana artis lain punya concert, tak pernah fail untuk bergambar personally. Cuma ni first time kena macam ni. Well dah takde rezeki nak buat macam mana.


Btw this is what I wore for the night. Opted for something less innocent tapi ntah lahhh.. Takde satu pun gambar nampak baju, hence the photo. Lol.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS