Beberapa hari lepas aku berjaya buat kek yang aku teringin nak buat since raya Haji lepas tapi tak menjadi. But kali ni jadi! So I was so overwhelm, rasa puas hati sangat. Afir kata kek ni cantik, so maknanya aku berjaya. Funny thing, we were planning to make our own wedding cake satu hari nanti. Tersangatlah confident. Tapi since hari tu aku fail, aku macam down sangat. But this time menjadi, so angan-angan tu still possible. Haha!
Last time aku buat kek warna pink, kali ni warna turquoise pulak. Sepatotnya nak buat kek ni sempena birthday kawan aku, Anis. Tapi hajat dia untuk melawat State College tak kesampaian, so takpelah aku buat untuk housemate and lima orang tetamu yang ada dekat rumah aku masa tu. Setelah berjam-jam berhempas pulas, maka inilah hasilnya..
Blue Rosette Cake
Black Friday: Bag Madness
Since Black Friday last year aku tak pergi mana-mana, this year aku decided untuk ke factory outlet yang terletak di Woodbury, NY. Last minute punye decision lepas bukak akaun bank and kira bajet berapa nak spend. Huhu. Ohh btw kalau sesiapa taktahu, Black Friday ialah hari di mana dekat US ade sale besar-besaran, setahun sekali. And dibuat pada cuti Thanksgiving.
Perjalanan ke Woodbury ambik masa 4jam, so sepanjang dalam kereta tu menonong je taktahu nak buat apa... Kitorang gerak pukul 6.30pm, sampai pukul 11.30pm. Bila sampai je memang penuh dah orang. Sebab Woodbury ni kira macam besar jugak. And biasanya sale start masa midnight. So do expect yang semua takkan tidur semata-mata untuk shopping. Aku pun. Kitorang shopping daripada pukul 11.30pm sampai 7am.. Tapi pukul 6am aku dah surrender. Aku duduk atas lantai dekat food court and makan burger ikan sebab dah tak larat and mata dah merah mengantuk. Ni keje paling gila ok. Tak pernah-pernah aku berjalan satu malam tak tidur.
So dalam masa yang panjang tu, aku takde benda aku berjalan je keluar masuk kedai. Kalau kedai tu famous je, confirm kena beratur untuk masuk sebab kalau dilepaskan semua orang masuk kedai ikut suka hati, confirm kedai boleh roboh sebab ramai sangat manusia. Memang ramai gila manusia. Terutamanya Asians. Aku taktau la pesal masing-masing dok heret bag luggage yang besar setiap sorang.
So, dalam masa 8jam tu aku just borong ni je.. Still under budget so ok kot...
Things To Do if You're Visiting Penn State
In case you dont know, aku belajar dekat Penn State, US. Walaupun dah setahun lebih aku belajar dekat sini, most of the time aku pergi kelas and balik, so macam aku tak menghayati sangat life as a student here. Aku tak pernah anggap diri aku as a tourist, hence that's why aku tak pernah nak bergambar merepek-merepek dekat campus. So since this Thanksgiving holiday campus cuti seminggu and semua orang balik kampung, I decided why not aku buat photoshoot and tour area campus ni. Terus aku mesej kawan aku and ajak dia keluar petang tu jugak.
Sekarang ni Maghrib masuk awal. So by pukul 5pm dah gelap. Hence we dont have enough daytime. So kalau nak buat planning apa-apa, make sure sebelum matahari terbenam. Afir pernah cakap, waktu terbaik untuk bergambar ialah dari pukul 8am-10am and 5pm-7pm sebab time tu matahari rendah, so kita akan dapat pancaran cahaya yang cantik. But since matahari terbenam sekarang pukul 5pm, so pukul 4pm kitorang ambik gambar. Eh ok, dah lari tajuk ni.
So let me present you ways to waste your time at Penn State. (If you were happen to get stuck here)
1. Take Photos at the Lion Shrine.
Lion Shrine ni ialah Penn Staters' pride. It was presented to Penn State as 1940 class gift; and since then, it's being the most photographed site on the University Park campus. Hari-hari aku lalu depan shrine ni tapi tak pernah berpeluang untuk ambik gambar (sebab ketiadaan photographer), but yesterday I made my first time!
Bila sentuh lion ni rasa sejuk sangat and I didn't know this thing was huge! Aku memang gayat time panjat ni, and beberapa kali macam nak tergelincir. Nak panjat ni pun satu masalah sebab kaki tak sampai and sumpah kena kangkang besar gila. Serious kangkang besar -.-
However, aku berjaya buang perasaan gayat tu and panjat jugak (and berjaya kangkang besar juga). Lihatlah prove ini!
Squirrel, atau tupai dekat sini sangat-sangat comel!!! Tapi aku masih belum berpeluang untuk tangkap seekor. Kalau dapat memang aku kurung dia dalam rumah sebab comel sangat. Huhu. Kejar and bermain dengan squirrel memang dapat mereleasekan tension lepas habis kelas or lepas screwed an exam :)
4. Chillin' at the Old Main
This is the main building and being renowned as a landmark for Penn State. Dulu building ni sangat penting, but now it's just an administrative building. Aku tak pernah masuk pun bangunan ni, but it's nice to take photos with it as a background, since bangunan ni ialah mercu tanda Penn State. Means that kau dah berjaya jejak Penn State kalau ada bergambar depan bangunan ni. Biasanya during Summer, students akan duduk berbaring dekat padang ni, main frisbee, study bawah pokok. So agak menyamankan... Masa Winter pulak, ada je student yang buat Snowman dekat sini. So agak seronok berada dekat sini.
Things I Would Never Have Enough
So clearly I enjoy shopping, which I shouldn't do coz I'm still a student... But this feeling..... I can't resist!! So whenever I do some shopping, I would check these items coz (1) Im enjoying the beauty of it (2) Im planning to buy one. Lol. Talk about self-indulgence, Im good at it. Then feel guilty afterwards. Like always.
In the End, Kaum Aku Masih Melayu
Aku baru tengok satu video pasal hurricane Sandy dekat Youtube oleh berita tv from Malaysia. Sorylah cerita pasal Sandy banyak-banyak, tapi nak sentuh bab lain sikit. Satu habit aku kalau layan youtube, aku suka baca komen sebab saje nak tengok apa pendapat orang lain and sometimes weird comments yang boleh mendatangkan marah.
But this time, memang marah. Marah dengan perangai Melayu yang suka mendoakan kejatuhan orang lain. Aku tahu in the end memang ni lah bangsa aku, tapi memang aku sedih sangat baca komen-komen berunsurkan cetek akal macam ni.
Cuba lah jadi kenyataan doa mamat commenter ni mintak diturunkan bala 7 hari 7 malam dekat US. I dont think I would be here writing this. Stressss stresss....
Kalau korang rasa korang alim sangat, confirm ke korang alim? Betul ke disisi Allah kau lagi mulia daripada kafir yang korang hina tu? Seronok ke mendoakan bencana ke atas orang lain walaupun umat Islam yang berada kat tempat tu akan ditimpa kesusahan sekali? Mintak Allah jauhkan lah bencana ke atas korang and diminta bukakan sikit hati tu. Jangan jadi busuk sangat. Macam ni Melayu nak maju, I dont think we could achieve it in 50 years time.
I know memang some of them ada buat salah dengan kita, tapi bukan semuanya macam tu. Bukan aku nak defend apa benda buruk yang diorang buat terhadap Islam, tapi kalau kita sendiri nak berdakwah, nak tunjukkan Islam tu agama yang mulia, kita kena start dari dalam diri sendiri. Cuba kalau orang bukan Islam baca komen-komen tadi tu.. Agak-agak turun tak hidayah ke hati diorang untuk memeluk Islam?
One thing yang aku belajar since duduk kat US ni ialah jangan jadi fitnah kepada Islam. Maksudnya jangan buat perangai buruk depan orang sebab kita semua ialah duta kecil Islam. Kita sendiri represent what Islam is and what it is meant to be a Muslim. So, tunjukkanlah yang kita semua a good Muslim. Tak rugi apa pun..
Fikir-fikirkanlah..
Lagu di Kala Ribut
Hurricane Sandy dah seminggu berlalu, tapi still ada satu kenangan yang aku memang tak boleh lupakan. Iaitu moment beberapa jam sebelum hurricane tu berlaku.
Disebabkan ini hurricane pertama yang aku hadapi, aku memang agak takut and taktahu apa nak expect. So, I did my research and start baca macam-macam report and tengok balik hurricane yang lepas-lepas macam hurricane Katrina and Irene.
But somehow it's not a good idea.. I got so scared macam nak menghadapi mati. Aku dah start imagine rumah aku kena hempap pokok sebab belakang rumah and depan rumah ade pokok besar, aku risau rumah ni kena tiup angin sampai runtuh, aku takut wayar elektrik terputus, macam-macam lah aku takut. Sambil tu merangka apa survival plan dalam kepala. Plan dekat mana nak lari kalau rumah runtuh, kalau cermin tingkap pecah ape kena buat, kalau banjir apa nak buat. Something like that lah. Siap prepare barang sebelah katil dengan passport in case anything happened, barang tu lah yang diangkut keluar dulu.
But then aku still takut jugak. Dalam kepala aku fikir, kalau tu merupakan last day aku jumpa family aku, Afir and kawan-kawan macam mana? If anything jadi kat aku macam mana? Then aku bangun and tengok tingkap. Angin serious kuat gila. Memang aku tak berani nak keluar langsung. Sambil tu aku BBM dengan Afir. Dia risaukan aku jugak, so aku suruh dia tenangkan aku.. So we decided to skype.
Bukak je video skype, aku macam tak cakap pape terus nangis. Nangis sebab takut yang amat. No, bukan nak gedik. Tapi memang time tu aku takut sangat-sangat. So Afir pulak main gitar and nyanyi untuk aku so that aku jadi relax and chill sket. Dua jam aku nangis ok. Kalau nangis lama camtu maknanya memang real-real lah tu.
But then time dia main gitar, dia dapat idea untuk buat satu lagu. So, time tu jugak dia bawak keluar pensel and kertas untuk tulis lirik.. Then main gitar untuk cari bunyi. Aku rasa agak sejam dia main gitar ulang lagu tu. Yang lawak sambil dia main gitar, airmata aku still tak stop lagi. (-.-") Bila dia dah siap lagu tu, dia pun rekod. Aku rasa dia rekod lama gila sampai aku dah tertido mimpi dah macam-macam pun still tak siap lagi.
Bila dah siap, dia send lagu tu kat aku. Sedap pulak. Bila dengar taktau nak happy ke nak sedih. Tapi rasa seronok sebab dapat lagu baru! Haha.. Walaupun dah banyak lagu dia tulis untuk aku, aku rasa ni special sikit sebab lagu ni dicipta untuk tenangkan aku yang tengah takut. So inilah lagunya...