Showing posts with label baking. Show all posts
Showing posts with label baking. Show all posts

Blue Rosette Cake

Beberapa hari lepas aku berjaya buat kek yang aku teringin nak buat since raya Haji lepas tapi tak menjadi. But kali ni jadi! So I was so overwhelm, rasa puas hati sangat. Afir kata kek ni cantik, so maknanya aku berjaya. Funny thing, we were planning to make our own wedding cake satu hari nanti. Tersangatlah confident. Tapi since hari tu aku fail, aku macam down sangat. But this time menjadi, so angan-angan tu still possible. Haha!


Last time aku buat kek warna pink, kali ni warna turquoise pulak. Sepatotnya nak buat kek ni sempena birthday kawan aku, Anis. Tapi hajat dia untuk melawat State College tak kesampaian, so takpelah aku buat untuk housemate and lima orang tetamu yang ada dekat rumah aku masa tu. Setelah berjam-jam berhempas pulas, maka inilah hasilnya..





Overall, memang aku sangat berpuas hati. Walaupun takdelah kemas mana, tapi sebagai percubaan pertama, boleh dimaafkanlah. Aku buat 3 tone untuk kek ni, but somehow nampak macam dua tone. Ni first time aku hias kek dalam bilik. Sebab nak mengelakkan dapur yang panas, takut frosting dia cair nanti. So memandangkan sekarang tengah winter, aku bukak tingkap bagi udara sejuk masuk bilik and start decorating. 


Kepada sesiapa yang bertanya macam mana aku hias kek ni, benda yang penting ialah kepekatan frosting and piping tip yang betul. 


Make sure tip ni bersaiz besar untuk dapatkan bunga yang besar and mekar.


Selebihnya aku tak reti nak terangkan, so tengoklah video yang aku bagi ni. :D



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tragedi Kek Raya Haji

So ni kali kedua aku merayakan raya haji dekat US. Last year tak celebrate pun sebab takde sape bother nak celebrate? Tahun ni pun sama jugak, cuma kitorang macam usahakan jugak untuk jadikan hari ni special.


Raya nye hari Jumaat, tapi kitorang sambut hari Ahad sebab tu je masa yang semua orang can make it.  

Menu rumah aku buat ialah:
Ayam masak merah
Nasi himpit
Pulut
Lontong
Strawberry cicah coklat
Puding karamel
Cream puff
Farah's special cake. *Harus letak nama special*

Makanan yang orang lain bawak:
Laksam
Egg tart
Nasi tomato
Sambal ikan bilis
Nasi putih


So here is the story about my 'special' cake. Pada asalnya plan aku terbaik je. Plan haruslah yang paling baik je. Dah nama pun PLAN. Confident gila yang cake ni akan turn out well. Satu rumah tanya aku wat kek apa, aku jawab ni cake special. (Padahal taktau nama ape) Huhhu..


Plan asalnya nak buat kek berupa macam ni..






This is called the rosette cake. 
Cantik kann?


Walaupun aku dah plan baik but still macam ada rasa tak sedap hati. In case frosting aku buat nanti tak boleh hold shape ni. Sekali memang betul apa aku jangka. Cream cheese yang aku buat untuk frosting lembik. Taktahu mana silapnya. I kept adding confectionary sugar untuk kasi dia kental sikit, but tak tak hold gak acuan dia.


So we changed to plan B. Plan B ialah buat ruffle cake. Ni nama aku bagi sendiri. Lol. Rupanya ialah macam ni..



Isn't this pretty??


But no. My frosting won't let it happen. Like she hates me. Aku punya la whipped kan dia and masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkan sikit, but still cair jugak. I spent the whole day tryna figure out how to work this frosting. But in the end it fails me. Rasa macam nak menangis bila cream tu melt. Meleleh banyak sangat sampai banyak gila tisu digunakan untuk bersihkan cream yang cair tadi.


So this is the end look.

Kecewa gila aku..


Ni warna sebenar..


However lepas aku post gambar expectation-reality tadi, so much love was poured on me bila ramai yang like and puji cake aku. Rata-rata cakap yang cake aku looks more real and yummy to eat. Ermmm hopefully tu pujian yang ikhlas ok. Haha! I dont expect people to love this cake. Thanks so much from the bottom of my heart to those who compliment this cake eventhough takdela tempting sangat physicalnya. Pengajarannya ialah, next time please use buttercream. 


My cake.


Lapisan kuning ialah perisa lemon. Warna merah perisa vanilla. 
Covered with cream cheese frosting. 
Walaupun tak cantik tapi tetap sedap. Lol.
*puji kek sendiri*


So, sambutan hari raya hari tu went well walaupun ada kelewatan sikit. So ni ialah makanan yang terhidang..


Time ni laksam tak sampai lagi.


My personal favorite is strawberry coklat. Serious coklat tu sedap gila and bila combine dengan rasa strawberry yang manis and besar... HEAVEN.





Dengan periuk kuali semua bawak keluar. Haha!


 With all of my housemates

 SELAMAT HARI RAYA EVERYONE!


WEEEEE!!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Agar-agar Kering yang Awesome

Thought of writing this for my dear readers but have been delayed for so long. Glad that my mom asked me to explain how to make agar-agar kering, so this is for all of you who have been wondering and asking..


It's not that hard to make agar-agar kering. Walaupun aku sering mengeluarkan fatwa sendiri dengan mengatakan kuih tradisional susah nak dibuat and sensitif, but definitely not this one. Ok I lied. Actually nak masak agar-agar ni is easy peasy, tapi proses nak bagi kering tu memang menggugat keimanan and kesabaran tambah-tambah pulak sekarang ni bulan puasa.


First tips yang aku boleh bagi ialah kalau nak buat agar-agar kering ni, paling lambat pun seminggu sebelum raya. Sebab memang take time lama sangat untuk bagi dia betul-betul kering depan belakang.


Bahan-bahan untuk buat ni senang je, takdelah complicated pun. Just pakai gula, gula batu, agar-agar, air, daun pandan, pewarna and perasa kalau suka.


50g agar-agar
400g gula
1 cawan gula batu
6 cawan air
daun pandan/ perisa
pewarna



First of all, masukkan air, daun pandan and agar-agar dan masak sehingga agar-agar totally cair.



Then baru masukkan kesemua gula and larutkan sampai dah takde berbiji-biji. Jangan risau kalau warna dia berubah jadi kehijauan. Tu warna daripada gula and daun pandan. Tapi once dah masukkan dalam acuan or bekas, warna akan jadi jernih balik.



Lepas dah siap boleh lah masukkan ke dalam bekas. Ok here are some tips. Tuangkan dalam bekas about 0.7mm height. Jangan sikit sangat letak sebab nanti lepas dah kering, dia akan jadi lagi nipis sebab proses pengeringan dah sejat air dalam agar-agar ni. That's how we get agar-agar kering.


Lagi satu, kalau boleh masukkan ke dalam bekas yang berbentuk empat segi sebab nanti lagi mudah untuk potong and dapatkan bentuk yang sekata dengan lain-lain. Kalau nak tuang ke dalam acuan pelbagai bentuk pun boleh, tapi rugi sikit la nanti. Better letak dalam bekas empat segi and nanti potong guna pisau berlingkar.



Lepas dah masukkan ke dalam bekas, masukkan 2 sudu kecil perisa and pewarna sikit. Then kacau sampai sekata. Kalau boleh, masukkan pewarna lebih sikit sebab proses pengeringan nanti akan buat warna makin pudar.



Banyak ni dapat untuk 2x bancuhan daripada resipi tadi. Biarkan kering sampai boleh disentuh (about 10minutes) then baru boleh dipotong.



Lepas dipotong, susun semuanya dalam dulang or apa-apa bekas untuk dijemur. Selepas pengalaman yang lepas, pendapat peribadi aku ialah kalau boleh jemur guna bekas plastik and elakkan guna pan besi sebab agar-agar tu maybe akan ade sikit rasa and bau besi lepas dia kering.


And untuk 3 hari pertama proses pengeringan, elakkan cover dulang or bekas dengan menggunakan plastic or apa-apa penutup yang menghalang pengaliran udara. Kalau tak nanti dia akan 'berpeluh' sebab dalam proses evaporation. If it needs to be covered, cover dengan menggunakan kain or surat khabar. Tapi digalakkan untuk exposekan agar-agar ni kepada cahaya matahari supaya makin cepat proses pengeringan.



Selepas 4 - 5 hari atau sehingga bahagian atas dah kering and keras, barulah boleh balikkan ke muka yang bawah, so that atas bawah akan kering sepenuhnya.




Inilah hasilnya lepas dah siap. Luarnya kering and keras tapi dalam masih lembut and kenyal macam jelly. Sedap sangat. 




Kemudian bolehlah disusun and disimpan dalam bekas. Kalau sanggup, tunggulah sampai raya baru makan. Kalau tak sanggup, sekarang jugak pi serang!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Misi Kuih Raya 2012

Memandangkan yang aku memang dah lama tak buat kuih raya, rasanya memang amat lama.. Last time masa form 4 which was 6 years ago (yes, im that old) so tahun ni aku ada banyak sangat free time and bosan, so aku dah plan awal-awal yang untuk buat cookies tahun ni.


Disebabkan semangat yang membara sebab hari-hari bukak youtube tengok baking show, aku sanggup je keluarkan duit sendiri untuk beli hand mixer and bahan-bahan untuk kuih yang lain. Banyak jugak la telan duit, tapi disebabkan minat, kita chill jela. Dalam kepala aku, aku dah set nak buat tujuh jenis kuih..


1. Meringue
2. Chocolate chip cookies
3. Kuih Semperit
4. Agar-agar kering
5. Sugar Cookies
6. Biskut Arab
7. Cornflakes madu


Meringue
Slrrrppp.. Meleleh air liur. (telan balik)


Soooo... Barang-barang dah ada, boleh la mula kan? Waktu mula-mula semangat je konon-konon nak jual la ape la.. Saje cari side income. Tapi sekarang macam malas gilaaaa... Tambah lak duit dah ada, so tu yang buat malas nak cari duit lebih. So setakat ni aku baru siapkan 2 jenis biskut which is Sugar Cookies and agar-agar kering.


The best thing about sugar cookies yang aku buat kali ni ialah sebab aku rasa belum pernah lagi jumpa orang buat sugar cookies as kuih raya. Maybe sebab leceh kot nak design and all.. Tapi disebabkan minat, aku buat jugak. And lagi satu sebab resipi ni aku reka sendiri menggunakan 3 jenis gula. Gula merah, gula perang and gula castor, and letak satu secret ingredient supaya rasa dia jadi lagi menarik. Tak sangka menjadi! Sedap sangat-sangat.


Well actually semuanya bermula sebab aku tersalah baca resipi akibat daripada tulisan aku yang sangat buruk. Benda sepatutnya masuk 1/4 cawan, aku terbaca 1 1/4 cawan. Tengok, lari gila kan? So terpaksa lah tambah semua ingredients yang lain so that rasa dia stabil. Dari situ datang idea nak rombak resipi tu and make it my own. So inilah hasilnya..

Mass production of sugar cookies





I personally like the flower and the crown shape..


Actually design ni dibuat sebab warna pink dah habis. But somehow I really like this design.


Comel kan? So kalau rasa-rasa nak order boleh la contact aku.. Hihi.. Somehow nampak macam kebudak-budakan design dia, but who cares as long as it's cute.


Next, aku buat agar-agar kering. Agar-agar kering ni actually kuih tradisional yang tak ramai orang tahu akan kewujudan dia. (Ni just assumptions aku je sebab ramai kawan-kawan aku tak pernah dengar pasal kuih ni). Since every year opah aku takkan miss buat kuih ni, it has been one of my raya favorites. Maybe I'll show you in the next post on how to do it.. Benda ni nampak je senang nak buat, tapi paling mencabar kesabaran aku tambah-tambah lak time puasa camni..


Dia mencabar sebab mengambil masa yang lama untuk betul-betul siap. Proses pengeringan ambik masa dalam seminggu (depends on the weather and ketebalan agar-agar). Seminggu ok? No wonder la tak ramai orang jual, sebab memang leceh.. Nanti lah next post aku cerita apa yang lecehnya pasal nak buat kuih tu. So sementara waktu ni silalah jamu mata menghadap kuih-muih ni. And again, if you want to order, can contact me.. Hihi..




These are my first batch. But the second batch is better in shape and color. I'll show it in the next post.


Proses pengeringan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Oh My Sweet Tooth

Aku ni bangsa pretnen hari-hari ke ape? Kalau sehari tak mengidam tak sah. Semenjak misi diet dimulakan, aku takleh stop kot mengidam nak benda manis. Kalau sekali sekala dilayankan dengan niat nak bagi tenaga untuk badan takpelah. Ni kalau dah hari-hari ngade-ngade nak makan macam-macam, jangankan bakal laki aku, aku sendiri pun penat nak melayan diri ni.


Kalau takde keje, aku rajin layan cerita Cake Boss dengan cerita-cerita berkaitan dengan baking dekat Youtube. Saje tau mengundang. Pastu mengidam. Kalau kedai cake boss tu ade kat sini takpela. Ni kat Hoboken ok. Kat New Jersey! So, bila mengidam, aku pun try buat kek sendiri. Well, sedap tu sedapla. Tengok la siapa buat kan. Cuma bosan kot.


Red Velvet yang aku buat beberapa hari lepas. Still tak menghilangkan sangap lagi.


Tekak aku daripada dua bulan lepas nak makan cookies je. Ni cookies bukan sebarang cookies. Ni Insomnia Cookies ok. Cookies paling sedap kat dunia pernah aku rasaaa! Well Famous Amos dah common sangat. Aku lagi suka insomnia cookies ni. Kalau la cookies ni murah, boleh je aku beli right on time masa tengah kering sekali pun. Tapi tadi sangap aku memang dah sampai tahap tertinggi. Aku nak beli jugak no matter what. Maka. Silalah tatap gambar seterusnya untuk kesimpulan.


Wait... Belum bukak lagi..


Waitt.. Aku kasi close up lagi...


Waitt.. Belum cukup dekat lagi...

Wait... Korang belum meleleh lagi...

Eat that! Hahahaha...


Yessss... I bought them cookies. Nikmat dia tak terkata. Actually aku bukan bangsa makan cookies sangat pun. Tapi sejak dari first time aku makan cookies ni, termimpi-mimpi kesedapan dia. The best thing pasal cookies ni, dia deliver kat rumah kau panas-panas. Bayangkan cookies yang lembab, panas dengan coklatnya yang masih cairrrrr... Fuhhhhh.... Salah satu daripada 10 nikmat dunia! Tak tahannn baiiii....


Ok aku nak makan dulu.




AND THE MONSTER WAS ME




Aku cabar wahai kamu sekalian Malaysians untuk menandingi kesedapan cookies ini.

Puhlisssssss...



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Black Friday for the First Time? Errrkkk!

Black Friday in the US is craayyyzeyy. Yes, masa ni lah semua orang menjelajah and menapak ke tempat shopping, berkhemah a day before and bershopping after  the clock ticks at12am.. Yepp. Hari sale paling gile kat US. Tapi sayangnya, our sponsor dah 2 bulan lambat tak bagi duit allowance. So, all of us end up takde duit. Oh wait. Is it just me? Kenapa aku rasa aku sorang je tak pegi mana-mana cuti seminggu ni? Oh geez.. U have no life!


There are many reasons kenapa aku tak keluar untuk cuti ni sedangkan orang lain berebut nak berjalan.
1) No money, no talk.
2) By the time dah ade duit sikit, it's too late to plan anything. Sume orang and sume kereta kawan-kawan dah full.


Maka that's why I end up duduk rumah sorang-sorang menggemukkan badan and leading my anti-social life. Duduk sorang-sorang takde hal, tapi bila mengenangkan yang jiran-jiran sume balik kampung, kau tahu tak perasaan ape yang menyelinap malam-malam? Perasaan INSECURE! Bayangkan duduk dekat satu kawasan yang kau tahu kau sorang je duduk dekat situ. Bila jalan malam-malam takde satu rumah pun yang berlampu kecuali rumah kau. Kau cuak tak? Of course lah I cuak. If anything happens, nak lari mana dik? Nak jerit dekat siapa? Seberani mana pun aku, bila bab macam ni lemah gak. Well at least, kalau aku tahu ade jiran kat sini selang 3 rumah pun takde hal. Masalahnya ni aku rasa aku sorang je ade kat sini. But the good thing is.. I SURVIVED! Yeahh.. Thanks to that someone who accompanies me every night before I sleep. (Though through BBM je)


Jalan yang sentiasa ceria jadi dull. Parking lot yang sentiasa full jadi kosong.


So, 5 hari 4 malam tanpa housemate what did I do? Oh syok betul.. There are soo many things that I did.
1) Skype dengan family. We played Roda Impian macam hapeee...
2) Golek-golek kat ruang tamu like nobody's business
3) Shopping beli makanan sahaja sampai boleh cecah $45. What the hell that I bought???
4) Marathon cerita Cake Boss for days on Youtube
5) Marathon How I Met Your Mother (walaupun ulangan)
6) Kemas rumah dengan happy :)
7) I baked Red Velvet

8) Kumpulkan semua duit quarter yang ada and buat koleksi quarter dollar coin ikut setiap state yang ade dekat US.
8 states are still missing...  T_T

9) Buat video shawl tutorial (Oh snap. I shouldn't tell u this. This is supposed to be on the next entry!)
10) Black Friday shopping dekat Walmart and TJ Maxx


Like seriously I did some shopping? Yeppp.. Though dalam bank ade $200 je (note that I still haven't received my allowance for months already. Ni semua pakai duit sendiri.) tapi sanggup je nak shopping. Sedihh kan. Nasib baik allowance dapat 28hb ni.. Oh wait, it's tomorrow! Thank God!! Im so excited! Ok, back to story. Disebabkan takde duit tapi still nak merasa kemeriahan pertama kali shopping Black Friday, aku pun sanggup je bangun awal pagi.. Eh takdelah awal sangat, it's 8.30am but still I consider that as early cause time cuti mimpilah nak bangun seawal tu. Then, ambik bas, transit and ambik the second bus pulak, pastu baru sampai. All this by myself.


First stop, TJ Maxx. Ingat lagi first time aku jejak ke Tj Maxx, rambang mata kot. Semua brand-brand hebat and ternama ade dijual pada harga yang murah berbanding biasa. And when I say branded, haruslah semuanya cantik-cantik. Pasal tu la rambang mata.. Ihikss! Tapi kali ni datang, aku duduk dalam kedai ni for 2 hours and guess what I bought? Mesti tak sangka.. Oh you would love this... Aku beli....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...


Beg sekolah yang berharga $5.
That's all.


Is this the real me? Farah yang shopaholic yang rambang mata tapi end up keluar kedai with a receipt yang tertera USD5 je? Lollzzz.. Record baru! Ima legend. FTW.


I mean it's not that I was so cold, aku try cari handbag yang branded and still under budget, but still feeling nak beli tu takde. Like this time aku sangat rational. Well, 2 months without duit ni really does teach me something.


Next stop, Walmart pulak. Walmart just terletak sebelah Tj Maxx je. Kat sini pun aku spend time lama gila. Tapi sebab aku dah set nak beli apa, perkara tu dah save masa aku. Cuma aku banyak bazir masa duduk kat toy section untuk menghadap semua Barbie yang cantik-cantik and teramatlah murah. Pehal masa aku kecik dulu Barbie tak segrand macam sekarang? Mengapaa?? Sumpah masa ni aku dah siap-siap planning nak belikan diri aku Barbie yang collector's item punye sebab die sale sangat tak hingat dunia! Imagine Barbie untuk collection just $20-23 je.. Nangis... Tapi tak beli pun. Tunggu dah kaya sikit nanti aku survey balik.


So for Black Friday this year, aku cuma mampu beli...
1) Beg sekolah: $5
2) Winter coat murah: $20
3) Winter boot idaman hati: $14
4) Coklat Hershey's and Cadbury peneman kala study: $2.48 x 2
5) Barbie Vacation House hadiah birthday adik kesayangan: $30 (free shipping. yeay!)
6) Produk penjagaan muka from Clinique: $47 (free shipping and 3 free complimentary samples. another yeay!)

These are all what I needed to survive.

Barbie House for my sis. 
Sengaja aku belikan yang lagi grand daripada hadiah harijadi aku dulu masa kecik-kecik. Cause I already inherited my Barbie house to her, so mestilah demand makin tinggi sekarang.



Tu saje yang mampu buat kali ni. Hopefully next year takdelah aku broke macam ni lagi so that aku boleh shopping untuk orang lain pulak and mampu nak travel pegi kedai best-best jauh-jauh. Hikhik.. So conclusion for my Thanksgiving break? Dull and lonely. But who cares as long as I have my me-time. Hooray for that!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS