Roommate Baru!

Last time dekat rumah Anis

Segala macam barang-barang dia



Anis ialah roommate aku skang..
Oh hoh hoh hoh..
Setelah setahun berjuang, akhirnya time dekat nak abes sem ni la
baru dia pindah masuk bilik aku.
Adoyai...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Piya's Artsy Craft

Boleh kata selalu jugak la bila everytime aku balik rumah setiap weekend,
Piya mesti ketuk pintu bilik aku kuat-kuat.

Kadang-kadang bengang gak aku.
Orang baru je nak landing baik, tiba-tiba ada budak datang kacau.
Biasanya Piya lah tu.
Ada je benda yang dia nak buat dengan aku.
Nak ajak main Monopoly la, baca komik la, lukis-lukis la.
Kadang-kadang dia nak masuk bilik aku tanpa sebab.
Saje nak baring-baring dalam bilik aku yang sejuk.
Ye ar, akak dia ni ada kat rumah weekend je.
Tu je lah time dia nak main-main dengan aku.

Kadang-kadang ajak aku gossip.
Aihhh... Sengal gak!

Tapi semalam, time aku tengah berselerak buat application,
dia masuk bilik. Dia nak melukis.
Pastu keluarlah segala crayon, kertas dia semua.
Sambil buat application tu, tension lak aku.
So, aku memekak nyanyi lagu Ne Me Quitte Pas kuat-kuat.
Pasang kat Youtube, ulang doploh kali.
Haha! Piya bengang gila dengar aku memekak bahasa French.

So, bila lama-lama, ada gak dia distract aku.
Semata-mata nak cakap matahari dia besar sangat ke?
Kucing dia punya bulu kaler apa?
Adoyai... Lu pikir la sendiri.
Aku layan tak layan je... Haha!

Sekali, lukisan dia pun siap.
Siap dia tampal lagi dekat dinding bilik aku.
Pakai seletep tak beragak lak banyaknya.
Tak kesah laaa..
Cantik gak actually. Lepas dah tampal baru aku tengok.
Haha! Kakak yang teruk dow aku ni.
:P

Aku yang suruh dia lukis gambar playground.. Hehe!


Ni semua koleksi dia dekat bilik aku.


Comel je lukisan budak-budak ni.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gemuk Nyum Nyum

Ok, first of all, aku geli dengan tajuk entry ni..
Cam minah gedik chubby rempit mana ntah yang tulis..
Haha!
*taktahu. taktahu.*

Ok, set aside minah rempit tadi.
Well, pernah ke aku mention yang aku tak suka makan?
Tak pernah ye?
Owh, aku memang tak suka makan..

Tapi tu semua DULU..
Tak... Sekarang semua dah lain.
Sekarang nafsu makan dah jadi bestfriend.
BFF forever and ever siap!

Hah, aku pernah kan bagi tips macam mana nak jimatkan duit
belanja makan untuk para siswa siswi yang tinggal jauh dari parents.
Kalau tak baca lagi, klik sini.

Teringat lagi time Sem 1 makan cukup-cukup duit belanja RM10 sehari.
RM50 seminggu. Cukup-cukup pulak tu dengan baki RM50 tu
buat topup RM10 tiap-tiap minggu.
Perghh.. Hebat shal!

Sekarang, bagitau aku RM1o tu boleh beli apa?
Menu dinner wajib hari-hari confirm
nasi goreng masak merah- RM4.50 dengan
air sirap ais- RM1.20
Total dinner: RM5.70 setiap hari.
Tu baru cerita dinner.
Lunch, breakfast, brunch, tea time, supper semua nak campak mana?
Aihhh.. Takleh campak. Confirm kena ada.

So, kalau setakat RM50 tu, celah gigi boleh habis.
Kalau dok makan Kepsi je, breakfast Mekdi memang laaa tak tahan lama.
So, alternative nya, burger benjo 2 dekat stall luar kolej.
Akak yang buat burger tu mesti dah bosan kot aku order benjo je hari-hari.
Mesti dia nak aku beli burger yang paling mahal je.
Tak payah. Burger paling murah satuu!

So, misi nak menaikkan berat badan lepas raya mesti dimulakan.
Apehal la tup-tup habis je raya, turun 3kg.
Aku pelik betul.
Time ni la nak melantak habis-habisan.
Pedulik ar dompet kering. Aku tak minat megi.

Misi sekarang lagi penting!
Mesti berusaha.
Ni buktinya!!

I love air teh bunga!

Pastikan Ramly, baru beli!

Mangsa pagi Khamis: Nasi lemak makcik garang




Peace.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cerita Sedih

Oh ye. Jangan pernah sesekali lakukan perkara ini.
Ianya sangat memalukan.
Ia bakal merendahkan ego korang.
Memalukan bila dilakukan di khalayak ramai.
Tetapi, sangat berkesan!

INGAT!
JANGAN MENANGIS DEPAN MAK BAPAK.
Cisss... Kenapa aku cakap macam ni?
Sebab aku terkantoi laaa kan.
Adoyai.. Malu siot. Tak tutup muka.
Tutup mata je.

Hari yang cerah, jiwa yang merudum.
Otak pening, perut lapar, hati sedih.
Aku keliru nak pergi open house bff aku, Fairuz atau balik Casa jumpa roomate aku, Laila?
Reason kenapa nak pergi open house Fairuz sebab dah janji. Takkan nak kecewakan dia?
Reason kenapa nak jumpa Laila sebab ni kali terakhir jumpa dia.
Lepas ni takkan jumpa dia lagi dah sebab dia dah habis belajar.

So, aku berbelah bahagi. Ayah suruh pilih salah satu je.
Masa tu aku kat KL. Fairuz kat Rawang. Laila kat Subang.
So, salah satu jelah boleh pergi.
Tu yang aku confuse.

Maka menitis lah air mata yang tak diketahui mengapa dia mengalir.
Situasi dalam kereta yang disaksikan oleh mak, ayah and adik bongsu aku, Piya betul-betul buat diorang pelik.
Ishkk.. Malu aku. Camne leh meleleh ni?

Terus ayah serba salah. Terus dia approve kan kalau aku nak balik Rawang dulu then baru pergi Subang. (kan dah kata taktik ni berkesan)
Bila situasi camni, taknak lah aku ambik kesempatan menyusahkan ayah aku.
So, aku pun decide balik Subang jelah jumpa Laila.
Banyak kali ayah aku tanya sama ada aku confirm ke tak.
Ishk... Orang kata balik Subang, balik Subang laaa..
*Air mata lagi mengalir laju*
T_T

Piya start menganjing aku.
Mak aku suruh dia diam.
Padan muka!

So, demi memujuk hati aku yang pasrah, ayah pun nak belanja aku pizza.
Aku on je. Ayah kata nak belikan pizza untuk semua budak-budak rumah aku.
Tak payah. Buat susah je. Beli untuk makan 2 orang cukup lah.

So, aku text Laila. Dia tak reply.
Aku kol dia plak. Owh, tersekat-sekat pulak.
Bila dah dapat, Laila kata dia actually ngah on the way pergi KL Central.
Sedangkan aku dah sampai Subang dah.

Serious shit aku sedih. Masa tu, Ayah ngan umi dekat kedai pizza.

Aku sebenarnya nak ucapkan selamat jalan dekat dia.
Sebagai roomate pertama dalam hidup aku, aku senang dengan dia.
Selalu buli dia, sekeh kepala dia, tonyoh muka dia dengan make up.
So, bila situasi macam ni...
Memang tak dijangka. Dia kata tren dia pukul 8.30pm.
Tapi time tu baru pukul 3.00pm.
Tak sangka lak dia gerak awal..

Ayah belikan 2 kotak pizza. Aku cakap kat ayah, sekotak je cukuplah dibuat makan 2 orang.
So, aku ambik sekotak.
Sekotak lagi aku bagi Piya.
Sedangkan memang nak buat makan aku sorang.
Tapi aku tak bagitau ayah aku yang Laila dah takde.

Bukak je pintu bilik, katil Laila dah kosong.
Meja dia, barang-barang dia semua dia angkut.
Sunyi nya aku rasa.
Aku makan sekotak pizza tu sorang-sorang.
Melepaskan perasaan.

Masa tu memang aku berniat nak ambik KTM, pergi KL Central sorang-sorang.
Semangat tu nak jumpa dia!
Tapi bila dia kata dia dengan bf dia, malas plak aku nak kacau.
Lagipun balik lewat. Keselamatan aku kena jaga jugak.

So, aku hanya ucapkan selamat jalan through sms je.
Ayat masih maintain ego.
Kalau ikut kan hati, tak tertulis mesej tu.
Takde perkataan yang mampu aku sampaikan.

So, tu lah dia.. Hari yang meyedihkan.

Apesal laaa kau balik awal sangat?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kesibukan Anak Muda

Hari ni mood basuh kasut.
Bukan senang nak ada masa sikit time-time macam ni.
So, ni lah kasut yang tersadai kat luar rumah.
Yang dekat setengah tahun tak cuci.
Puas hati!

Then hari ni masa sepatutnya dihabiskan sebaik-baiknya.
Esok test TOEFL.
Kena baca buku TOEFl. Berlatih speaking. Bukak kamus.
Tapi tak.
Hari ni dihabiskan dengan konon-kononnya study.
Sambil pegang buku, mata tengok tv,
online, bersembang, makan, lepak-lepak.

Tu lah kesibukan pada hari ni.
Tak boleh tido lambat malam ni.
Esok mesti kena bersedia dengan otak yang lancar and fresh.

Kenapa aku tak cuak?
Sebab sangat penat dengan test yang tak berhenti-henti.
Tension.
And sorry sebab lama tak tulis blog.
Hahahaahahahah..

Application untuk u dah start.
Pecah kepala habis.
Dah la final nak dekat.

Padan muka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kepantangan

Ye, kalau nak tahu aku sangat lah rimas dengan orang yang miliki perangai seperti yang disebutkan ni. So, sila pahami and jangan soalkan mengapa.


1. Orang yang janji, tapi suka cancel last minute. Paling pantang. Kot ye pun kalau nak cancel, bagitahu awal-awal. Takde lah menyusahkan aku nanti.

2. Orang yang gelak kuat-kuat. Sangat annoying. Paling pantang orang yang gelak kuat-kuat sebab nak perhatian. Macam lah dia gelak tu cute?

3. Lambat. Kalau lambat 5minit masih boleh pakai lagi. Kalau lmbat 30minit, 45 minit? Pegi mampos.

4. Orang yang nak meniru cara aku serba-serbi. Serius menakutkan. Tolong lah jangan ubah diri sendiri.

5. Orang yang suka marah-marah. Please, aku sangat lah tolerate. Kalau ada pape hal, bagitau baik-baik. Aku tak dibesarkan dengan cara marah-marah. So, aku tak biasa and aku tak suka.

6. Tetamu yang datang rumah, tapi nak jadi diktator. Rumah aku, bukan rumah ko. Jangan banyak bising.

7. Judgmental. Tolong kenali aku before nak buat andaian merapu. Baru nampak one part of me, dah menggelabah.

8. Orang yang sibuk-sibuk nak tahu markah orang lain dalam after dapat paper exam. Kalau kawan rapat yang tanya, boleh pertimbangkan lagi. Kalau budak random mana-mana paksa-paksa orang bagitau markah, please laaa..

9. Orang yang merungut dengan pilihan sendiri. Dah buat keputusan tu, just stick to it. Tak payah bising-bising. U are the one who chose it at the first place.

10. Orang yang kepoh, poyo tak habis-habis. Even aku dah bagi hint suruh stop pun tak reti stop jugak memoyo. Errrr... Stop jela.

11. PDA. (Public Display Affection) Rimas gila kalau kat kolej or kat public pun nak berpeluk bercium sakan. Geli.

12. Orang yang suka paksa orang lain buat sesuatu according to CULTURE.
Hello, culture tu society yang create. Tak tertulis kat memana pun. So kalau aku taknak follow, aku punya hak la.

13. Orang yang sexist and bias dalam gender. Perempuan lah segala yang kelas kedua. Kita bukan kanak-kanak 6tahun. Semua dah besar, pandai buat kesimpulan secara adil. Jangan bias.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merepek Ahhh!

Aku macam pelik gila lah dengan sesetengah orang ni.
Bila aku bukak Search keywords dalam Traffic Sources blog aku, mesti aku pikir
" Ape jadahnya orang ni search benda ni?"
Makin lama makin merepek.
Hahahahah!
Korang tengok lah sendiri

(Sila klik untuk tumbesaran)

Search keywords blog aku

Close up view:
Apa yang kau cuba cari dow?

Yang ni aku tak boleh blah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Meletop You!!

Perkenalkan, kawan aku yang sengal.
Yang merupakan musuh ketat satu ketika dulu tapi sekarang sangat la kamceng.
Yang otak gila-gila, kadang-kadang tak betul.
Banyak cakap, lalok, suka perasan,

Ini diaaa... FIZA!!

Meletup kau!
Hot gilerrr..
Hahahahah!

MISI BERJAYA!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ironinya Aku

Teruk gila perangai aku. Asyik-asyik menganjing orang je keje.
Hati pompuan dah la sensitif. Nak manja-manja.
Nak orang take care.
Haihhh..
Aku humban gak ar siapa yang mengada-ngada ni.
Hahahahahahahha!

Patot ar hanya orang jiwa kental je yang jadi bestfriend aku.
Luaran nampak je matang, pandai bawak diri,lembut, pendiam.
Tapi bila once dah kenal, gasak ar.
Kalau boleh kena saman, aku dah bankrup dah.

Ironi gile kot kalau orang yang tak kenal aku sedalam-dalamnya cuba nak describe aku macam mana.
Tak sama langsung. Point yang pelik-pelik pun ada.
So, jangan la percaya luarannya macam mana.

Aku malas nak describe diri aku yang sebenarnya macam mana.
Kena pikir panjang dulu. Minum nescafe 10 cawan baru datang idea.
So, figure out la sendiri.
Hehe! Peace!

Apabila sisi gelap terbongkar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

ADP Day

Hari Jumaat, 12 Nov 2010, merupakan ADP Day!
Thanks to George, President student council yang jadikan hari ni kenyataan.
Ok, basicly hari ni ialah hari semua orang digalakkan pakai t-shirt rasmi ADP.
Tak kisah la kau siapa, staff ke, lecturer ke, student ke, semua kena pakai tshirt tu.
Saje je bagi gegar bangunan Wisma Subang tu.
Dan bikin cuak sesiapa yang bergelar junior ICPU. Haha!

Yang tak boleh blah, lecturer yang lahir zaman sebelum merdeka semua lawak ok bila dia pakai baju muda mudi camtu. Sangat errrr....
*Aku hanya gelak dalam hati*

Yang lecturer fresh-fresh pulak, serious nampak macam student.
Kalau aku tak tahu diorang tu lecturer, aku mati-mati ingat diorang student kot.

Ada sorang lecturer aku yang dah berumur pakai tshirt ADP.
And inside it, dia pakai tshirt kolej dia masa zaman dia muda-muda dulu.
Meaning dat baju tu dah lebih 40 tahun lebih usianya.
Dia siap tarik baju dia semata-mata nak tunjuk baju kolej die tu.
Adoyai...

So, here are the pictures. Since this is the last sem we occupy the building, so sesi photoshoot ada lah untuk memories. Cuma time photoshoot ramai-ramai tu aku tak sempat nak ambik sebab time tu menggelabah nak siapkan assignment yang dah cecah deadline. Huhuh!

Anish is my baybee

Germaine kandid. Dia memang sengal

With Mei Ting and Ji Chuan

Tiba-tiba aku ditarik untuk mencantikkan lagi gambar ni.
Aku join je.

With my Cantik.

Time ni lapar gila. Ternampak plastik berisi burger tersorok di belakang.
Jangan bagi Germaine nampak. Huhuhu..

Classmates dalam kelas Sociology with Ms. Parvinder


After that, pukul 4.30pm kitorang ada Amazing Race untuk Microecons class. Group aku takdelah kejam sangat. Kitorang punya game, memula kena tiup tepung, cari no soalan dalam tepung tu, jawab soalan, and kalau jawapan betul, kena minum combination air yang boleh tahan sedapnya. Kalau tak sedap, minum la air yang macam haram combinationnya.

Aku sangkakan group kitorang paling kejam, rupa-rupanya group lain lagi macam haram. Nasib baik aku organizing group je, just jaga booth aku. Tapi yang tak tahan, lepas 3 jam duduk kat tempat tu, dada rasa sesak sangat sebab terlalu banyak tepung di udara.


Semua stok serious je sebelum game bermula

Asal tiba-tiba muka kau excited dowhh?

Aku tak paham nape minah ni hepi

Air sedap, air tak sedap. Gasak la korang.

And seperti biasa, muka aku mesti kena ada.

Ok, tu saje untuk entry kali ni.
Cepat lah habis sem.
Penat nookk, aku study..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penemuan Yang Menyedihkan

Tadi petang aku habiskan daripada pukul 4.oopm sampai 7.00pm buat research pasal seseorang yang banyak influence dalam hidup aku sekarang.


Tak pernah terfikir aku before this untuk ambil tahu pasal profile dia dan apa yang dia buat sampailah aku terjumpa seseorang yang claim something negatif yang orang ni buat.

Ni bukan kali pertama aku dengar. Dah banyak. Cuma aku je yang pekakkan telinga.

Lepas aku bukak dari page ke page. Tukar-tukar keyword untuk search dekat Google. Segala macam possible keyword yang aku boleh. Akhirnya aku dapat track apa yang orang ni buat.

Seriously, aku memang sangat terkejut. Bukan sikit-sikit hasil yang aku jumpa. Banyak orang jugak la dari berbagai web, pihak, nama and macam-macam lagi. Semuanya claim almost the same thing. Semuanya negatif. Banyak jugak kata-kata kesat, mencarut yang diorang sebutkan. Semuanya sebab tak puas hati dengan orang yang aku maksudkan ni.

Masalahnya sekarang aku tak boleh lari daripada masalah ni. Kesan dia sangat besar dalam hidup aku kalau aku lari jugak.

Adakah aku harus stay? Atau lari? Atau teruskan ignore apa yang jadi macam aku tak tahu apa-apa...

Sorry.. Aku takkan bagitahu apa yang aku discover.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gambar Kegemaran Semua Bayi Lelaki

Owh, tangan gatal nak on PC


Apa budak kecik ni buat dalam blog aku?
Kalau nak tau, budak dalam ni la yang meng'operate' blog ni.
So, perkenalkan..
Ni lah aku..
Malas!
Sorry, atas kesibukan yang melanda, aku tak scan pun gambar.
Aku just ambik gambar guna camera phone and snap pada album tu.

Ramai kata muka aku jauh berubah kot.
Hek eleh.
Tak sama ye?
Memang ar tak sama sebab sekarang jauh lebih sexy.
Hoh hoh hoh hoh...

Masa belajar berjalan.

Raya pertama di Malaysia~ 1993

Bermain dekat belakang rumah~ Feb, 92
(cool dow zaman ni pakai polaroid)

P/S: Ye, aku tau aku gemuk.
Sorry atas kualiti gambar yang teruk. Aku sepatutnya scan dulu. Haaiihh!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Adoyai Exam

Kehadapan wahai kawan-kawan.
Sila sedarkan kawan kamu ni yang final and TOEFL dia semakin hampir.

TOEFL iBT
21st Nov, 2010
Jalan Sultan Ismail, KL

Finals

Monday (6 Dec 2010)
Microeconomics
American Government

Thursday (9 Dec 2010)
Sociology

Friday (10 Dec 2010)
Statistics


Kemudian party gila babeeee!
Cepat! Cepat!
Aku tak sabar...

Haaaahahahahahahahahahahahh...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Jangan Bersedih, Baju..

Adakah korang mengalami masalah-masalah ni?


Masalah:-
1. Baju terlalu banyak sampai taktahu kat mana lagi nak simpan.
2. Baju terlalu banyak sampai ada yang tak pernah dipakai.
3. Menyesal selepas beli barang.
4. Barang yang dibeli hanya pakai sekali je.
5. Bila banyak sangat barang, bagi jelah barang-barang yang taknak dipakai tu kat kekawan.
6. Dah sedar diri kat rumah ada banyak baju, dan segala macam beg, kasut, aksesori, menggatal jugak nak beli yang baru. Kononnya yang baru lagi latest. Cehhhhh!!!

Ok. Kalau korang score 4 ke atas, sila mengaku yang korang memang gila shopping.

Tujuan aku tulis entry kali ni ialah khas kepada masalah no. 2 iaitu mempunyai baju/kasut/beg/aksesori terlalu banyak sampai ada yang tak pakai.

Actually, ni merupakan masalah besar jugak sebenarnya.

Hari Rabu lepas, aku keluar sama si Afir. Then tak tahu la cerita sesat sampai mana, tau-tau aku cerita dekat dia pasal baju-baju yang aku beli tapi tak pernah pakai. Sebabnya, bila dihitung-hitung balik, ada la jugak banyak je pakaian aku yang tak terpakai. Not even once. Pastu yang buat cuaknya, Afir cakap aku kena jugak pakai baju tu walau sekali. Kalau tak, nanti baju(or pape jelah) akan dihisab. Untuk orang Islam, korang paham-paham jelah apa yang aku cakap. Orang yang membazir tu kan saudara setan. Kan? Kan?

Kesian jugak dekat baju-baju tu sebab baju tu bukannya buruk. Cuma kadang-kadang tak ada tempat or event yang sesuai aku pakai baju tu. Haihhh...

Macam contohnya baju-baju aku dekat atas ni. Baju yang kaler meletup-letup tu aku taktau kenapa aku beli. Dah la beli baju tu time tengah pokai. Haha! Ok, pattern dia agak kelakar sikit. Siapa yang suka baju tu, sila cakap. Then beg tu aku baru beli 2minggu lepas. Cun, tapi tak sempat pakai lagi. Dress hitam tu plak sepatutnya aku pakai masa prom tahun ni. Tapi tak pergi sebab takde dateeeee... Haha! Baju kelabu tu plak memang cantik. Cuma takde tempat yang aku nak pegi sesuai dengan baju liplap-liplap tu. Then dress hijau tu plak baju vintage. Baru beli jugak. Selain daripada baju-baju di atas, ada banyaaakkk lagi baju aku yang tak pernah dipakai.

And malangnya kasut ni pun tak pernah pakai jugak. Haihhh...
Nama je kasut faveret, tapi tak pernah pakai.

So, pengajaran pada hari ni ialah~ sila pakai or guna apa-apa je yang korang beli walaupun sekali. Kalau tak, memang sah-sah korang sedara setan. Hahahahah! Peringatan untuk aku jugak! Heeee... Aihhh berat~

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kembar Aku Ditemui

Ingat lagi tak pasal aku kata yang ada sorang cousin aku muka sebijik macam aku masa kecik? Well this is her. Baby Hana! She's my fav cousin sebab muka kitorang sangat sama. So, do expect muka dia akan jadi macam aku bila besar nanti, except, maybe die cun lagi. Woohooo!

Walaupun dia ni mixed, tapi mata sepet tu tak menghalang kitorang untuk jadi seiras coz i do have mata sepet. OMG! Seriously, dia mengingatkan aku kepada zaman aku kecik-kecik dulu. Masa aku berkulit cerah, mata bundar-bundar, badan debot dan semestinya comel. Tapi tu semua dulu la. Sekarang kalau aku claim aku cenggitu confirm orang panggil aku tak sedar diri kan? Ishk3...

And aku rasa kitorang memang ada chemistry. Nak tau sebab ape? Sebabnya, Hana ni memang tak suka orang pegang dia. Mesti dia buat muka disgust kalau orang lain pegang. Tapi daripada baby sampai lah dia besar ni sekarang, dia boleh pulak sangkut ngan aku.. Pelik tak? Mesti ada mambang baik berdiri dekat belakang aku kata kat dia supaya jangan takutkan aku. Hahahaha! Aku tahu, semua orang nak jadi adik aku. :P

This is her! Hana!

Cepat tumbuh gigi! Nanti boleh join geng Gigi sama dengan aku.

Dia juga malukan kamera. Seperti aku gak.. Aihhh!

Ni lah dia muka aku masa kecik.
Actually, kalau Hana senyum, muka dia dah macam ni dah.

Ahhhh! Comelnya..

Dia juga kuat makan. Sama macam..........

Geng Gigi.

Aloloo..

Saya penyayang.

Hana! Sila lah cepat membesar! Kak Farah nak belikan baju-baju comel dekat US untuk Hana. Nanti boleh kita main make up-make up and main Barbie doll pulak kan? Haha! Cantikkk.. Boleh jadi geng!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ketika Tension Study

Jangan cari pasal sama Farah.
She's currently studying for midterm.
Ape? Baru nak midterm?
Ye, bunyinya agak cilake.
Jangan tanya kenapa.


Bukti aku tengah study.. Jangan memain!

Ketika budak gila study, dia conteng sebiji pisang.

Ketika budak gila study, dia menamatkan riwayat pisang tersebut.

Ketika budak gila tension study, dia mula usha-usha handbag dalam internet.

Ketika budak gila tension study, dia mula camwhore.

Lalu kerana budak gila tension study, dia keluar shopping sama ibunya lalu mengepau beliau 2 handbag terus sama satu baju dress vintage satu yang diusha dalam internet tadi.


Maka, akibat budak gila terlalu SUKA SANGAT STUDY, beliau mendapat result yang best.
Hahahah! Terkejut Ms. Parvinder sebab budak gila dapat almost perfect score untuk paper midterm dia.

Apakah aku tak layak?

Apakah?
Setelah 12 paket Nescafe instant telah dihabiskan.

Apakah...?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS