Showing posts with label love. Show all posts
Showing posts with label love. Show all posts

Lagu di Kala Ribut

Hurricane Sandy dah seminggu berlalu, tapi still ada satu kenangan yang aku memang tak boleh lupakan. Iaitu moment beberapa jam sebelum hurricane tu berlaku.


Disebabkan ini hurricane pertama yang aku hadapi, aku memang agak takut and taktahu apa nak expect. So, I did my research and start baca macam-macam report and tengok balik hurricane yang lepas-lepas macam hurricane Katrina and Irene.


But somehow it's not a good idea.. I got so scared macam nak menghadapi mati. Aku dah start imagine rumah aku kena hempap pokok sebab belakang rumah and depan rumah ade pokok besar, aku risau rumah ni kena tiup angin sampai runtuh, aku takut wayar elektrik terputus, macam-macam lah aku takut. Sambil tu merangka apa survival plan dalam kepala. Plan dekat mana nak lari kalau rumah runtuh, kalau cermin tingkap pecah ape kena buat, kalau banjir apa nak buat. Something like that lah. Siap prepare barang sebelah katil dengan passport in case anything happened, barang tu lah yang diangkut keluar dulu.


But then aku still takut jugak. Dalam kepala aku fikir, kalau tu merupakan last day aku jumpa family aku, Afir and kawan-kawan macam mana? If anything jadi kat aku macam mana? Then aku bangun and tengok tingkap. Angin serious kuat gila. Memang aku tak berani nak keluar langsung. Sambil tu aku BBM dengan Afir. Dia risaukan aku jugak, so aku suruh dia tenangkan aku.. So we decided to skype.


Bukak je video skype, aku macam tak cakap pape terus nangis. Nangis sebab takut yang amat. No, bukan nak gedik. Tapi memang time tu aku takut sangat-sangat. So Afir pulak main gitar and nyanyi untuk aku so that aku jadi relax and chill sket. Dua jam aku nangis ok. Kalau nangis lama camtu maknanya memang real-real lah tu.


Haruslah tauke tisu jadi kaya setiap kali hurricane kalau dapat bangsa macam aku.


But then time dia main gitar, dia dapat idea untuk buat satu lagu. So, time tu jugak dia bawak keluar pensel and kertas untuk tulis lirik.. Then main gitar untuk cari bunyi. Aku rasa agak sejam dia main gitar ulang lagu tu. Yang lawak sambil dia main gitar, airmata aku still tak stop lagi. (-.-") Bila dia dah siap lagu tu, dia pun rekod. Aku rasa dia rekod lama gila sampai aku dah tertido mimpi dah macam-macam pun still tak siap lagi.


Bila dah siap, dia send lagu tu kat aku. Sedap pulak. Bila dengar taktau nak happy ke nak sedih. Tapi rasa seronok sebab dapat lagu baru! Haha.. Walaupun dah banyak lagu dia tulis untuk aku, aku rasa ni special sikit sebab lagu ni dicipta untuk tenangkan aku yang tengah takut. So inilah lagunya...




Dont know if you think this is cheesy or what, but I am the most happiest girl to get this.


Lagu Dikala Ribut
by Afir

Setiap hari
Ku merenung jendela
Melihat sinar suria

Menyerlahkan cahaya
Kepada insan yang alpa
Kepada diriku yang masih layu

Ku mencuba menjadi sang suria
Memberikan harapan padamu
Ku berdiri menstabilkan diri
Agar kau tak akan jatuh

Peganglah tanganku berdiri ke hadapan
Ku akan sentiasa melindungimu
Kau tak perlu takut akan apa-apa
Kerana aku ada

Biar gelap datang
Ku akan terang
Biar aku lemah
Walau aku goyah
Yakinlah padaku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bergabung.. Meletup!

So lately Afir keeps pushing me to do what I do the best, which is fashion retail/ design and baking. Dulu yes aku ade nak buat kedai jual baju-baju yang aku design, jual aksesori bagai. Minat tu still ada lagi cuma banyak sangat batasannye. Then sekarang pulak aku cita-cita nak bukak bakery sendiri. Nak buat theme sendiri, create recipe and cake decoration sendiri.




But now what am I doing? Baring-baring, guling-guling studying Sociology. Bukan nak kata sociology tak best, seronok jugak cuma minat aku more to business, design and baking. Kalau boleh nak buat semua sekali. Ada jugak teringin nak jadi researcher dalam sociology sebab rasanya tu yang paling possible.. Tapi tu lah.. Angan-angan setinggi gunung pun boleh capai.


Banyak kali he brings this up, so aku tanya lah kenapa dia nak sangat aku buat semua ni. Then he said,

" Aku taknak lah bila kita dah tua hidup kita normal. Kerja kat office, lame je kan. Takde life langsung. Nanti time kau dah tua takdelah menyesal. Time tu kau sepak aku, aku sepak kau kot."

"Oh, so bolehlah aku sepak kau?"

"Kau sepak aku dulu lah sebab aku nak bagi kau can... Aku just cakap ape yang kita minat tu kita usahakanlah. Tu je. Selebihnya nanti aku rasa kemungkinan besar nak jadi kenyataan dalam 10% je. Lagi kurang peluang kita untuk menang judi tahu tak? Sebab nanti aku tahu lepas kau baru lepas habis belajar, kau sambung keje kat 7-E ke, aku keje cashier dekat NSK ke.."

(-_____-)"

Yeahh very nice aku kerja dekat 7-E

Dia sambung lagi..

"Tapi dalam masa tu kalau kita buat, kita akan berjaya dalam benda yang kita minat. Satu lagi Malaysia ni dah mula menerima kreativiti tau."

"Ok. Tapi kenapa kau nak push aku jugak?"

"Ok cuba kau imagine satu hari nanti kita ada anak. At least dia boleh lah gebang kat kawan-kawan dia yang mak ayah dia cool. Kerja fashion, music, bakery bagai. Takdelah nanti lame je. At least dia ade modal nak cerita. Macam, ayah aku dulu ade band. Main gitar hebat bagai. Takdelah cerita setakat, ayah aku dulu dapat A matematik. Bosan kau tahu tak?"


Ok got it. A very smart point indeed.


Then he came up with this amazing plan untuk aku gabungkan kedai baju and bakery sekali. Haha. Now let's tell me how money grows on trees. But apa-apa pun betul jugak apa yang dia cakap. Sedikit sebanyak bercambah jugak minat aku yang dah lama sangat pudar ni untuk usahakan apa yang aku minat.


And itulah untungnya bertunang dengan pakar motivasi.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DIY Room Makeover: Paint

Dah lama nak share entry ni tapi malas. So long story short, hari ni baru post. Duhh..


2 minggu lepas kot kalau tak silap, aku cat bilik. Sebenarnya since aku sampai je rumah after setahun tak balik, aku rasa cam ish asal la hodoh bebenar bilik aku ni. Cat kaler pink tu sumpah dah buruk gila. Macam ada kotor-kotor warna putih. Kaler pudar macam ade orang simbah air pada dinding tu. Hati aku betul-betul tak tenteram everytime aku tengok dinding yang tak semengah tu. Dari situ la dapat idea untuk cat. Teeeheeeheee. Panjang betul definition of problem ni.


Ok ni gambar bilik aku 2 tahun lepas.



Ni gambar dinding bilik aku lepas aku baru balik dari US and cabut semua gambar. Nampak perbezaannya? Ada rasa tenang ke kalau tidur sambil pandang dinding ni? Rasa macam hentak kepala lagi ada. Serious memang ada orang basahkan dinding ni sampai cat jadi camni.



Teruk kann? Hihi..

Masa ni dah get ready nak cat. Just kosongkan sekitar area ni.


So, first thing that I did was, aku cat balik dinding pink ni ke warna putih so that dia tak affect warna baru. Nasib baik aku ada baki cat putih ni dulu-dulu punya. Walaupun dah 4 tahun tersimpan tapi boleh pakai lagi. Save duit kat situ. 

Ni baru first layer. Untuk dinding turqoise ni aku buat 3 layer cat sebab aku kurang berpuas hati dengan second layer aku.. Kalau dapat berus yang bagus and skill mengecat yang hebat, boleh la kot buat 2 lapis. Tapi aku macam tak yakin dengan 2 layer aku, so aku buat 3 layer.


Masa pagi hari kedua cat, tetiba someone stopped by rumah aku just nak bagi these cute flowers. Haha! Aku cam pelik la kenapa bagi bunga? Dia cakap dia bagi sebab dia tahu aku tengah hias bilik. Awww how thoughtful. Lol.



Semuanya siap pada hari kedua. Dalam gambar ni, adik aku tengah cat hujung-hujung dinding kat bahagian ceiling. Aku gayat sikit nak panjat stool tinggi-tinggi, so nasib baik dia boleh tolong.


Masa planning untuk cat ni memang aku ada plan nak lukis pokok. Tapi tak sure la pokok camne. Susah gak nak decide sama ada nak pokok cherry blossom or pokok Christmas. Kalau fikir mana yg senang, pokok Christmas la (aku tak ingat apa nama pokok ni). So jadilah hasil seperti di bawah nanti.

Ni buat line pakai masking tape. Aku kira size ikut jengkal. Triangle bwh skali 4 jengkal. Triangle tengah-tengah tu 3 jengkal. Atas skali 2 jengkal.

Then pandai-pandai la ikut kreativiti sendiri nak wat design camne and warna apa dalam tu.

Cat hijau ni aku pakai cat minyak. Ni first time aku pakai cat minyak and seriously menyesal gila. Memang la effect cantik berkilat tapi bila kena kat tangan.. Aduiiiihhh lecehnya nak cuci balik sebab aku takde minyak tanah kat rumah. So terpaksa celup tangan dalam tangki minyak motor. Bau? Malas nak describe. Tengik gila. Selebihnya aku bersihkan guna nail polish remover. Berus pulak tak dapat diselamatkan. So buang jela.

Personally, aku rasa kalau dinding biru tu takde buat lining putih lagi cantik kot. Tapi sebab dalam planning kata kene buat lining putih, so aku buat. Malas nak patah balik.


Tarraaaa.. Ni hasilnya lepas dah siap. Nampak sejuk and nyaman je bilik ni.

Gambar ni lepas dah masukkan barang sikit.

Bunga-bunga ni pulak aku letak atas laci. Memang suit ar kaler dia ngan semuanya.

Now I have a new spot for camwhoring. LULZ.


Semuanya siap dalam masa 4 hari 
(termasuk masa lepak main komputer, kenduri, tidur, makan, tengok tv, melepak shopping)


Total cost untuk cat ni tak banyak pun.
Aku guna cat brand Seamaster tanpa kilatan.
1 liter cat (bancuh guna mesin dalam kedai so u have thousands of colors to choose from) = RM15
Tapi aku beli 2 tin so total RM30
3 masking tape = 3 x RM2
2 Berus cat kecik = 2 x RM2

Grand total = RM40

Cheap, isn't it?

Peralatan selebihnya memang dah ada siap-siap dekat rumah, so banyak saving kat situ la.

OK that's all. Bye.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surprised

This is sooo sweet.

He made my day! :D

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Awesome and Memorable Wedding!

kredit: google image



I loveeeeeeee wedding!


The best part kalau datang wedding mesti nak tengok pelamin, kek, goody bag, make up and baju pengantin. Well that's me. Kalau cantik aku puji laa.. Kalau buruk, well memang jadi bahan la, lagi-lagi kalau ade pengantin make up macam disaster gila. That's why it's important to make everything perfect on that day. Bukanlah nak mengutuk kalau pengantin tu tak berapa lawa or whatsoever, cuma kadang-kadang simpati kalau ade pengantin yang dimain-mainkan oleh mak andam dia sendiri, atau pun silap pilih mak andam ntah ape-ape. Worst nightmare ok!


Cerita pasal make up, masa aku tunang dulu aku ade plan nak tempah sorang make up artist ni untuk make up kan aku untuk majlis tunang. Tapi dia charge mahal gila. Aku just nak make up simple je, natural make up sebab Afir alergik sket perempuan make up tebal. Pastu dia letak harga RM400. To me it's quite expensive sebab majlis aku simple je. Tunang je punnn, bukan kahwin. Kalau dia pakai make up high end brand takpela jugak. Ini pakai brand yang aku boleh beli dengan harga USD5 kat US.. Time kasih jela.

Ni harga standard ye kalau pakai brand biasa-biasa. Now paham kenapa aku cakap  harga akak tu mahal?


So aku pun nak cancel kan. Tapi takut nak cakap. Majlis hari Jumaat, tapi keberanian datang untuk cancelkan make up tu masa hari Rabu. Tiga hari sebelum majlis. Mengamuk ok akak tu. Dia reply mesej aku CAPITAL LETTER ok! Sengal. Nasib la kan. Siapa suruh set harga mahal sangat? End up aku beli make up sendiri and suruh kawan baik aku yang memang expert make up kan. Rambut aku set sendiri. Haha! Cantik je. Perfect je. (Actually dalam hati takut gak kalau-kalau akak tu curse majlis aku jadi disaster kan?) But alhamdulillah, all went well.




Lepas majlis selesai, seronok tengok gambar cantik-cantik walaupun takdela 100% macam apa yang aku nak, but at least sedap la mata memandang. Cuma satu je yang kureng. Video tunang. Jiran-jiran yang tolong rekodkan majlis tunang aku, tapi macam untuk dibuat simpanan jela. Aku penah tengok video tu sekali je, then simpan tak bukak-bukak dah. Memang ade niat nak bagi orang editkan supaya benda tu jadi kenangan yang terindah, cuma belum jumpa lagi orang yang layak.


But now tidak lagi. Hari tu sembang-sembang dengan kawan aku, Danial. Dia ade tunjuk aku video yang dia shoot untuk wedding and macam-macam majlis lagi la. I was like, ternganga ok! Seriously aku taktau yang dia ade produce video untuk wedding. So aku pun click semua video dia dalam vimeo. Tak sangka langsung yang dia ade bakat terpendam rupanya. Style editing dia dah macam pro habis! Bila tengok video dia, rasa macam esok jugak aku nak kahwin and panggil dia shoot everything. Haha!


I can't imagine bila tengok video-video dia and imagine yang tu ialah wedding aku.. Haha! Level perasan: 4789634 (tinggi nak mampos). Lagi satu yang buat aku terkejut sebab dia ni budak architecture, kawan abang aku from Uitm Sri Iskandar. Tak sangka ade bakat terpendam. Pandai buat duit budak ni. Dah ramai client dia, and mostly semua sangat-sangat berpuas hati dengan hasil kerja dia. Aku tengok pun dah kagum, apetah lagi pengantin tu sendiri. Kompom meleleh sebab sweet sangat. Awwwww :D


Well sila klik pada video ni kalau nak tahu apa yang aku maksudkan!

Link to video yang ohhsemm gila!


There is a lot of videos to watch... And to daydream... Ahh berangan tak habis. Kau kahwin laaaaammmbattt lagi ok! Well, dia bukan buat wedding je. Dia buat jugak video untuk baby shower, birthday party, engagement day, majlis cukur jambul, majlis berkhatan dan segala macam majlis that you could think of. (Kalau nak dia ambik video sambut baby dalam labor room pun boleh. Almaklomlah, dah banyak kes bapak-bapak pengsan takutkan darah. Ihikkksss!)


Kalau ada yang betul-betul berminat, boleh contact beliau. Sekiranya anda di Malaysia, sila lah telepon dia.
Danial Ismail: 016 903 6105 
(dia juga merupakan seorang yang hot. So kalau anda mahu berjumpa dia, sila cari makcik-makcik, kawan-kawan atau jiran-jiran yang nak kahwin and paksa diorang tempah si Danial ni.)


Untuk video, dia biasanya record highlights of the event, but somehow aku rasa macam dia berjaya capture every moment dengan sempurna. Dari saat persiapan sampai lah habis majlis semua ade dalam video walaupun biasanya duration dia buat untuk 4-6minit je. So try la tengok. It's worth it. Nanti seronok nak tunjuk dekat bekas makwe, anak-anak dan cucu.


Hurry up and book him! Any inquiries, do contact him personally.
Facebook: facebook.com/danialismailmdi
Email: danialismail@rocketmail.com


Thank you!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2011 in Memory

Dah lama aku tak conclude tahun-tahun yang dah berlalu, tapi sebab tahun 2011 dah tinggalkan kenangan yang sangat lah bermakna dalam hidup aku, so aku decide aku nak ceritakan the most obvious ones.


First of all, before kita start, aku nak check list 100 Things to do in Life yang aku pernah buat masa tahun 2009 dulu. Walaupun ada some things dalam tu yang aku tak rasa nak buat dah, atau dalam kata lain dah expired, tapi ada some yang still reliable. And I will surely teruskan buat mana-mana yang aku mampu untuk jadikan hidup aku lagi bermakna. Tahun 2011 ni banyak jugak yang aku dah accomplish, and those are..



  • No. 10: Be a magazine covergirl.
  • No. 11: Be an active blogger and write more than 30 posts
  • No. 14: Adopt two cats and name them Miang and Gatal
  • No. 15: Be a video clip model
  • No. 16: Organize a fashion show
  • No. 32: Expert in cooking and baking (well at least there is improvement...)
  • No. 34: Have a dinner with famous celebrities
  • No. 48: Have a gay friend
  • No. 51: Befriend with all of my ex-es
  • No. 52: No cheat with my partner
  • No. 55: Be a bride's maid to a friend
  • No. 62: Have at least 50 bags and shoes (YES! I DID IT!)
  • No. 64: Be a strict and assertive person.
  • No. 65: Have RM20,000 in my account
  • No. 71: Gain weight until I reached 50kg before the age of 21
  • No. 72: Be Fairuz's bestfriend as long as I live. (at least up until now :)
  • No. 79: Wear tudung consistently. (Alhamdulillah...)
  • No. 83: Experience at least 3 jobs in life
  • No. 85: Join an environmental club to help create awareness about the mother nature
  • No. 89: Make a large snowman
  • No. 92: Never fail to say 'I love you' to the people that I love
  • No. 93: Arrange a day for orphans
  • No. 95: Learn to cook every dishes that my mom can cook



Wahhh.. Now boleh tersenyum bangga sebab dalam umur baru cecah 20 tahun November lepas, aku berjaya capai 23 out of 100 impian yang aku patot capai in a lifetime. TAK SANGKAAA MAKKK! Benda yang paling tak sangka sekali yang aku dah capai ialah untuk jadi covergirl. Even sampai sekarang susah nak percaya. T_T
And now kita alihkan pandangan ke azam tahun lepas pulak.


So far, Alhamdulillah tercapai semua impian aku untuk tahun lepas. Memang saje je aku set yang senang-senang sebab nak bagi senang sikit accomplish. Hehehehe.. *gelak evil*
Azam untuk tahun lepas ialah:-


  • Be punctual. Always on time and kalau boleh, dah ada/siap 5 minit before the actual time.
  • Stay as long as I can and still in love with Afir
  • Lepas semua JPA requirement, and fly ke US dengan senang hati.
  • Jadi lebih kemas and bergaya. (though this is still doubtful...)
  • Beli Blackberry phone dengan duit sendiri.

Whatever it is, aku sangat berpuas hati dengan apa yang aku dah capai. Walaupun ada slack sikit-sikit, tapi aku tak rasa menyesal atas apa yang aku buat sebab aku percaya ada hikmah di sebalik semua tu. 



2011 has left me with remarkable memories. Banyak sangat dah terukir sampai tak berapa nak ingat apa yang dah jadi. The highlights of this year are my engagement, offer untuk study ke Penn State, hidup berdikari seorang diri untuk first time ever in my life, graduate from Taylor's College, have a long distance relationship, excel in studies and lots more. The most priceless experience is the holidays in NYC with my bestfriends which has wrapped up my 2011 perfectly. Be there in Times Square, which was my lifetime dream is more than making me speechless. I'm thankful to Allah who has blessed me with these rezeki yang melimpah ruah and amazing experience in life. What more can I say...


Worked in FBB for the last time.


Got engaged to the man I love


Leave Malaysia to pursue my studies

Last moment with Afir

Raya in Malaysia through Skype.

Finally, I decided to wear tudung though not fully committed. Pray that I will insya-Allah.

Celebrate Raya for the first time without family.

My birthday

In NY with besties


THANK YOU FOR THE PRECIOUS MOMENTS, 2011.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Alone, But A Memorable Birthday

Birthday ialah penanda aras bahawa kau ni dihargai atau tidak. Well, hidup aku too awesome, aku tak pernah experience surprise party yang kawan-kawan buat, kena baling tepung, telur, or kena prank masa birthday aku. Aku tak pernah ada celebration grand-grand, and aku tak pernah imagine nak ada birthday macam sweet 16 or legal 21, aku just bersyukur dengan apa yang ada. I know my life seems dull, but itulah hakikatnya. Pathetic right?


No one cares to celebrate my birthday except for my family. So every year, I would celebrate my birthday with my family dekat rumah. My dad/mom would buy me a cake, then adik beradik aku semua akan duduk dekat meja makan mengelilingi cake tu and pose for the camera. Gambar-gambar ni macam koleksi every year laa how much we have changed in our lives. Tradisi ni daripada aku kecik sampai lah sekarang tak pernah berubah. Pernah 3x je dalam hidup aku family aku throw a party. Sekali masa 6 tahun dekat tadika, second masa10 tahun, and third time masa 17 tahun. Selainnya, kita celebrate macam biasa lah.


Makan kek tapi gigi takde. Hihikk..
Ni masa surprise birthday party dekat tadika masa umur 6 tahun. (1997)
"Teacher Gita, now Farah dah jadi orang berguna! Hehehhe.. "
She was my favorite teacher...


Ohh, budak lelaki yang hensem yang pakai baju uniform, berdiri sebelah teacher ialah my first crush. I kinda forgot his name, but I guess it's Azlan. Sebelah Azlan yang pakai baju putih yang muka penuh tekun tengok kek aku ialah Eddy. Dia ni Indonesian and dia suka aku masa ni like hell! Parents dia selalu kata nak kahwinkan aku dengan dia. A BIG NO OK? Hahahaah! Zaman kanak-kanak..


Ok part ni muka ngeri sebab tak pandai lagi nak pakai pencuci muka. So agak oily.
Reason kenapa mata lebam, masa ni baru lepas menangis handphone kesayangan hilang dekat Midvalley.
U know what a hp worth during this time. Ni masa form 3, baru lepas PMR. (2006)


Kalau diperhatikan kesemua muka-muka hitam-hitam belaka.
Yela, semua muka jalan kaki balik sekolah masa tengahari and bajet mat salleh suka berjemur luar rumah.
Ni masa form 4. (2007)


Ohh motif sangat pakai baju Hujan. Masa ni aku fanatik gila Hujan, even gambar ni ambik masa aku baru lepas attend gig Hujan kat KL. Heeee :D
Ni masa first year dekat kolej, birthday yang ke-18. (2009)


Masa ni muka da cerah sikit dah. Hihikk..
Ni birthday last year, yang ke-19. (2010)
Ni sebelum bertolak ke kolej, so agak pagi lagi. The reason why semua muka tak mandi.


Celebrating birthday with my family is always the best. I tried to find photos of my birthday tapi ni jela yang jumpa. Yang lain tak tau la dekat mana. Well, tadi tu semua macam flashback la. Now I'm 20.. Expectation for this birthday tak tinggi, tapi semua crushed. I was sad. I should feel sad walaupun dah tua macam mana pun aku, aku tetap nak orang ingat birthday aku. Hahaha. After kecewa, the only one thing left yang boleh buat aku happy balik ialah kalau aku celebrate my birthday with my fiance. Well, the reason behind it ialah kitorang dah 5 years together, tapi kitorang tak pernah celebrate my birthday together. Tak pernah ok. Haha! So this is the only opportunity.


He was so kind, dia lah tukang nyanyi lagu happy birthday untuk aku for the first time in his life, and aku pun potong kek after that. Just a small thing like this, aku rasa macam happy yang teramat sangat. At least aku tak lah pathetic gila potong kek sorang-sorang. Dah lah kek beli sendiri kat Walmart, first time birthday cake aku takde candles and tulis 'happy birthday' or ada nama aku, but I'm fine with that. Imagine kalau aku nyanyi lagu birthday sorang-sorang and potong kek sorang-sorang, without anyone snapping a picture of me smiling, what would I feel? Duduk kat oversea pun forever alone.. Yeah, no one cares about me. Thank God my family and fiance are always there. Good thing about this birthday, aku rekod kesemuanya dalam video, so that one day we would sit together and watch zaman muda-muda dulu kitorang sweet macam mana. Ohh scratch that last part. Haha!


Happy birthday to me...


Perasan tak ni kek ape? Ni kek for Christmas. Sedih kan birthday cake dah sold out?
But apa-apa pun beli jela. Dah ni je flavor yang sedap tinggal.


Ni masa aku celebrate birthday. Skype sambil buat assignment, coffee, bantal, blanket and birthday cake.
It was -1c during this time. 


Ever since aku masuk university, aku akan belikan hadiah untuk diri sendiri on my birthday. So, this year aku jalan-jalan kat Tj Maxx. What I got for myself? Oh aku tak belanja banyak sebab nak save duit beli flight ticket nak balik Malaysia and nak pegi NYC trip lagi dua minggu, so aku hanya beli...



  • A trench coat warna merah terang. Uww sexayy nyah!
  • Dompet Steve Madden
  • A pink lipstick

This is my first pink lipstick. Ni first in pink sebab before ni aku sangat gilakan lipstick merah.
Red lipstick defines me and we were made for each other.
But it's time for me to change to something that is fresher than before. I want a new look.
So, that's why the pink lipstick is on my hand.
Sweet je color dia. Next time nak beli banyak-banyak la!



Next is a wallet. Dah dua tahun aku pakai wallet yang sama, so it's time to change to a new one. So, setelah berbulan-bulan mencari dompet yang sesuai dengan lifestyle aku, akhirnya dompet ni yang paling fit dengan semua criteria yang aku nak. Besar, nampak glamor, banyak pocket, and detail dia sangat cantik. Disebabkan warna dalam dompet ni sangat menyerlah -gold and pink- so aku pun tertarik and terus beli.


So that's all for my 20th birthday. Walaupun sedih, tapi bila first time celebrate dengan Afir, it's definitely a memorable one. Walaupun sangat simple and and macam takde pape, tapi a small thing like this yang aku takkan lupakan. Tapi tak sempat nak celebrate dengan family sebab aku hanya online tengah-tengah malam, masa office hour kat Malaysia, so tak sempat call. By the time diorang free masa waktu malam, aku dekat US tidur terbungkang sampai tengahari. 12pm dekat US sama dengan 1am dekat Malaysia. takde maknanya parents aku nak berjaga tengah-tengah malam buta. So, tak sempat call lagi. Weekend ni aku call la. And untuk sesiapa yang wish aku dekat Facebook and sms, thank you so much. Aku tak sempat lagi nak reply all each one of you, but I will masa free nanti. Yang pastinya aku akan reply jugak semua orang ok. 


So, that's the end of my teenage life. Tahun-tahun yang penuh dengan pengalaman baru, mencabar, cinta, benci, girl fight, kawan-kawan, tahun mengenal apa itu freedom, date, teknologi, power, alam remaja, buat jahat, reject cinta orang, make up, fashion, music, gig, arts, university life, junk food, entertainment, travel, drive kereta, study oversea, bayar bil api and rumah, handphone.. There are so many things I did that I will cherish forever in my life. Tak pernah sekali pun aku menyesal dengan setiap decision yang aku buat sepanjang hidup aku coz semuanya ada hikmah yang aku akan ingat sampai bila-bila. 


And thanks to my family, good friends and Afir yang jadikan hidup aku sangat bermakna. And to all of my readers, termasuk silent readers yang buat aku bersemangat untuk tulis blog ni selama 2 tahun, thank you for reading and for all of your comments and support. 


Duduk sendirian dekat luar negara is indeed hard. Tapi dah banyak mengajar aku erti hidup and jadi lebih kuat, walaupun tu bermakna aku perlu sambut birthday sorang-sorang. Haha! I miss everyone in Malaysia..


Thanks Afir for making me happy on a very sad day...


T_T

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sengal

Contoh kesengalan yang nyata..


Afir, u could just press print screen or tekan snapshot pada video skype tu.. No need to snap using handphone siap ada flash and mms bagai. Kan dah kantoi ambik gambar kandid aku.
Lawak la kauuu..





P/S: Aku tak pernah fail lagi tangkap gambar kandid dia masa tengah video call. Kalau kumpul lama-lama nanti buleh buat koleksi Hall of Shame.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persiapan Hari Raya Di Perantauan.

Bila kata esok nak raya, the usual thing is mesti semua orang excited, umi suruh tolong kat dapur, rumah dah berkilat shiny shiny sebab baru lepas kemas, pikir baju raya apa nak pakai hari first, second day, seterusnya, nak masak menu ape, bakar lemang, berkumpul dengan keluarga, semua berlumba nak balik kampung, henfon tak henti berbunyi dapat mesej raya dan sebagainya.


Hari ni tinggal sehari je nak puasa. Malaysia raya dulu daripada US. Tapi sentuh bab raya je, wa panas je bila bukak facebook. Ade je orang nak bagi aku jelous. Annoyed gila. Fine.. Fine...


Tahun ni segalanya berubah. Tak de satu pun yang sama. Kalau tahun lepas aku merungut sebab dapat cuti raya 3 hari je, tahun ni aku nak merungut lagi sebab langsung takde cuti raya!!!! Boleh kalau nak apply cuti, tapi kelas still berjalan macam biasa. Maknanya kalau aku skip, aku akan miss banyak sebab semua kelas aku pack satu hari. Sekarang ni masih undecided. Kalau aku cuti pun, orang lain semua pergi kelas. So, what's the point?


Ape pun takde. Semua pun tak boleh. Nak pakai baju raya ke kelas pun terasa macam over sangat. Tu pun kalau aku pergi kelas. Hari Selasa kelas full daripada pagi sampai petang. Semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Ntah makanan raya ada ke tak, aku pun tak tahu. Apa nak buat kalau cuti pun aku tak tahu. Nak keluar ke mana pun tak tahu. So, what's the point pakai baju raya? Boleh je kalau nak hidupkan hari raya, tapi kena sepakat laa.. Something yang aku rasa susah untuk dibuat pada masa ni. At first I thought that no matter where we are, as long as we have the spirit of raya, it would still be alive.. But now the spirit is gone.. Raya is nothing.


Dah 3 minggu aku dekat US. Takdelah homesick sangat sampai meronta-ronta nak balik cuma kadang-kadang terbit rasa rindu pada semua orang, rindu pada rumah. Perasaan tu dah hampir hilang tapi bila dekat nak raya ni tetibe dia datang balik. Mak aku rajin post benda kat Facebook aku. Setiap kali dia hantar something, mesti buat aku rasa syahdu.







Aku tahu family aku semua rindukan aku. Cakap pasal raya, Umi tak pernah miss jahit baju raya aku setiap tahun. Aku ingatkan tahun ni dia tak sempat jahit, alih-alih tanpa aku sedar dia buat jugak and bakal pos dekat aku nanti. Aku macam terharu sangat. Bukan setakat tu je, Umi hantar ni sekali.




"Tetamu datang tetamu pergi,
Namun tiada orang ku nanti,
Hanya sepasang kurungan biru
Menjadi teman pengubat rinduku..."

Yes a video lagu raya. Sangat simbolik kot bila dia sebut baju kurung biru coz kebetulan baju raya aku tahun ni yang Umi jahitkan warna biru. Bila hayati betul-betul lagu ni wat aku rasa sedih gila kot. Dah la layan lagu ni sambil buat kuih raya sorang-sorang kat dapur. Semua sebab nak hidupkan raya punya pasal, aku gagahkan diri jugak buat satu jenis. Tu pun last minute sangat. Esoknya nak raya, baru hari ni buat. Semuanya sebab adik aku, Piya. Dia rindukan aku ke apa agaknya, dia pergi buat kuih cornflakes madu. First time Piya buat kuih raya. Kuih tu pulak kuih feveret aku. So, aku pun buat sendiri... Ni pun first time jugak buat kuih raya ni.

Ok, ayat kau lepas kena puji tak boleh blah sangat.



Hasil baru lepas buat tadi.

Kalau tengok gambar kuih aku, ade riak kesedihan kan kat muka kuih tu..
Ntah-ntah dia pun sedih sebab tak merasa jadi kuih raya yang beraya di hari raya.
Haihhh...


Ada sorang blogger famous ni kata dalam banyak-banyak impian dia, dia nak sangat merasa macam mana beraya di luar negara tanpa keluarga. Amboi, meh sini kite exchange. Nak sangat kan? Lol. Tapi takpe, demi pengalaman, aku redah la jugak. Ada senior tawarkan kalau ada sesiapa antara kitorang nak turun ke Washington DC masa pagi hari raya pertama untuk buat video conference dengan Najib. Aku taktahu la kalau benda tu live keluar tv ke tak. Haha! Rasa macam nak cuba, sebab kalau aku pergi nanti ade lah benda aku boleh ceritakan dekat anak cucu aku nanti.. Tapi macam segan je. Hebat sangat ke aku ni nak pergi sana wakilkan kawan-kawan universiti aku and semua student Malaysia kat US kan? Hahahah! Segan aku.. Segan tak bertempat.


Hmm.. Walaupun tak sambut raya, aku still nak wish memandangkan semua orang yang aku kenal dekat Malaysia sambut raya jugak. So, Selamat Hari Raya untuk semua yang sambut. Sorry Umi, Ayah, Atuk, Opah, aunty-aunty and uncle-uncle, abang-abang and adik aku terutamanya Peot... And Afir sebab tak dapat beraya sama-sama tahun ni. Farah nak mintak maaf kalau ada buat salah and silap. Nampak macam Farah tak rindukan Malaysia and semua orang, tapi Farah sebenarnya try untuk fokus pada benda lain sebab bila fikirkan Malaysia buat Farah sedih and macam tak move on. Selamat Hari Raya lagi sekali.. Farah rindukan rendang Umi.

Btw, below ni ialah semua picture masa hari aku fly. Haha! Aku sentiasa rasa tak boleh blah evrytime tengok gambar-gambar ni.


 With my family


And with the new member of the family

My bestfriend and my sister, Piya.

 Meet my fiance

Kau memang tak boleh blah, Hykal.

Last hug from Ayah before I go.


Perasaan yang tak dapat dibendung lagi.

Bye-bye everyone

Atuk yang kesedihan.

Semua sayu tengok aku pergi.

Haihhh...
Merasa laa beraya di perantauan. 
Kalau tak sebelum ni asyik head banging je dengar lagu Dendang Perantau.
Hahahahahah!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS