Happy Birthday To You
See You When I See You, Taylor
Actually dah berkepam dah story ni nak tulis, tapi asyik takde mood je. Ye ar, sekarang kan musim honeymoon bagi aku, so apa nak jadi dengan blog ni pun jadilah. Setelah 3 minggu cuti, baru nak teringat kat bekas kolej lama ke? Oh, aku bukan lupa daratan macam tu. Rindu tu rindulah jugak, tapi time cuti ni, enjoy lagi seronok daripada memikirkan pasal kolej. So, konklusinya aku tak rindukan kolej pun.
Kepada sesiapa seangkatan dengan aku, mesti mempunyai feel yang sama. Masa yang berbaki 2 bulan ni lah perlu di spend sebaik-baiknya. Segala impian atau wishlist perlu dibuat supaya tak menyesal kemudian hari. Tapi dalam dok happening sana sini, aku teringat jugak dekat kawan-kawan kolej. Paling tak boleh lupa sekali time last day of college.
Last Day of College
Last day of college jatuh pada 29 April 2011. Setelah bertungkus lumus memerah otak, menyerap ilmu selama 2 tahun, akhirnya penamatnya dah sampai. Hari last ni jugak aku ada paper Philosophy pukul 8pagi. Habis je paper, terus enjoy tak ingat dunia. Ke hulur hilir aku meraikan last day kolej. Walaupun tak tidur malam sebelum tu dengan berbekalkan 2 tin air Nescafe, entah mana pulak semangat Tok Kaduk melekat kat aku sampai jadi gila-gila lepas paper habis.
Lepas habis paper, lepak dekat office uruskan hal commencement. |
With Preetha, Anis and Nikki masa JPA briefing and blazer measurement |
Waiting for our foooddd.. |
Picture with the girls. Lelaki duduk kat table sebelah. |
The food |
Candid |
Muka Lin lawak.. |
When the photographer asked us to do funny faces, this is the best that we could do. LOL. |
Bergambar dekat sign Taylor terbesarrr ok. |
Only me. |
With my Anisss.. |
Masa bebudak lelaki sembahyang Jumaat, this is what we're doing! |
Time karaoke. Iqbal ialah diva kita pada hari tu.. :D |
From left: Anzari, Anis and me! |
Malam tu pulak, Anis stay dekat Casa. We conquered the house, tapi masing-masing penat so kitorang tidur awal. Esoknya baru start packing and leave.
So, that's the end of college. Muka-muka yang korang tengok tadi tu la yang banyak ajar aku pasal erti kehidupan, segala tips study, and macam-macam lagilah coz diorang semua pelajar-pelajar cemerlang dari pelbagai ceruk di Malaysia. Im glad to be friend with them, kalau tak tentu aku tak jadi sebaik ni macam mana aku sekarang. Gonna miss them so much!
Budak 90's- Kereta
Masa aku umur 6 tahun dulu, bersamaan pada tahun 1997, aku duduk sorang-sorang dekat tangga luar rumah.
Tapi sekarang ni bila dah besar, kalau orang tanya aku nak kereta apa, jawapan dah advance sikit.
Nak Fairlady la, Rolls Royce la, Lamborghini laaa.. Taste taknak mengade-ngade je.
Tapi apa salahnya berangan kan..
Boleh je kalau usaha tu ada.
Bila teringat balik pasal Wira putih tadi, aku rasa tak dan la aku nak kumpul duit untuk beli kereta tu.
Better aku spend duit aku beli kereta yang up to date sikit.
Sepanjang jalan petang-petang tadi, aku cari je kereta Wira warna putih.
Bila tengok balik, takde lah lawa sangat pun.
Biasa-biasa je. Lagipun dulu ayah aku pernah ada kereta Wira hitam.
So sampai situ jela hasrat aku untuk miliki kereta Wira putih. Now dah tak menarik dah pun.
Sekali Jadi Sweet, Dunia Pun Berputar Laju
Satu hari tadi aku dok merayau buat movie marathon+ shopping marathon dengan Afir dekat Sunway Pyramid. Jangan tanya aku kenapa aku suka pergi Sunway. Tanya Afir, coz dia suka parking murah. LOL. Lagipun Sunway dah sebati dengan aku. Cakap je nak pergi kedai mana, parking kat mana, nak makan kat mana? Insya-Allah aku boleh tunjukkan jalan. Kiranya cam nak cakap yang aku hafal semua kedai laa ni? Oh puhlisss... Mana taukeh Sunway? Boleh aku kahwin dengan anak dia tak? Heeeee :D
Tadi jugak kitorang tengok 2 movie. Kalau ikutkan nak tengok empat, tapi nafsu kena kontrol sikit. Aku tengok cerita Kongsi dengan Nur Kasih. Sedikit komen dari aku.
Kongsi
Untuk para peminat Sam, filem ni sesuai untuk korang. Disebabkan aku bukan peminat Sam, aku rasa ada sikit bosan la cerita ni. Betul jugak mana-mana review yang aku dah baca pasal movie ni. Pengenalan watak sangat kurang sampai aku tak paham kau sape, dia sape, dorang ni lak sape? Plot pun agak berterabur. Macam banyak yang tak berapa nak relate dengan scene yang dah lepas-lepas. Kamera tak stabil macam dia terpaksa ambik pesakit Parkinson jadi cameraman.. Senang cerita agak kelam kabut kat situ. Tapi dari segi action dia boleh tahan laa.. And takdelah the whole cerita tu dari awal sampai akhir membosankan and flat. Not bad laaaa. Walaupun ada part lawak tapi tak lawak... Errr... Aku bagi lah 3/5 bintang sebab aku baik.
Nur Kasih The Movie
Cerita ni perghhh boleh tahan. Disebabkan aku ni memang minat cerita-cerita cinta and memang aku follow cerita Nur Kasih dulu, movie ni agak bagus. Tak dilupakan, time aku tengok tadi, pawagam agak penuh and mostly dipenuhi makcik-makcik la. Untuk cerita ni, pemilihan pelakon bagus-bagus. And untuk peminat-peminat pelakon budak kecik yang bernama Miasara tu, korang akan excited la. Aku respek kot pelakon budak-budak and remaja dalam cerita ni, bagus diorang berlakon. Ada jugak muka-muka baru yang tak pernah jumpa. Overall dalam pemilihan pelakon memang terbaik la. Sound effect terbaik. Skrip makan dalam and tepat pada situasi. And walaupun cerita ni bukan genre komedi, tapi dia berjaya suntik elemen lawak and sindir dalam babak yang kau tak sangka-sangka. Sepanjang cerita smooth and mudah untuk difahami walaupun dia banyak main teka-teki sepanjang cerita. Cuma problem aku ialah part ending. Agak cluttered dengan metafora, dengan pelakon-pelakon yang baru dikenalkan and rasa pelik sikit. Rasanya part yang last sekali tu tak payah masukkan pun takpe. Takdelah serabut otak aku nak paham masa scene anak Nur jumpa Aidil. Walaupun orang kata cerita ni sedih, tapi tahap kesediahan dia takdelah terlampau tinggi. Filem ni belum mampu buat aku mengalirkan airmata lagi laa. Overall aku bagi 4.3/5 bintang boleh?
Ok, sebenarnya aku tak reti nak kritik movie. Ni semua berdasarkan pengamatan aku je. Biasanya lepas keluar panggung, aku akan diam and taktau nak komen apa. Kalau best, aku kata best. Kalau tak, aku kata hampeh. Tapi entah kenapa gatal tangan sangat sekarang nak komen jugak. Ok move on.
Apa mimpi si Afir entah hari ni nak belanja aku baju. Dah tau lah perangai member ni suka window shopping, tak semestinya nak beli kan. So, aku pun heret dia masuk kedai-kedai yang aku minat. Daripada kedai A sampai ke kedai Q dan patah balik semula ke kedai yang A tadi balik without a reason. Bukan sekejap-sekejap shopping kali ni. Biasanya lepas 2 jam dia akan surrender. Tapi ni berjam-jam ok dia teman aku. Dia lah yang tolong belekkan segala baju yang ada, memberi suggestion sama ada yay or nay, and basicly, dia akan follow je aku.
Masalah yang sering timbul ialah baju yang aku minat, dia tak minat and baju yang dia minat aku tak minat. So, pada mulanya mata dia tertancap kat satu baju Cotton On warna pink ni. Bagi aku baju tu biasa-biasa je. Entah kenapa dia macam suka gila-gila baju tu. Siap kata lagi yang dia akan beli baju tu whatever price is it dengan syarat lepas dah beli baju tu, aku terus tukar kepada baju yang dia beli. Untuk tak menyusahkan dia, aku terus tarik dia keluar kedai and tolak offer dia.
Lepas dah jalan and pusing-pusing kedai lain, tiba-tiba dia kata dia berkenan dengan satu kasut lelaki dekat Cotton On. So, aku dengan rela hatinya nak belanja dia, so kitorang pun patah balik ke kedai tadi. Alih-alih dia tak beli pun. And dia start cakap balik pasal baju pink yang dia berkenan tadi tu. Dia nak jugak belikan untuk aku. Once again, aku tolak lagi coz bagi aku kita jalan dulu puas-puas then baru decide.
Lepas dah masuk semua kedai faveret aku, still aku tak jumpa baju yang aku betul-betul berkenan. So, kitorang pun kembali ke kedai Cotton On lagi sekali untuk pilih baju untuk aku. Dengan muka sungguh-sungguhnya, Afir convince kan aku lagi pasal baju pink tu. So, aku pun cam rasa ok lahh. Why dont I give it a try. Then, aku ambik baju tu bawak masuk fitting room. Actually not bad la kalau tau gayakan, so cash on hands, mari menuju ke kaunter pembayaran!! Eh, tak lupa jugak aku ada belanja dia baju from kedai yang sama.
Aku pun tukar baju dekat dalam fitting room Jusco. Afir duduk dekat seat depan fitting room tu. Masa sarung baju tu, terus penampilan aku yang formal casual tu bertukar kepada sweet and down to earth. Dalam hati aku bisik, perempuan macam ni ke Afir nak aku jadi? LOL. So, aku pun bukak pintu fitting room tu dengan funny face sambil buat peace. Hehe.. Bila tengok dia tersenyum lebar lepas aku keluar, satu kepuasan yang besar kot bagi aku. That smile.. Buat aku cair kot.. Arrghhh!!! Berapa kali dia tak henti-henti puji aku cantik. LOL.
So, turn dia plak tukar baju. Sepanjang dia kat dalam fitting room tu, aku usha-usha cermin. Cantik plak baju yang Afir pilihkan untuk aku. Sweet je. Hehe! Untung laaa... Bila dia keluar daripada fitting room dengan baju baru, dia nampak hot ar. Ok, tak boleh komen lebih-lebih kat sini. Nanti ada yang muntah darah. Sayangnya, kitorang tak ambik gambar pun coz we dont like to camwhore in public places ye.
This is the baju that Afir bought for me!!!
My Love is Like A Rainbow
Sangat ironi kot kenapa aku da jarang update. Time sibuk dulu menyempat je nak menyelitkan masa tulis blog, tapi sekarang dah cuti sem terus taknak update. Lol.
Ok, so for this entry, aku nak kongsi resipi!! Ni sebenarnya main tibai je, aku dok beli-beli barang pastu baru sibuk nak usha camne nak buat from youtube. Actually aku buat cake ni for my mum untuk Mothers Day. Walaupun terlewat satu hari, tapi kira ok la daripada takde. Aku pun blur sebenarnya nak bagi ape time poket kering kontang ni..
So kawan-kawan, aku dapat inspirasi ni from cake tak sedap yang dijual masa ada event kat Taylor's dulu. Cake takdelah sedap, tapi memang lawa sangat. Lebih kurang camni la rupanya..
Tapi sebab aku ni jenis pemalas nak bake satu-satu warna at one time, and bancuhan cake aku sikit je, so aku pun jadikan cake ni sebagai hasil inspirasi.
2) Lepas dah sebati, bahagikan bancuhan tadi dalam cawan-cawan macam ni. Step seterusnya, masukkan pewarna ikut warna pelangi. Pandai-pandai la nak mix kan warna.. Dulu kan masa sekolah cikgu dah ajar dalam kelas Pendidikan Seni.
Gambar sebelum bancuhan tu diwarnakan |
Kek selepas dilitupi frosting. |
Tips: How To Store Your Shoes
So, since dah habis kolej ni and tamat contract dengan Casa Subang, aku pun dah tak tinggal kat Subang lagi dah. Sekarang aku tinggal dekat Rawang laa.. Yey!
So, barang-barang pun kena pindah bawak balik rumah. Dengan kondisi bilik aku yang kecik tu, aku menghadapi masalah dalam menyimpan barang. Adelah jugak 2 hari aku nak kemas and store balik barang-barang and mostly barang n dokumen lama-lama semua aku dah buang.
About 3 things yang paling buntu nak simpan ialah baju, kasut and handbags. Bab handbag tu aku dah settlekan semalam. So sekarang tinggal baju and kasut. Macam tadi aku kumpulkan kesemuaaa kasut-kasut aku dekat dalam bilik and mula fikir macam mana nak simpan semua ni.. Hurrmmm..
- Jimat ruang untuk simpanan benda lain pulak.
- Kasut akan berada kat satu tempat je, so kalau nak cari senang.
- Kasut takkan kotor sebab dah disimpan dalam beg yang asing-asing
- Kalau ada kasut busuk pun takkan berbau so, tak kisah pun kalau nak simpan dalam bilik.
- Recycle, reuse, reduce!
- Menjimatkan duit daripada nak beli kotak/plastik penyimpanan kasut yang agak costly tu. (hari tu aku survey kat Jusco, RM6.90 untuk sepasang kasut. Kalau ada banyak sangat kasut camne?)
- Tak glamer sangat la rupanyaa. Tapi aku tak kisah coz nak sumbat kat bawah katil jugak akhirnya.. Hehe!
- Terpaksa kena belek-belek plastik and baca kad tu untuk cari kasut yang dikehendaki. Agak leceh gak. (Solutionnya ialah go for plastik yg colorless and lutsinar)