Tragedi Kek Raya Haji

So ni kali kedua aku merayakan raya haji dekat US. Last year tak celebrate pun sebab takde sape bother nak celebrate? Tahun ni pun sama jugak, cuma kitorang macam usahakan jugak untuk jadikan hari ni special.


Raya nye hari Jumaat, tapi kitorang sambut hari Ahad sebab tu je masa yang semua orang can make it.  

Menu rumah aku buat ialah:
Ayam masak merah
Nasi himpit
Pulut
Lontong
Strawberry cicah coklat
Puding karamel
Cream puff
Farah's special cake. *Harus letak nama special*

Makanan yang orang lain bawak:
Laksam
Egg tart
Nasi tomato
Sambal ikan bilis
Nasi putih


So here is the story about my 'special' cake. Pada asalnya plan aku terbaik je. Plan haruslah yang paling baik je. Dah nama pun PLAN. Confident gila yang cake ni akan turn out well. Satu rumah tanya aku wat kek apa, aku jawab ni cake special. (Padahal taktau nama ape) Huhhu..


Plan asalnya nak buat kek berupa macam ni..






This is called the rosette cake. 
Cantik kann?


Walaupun aku dah plan baik but still macam ada rasa tak sedap hati. In case frosting aku buat nanti tak boleh hold shape ni. Sekali memang betul apa aku jangka. Cream cheese yang aku buat untuk frosting lembik. Taktahu mana silapnya. I kept adding confectionary sugar untuk kasi dia kental sikit, but tak tak hold gak acuan dia.


So we changed to plan B. Plan B ialah buat ruffle cake. Ni nama aku bagi sendiri. Lol. Rupanya ialah macam ni..



Isn't this pretty??


But no. My frosting won't let it happen. Like she hates me. Aku punya la whipped kan dia and masukkan dalam peti sejuk untuk sejukkan sikit, but still cair jugak. I spent the whole day tryna figure out how to work this frosting. But in the end it fails me. Rasa macam nak menangis bila cream tu melt. Meleleh banyak sangat sampai banyak gila tisu digunakan untuk bersihkan cream yang cair tadi.


So this is the end look.

Kecewa gila aku..


Ni warna sebenar..


However lepas aku post gambar expectation-reality tadi, so much love was poured on me bila ramai yang like and puji cake aku. Rata-rata cakap yang cake aku looks more real and yummy to eat. Ermmm hopefully tu pujian yang ikhlas ok. Haha! I dont expect people to love this cake. Thanks so much from the bottom of my heart to those who compliment this cake eventhough takdela tempting sangat physicalnya. Pengajarannya ialah, next time please use buttercream. 


My cake.


Lapisan kuning ialah perisa lemon. Warna merah perisa vanilla. 
Covered with cream cheese frosting. 
Walaupun tak cantik tapi tetap sedap. Lol.
*puji kek sendiri*


So, sambutan hari raya hari tu went well walaupun ada kelewatan sikit. So ni ialah makanan yang terhidang..


Time ni laksam tak sampai lagi.


My personal favorite is strawberry coklat. Serious coklat tu sedap gila and bila combine dengan rasa strawberry yang manis and besar... HEAVEN.





Dengan periuk kuali semua bawak keluar. Haha!


 With all of my housemates

 SELAMAT HARI RAYA EVERYONE!


WEEEEE!!






  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengalaman Mengharungi Taufan Sandy

As some of you might know, hurricane Sandy baru-baru ni dah melanda US east coast and agak teruk jugak. So, memang dijangka kena tempat aku, which is dah habis dah pun, and alhamdullilah, im still alive or else there wont be no one updating this post. Lolz.


State College, Pennsylvania is very fortunate sebab hurricane ni tak mengakibatkan malapetaka kepada penduduk kat sini. There are some minor destruction and flood, but seriously, everything is fine down here. Paling-paling pun just angin kuat, 65mp/h which is agak kuat gak and hujan. Lepas hurricane dah habis, aku keluar rumah and tengok ada tong sampah kosong dalam swimming pool, ada dahan kayu tua yang patah and paling teruk pun ada pokok yang dah senget. Macam nak jatuh tapi tak jatuh, so ok je kot. At least tak timpa kereta, rumah or manusia.


Ok, since this is my first experience menghadapi natural disaster like this and been a part in some kind of history, I would like to share my experience to all of you, especially to my friends and family who were worried so much about my safety when the hurricane hits my city.


Aku dapat tahu pasal hurricane ni masa hari Jumaat, masa tengah shopping. Masa tu terdengar announcement dekat local radio. Time tu ingat macam biasa-biasa je. Well, dah banyak weather alert aku pernah dapat since duduk kat sini, but nothing ever happened. Hurricane dijangka untuk melanda kat tempat aku hari Selasa, 30 Oct 2012.


Masa hari Ahad, rumah aku hosted a raya celebration. Kitorang just buat makan kecil-kecilan, berpakat antara 3 buah rumah untuk gather ramai-ramai and makan-makan. Lepas tamat makan-makan, masing-masing online guna laptop. Time tu baru aku dapat banyak info pasal hurricane ni. Asalnya ingat macam takde pape sebab takde siapa kesah kot. Sampailah keluar gambar university post dekat FB yang dekat Walmart and kedai yang sewaktu dengannya semua kehabisan roti, mineral water and torchlight sebab orang dah mula buat preparation untuk menghadapi hurricane ni. Dijangka akan ada banjir kena kat tempat aku and bekalan elektrik and air terputus. So memang patut kena risau pasal stok makanan in case naik banjir jadi.


Walaupun hari Isnin esoknya aku ada exam, tapi aku pujuk housemate untuk keluar pergi kedai and cari barang-barang penting malam tu jugak so that we wouldn't missed out if anything out of stock. Mana lah tahu something terrible happened kat rumah kitorang nanti. So, kitorang pun cari barang-barang sampai ke 3 kedai sebab memang betul barang yang penting semua dah out of stock. Boleh refer pada post sebelum ni macam mana keadaan malam tu.


Keseokan harinya, iaitu hari Isnin, aku memang tak tidur the whole night sebab nak study untuk exam. Sepanjang stay up tu, aku banyak baca pasal hurricane ni. And time tu jugak satu-satu notice keluar yang banyak university kat affected area ditutup. Pennstate pulak awal-awal cakap takde cuti-cuti. WAJIB datang kelas. University dibuka seperti biasa. Padahal semua kolej lain ditutup kot. Aku start cuak lepas tengok image ni.

Haha! Over je letak nama aku kat situ. 


Memang ketara sangat rupanya yang State College akan kena hurricane dari satu arah and storm dari arah yang lain. So senang cerita kena attack dari pelbagai arah. Kalau kes kena belasah ni confirm dah tumbang unless you are Bruce Lee. So I was really freaked out. Aku inform parents aku pasal apa yang akan menimpa State College (in case they dont know coz I haven't been in touch with them for a week). Then my dad said, he will monitor the weather condition at my place from time to time.


Meanwhile, I was studying like crraaaazzyyy. Time tu rasa stress gila sebab dunia ni macam nak kiamat, but kolej still berdegil taknak bagi cuti. I mean, I was about to risk my life if I go to college during this time. But stilll... Ego gila taknak bagi cuti. Time ni memang dah tekad, if anything happens to me masa nak ke kolej atau time ada kat kolej, memang aku akan saman tak agak-agak punya banyak. Orang suggest aku ponteng kelas, tapi mana boleh sebab ada exam. So sambung jela study..


Masa yang tinggal untuk study pulak tak banyak, and banyak lagi aku tak cover. Time ni dah betul-betul stress. Tambah stress lagi bila satu-satu status FB keluar yang mengisytiharkan kolej-kolej lain ditutup. Anis pun bagitahu yang kolej die buat decision last minute untuk tutup time tengahari hari Isnin tu. Aku tengok angin dekat luar rumah dah kuat gila. Memang aku takkan izinkan sesiapa keluar rumah. Haha!

Memang ketara sangat aku tengah stress time ni. Haha!


So, sambung jela study. Dah nama pun tanggungjawab as a student. Then suddenly benda yang tak disangka jadi nyata! Dalam pukul 12.30pm macam tu Pennstate keluar notice yang kampus ditutup sampai 6.00am Selasa. 


Benda yang tak pernah dijangka jadi nyata.


Time baca ni memang aku menjerit sampai tercampak buku. Puas hati! Seronok gila exam postpone. Haha! But then aku fikir... Kalau Pennstate decides untuk tutup kelas, maknanya this is soooo serious sebab Pennstate takkan sewenang-wenang n sesenang je bagi cuti. TAKKAN! So aku mula risau sebab malam tu aku kena kerja. Hurricane lak dijangka kena kat tempat aku waktu malam. Memang scary gila imagine yang aku kena redah hurricane tu semata-mata sebab kerja. No. Aku takkan amik risiko kalau babitkan nyawa and keselamatan aku.


So aku nak jugak ponteng kerja, tapi takboleh ponteng sebab nanti dapat warning. Aku tanya kawan-kawan kat twitter pasal cadangan apa alasan paling kukuh untuk mintak cuti. End up aku call untuk mintak cuti sakit. Guna alasan period pain. Nice one. Orang office lak tak tanya pape pun. Just cakap ok je. Fuhh lega gila. Taknak menggigil pulak aku time nak call tu. Aku dah la jenis tak reti menipu. Tapi ni darurat kot, so terpaksa lah.


So aku stop study and fokus dekat hurricane ni. Aku start baca-baca report, tengok video and gambar. Time tu hurricane ni about nak menyerang New Jersey and New York City. Aku cari info pasal hurricane ni. Report cakap US Gov estimate kerugian 100billion dollar untuk hurricane ni. Nasa pulak keluarkan gambar ni. Diameter taufan ni 1000mile atau dalam erti kata lain kelebaran diameter taufan ni lebih kurang 3000km besarnya. 



Another website pulak cakap ni ialah bencana terburuk dalam masa 20 tahun and lagi berganda-ganda lagi teruk daripada taufan Katrina. Besarnya taufan kali ni ialah 4 kali ganda lagi besar daripada hurricane Irene yang serang NY akhir tahun lepas. And air akan naik setinggi 9meter serang NYC. Angin pulak sekuat 300km/h. Ni memang kelajuan membunuh ok. Kalau bawak kereta and accident dengan kadar kelajuan ni mesti boleh mati. Inikan pulak angin kuat yang tak boleh dielakkan.


Time ni memang betul-betul aku jadi takut and macam prepare untuk mati lepas baca all the reports. Macam teruk gila. I was crying and crying sebab takut sangat-sangat macam ni ialah hari terakhir aku hidup. Adik aku pulak suggest aku ambik bas pergi Iowa untuk escape benda ni.. Like Iowa tu sebelah rumah aku dekatnya -.-


Time ni memang bersedia jela.. Sebagai langkah terakhir, kalaulah hari ni memang hari terakhir aku, aku order asam laksa from restoran Malaysia yang ada kat sini walaupun mahal. Huhuhuh... Like last meal gitu. Itupun makan tak lalu. Hurricane dijangka akan datang kat tempat aku pukul 3am. Tapi pukul 10pm aku dah blackout sebab 2 hari dah tak tidur sebab sibuk sangat study. Baru plan nak stay up bangun tidur sebelum pukul 3am, tapi memang tak lah aku nak bangun. Pukul 4am aku terbangun tapi tengok keadaan terkawal je. So sambung tidur sampai pukul 5.30am. Masa bangun tu, penuh gila fb and bb aku dapat notification. Atuk aku risau gila. Afir lak hantar banyak mesej sebab risau aku tak reply-reply. Adik aku pun sama. And ramai lah lagi doakan keselamatan aku. I really appreciate all your concerns. Tapi time tu penat sangat so sambung tidur balik kat ruang tamu sampai pukul 9am.


Bila bangun, aku tengok keadaan luar rumah. Semuanya terkawal. Alhamdulillah... Memang bersyukur sangat sebab Allah lindungi kitorang and kawasan aku. But at the same time kesian dekat kawan-kawan yang tinggal dekat New Jersey and NYC termasuklah Liyana Jasmay. Haha! Rumah diorang semua blackout, tapi khabarnya sekarang dah dapat power balik. Cuma masih banjir.


Bila baca news lak, macam teruk je. Or maybe tak teruk sebab media ni suka je exaggerate. Tapi yang penting semua kenalan aku selamat. Hari ni baca news, lebih 50 orang mati disebabkan taufan ni.. Condolence to those who lost their loves ones.





Kesian NYC... One of my favorite cities and the best place I've ever visited in the US :(

Btw, gambar-gambar di bawah ni ialah keadaan luar rumah aku sewaktu hurricane tengah 'mengganas'. Huhu...







  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Preparation for the Coming Hurricane

Ok. Im gonna write this very quick.
So hurricane Sandy is expected to hit State College tomorrow, Monday and Tuesday and it would likely to cause flash flooding, downed trees, minor property damage, and power outages.. Hence, we are taking early safety precautions to avoid any inconvenience and trouble later. 


So, we decided to go to Weis  market to stock up mineral water and candles, but end up they ran out of em. I was lucky to grab a carton of bottled water, but we need more for our house. 

This is at Weis Market. Yang tinggal semuanya air berperisa. 


Dekat Giant pun sama dah habis air mineral.

GIANT

Then kitorang singgah Walmart. Kebetulan Walmart baru stock up their mineral water, tapi in just a minute, habis kesemuanya.. Thank God we managed to grab two cartons of bottled water. I think that would be enough..



 Walmart

What im worry the most about this hurricane is the high possibility of water and power outages.. How would I live without water supply and electricity for more than a day??? Oh my internet, laptop and phone.. How would I even go out of my house without you??


Though orang kecoh-kecoh pasal hurricane ni, Pennstate still berdegil taknak bagi cuti. I dont know why. Pennstate memang terkenal dengan sifat kedekut untuk bagi cuti, walaupun akibatnya mampu untuk meragut nyawa student dia.. They would bear the risk of losing someone's life, than losing money. How inconsiderate these people.



Oh btw, I was selekeh gila berpakaian baju tidur coz malas nak tukar baju. Ingatkan keluar sekejap je, alih-alih sampai 3 store kitorang pergi. Just sarung tudung instant indon and a peacoat, terus keluar. Oh, you would not recognized me in this way, so yeah, I dont care. Haha!


Btw, I found this funny and ironic in a way...


So please Malaysians and my fellow readers, pray for our safety to overcome this and hopefully there would be no unexpected and horrible thing happen to us.
Bye-bye. Assalamuaikum.
:)


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Wedding Dream

I know gedik sangat nak berangan pasal kahwin, tapi tipu lah kalau korang perempuan and tak pernah berangan pasal ni.. Like bukan aku nak kahwin esok, so apalah salahnya kalau berangan sekali sekala..


Cakap pasal kahwin, first thing yang hinggap ke fikiran aku ialah konsepnya harus minimalis. Aku suka traditional English style kalau bab setting. Takde sarat meja or apa-apa.. Takde pelamin pun takpe, tapi mesti ade bahagian untuk bergambar. Jimat duit banyakkk sangat disitu.


Ok first thing first.. This is the best part. Haha. Biasanya orang simpan the best part dekat last-last, tapi memang aku punya tak boleh tertahan lagi nak bagitahu.


THE WEDDING DRESS.

To be true, I have always imagined my dress would be in off-white. Ade lace, tak sarat, senang untuk bergerak, kalau boleh nak ada pearl.. Dulu masa sekolah menengah, gedik sangat bila takde kerja aku design baju kahwin aku nak pakai nanti. And know what, baju Kate Middleton pakai untuk wedding dia almost 90% similar dengan apa aku pernah lukis! It's like bila first time tengok dia reveal baju dia, macam melihat baju imaginasi sendiri jadi nyata! Cantiknyaaaa... Cuma takdelah over nak kain meleret panjang. But now since dah bertudung, haruslah sopan sikit. So Vivy Yusof is the inspiration. Ohh, and the most important thing: the dress should be timeless. Not too trendy or else, I would laugh at myself and wont share the picture with anyone else 40 years later.


Perfect

Perfect

Perfect


Vivy Yusof

I cant find the best picture of her dress, but I really like how she styled her tudung. Very much the same thing I would do on my weding day. Simple but nice. And the touch of pearl. Ahh, just perfected the perfection. (Over tak puji? Haha)


Next thing. 
THE MAKEUP.

Sebut pasal makeup, again, I really like simple, natural make up. Similar to what Kate and Vivy did on their big day. Kalau boleh nak buat make up sendiri so that boleh control berapa mm ketebalan make up yang ditepek tu. Haha! Tapi apakan daya. Skill pun tak power... But did I mentioned I did my own makeup on my engagement day with the help from Fairuz? Nak ulang berapa kali kan? Bangga sangat.. *Pat self on the back*


So beautiful...

Eh wait... Why do Kate and Vivy wears the same tiara?
Baru perasan.... Sama kan? 
Tak kisah la.. Still beautiful and suit the dresses and wearers perfectly.


 SETTINGS

I would always imagined that my wedding would be held at the seaside during the evening or a garden wedding. Though these may seem to be too good to be true, but still, not impossible. Dont care if that sounds too mat salleh or not 'Malay enough', I just want it to be like what I've always wanted. And from the descriptions and imaginations, I dont think this wedding would cost so much right? No hassle, just a perfect wedding dream from a little girl's perspectives.


I want the table setting and arrangement like this. (Vivy's engagement day)


My inspiration to have a garden wedding at night: Aisyah Sinclair


Haaa.. would it be nice to have a wedding like this...


But after reading this article, Im not sure if I still want to continue with the beach wedding. So many crazy things to consider like the weather, the venue, the guest list (obviously not everyone would be invited if it's a private beach wedding) and how convenient for the guest to come and sit still. Oh well. All weddings have their own issues and difficulties. And that make it more memorable.


P/S:
To those who's been asking, no, Im not planning to get hitched soon. I still haven't decided on that yet. Do expect it after I graduated, have a stable job and ticked most things in my bucket list.. Then only I would settle down and think about this. As for now, dream on!



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Malam


Tadi masa aku baru balik dari kerja, macam biasalah kena lalu jalan yang sunyi sepi. And aku setiap hari kerja malam, part time kat kampus. In case kalau tak tahu, nanti lah aku cerita. Kali ni nak cerita lain. Huhu..


Biasanya kalau balik malam-malam, ada je orang yang turun bas sama dengan aku. Jarak bustop dengan rumah aku agak jauh jugak lah, dalam 1km. Tapi hari ni rasa lain. Aku macam tak sedap hati. Yang turun bas sama dengan aku ada sorang lelaki. Bila lalu kat kawasan sunyi and terpencil belakang pokok-pokok ni kena lah hati-hati sikit. 


Aku dah banyak kali kasi chance untuk dia potong aku sebab dia macam jalan laju je but still dia taknak potong. So aku dah macam apehal lah ni kannn.. Takut jugak kalau in case nanti jadi pape. Dia mengikut je belakang aku. Kat tangan aku pegang payung and dalam hati adalah jugak baca ayat kursi sampai 4-5 kali. Punyalah takut.


Aku belok, dia belok. Tapi kali ni nak lintas jalan aku saje stop macam nak tengok traffic, padahal nak biar dia potong aku. Sekali masa dia potong aku, aku usha muka dia. Ya Allah... Ternganga ok...


Betul lah like orang kata rezeki Allah ni memang ada di mana-mana kan and selalu datang time tak terduga. YESSSSSS indeeeeeed (-____-")
Time aku betul-betul takut tadi tu lah aku toleh pandang muka mamat tu sebijik habis ok dengan Noh Hujan. SEBIJIK. Dah la pakai kemeja, agak smart lah.


Terus hati aku cakap, cepatlah toleh belakang, cepatlah toleh.. Nak tengok lagiiiiiii... Boleh?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS