My 21st Birthday

30 November ialah birthday aku! Sampai hati takde sorang follower wish pun.. Haha! Memang aku suka perasan artis, we all do. But it's ok coz birthday korang pun aku tak ingat bila. So 0-0 la. Birthday aku pada tahun ni jatuh pada hari Jumaat, which means partayyyy. For those of u who dont know, Friday in US means party and get drunk. But since Im a Muslim, i dont drink, so what do we do? Hurmm let's get to that in details.



Duduk dalam dua negara yang sangatlah berbeza time zone pun untung jugak sebenarnya. Beza masa US dengan Malaysia ialah US lambat 13jam dari Malaysia. Which means, kalau Malaysian wish bithday aku pukul 12am Jumaat, dekat US baru pukul 11am Khamis. Get it? So basically aku sambut birthday aku 2hari. Selagi belum pukul 12am Sabtu, selagi tu kita party.


Masa hari Khamis tu aku tak teringat pun pasal birthday. Aku bangun pagi pukul 10.30am sebab mengenangkan yang turn aku masak hari Khamis. Tapi pelik kenapa Afir bbm dengan aku time-time ni. Ohh, baru teringat, dia dah ready nak wish birthday aku setengah jam earlier rupanya kalau ikut waktu Malaysia. So die suruh aku bangun, cuci muka sebab dia nak skype, nak tunjuk hadiah birthday. Cancel plan aku nak memasak pagi tu sebab he made me feel so happy, surprised and seriously nak jerit!! First he sang me a happy birthday song sambil main gitar in different versions. Kejap slow, kejap rock, metal. Then baru dia reveal what he got for me. Serious it's like thousand times more than what I expected!! Next post I'll tell you what is it. He made me smile all day :)


Then satu hari tu I was showered with love and wishes from my family and friends. Padahal baru hari Khamis, baru 29hb. Belum birthday aku lagi. Malam Jumaat tu aku dengan kawan-kawan aku pergi ke event Kazakhstan Independence Day. Ada sambutan menari-nari, ade awek and lelaki hensem dan jugak food galore. This is my second time attend Kazakhstan event. Tapi kali ni serious ramai kawan-kawan aku pun ada sekali dekat situ. So lama jugak kitorang lepak. Daripada pukul 7pm sampai 12am baru balik rumah. Happy sangat time ni.

With some of my friends at Kazakhs event. I think there was more than 10 Malaysians I met at this event.


Delicious Kazakhs food.


Lepas balik rumah pukul 12am tu, ni baru official hari birthday aku, sebab dah hari Jumaat. Lepas aku sampai rumah, aku baring-baring je sambil main internet. Sekali dalam pukul 1am, ada orang ketuk pintu rumah kuat gila. Aku bukak la pintu, rupanya ada delivery guy deliver hadiah birthday aku. Awwww rupanya from kakak senior aku. Dia send chocolate chip cookies and sundae cookies. Ada kacang walnut, vanilla icecream and a large cookie.

My late snacks.


Maka hari Jumaat pun bermula. Masa siang, macam biasa aku pergi kelas, pergi post office, untuk post barang ke Malaysia. Then kawan aku ajak ke Berkey Creamery untuk celebrate birthday aku with icecream. Seronoklah aku, Lee Ying and Fiqri lepak sambil bersembang bukan-bukan. Dalam pukul 8pm baru balik. Lepas balik rumah, aku main gitar, rekod lagu sikit, nyanyi and skype with my bestfriend, Fairuz. 

With Lee Ying

Those spoons indicate that Im 21 right now. Hehe!


Then dalam pukul 1am, housemates aku semua and Kak Fatin terjah bilik aku sambil nyanyi lagu birthday. Awww... Siap ada cookie cake and cupcakes... Like always, aku blur sikit sebab taktau nak react macam mana kalau orang buat surprise. Hehe! But rasa grateful to have all these people to be my friends. Kitorang makan dekat dining room, and makan popsicle sekali. Pada batang popsicle tu ada macam quiz/joke so kitorang main guessing sampai lah pukul berapa semua tak reti tidur. We kept eating more popsicles sebab nak dapatkan new questions. 






So kesimpulannya, I am so happy. Memang takdelah grand macam birthday ehemm korang, but I really appreciate all the littlest efforts to make me feel special on my day. Even dengan ucapan birthday on Facebook pun dah buat aku happy. So, kalau ada lebih tu kira bonus lah.. And for Anis, she really made me feel special beberapa hari sebelum birthday aku sebab dia buat countdown to my birthday everyday. Dia yang remind aku berapa hari tinggal untuk birthday aku on Twitter, or else aku sendiri tak ingat bila birthday aku sebab leka sangat terlupa tarikh. Haha!


And last but not least, thanks to my parents who raise me up sampai dah besar panjang macam ni. Im 21 now and legal, so thanks to them sebab berjaya membesarkan anak sampai ke tahap ini. Huhu! Without them, I dont know where I would stand right now. I love my family and I love y'all who made me feel so special.. Please tell me when is your birthday so I would return the same favor to you guys back. Hehe.. Bye-bye!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Blue Rosette Cake

Beberapa hari lepas aku berjaya buat kek yang aku teringin nak buat since raya Haji lepas tapi tak menjadi. But kali ni jadi! So I was so overwhelm, rasa puas hati sangat. Afir kata kek ni cantik, so maknanya aku berjaya. Funny thing, we were planning to make our own wedding cake satu hari nanti. Tersangatlah confident. Tapi since hari tu aku fail, aku macam down sangat. But this time menjadi, so angan-angan tu still possible. Haha!


Last time aku buat kek warna pink, kali ni warna turquoise pulak. Sepatotnya nak buat kek ni sempena birthday kawan aku, Anis. Tapi hajat dia untuk melawat State College tak kesampaian, so takpelah aku buat untuk housemate and lima orang tetamu yang ada dekat rumah aku masa tu. Setelah berjam-jam berhempas pulas, maka inilah hasilnya..





Overall, memang aku sangat berpuas hati. Walaupun takdelah kemas mana, tapi sebagai percubaan pertama, boleh dimaafkanlah. Aku buat 3 tone untuk kek ni, but somehow nampak macam dua tone. Ni first time aku hias kek dalam bilik. Sebab nak mengelakkan dapur yang panas, takut frosting dia cair nanti. So memandangkan sekarang tengah winter, aku bukak tingkap bagi udara sejuk masuk bilik and start decorating. 


Kepada sesiapa yang bertanya macam mana aku hias kek ni, benda yang penting ialah kepekatan frosting and piping tip yang betul. 


Make sure tip ni bersaiz besar untuk dapatkan bunga yang besar and mekar.


Selebihnya aku tak reti nak terangkan, so tengoklah video yang aku bagi ni. :D



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Black Friday: Bag Madness

Since Black Friday last year aku tak pergi mana-mana, this year aku decided untuk ke factory outlet yang terletak di Woodbury, NY. Last minute punye decision lepas bukak akaun bank and kira bajet berapa nak spend. Huhu. Ohh btw kalau sesiapa taktahu, Black Friday ialah hari di mana dekat US ade sale besar-besaran, setahun sekali. And dibuat pada cuti Thanksgiving.


Perjalanan ke Woodbury ambik masa 4jam, so sepanjang dalam kereta tu menonong je taktahu nak buat apa... Kitorang gerak pukul 6.30pm, sampai pukul 11.30pm. Bila sampai je memang penuh dah orang. Sebab Woodbury ni kira macam besar jugak. And biasanya sale start masa midnight. So do expect yang semua takkan tidur semata-mata untuk shopping. Aku pun. Kitorang shopping daripada pukul 11.30pm sampai 7am.. Tapi pukul 6am aku dah surrender. Aku duduk atas lantai dekat food court and makan burger ikan sebab dah tak larat and mata dah merah mengantuk. Ni keje paling gila ok. Tak pernah-pernah aku berjalan satu malam tak tidur.


So dalam masa yang panjang tu, aku takde benda aku berjalan je keluar masuk kedai. Kalau kedai tu famous je, confirm kena beratur untuk masuk sebab kalau dilepaskan semua orang masuk kedai ikut suka hati, confirm kedai boleh roboh sebab ramai sangat manusia. Memang ramai gila manusia. Terutamanya Asians. Aku taktau la pesal masing-masing dok heret bag luggage yang besar setiap sorang.


So, dalam masa 8jam tu aku just borong ni je.. Still under budget so ok kot...

Hasil memborong.


Kate Spade. Dapat 70% diskaun.

Dah lama teringin nak beli satu bag Kate Spade, so bila dapat beli pada harga yang memang murah gila, memang susah untuk dielakkan. I love the lining.. Warna oren pekat.. 


Lama jugak beratur nak masuk kedai. Bila masuk, ramai gila orang. Semua handbag 70% off. Mana lah tak ramai orang serbu. Tapi 70% off tu untuk orang yang datang sebelum 2am. After 2am, semua handbag dapat 50% off. So now u know kenapa orang ramai-ramai shopping tengah-tengah malam ni.



Funny thing happened masa aku tengah try-try pakai bag ni depan cermin.. Aku macam tak tau nak decide warna apa, sebab design sama cuma warna lain. Then someone bawak bag berlonggok depan cermin, cakap kat aku "Excuse me" dia nak tumpang cermin. So aku ketepi sikit. Bila dah lama-lama membelek sambil berfikir pasal bag, tetibe dari belakang perempuan sebelah aku tadi cakap "Pilih la warna nude tu. I suka". Aku macam whattt? Melayu? Pastu aku toleh kat dia. Ohh Melayu rupanya.. Ingatkan Asian mana tadi. Haha! Rupanya baru perasan ramai Melayu dalam store tu. Ada dalam 4 orang. Tu lah gila sawan sangat shopping sampai tak tengok orang.. Tapi memang by the time dia bersuara, aku dah decide nak beli warna nude ni. Cantik...


Guess. 30% discount.

Bag ni masa memula nampak dari jauh, nampak cantik sangat. Bila pakai, OMG cantik gila like perfect sangat. Tapi aku tak beli. So aku tinggalkan kedai Guess ni sebab nak cari bag Longchamp. Sekali hampas, Longchamp takde sale. Maka aku pun berjalan-jalan lagi, but still tak dapat lupakan bag ni. So aku cari balik kedai Guess memandangkan aku dah sesat jauh. Sesampai je, beratur panjang ok line orang nak masuk Guess. Dah la sejuk mengigil pulak tu sebab outlet ni outdoor. Time tu dah potong stim. Aku taknak beratur. Tapi somehow aku nak jugak masuk and tengok balik bag ni.

End up aku beli.
The end.


Gambar semalam.

Percaya tak walaupun aku suka warna pink, tapi ni merupakan handbag pink aku yang pertama.
Tahniah diucapkan buat diri sendiri.



Guess. 50% discount.

Bag ni daripada first look, nampak cam comelsss gilooo. Bila aku pakai, nampak berganda-ganda lagi comel. Haha! So aku decided untuk beli since bag ni paling murah antara semua bag tadi and still under budget. Aku tau tak ramai akan minat bag camni, but tadi aku dah tanya my bestfriend, Fairuz, dia kata dude, comel gilaaaaa!!!!! 

I know righttttt?

So maknanya memang comel la tu sebab mata dia hanya memandang benda-benda comel je.


Selain dari tu, aku tolong kawan aku, Shifa untuk carikan dia handbag. Like random gila kot. Masa otw ke NY, dalam kereta aku tweet dengan dia, tiba-tiba dia agree nak beli bag. Aku takde hal pun nak carikan. 


Dia mintak tolong carikan bag satchel kulit yang berwarna brown, and size tak besar sangat serta design simple. Agak tough jugak mencarinya sebab tak banyak kedai jual bag warna coklat. Merata aku cari, end up dia setuju dengan bag yang aku jumpa dekat ALDO. So inilah dia bag tersebut.


Bagi ni memang cantik. Serious aku nak angkut jugak untuk diri sendiri, tapi fulusnya ngak ada. Duit dah habis spend beli bag tadi maka mengapa harus membeli bag lagi?? So aku just go straight to the counter tanpa pikir panjang. But then sumpah beratur nak bayar tu lama gila. 45minit for God sake orang kaunter tu buat apa? Padahal line takdela panjang mana pun. Aku time tu dah mengantuk nak makan, nak tidur.. So lepas bayar terus pergi cari food court. Sesat sekali lagi. Tempat ni besar kot. 


Makin hari nak siang, makin sejuk pulak. Mengigil-gigil aku time ni. Masa matahari baru nak terbit, kitorang bergerak pulang. Masing-masing keletihan. Memandangkan perjalanan ambik masa 4jam, driver yang tak tidur satu malam pun mengantuk. And there's something happened masa perjalanan balik tu.


Driver tertidur, so kereta pun melencong nak melanggar tebing jalan. Nasib baik member yang duduk sebelah driver menjerit, so akak yang drive tu terbangun and sempat control kereta. Aku yang tengah sedap tidur pun terbangun sebab terkejut sangat, and kereta bergegar gila, aku mati-mati ingat kita dah terlanggar tebing tu. Syukur semuanya selamat sampai rumah. And nasib baik aku pakai seatbelt walaupun aku duduk dekat seat belakang.


Semuanya gara-gara tengok video clip Anuar Zain terbaru, lagu Ajari Aku yang ada babak Nora Danish accident masa otw ke reception kahwin dia sebab kereta dia accident and dia tak pakai seatbelt. Memang membawa mesej berguna ok lagu tu so that kita semua beringat untuk pakai seatbelt walaupun duduk dekat seat belakang.


Ok sebelum aku start merepek topik yang lain-lain lagi, aku akhiri post ini dengan salam. 
Bye bye!!!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Things To Do if You're Visiting Penn State

In case you dont know, aku belajar dekat Penn State, US. Walaupun dah setahun lebih aku belajar dekat sini, most of the time aku pergi kelas and balik, so macam aku tak menghayati sangat life as a student here. Aku tak pernah anggap diri aku as a tourist, hence that's why aku tak pernah nak bergambar merepek-merepek dekat campus. So since this Thanksgiving holiday campus cuti seminggu and semua orang balik kampung, I decided why not aku buat photoshoot and tour area campus ni. Terus aku mesej kawan aku and ajak dia keluar petang tu jugak.


Sekarang ni Maghrib masuk awal. So by pukul 5pm dah gelap. Hence we dont have enough daytime. So kalau nak buat planning apa-apa, make sure sebelum matahari terbenam. Afir pernah cakap, waktu terbaik untuk bergambar ialah dari pukul 8am-10am and 5pm-7pm sebab time tu matahari rendah, so kita akan dapat pancaran cahaya yang cantik. But since matahari terbenam sekarang pukul 5pm, so pukul 4pm kitorang ambik gambar. Eh ok, dah lari tajuk ni.


So let me present you ways to waste your time at Penn State. (If you were happen to get stuck here)


1. Take Photos at the Lion Shrine.

Lion Shrine ni ialah Penn Staters' pride. It was presented to Penn State as 1940 class gift; and since then, it's being the most photographed site on the University Park campus. Hari-hari aku lalu depan shrine ni tapi tak pernah berpeluang untuk ambik gambar (sebab ketiadaan photographer), but yesterday I made my first time!


Bila sentuh lion ni rasa sejuk sangat and I didn't know this thing was huge! Aku memang gayat time panjat ni, and beberapa kali macam nak tergelincir. Nak panjat ni pun satu masalah sebab kaki tak sampai and sumpah kena kangkang besar gila. Serious kangkang besar -.-


However, aku berjaya buang perasaan gayat tu and panjat jugak (and berjaya kangkang besar juga). Lihatlah prove ini!


Time ni bergambar sambil mengigil kegayatan.

Masih mengigil tapi tunjuk berani

Kelegaan.



2. Chasing Squirrel

Squirrel, atau tupai dekat sini sangat-sangat comel!!! Tapi aku masih belum berpeluang untuk tangkap seekor. Kalau dapat memang aku kurung dia dalam rumah sebab comel sangat. Huhu. Kejar and bermain dengan squirrel memang dapat mereleasekan tension lepas habis kelas or lepas screwed an exam :)

Cubaan memujuk gagal.

Next time kena bawak a bag of peanuts coz they love em.


3. Get Some Ice-Cream at Berkey Creamery

This is the best part of being at Penn State. You'd get to eat the world-reknown, Berkey Creamery ice-cream! Ice-cream dekat sini memang best sangat-sangat, and I'm sure you'd love them too. Kalah rasa Baskin Robbins and Haagen Dazs. Serious aku tak tipu. Memang sedap. Setakat ni aku dah rasa 9 jenis perisa, but I still haven't decided on which one is my favorite. Huhu. But so far, Butter Pecan paling sedap bagi aku.. Maybe.. Banyak lagi tak rasa ni. And icecream ni hanya available di Penn State sahaja. Keluaran Food and Science Department dekat sini.


Satu cup dalam USD3 so takdelah mahal sangat and kita akan dapat banyak gila icecream. Like, satu cup tu boleh kongsi dua orang. So amat-amatlah berbaloi.




Hurmmm can't decide which one to taste first.

Yesterday I got Butter Pecan and Coffee Break (coffee with choc chip). But I like the Butter Pecan more.



4. Chillin' at the Old Main 

This is the main building and being renowned as a landmark for Penn State. Dulu building ni sangat penting, but now it's just an administrative building. Aku tak pernah masuk pun bangunan ni, but it's nice to take photos with it as a background, since bangunan ni ialah mercu tanda Penn State. Means that kau dah berjaya jejak Penn State kalau ada bergambar depan bangunan ni. Biasanya during Summer, students akan duduk berbaring dekat padang ni, main frisbee, study bawah pokok. So agak menyamankan...  Masa Winter pulak, ada je student yang buat Snowman dekat sini. So agak seronok berada dekat sini.




Sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang boleh dilawati macam Pattee Library, The Mall, Arboratum, Beaver Stadium, and macam-macam lagi cuma aku tak sempat singgah semalam so takde gambar. Huhu. Hopefully post ni membantu future Penn Staters, or kawan-kawan yang ada di US yang berhasrat untuk singgah Penn State. Jumpa di next post. Sekian, trimas.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Things I Would Never Have Enough

So clearly I enjoy shopping, which I shouldn't do coz I'm still a student... But this feeling..... I can't resist!! So whenever I do some shopping, I would check these items coz (1) Im enjoying the beauty of it (2) Im planning to buy one. Lol. Talk about self-indulgence, Im good at it. Then feel guilty afterwards. Like always.



So these are the things that I 'enjoy just looking at em' (and secretly buy em afterwards). The list could go on and on, but these are the list toppers.


Clothes
My bad habit is that I always try to convince myself that I need a new shirt or jeans for something something when it is really not necessary. Like I don't need those, I always end up with bags full of clothes. Making decision is hard.








Handbags
Since I've been staying in the US, branded handbag is everywhere and it's very tempting. It's hard to control myself, so I always end up with a new pricey bag. But right now I try to hold myself a bit coz I'm saving up for the bag of my dream. Just wait until I reveal what I got for my birthday this year coz it would be a huge achievement for me! It is different than 2 years ago, where I usually went with quantity over quality, but now no more. Right now I value handbag more than a just bag. To me, it is more like an investment. 



Lipstick
This is my favorite section, especially at Walmart, coz this is the first section I'd encounter when I enter the store and Walmart carries many brands at cheap price. I would really like to own all the colors, hence that's why I always buy in bunch, and visit this section regularly. It's so fun experimenting with new colors everyday, and only girls know how it feels like.



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

In the End, Kaum Aku Masih Melayu

Aku baru tengok satu video pasal hurricane Sandy dekat Youtube oleh berita tv from Malaysia. Sorylah cerita pasal Sandy banyak-banyak, tapi nak sentuh bab lain sikit. Satu habit aku kalau layan youtube, aku suka baca komen sebab saje nak tengok apa pendapat orang lain and sometimes weird comments yang boleh mendatangkan marah.


But this time, memang marah. Marah dengan perangai Melayu yang suka mendoakan kejatuhan orang lain. Aku tahu in the end memang ni lah bangsa aku, tapi memang aku sedih sangat baca komen-komen berunsurkan cetek akal macam ni.


Haaa kan dah kena sedebik dengan aku wahai umat seagamaku sekalian..


I know I'm not a good Muslim, but kita hidup di dunia ni bermasyarakat. Kenalah hormat satu sama lain. Bila orang lain ditimpa bencana, kita doakan kesejahteraan and keselamatan diorang, bukan jadi bersyukur sebab Allah timpakan bencana or bersorak gembira? Tahu tak berapa ribu umat Islam yang affected dengan hurricane ni.


Cuba lah jadi kenyataan doa mamat commenter ni mintak diturunkan bala 7 hari 7 malam dekat US. I dont think I would be here writing this. Stressss stresss....


Kalau korang rasa korang alim sangat, confirm ke korang alim? Betul ke disisi Allah kau lagi mulia daripada kafir yang korang hina tu? Seronok ke mendoakan bencana ke atas orang lain walaupun umat Islam yang berada kat tempat tu akan ditimpa kesusahan sekali? Mintak Allah jauhkan lah bencana ke atas korang and diminta bukakan sikit hati tu. Jangan jadi busuk sangat. Macam ni Melayu nak maju, I dont think we could achieve it in 50 years time.


I know memang some of them ada buat salah dengan kita, tapi bukan semuanya macam tu. Bukan aku nak defend apa benda buruk yang diorang buat terhadap Islam, tapi kalau kita sendiri nak berdakwah, nak tunjukkan Islam tu agama yang mulia, kita kena start dari dalam diri sendiri. Cuba kalau orang bukan Islam baca komen-komen tadi tu.. Agak-agak turun tak hidayah ke hati diorang untuk memeluk Islam?


One thing yang aku belajar since duduk kat US ni ialah jangan jadi fitnah kepada Islam. Maksudnya jangan buat perangai buruk depan orang sebab kita semua ialah duta kecil Islam. Kita sendiri represent what Islam is and what it is meant to be a Muslim. So, tunjukkanlah yang kita semua a good Muslim. Tak rugi apa pun..


Fikir-fikirkanlah..



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lagu di Kala Ribut

Hurricane Sandy dah seminggu berlalu, tapi still ada satu kenangan yang aku memang tak boleh lupakan. Iaitu moment beberapa jam sebelum hurricane tu berlaku.


Disebabkan ini hurricane pertama yang aku hadapi, aku memang agak takut and taktahu apa nak expect. So, I did my research and start baca macam-macam report and tengok balik hurricane yang lepas-lepas macam hurricane Katrina and Irene.


But somehow it's not a good idea.. I got so scared macam nak menghadapi mati. Aku dah start imagine rumah aku kena hempap pokok sebab belakang rumah and depan rumah ade pokok besar, aku risau rumah ni kena tiup angin sampai runtuh, aku takut wayar elektrik terputus, macam-macam lah aku takut. Sambil tu merangka apa survival plan dalam kepala. Plan dekat mana nak lari kalau rumah runtuh, kalau cermin tingkap pecah ape kena buat, kalau banjir apa nak buat. Something like that lah. Siap prepare barang sebelah katil dengan passport in case anything happened, barang tu lah yang diangkut keluar dulu.


But then aku still takut jugak. Dalam kepala aku fikir, kalau tu merupakan last day aku jumpa family aku, Afir and kawan-kawan macam mana? If anything jadi kat aku macam mana? Then aku bangun and tengok tingkap. Angin serious kuat gila. Memang aku tak berani nak keluar langsung. Sambil tu aku BBM dengan Afir. Dia risaukan aku jugak, so aku suruh dia tenangkan aku.. So we decided to skype.


Bukak je video skype, aku macam tak cakap pape terus nangis. Nangis sebab takut yang amat. No, bukan nak gedik. Tapi memang time tu aku takut sangat-sangat. So Afir pulak main gitar and nyanyi untuk aku so that aku jadi relax and chill sket. Dua jam aku nangis ok. Kalau nangis lama camtu maknanya memang real-real lah tu.


Haruslah tauke tisu jadi kaya setiap kali hurricane kalau dapat bangsa macam aku.


But then time dia main gitar, dia dapat idea untuk buat satu lagu. So, time tu jugak dia bawak keluar pensel and kertas untuk tulis lirik.. Then main gitar untuk cari bunyi. Aku rasa agak sejam dia main gitar ulang lagu tu. Yang lawak sambil dia main gitar, airmata aku still tak stop lagi. (-.-") Bila dia dah siap lagu tu, dia pun rekod. Aku rasa dia rekod lama gila sampai aku dah tertido mimpi dah macam-macam pun still tak siap lagi.


Bila dah siap, dia send lagu tu kat aku. Sedap pulak. Bila dengar taktau nak happy ke nak sedih. Tapi rasa seronok sebab dapat lagu baru! Haha.. Walaupun dah banyak lagu dia tulis untuk aku, aku rasa ni special sikit sebab lagu ni dicipta untuk tenangkan aku yang tengah takut. So inilah lagunya...




Dont know if you think this is cheesy or what, but I am the most happiest girl to get this.


Lagu Dikala Ribut
by Afir

Setiap hari
Ku merenung jendela
Melihat sinar suria

Menyerlahkan cahaya
Kepada insan yang alpa
Kepada diriku yang masih layu

Ku mencuba menjadi sang suria
Memberikan harapan padamu
Ku berdiri menstabilkan diri
Agar kau tak akan jatuh

Peganglah tanganku berdiri ke hadapan
Ku akan sentiasa melindungimu
Kau tak perlu takut akan apa-apa
Kerana aku ada

Biar gelap datang
Ku akan terang
Biar aku lemah
Walau aku goyah
Yakinlah padaku..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS