Welcome to My Crib

Setelah sebulan lebih aku berada dekat US ni, barulah hari ni rajin nak upload gambar sepanjang kat sini. Untuk sesiapa yang tertanya-tanya macam mana life aku kat sini, everything semua ok je. Before datang sini aku punya risau takut tak boleh nak adapt well bila berjauhan dengan orang yang aku dah terbiasa. Tapi bila once sampai sini semuanya seems ok. Takde homesick, culture shock yang tak terasa sangat, lecturer yang cool gila, makanan yang awesome, shopping yang sangat murah dan menyeronokkan and banyak la lagi.. Semuanya buat aku senang adapt dengan tempat ni. So, no more tears, im gonna rock my life here!


Walaupun masa first month aku ada banyak masalah pasal tempat tinggal, tapi semuanya dah settle sekarang. Punya laa banyak masalah sampai pindah randah 4 kali kot. Tapi kat rumah aku yang sekarang ni dah dekat sebulan aku tinggal sini. Seronok laaa dapat rumah besar dan murah.



This is my house (now dah pindah rumah lain). Rasanya orang panggil rumah ni townhouse sebab dia ada banyak tingkat and setiap tingkat lain-lain penyewa la. Macam rumah aku ni dia 2 tingkat. Tapi dekat level basement orang lain duduk. Kiranya boleh kata rumah ni 2 tingkat + basement = 3 tingkat. Get it?


Rumah ni luas sangat. Ada 3 bilik, 2 1/2 bathroom and ada dapur yang besar. Kiranya cukup laa untuk kitorang 6 orang duduk berkongsi dengan selesa. Walaupun jauh daripada kolej, tapi aku tak kesah sebab kawasan ni aman damai je tanpa pencemaran bunyi setiap weekend or Friday night. Enough-enough laa aku experienced tinggal dekat some apartments before ni. Americans punya party macam gila bising.


The neighborhood

Bukak-bukak je pintu terus ada tangga.

Ni living room kitorang yang spacious and takde furniture.
Tunggu kaya nanti baru beli barang kot.
Sekarang masing-masing tengah miskin. Duit elaun masuk laaaambaaaatttt laaaaagi.

Sepatutnya part semak ni tak perlu diupload. 
Tapi ni masa baru memula pindah. Now dah kemas semua.

Disebabkan takde furniture, salah satu cara kitorang untuk maximizekan penggunaan ruang tempat ni ialah dengan baring golek-golek ramai-ramai sambil buat assignment. Seronok gilaaa...


Ini ialah dapurnya.
Bagus dapat dapur luas. Seronok boleh main masak-masak.


Now kunjungan seterusnya ialah ke bilik aku.


Welcome to my room.

Memang bilik aku ni terlebih colorful.


This is my closet. Tapi gambar ni masa memula baru pindah. Barang sikit lagi.
Now memang dah takde space lagi dah. Sangat packed kot.
Mana aku nak sumbat baju untuk fall and winter aku ni...


Yang ni pulak pemandangan dari depan pintu rumah. Sebenarnya aku tak pernah explore pun tempat kat depan rumah ni ade ape. 

And next, to the backyard!


Budaya Malaysia yang dibawa ke sini.
Actually tak boleh sidai baju kat balkoni macam ni.
Tapi kesah pulak kan? lol.


Ramai tetamu yang datang suka feeling-feeling kat sini.
Termasuklah aku.


Ok. Tu saje wat masa sekarang ni.
Now pokok-pokok belakang rumah dah start berguguran and dah mula tukar ke warna kuning, menandakan musim baru nak bermula. Fall!
Hehehehehe..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Doktor Anda Hari Ini

Semenjak aku bukak akaun blog ni masa tahun 2009, dah macam-macam orang datang singgah blog ni. Ada yang nak cari pelacur, nak baca review make up, erkkk... cari ayat jiwang? Entah laa... Merepek jelaa keyword yang diorang type dalam google sampai boleh sesat sampai sini.


Ada jugak jadikan blog aku sebagai medium untuk kutuk orang lain. Apa? Ish... Tak paham... Tak pahammm....


Tapi apa yang membanggakan ialah, aku harap dengan wujudnya blog ni ada sikit sebanyak memberi ermmmmm memberikan jawapan kepada persoalan-persoalan rumit anda.

Aku harap dengan kau bukak blog aku ni, kau dah jumpa jawapan....
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...
...



Which is takde.


Alahai.. Aku pun taktau kalau nak bersalin kena bukak bra ke tak.
Tanya laa doktor yang bertauliah ok.
Errmm.


Pape pun, thanks sesiapa yang ke sini secara sengaja atau pun tidak.
Walaupun blog ni banyak merepek daripada fakta, tak sangka ade jugak yang baca.
Errr... Sounds mencapap sangat.
Ahh gasak.
Kthanksbye.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kyoot Kitteh :3

Aktiviti semasa memerah otak membuat assignment essay yang datang mencurah-curah seperti di ladang gandum.

STRESS.....

Disebabkan saya masih sayangkan jantung saya dan taknak kasi dia tekanan, maka saya pun melayari website merepek tp comel sebegini.




LOL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

...... Dalam Botol

Hi everyone. 

Adalah menjadi lumrah ketika berada di luar negara terutamanya negara barat di mana lemang memang takde dijual di tepian jalan ye. Dan adalah melanggar undang-undang apartment sekiranya anda membakar lemang di luar rumah tanpa meminta kebenaran terlebih dahulu. Alahhh, kalau mintak pun macam la dia nak bagi jugak kannn... Huh! Tau dahhhhh...


Maka, disebabkan itulah inovasi dan kreativiti pelajar-pelajar Malaysia di sini adalah sangat digalakkan. Dengan itu, terhasillah Lemang dalam Botol.
Ishk macam cerita Anu Dalam Botol je tajuknya..
Ahhh, persetankan semua tu.


Cara ni senior yang ajar. Memang kagum gila laa.. Berguna jugak aku korbankan masa study untuk tolong diorang buat lemang. Memula bila dengar dorang kata nak bakar lemang, terus semangat hilang nak study. Seumur hidup tak pernah buat or bakar lemang. So rasa excited sangat-sangat. Sekali bila datang, aku cam elehhh, mana tempat bakarnya? Cehh ingatkan ade bakar-bakar kat laman rumah. Aku pun pelik camne aku boleh pikir yang dorang akan bakar kat luar rumah. Kawasan kejiranan US ni bukan macam Malaysia.

So, alternatifnya kita buat lemang dalam botol. Cara-caranya ialah:-

1. Sediakan bahan-bahan untuk buat lemang ni.
Bahan-bahan
-beras pulut
-santan
-daun pisang
-minyak
-garam
-botol mineral banyak-banyak

2. Campurkan semua bahan tadi and kukus dalam pengukus kat dapur sampai pulut empuk.
Hasilnya anda akan dapat begini!



3. Buang kepala botol mineral seperti di bawah.


4. Maka, bolehlah sumbat pulut tu padat-padat dalam botol tadi.



5. Lepas dah dapat bentuk silinder macam lemang, keluarkan daripada botol tadi and balut dengan daun pisang yang dah dilayurkan terlebih dahulu.
Nampak macam hipokrit sangat lemang ni. Hahahahaah!
Haruslah nampak macam lemang sebenar.



6. Epppp, belum siap lagi. Next, susun lemang yang dah dibalut tadi dalam tray and bakar ikut suka koranglah nak lama mana. Maka terhasillah lemang moden ini! 


I have to admit, kalau aku taktau proses dia buat lemang ni macam mana, serius aku akan ingat yang lemang ni lemang real-real punya yang dibakar selama 8jam pada malam Aidilfitri. Nampak real gila ok! So kalau ada sesiapa yang nak impress mak mertua dengan mengatakan yang dia pandai buat lemang, maka silakan cuba. Or maybe kalau ada sesiapa yang nak saving duit atau kehabisan stok lemang beliau, takde hal punya kalau buat style ni. Sekali sekala tipu-tipu sunat dengan tetamu tiada salahnyaaa...
Aidilfitri kannn? Boleh maaf-maaf lepas tu.

OK! Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Bahagianya Bershopping di Thrift Store!

I think anyone who knew me well would know that Im some kinda shopaholic.
Haha! Tapi one thing yang baiknya pasal aku ialah i know where to shop n berjimat.


After settled down dekat Penn State and dapat rumah, barulah boleh bernafas lega.
Kalau ada yang baca post aku yang lepas, mesti dapat merasakan bahawa tensionnya aku tak dapat beraya dekat Malaysia. Ye, memang stress. So, bagi mengurangkan rasa tension tu, aku pun membawa diri bershopping keseorangan naik bas. Kedai tak jauh pun, jalan kaki pun boleh. Tapi sebab aku ni makhluk pemalas, aku ambik bas. Alasan sebab berpuasa tu sangat kukuh ok bagi aku. Bagi aku. (-__-")


Memang aku dah lama teringin nak ke kedai Thrift Store yang banyak jual barang-barang lama, terpakai, vintage, antik, and macam-macam lagi yang korang boleh panggil. So, bila aku gerak tadi, tu lah kedai pertama yang aku aim. Bebudak kata barang kat kedai tu murah-murah, baju-baju semua just USD1 each. That's why aku nak pergi tengok. 


At first usha-usha baju, aku tengok harga semua dalam range USD1 - USD3, tapi not bad laaa.. Lagi murah daripada kedai Goodwill. Tapi aku budget-budget laa jugak. Aku ambik 2 kasut and 6 baju, so total dalam kepala aku kira USD16 la sebab satu barang tu USD2. Tapi masa kat kaunter makcik cashier tu tak kira pun berapa banyak barang yang aku ambik. Dia suruh aku masukkan semua barang aku dalam beg kertas yang besar and so, total aku ialah USD3. Aku cam ternganga at first, so aku tanya dia balik betul ke die kira tu. Yelah, warga makcik-makcik kan.. Tapi dia kata betul sebab ada offer, separuh beg kertas tu USD3, kalau full USD6. Memandangkan aku ambik barang just sampai separuh beg je, maka total aku ialah USD3. Wahhhh! Pengsannnnn kejap.


Then next stop ke kedai Goodwill pulak. Kedai ni agak famous sebab jual barang-barang terpakai termasuklah baju, perkakas dapur, perabot, mainan, and macam-macam lagilah. Ada banyak jugak branch kedai ni dekat US. Kat sini aku memang aim baju-baju dia pun coz sejak dah berubah penampilan ni kena la beli banyak baju sopan-sopan. And plus reason aku borong baju banyak-banyak ialah sebab aku bawak satu beg baju je from Malaysia, makanya takde variety. Aku sangat rasa terkongkong dengan betapa limitednya baju yang aku ada, that's why aku nak jugak shopping.


Now pejam mata cepat-cepat! Coz lepas ni anda akan menyaksikan betapa lame nya aku tak reti control hawa nafsu masa setan-setan kena ikat. Larikkkkk!!!



Yes, begitulah banyaknya baju yang aku beli, and masa untuk beli ni sume dalam 2 jam je dah settle. Bagaimana dengan bajet, korang tanya? Ohh masih under control!


2 dress +3 kasut + 1 selipar + 2 handbag + 15 baju + 3 knitted sweater untuk fall season = USD62
Untung sangat! Kalau dekat Malaysia memang aku dah bankrap.


Yang best nya kat sini, banyak gila barang branded boleh jumpa. Setakat brand GAP, Liz Claiborne, Isaac Mizraahi, Forever 21, Guess, Nine West, Escada, J Crew, Mossini, Moschino, Banana Republic, and banyak lagi bersepah ade kat kedai tu. Kalau pandai cari, dapat laa yang best-best.


Tapi among all, aku paling suka kasut ni. Dah lama aku cari loafer yang tinggi and selesa, and guess what, aku beli kasut ni for less than USD1. Brand Dockers kot, less than 1 dollar.. Still in a very good condition, takde yang kotor and rasa cushion and selesa sangat bila pakai. Actually banyak kasut-kasut vintage lain yang hotstuff gila, tapi tak beli sebab saiz kaki aku macam anak gajah.


Ohh wait. Hari tu gak aku bli seterika ni for USD4 only.. Dekat Walmart mahal kot, USD19. So, USD15 penjimatan. Lol. Kepochi sangat kan.. Errrkk ok bye bye!

Okay, pasni siapa nak ikut aku shopping sila angkat tangan!!!!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS