DIY Makeup Storage from Recycled Materials

Hi all beautiful ladies sekian, (and beautiful guys lol). I have so many things to post but then kekangan masa membantutkan segalanya. Oh well. Semalam aku kemas bilik and u know what, vanity table aku semak gila. Koleksi make up macam magically beranak-pinak, so segala kotak-kotak dah tak mampu untuk menampung barang yang ada.


So I was thinking to buy a new makeup storage, tapi serious memang malas nak keluar rumah and keluar duit untuk pergi beli. Oleh itu, dengan kerajinan yang dialami semalam, aku datang dengan idea untuk buat kotak sendiri yang boleh customize ikut suka hati.


So this is the end look of it. Sekali pandang macam kotak yang dijual dekat Ross or TJ Maxx. Lol. I think it looks cute and elegant (minus the tape on the ribbon coz i was so lazy to glue it on).


Bahagian dalam.


Sila baca selanjutnya untuk penerangan on how to do it.


So all you need is:

A box
Duct tape
Colored paper
Glue
Tape
Measuring tape or ruler
Pencil or marker to mark
Scissor


Sory aku takde gambar sepanjang buat benda ni coz I thought you guys could imagine yourself how to do it just by looking at the end result. So yeah. Just imagine! 


Tapi kepada sesiapa yang still blur-blur lagi, takpe here's the instruction. But again, you still have to imagine the steps coz I dont have the photos.

1. Measure height and width ikut suka sendiri nak besar and tinggi mana. Make sure gunakan makeup yang ada untuk ukur, so that your makeup would sit perfectly in the box according to their size.

2. Start memotong ikut yang dah plan. Boleh je nak buat compartment macam, instead of 2 compartments pada kotak aku, korang boleh buat 4 or 6 or ikut suka lah.

3. Balut luar and dalam kotak tu dengan kertas berwarna or pembalut hadiah. Since aku takde kertas berwarna yang cantik or pembalut hadiah, aku just guna kertas drawing charcoal aku untuk balut bahagian luar, and untuk bahagian dalam aku guna kertas A4 pink. Make sure balut kemas-kemas. Untuk part ni aku banyak pakai gam and tape.

4. Using masking tape, balut all the edges. You could be creative with it. Sila tengok balik gambar di atas untuk tengok cara aku balut. (FYI pada yang masih belum perasan, masking tape aku bercorak zebra)

5. And for the final touch, boleh lah tampal reben, labuci, sticker or tulis nama pada kotak tu. Whatever you want, depends on your creativity. That's all!


So this is how it looks like on my dressing table yang sangat sempit ni.


Ok now masuk topik lain pulak. How I organize my makeup. I know makeup collection aku tak banyak mana, but I dont know. Maybe this would help you guys in sorting out too? Selama ni makeup aku tak tersusun, just campak dalam bekas purple yang kat dalam gambar atas ni. I find it hard to find my stuff sebab semuanya berselirat dengan sepit rambut, krim rambut, pelembab, primer and so on. So now my makeup is more organized and lagi senang dicapai since adanya storage box ni.

Bahagian kiri untuk foundation, blusher, bronzer, correcting powder, compact powder and all the palettes.
Bahagian kanan pulak untk lipstick sahaja coz obviously, I'm a lipstick junkie.



Maybe it's weird to some of you why aku susun lipstick aku ke bawah macam ni. Well personally, it's easier for me to find what color that I want just by looking at the code sticker. So save time dekat situ!


So itu sahaja untuk kali ni. Ada apa-apa pandangan or idea, please comment down below. Good luck!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Decorate a Canvas Bag

Right now im waiting for a friend to go to THON together after this and it has been bloody hours of waiting. So I spent my time updating this blog after giving a cold stare at a couple PDA-ing infront of me, having a skype conversation with my lil sis, and doing a craft activity here at the Hub.


So this is what I did to kill my time.


I might as well draw Piya's face onto that but I think it's too much going on already. 


I think you could already tell that I love attention from these photos.





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Nervous


This would be my first performance in the States. 
I play a small role, but still... Nervous jugak lol.
Wish us luck.
Will keep you guys updated later.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Usaha untuk Muka

Sejak akhir-akhir ni minat aku mula terarah kepada makeup and product penjagaan muka. So banyak jugak benda aku beli. Walaupun macam tu, aku still tak reti makeup lagi. Haha! Just suka beli different products and try different colors, motif apa taktau. So dalam masa setahun yang lepas bila ditengok balik, jauh berubah jumlah makeup that I own. Even blog ni pun ada potensi untuk dijadikan blog pasal makeup.


Aku teringin nak buat product review tapi mostly product yang aku beli takde dekat Malaysia ataupun susah nak cari. But aku tahu ada ramai peminat-peminat product tu dekat Malaysia. So masih tengah berfikir-fikir lagi nak buat ke tak. Of course aku akan dahulukan product yang already ada dekat Malaysia.


If only aku pandai pakai makeup. Tapi nak pegi mana pakai makeup tebal-tebal pun taktahu. Aku biasa pakai concealer, foundation, lipstick and blusher je. So simple. Semenjak muka aku berjerawat ni, baru start pakai concealer, sebab confidence level jatuh gila-gila down to zero.


Oh btw, cakap pasal jerawat, lama jugak aku struggle nak hilangkan kesemua jerawat ni untuk dapatkan flawless skin. Dalam dua bulan jugak lamanya sebab ntah lah jerawat aku memang degil. Hilang sikit, dia ganti yang lain pulak. Macam tengah riot. Tapi alhamdulillah, last week clear dah semua dekat area pipi, but still ada sikit-sikit small bumps pada dahi.


So, aku pun baca review macam-macam untuk cari product yang boleh hilangkan parut jerawat dekat muka since pipi aku dah stop jerawat. Lepas lama research, aku terjumpa satu product yg bernama Ambi Fade Cream. Actually dah setahun aku usha-usha dah product ni, tapi baru ni nak cuba.




Masa first day pakai macam ok je. Cuma masa second day pakai, jadi teruk gila muka aku. It caused irritation and burning sensation, and warna kulit dekat area aku pakai cream ni jadi merah gila. Then macam bengkak sikit. So cepat-cepat aku basuh muka and sapu gel Vitamin E sebab vitamin E bagus untuk heal irritation pada kulit. Aku terus stop pakai Ambi cream ni.


After dua hari lepas kejadian ni, area sekeliling parut yang aku letak krim ni macam darker in tone. Warna gelap tu serious lagi meng'obvious'kan lagi parut aku yang dah already there! What's even worst is that my skin broke out again! Rasa macam geram, sedih and marah sangat, tapi nak buat macam mana, benda dah jadi. After 4 hari baru warna gelap sekeliling parut tu pudar sikit, but still, jerawat baru tu makin galak pulak naik. Sedihhh T_T


Memang aku ada baca review yang this cream is not for everyone, sebab dia punya active ingredient tak semua orang boleh terima. Tapi tak sangka pulak aku allergic sampai macam ni. Bukan aku sorang je kena, ada review lain pun cakap benda sama. Depends on kulit masing-masing lah. 


Right now aku redha je and mula menempel balik ubat jerawat pada muka untuk elakkan jerawat sekarang ni naik balik.


Serangan jerawat kali ni memang memberi pengajaran betul. Sebab selama ni I took for granted kulit muka aku yang ok. Dah terlupa kulit aku makin dimamah usia, haruslah kena start jaga. Oh well... Thank God aku takde plan untuk kahwin dalam masa terdekat, or else I would turn out to be the worst Bridezilla. Haha! Tudia dah start merepek. Oklah, jumpa di lain entry.


This product is going to trash!




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Tahun Baru

Hi semua! Finally aku bukak jugak blog ni after lebih sebulan jugak menyepi. Kalau ade yang rindukan aku untunglahhh.. Lol. Sekarang dah masuk semester baru and somehow aku sangat positif yang semester ni akan jadi menarik. Start dari semester ni aku dah mula active and involve in many activities and ambik beberapa jawatan. Takdelah banyak macam orang lain, tapi kalau compare dengan semester2 lepas, kira aktif jugaklah aku sem ni.


Oh kalau masih belum terlambat, aku nak ucapkan Selamat Tahun Baru, since ni ialah first post aku dalam tahun 2013 ni. Haha! Hopefully tahun ni aku rajin sikit update blog so that blog ni active sikit. Bercakap pasal tahun baru, azam tahun lepas pun aku still tak fulfill lagi. Haha! Partially la, tak semuanya lengkap. So nak set azam tahun ni pulak.


1. Rajinkan diri makan sayur in every meal.
- Aku memang liat gila ok nak makan sayur. So ni kira motivasi.

2. Rajinkan diri untuk minum air.

3. Involve in many activities so that resume aku cantik sikit.

4. Dapatkan ramai kawan baru.

5. Banyakkan travel.

6. Kurangkan shopping.

7. Dapatkan lebih banyak dean's list.

8. Belajar make up.


Bersemangat gila aku buat list ni. So far, no. 5 and no.6 tu masih jauh lagi untuk tercapai. Hahaha! Tapi aku try laaa..


Apa pulak azam korang? Hikhiks Senah nak jugak busybody. Kalau taknak share takpe, biar aku sorang je membebel dekat sini. Ok la semua, aku tengah bake cookies. kejap lagi aku sambung balik update ok :3

Muka terbaru tahun ni. 
(takdelah baru sangat. Hihi)


Sebagai penutup kata, aku persembahkan video kucing aku yang aku rindu sesangat nun berada jauh dekat Malaysia. Click laaaaa..  K bye.




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS